|
salam pembaca sekalian, saya amat berharap jika sesiapa dapat mentafsirkan mimpi saya ini. mimpi ini baru sahaja berlaku, iaitu malam tadi.
untuk lebih detail, malam tadi saya tidur pukul 2pagi dan bangun pada pukul 630pagi, jadi kiranya mimpi itu berlaku diantara waktu itu. saya sudahpun berkahwin dan mempunyai 4 cahayamata.
begini mimpinya, saya dan keluarga ada di dalam rumah. tetiba saya sakit perut, memulas2, kebetulan ayah saya ada di rumah, suami keluar bekerja. ibu tiada di rumah. saya saksikan sendiri, diri saya melahirkan anak dengan bantuan ayah saya. saya dapat lihat dengan jelas bayi itu di lahir kan. bayi itu sungguh comel, putih dah montel. ketika kepala bayi itu keluar saya nampak dengan jelas, bayi itu tersenyum sambil membuka matanye pada saya. kemudian ayah saya letakkan bayi yang berlumuran darah itu di atas perut saya. saya bersihkan bayi itu dan dapati bayi itu lelaki (sebenarnya secara realiti saya memang idamkan anak lelaki walaupun sudah punya seorang anak lelaki). dlm mimpi itu saya berasa sungguh gembira walaupun pelik macamana saya boleh melahirkan anak sedang saya tidak hamil. saya menyuruh maid saya belikan baju berwarna biru untuk di pakaikan kepada bayi lelaki itu. saya ingin surprisekan suami saya, ayah saya mengajak saya ke hospital untuk rawatan lanjut.
begitulah mimpi saya malam tadi... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah... anda akan dapat durian runtuh tanpa disangka. insyaallah... |
|
|
|
|
|
|
|
2# nafham
amin... semoga di izinkan Allah.
sebenarnya saya sekarang dlm dilema - masalah tempat kerja
saya telah refer kepada saudara terdekat mengenai masalah saya ini, semua mereka bersepakat mengatakan bahawa saya telah di aniaya... |
|
|
|
|
|
|
|
thread ditutup. Dah saya katakan thread nak cerita pasal mimpi-mimpi boleh tanya kat board Sejarah, Mitos dan Lagenda.
Berkenaan mimpi pembuka thread, hayatilah hadith berikut:
Nabi s.a.w. sendiri bila ditanya berkenaan mimpi: "Wahai Rasulullah aku telah nampak dalam mimpiku seolah-olah kepalaku dipenggal. Maka Nabi SAW tertawa mendengarnya lalu berkata : Apabila Syaitan mempermainkan seseorang darimu ( dengan mimpi-mimpi begini) dalam tidurmu, maka janganlah kamu menceritakannya kepada orang lain" ( Riwayat Al-Bukhari)
Rujuk:
http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D3
http://mforum.cari.com.my/viewth ... age%3D3&page=29 |
|
|
|
|
|
|
| |
|