|
Tapak tangan menekap meja makan,
Kedua - duanya.
Terlangkup rapat meja plastik,
Medan Selera Tebing, Kuala Lumpur.
Bistik ayam dan teh o panas di depan ku.
Tak terusik.
Berhenti dulu, kenapa?
Kerana ada perempuan cantik,
di paling muka kiri.
Pergi lah tegur, Zahiril!
Tak berani.
Tak nak lah.
Eh jantung?
Kenapa deras benar kamu ini?
Makan.
Satu suap, dua suap.
Berhenti, kiri toleh.
Aduh! Alamak!
Dia pun sedang pandang rupanya!
Habis!
Matanya mataku terkunci!
Tak lepas.
Ini kunci ketat!
Siapa mahu toleh dulu?
Jangan, ini seronok!
Ini bahagia!
Mata terkunci keduanya itu bahagia!
Biarkan ia terkunci!
Selamanya!
Pedulikan sekeliling,
Pedulikan cerita teman sedang berlangsung.
Biarkan mataku dan matanya terkunci!
Inputkan sedikit senyum!
O, ini bahagia! Ah, ini asyik!
Detik cemas makin indah!
Bodoh,
aku yang toleh dulu ke nasi.
Tak berani.
Jantung, kenapa semakin laju?
Kerana senyumnya itu boleh bikin amuk.
Tersusun siap manis rapat,
bentuk - bentuk giginya.
Kawan, aku mahu tegur perempuan itu.
Pergilah Zahiril! Mahu aku tolong?
Tapi aku tak berani. Aku tak pernah berani.
Biar aku saja tanya nombornya, ya?
Jangan! Kenapa?
Entah.
Kan dia juga merenung kamu?
Kan dia juga tidak lepas memandang kamu?
Ya, benar. Tapi..
Terlalu indah!
Matanya! Senyumnya! Bentuk mukanya!
Cantiknya dahsyat!
Katakan, itu jodohmu, bagaimana?
Jangan kata sekarang,
buat aku degup makin laju.
Sudahlah, dia berlalu.
Celaka, habis sudah.
Kesal, tak bergerak.
Kamu, aku tak tahu namamu.
Menjadi memori kerana mata kita pernah terkunci.
menarikkk..
![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|