CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5028|Reply: 30

Adakah puasa aku pada hari tu sah atau tidak?

[Copy link]
Post time 2-9-2009 12:35 PM | Show all posts |Read mode
Aku ada satu persoalan..dimana persoalan ni sudah bertahun2 menyoal diri ku..n apabila aku tanya kwn2..ada jwb sah..n ada jawab batal..
jika aku keluar air mani dgn sengaja pd pukul 3 pagi (waktu bulan ramadhan) n terus tertido..bila sedar dah pukul 8 pagi (aku ada niat nak berpuasa pada hari itu tapi tak sempat mandi wajib sebelum tamat waktu bersahur)..so adakah puasa aku  pada hari itu sah atau tidak?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 12:43 PM | Show all posts
org yg berpuasa hendaklah dlm berkeadaan bersuci.....

aku pun nak tanye satu bende...mase tgh puasa...boleh gosok gigi x?..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 12:44 PM | Show all posts
kalo lelaki termimpi basah mase tgh tdo tengahari buta camne? sah ke x?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 12:46 PM | Show all posts
boleh la..aku pernah dgr ustaz kata kalau kita dlm keadaan berhadas..tp mandi wajib sblm zuhur ke x silap aku..puasa kita pd hari itu dikira..tp yek la..pikir logik..x solat subuh ke..?kalo solat subuh mesti kita dh mandi awal2 pagi kn..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:50 PM | Show all posts
2# jAck666

boleh..tp kena sblm zohor or tengahari..sbb kalo gosok gigi waktu ptg makruh jadinyer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 12:51 PM | Show all posts
3# alaa

sah..kalo tak sengaja takpe mcm mimpi basah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 2-9-2009 12:51 PM | Show all posts
4# ndh_elly

makudnyer aku dah terlepas solat subuh la...aku tertido kul 3 pagi n biler sedar dah pukul 8 pagi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 12:57 PM | Show all posts
masih sah puasa, janji sedar dr tido tu terus aje mandi wajib. Klu gosok gigi boleh seblom tergelincir matahari yakni seblom waktu zohor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-9-2009 01:03 PM | Show all posts
terima kasih...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-9-2009 02:36 PM | Show all posts
Post Last Edit by Detektif_Hantu at 3-9-2009 03:15

8# leziahus

mcmana jika keluar air mani dgn sengaja pada pukul 3 pagi..n sengaja (malas) hendak mandi wajib sblm tamat waktu sahur (dan malas solat subuh)..so adakah puasa pd hari tu (keesokan harinya) sah atau tidak (ada niat nak berpuasa cuma mandi wajib slps bangun tido dlm pukul 8 pagi)?
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 06:58 PM | Show all posts
Post Last Edit by sepok at 2-9-2009 19:25
8# leziahus

mcmana jika keluar air mani dgn sengaja pada pukul 3 pagi..n sengaja(malas) hendak mandi wajib sblm tamat waktu sahur (dan malas solatsubuh)..so adakah puasa pd hari tu (keesokan harinya) sah atau tidak(ada niat nak berpuasa cuma mandi wajib sblm bangun tido dlm pukul 8pagi)?
Detektif_Hantu Post at 2-9-2009 14:36


puasa tetap sah, sbb dah niat...
anda kena pergi mandi hadas besar dulu, then baru solat suboh (walaupun dah pukul 8 pagi!)...

Dalil:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ كان يُدْرِكُهُ الْفَجْرُ وهو جُنُبٌ من أَهْلِهِ ثُمَّ يَغْتَسِلُ وَيَصُومُ

Ertinya : "Sesungguhnya Rasulullah s.a.w  dalam keadaan berjunub hasil bersama dengan isterinya semasa sampai waktu fajar (Subuh), kemudian baginda s.a.w mandi dan berpuasa pada hari tersebut " ( Riwayat Al-Bukhari, Bab As-Soim Yusbihu Junban, 2/679 ; Muslim, 2/779 )

Disebutkan juga bahawa isteri Nabi s.a.w iaitu Ummu Salamah r.a pernah ditanya adakah sah puasa orang yang tatkala masuk waktu subuh berpuasa sedangkan ia belum mandi hadas.


Ummu Salamah menjawab :-

كان رسول اللَّهِ يُصْبِحُ جُنُبًا من جِمَاعٍ لَا من حُلُمٍ ثُمَّ لَا يُفْطِرُ ولا يَقْضِي

Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah s.a.w sendiri pernah masuk Subuh dalam keadaan ia berjunub hasil 'bersama dengan isterinya' dan bukan dari mimpi , kemudian bgainda tidak berbuka dan tidak pula mengganti puasanya (menunjukkan puasanya sah)" ( Riwayat Muslim, 2/780 ; sohih )

Dalil di atas amat jelas menunjukkan puasa adalah sah. ( al-Majmu', An-Nawawi, 6/309 )

Demikian jugalah dengan keadaan wanita yang kering haidnya sebelum Subuh dan belum mandi wajib. Puasa adalah sah jika ia telah berniat. Kesemua ini adalah pendapat yan paling tepat dan merupakan pegangan majoriti ulama Fiqh silam dan terkini . Ini adalah kerana tidak termasuk dalam syarat sah puasa adalah anda berada dalam keadaan suci dari hadas besar. ( Bidayatul Mujtahid, Ibn Rusyd Al-Hafid, 1/215 )



Cuma aku nak bagi nasihat sikt pada D'Hantu:


1. Kalau maksud D'Hantu, mengeluarkan mani dengan sengaja itu, beronani, TINGGALKAN lah. Walaupun bukan dosa besar,
tapi ia perbuatan terkutuk. Rasulullah SAW pun pernah bagitau, tak mengaku ummat, org yg bernikah dgn tangannya sendiri.
Beronani pulak jam 3 pagi, mengapa selewat itu D'Hantu?...Timkai?..timkai....?

Org lain pada waktu tu tgh sedap bertahajjud, tapi ada hamba Allah lain tgh sedap mengayun goncangan tangan, yg sudah pasti bukan berpunca dari sebarang gegaran gumpa bumi mahu pun derita penyakit parkinson... Katakan selepas beronani itu dan anda tertidur, nak ajal sampai, masya-Allah, meninggal dlm keadaan berhadas besar!

Org yg tak basuh kencing betul2 utk solat pun diseksa di alam barzakh, inikan pula orang yg berhadas besar akibat perbuatan yg dilarang agama! Berat ni syeikh....:-)

2. Ramai orang kita lebih mengutamakan syariat puasa daripada syariat solat itu sendiri. KIta tidak menafikan yang kedua-duanya sama wajib, tapi kefardhuan solat itu lebih utama. Sebab ia merupakan tiang agama, tunggak segala amal ibadat. Bagaimana kita boleh berpuasa sedangkan kita tidak solat? Mana kita nak letak pahala puasa kalau solat takde?...Please, jangan remehkan solat wajib ini. Terutama solat suboh. Sebab amalan yg paling utama ditanya di alam kubor dan akhirat kelak, ialah SOLAT. Baik solat, maka baiklan kesemuanya...

3. Bulan ramadhan ni selain berpuasa penuh, kejarlah kelebihan fadhilat bersahur. Ia amat dititik berat oleh Rasulullah. Sebab ia menjadi furqan atau pembeza antara puasa kita, orang Muslim dgn puasa puak Yahudi. Sahur yg dilewatkan dekat2 nak waktu subuh itu lebih afdhal...Take note yer..

Tingkatkan amal. Mana lah tahu, kot2, hujung2 Ramdhan nanti terserempak dgn Lailalatul-Qadr..! Bertuah lah badan bagi orang yg beramal soleh!


Maaf jika terkasar dan selamat berbuka puasa...~
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 08:29 PM | Show all posts
nak tanya gak,
kawan kroit kena HINI, kena kuarantin 3 hari, terpaksa makan ubat..

adakah puasanya pada hari itu perlu diganti? atau tak perlu sebab darurat. dia lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 09:24 PM | Show all posts
Kalau tak silap i lah...macam pernah terbaca dalam akhbar ke tertengok kes macam ni dalam soal jawab agama di tv...ustaz tu kata keluar mani sebelum bermulanya puasa...walaupun tak sempat mandi wajib...hukumnya sah puasa...yang tak sah ialah kalau keluar air mani semasa sedang berpuasa...Wallahua'lam......
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 10:05 PM | Show all posts
nak tanya gak,
kawan kroit kena HINI, kena kuarantin 3 hari, terpaksa makan ubat..

adakah puasanya pada hari itu perlu diganti? atau tak perlu sebab darurat. dia lelaki.
kroit92 Post at 2-9-2009 20:29


dia makan ubat hari siang ke?  kalau tak puasa mesti la ganti.  orang haid dan nifas pun kena ganti pose, ni kan orang demam selsema.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2009 01:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by kroit92 at 3-9-2009 01:15

14# ibnur

dia tanya kroit, kroit kata kena ganti.
kemudian ada seorang hamba Allah ni yang pendengki kat kroit, dia kata tak perlu, sebab tak termasuk dalam perkara2 yang membatalkan puasa, dan disebabkan dia sakit, ada sebab.

apakah hujah yang boleh menyokong kroit?

lupa lak, dia makan ubat pada siang hari sebab arahan doktor, kerana sakit teruk, migrain, batuk berdarah, suhu badan tinggi, dan beberapa sakit lain yang dialami oleh pesakit H1N1..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-9-2009 03:17 AM | Show all posts
11# sepok

thanks...atas nasihat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-9-2009 12:18 PM | Show all posts
Aku ada satu persoalan..dimana persoalan ni sudah bertahun2 menyoal diri ku..n apabila aku tanya kwn2..ada jwb sah..n ada jawab batal..
jika aku keluar air mani dgn sengaja pd pukul 3 pagi (waktu bul ...
Detektif_Hantu Post at 2-9-2009 12:35


aku tanya kau..kau bgn kol 8 pagi kau x solat subuh ker???

apa guna kalu kau puasa tapi x semayang hahahahah

kalu mengeluarkan mani bila kau bgn  balik nak solat subuh terus mandi wajib mcm biasa jer

puasa ttp jalankan
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 10:26 AM | Show all posts
kalau perempuan period lak camne?
misalnye dah habis period tp x sempat nak mandi malam tu, tp tertido sampai esoknye.
konon same je la kes yg dibentangkan tuan rumah, cuma bezanya, perempuan baru habis period x sempat mandi dan tertido masa subuh x sempat sembahyang subuh juga..
macam mane?
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2009 07:15 PM | Show all posts
18# alaa

!

baca tulisan sahabat kat post # 11

tkashih..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 01:49 AM | Show all posts
19# kasturi
tq..x pasan...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.067241 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list