BIMBANGKAN tahap keselamatan orang ramai, pihak berkuasa Hong Kong melakukan pemeriksaan di beberapa buha kolam dan tasik awam selepas 16 ikan yang mempunyai mulut seperti buaya, Alligator gar ditemui.
Ikan itu dipercayai dibuang oleh pemiliknya di kolam dan tasik disebabkan saiznya yang semakin membesar.
Akhbar South China Morning Post semalam melaporkan seekor ikan Alligator gar sepanjang satu meter berjaya ditangkap di sebuah kolam di taman awam pada Jumaat lalu.
Ikan yang berasal daripada Amerika Utara itu dijual di Hong Kong untuk dipelihara di dalam akuarium semasa panjangnya kurang 30 sentimeter.
Ikan itu boleh membesar sehingga tiga meter panjang dan seberat 140 kilogram.
Menurut akhbar itu, sebanyak 15 ekor ikan ditemui di beberapa kolam dan tasik di sekitar Hong Kong.
Walaupun ikan itu agresif dan merupakan spesies karnivor, ia tidak menyerang manusia. - AFP
kalu aku TERtangkap ikan nih... tak sanggup aku nak bela.... nampak cam ganaih ekkk..... ya lorrrrrrrr cakap ajer tak serang manusia... binatang2 ni... ko tak leh pedik ekkkk....
ikan2 yg asalnya dr amazon memang dr jenis predetor..so sapa2 yg bela ikan ni pastu dh tak sanggup bela bila ikan besar, bagila kat jabatan haiwan ke atau zoo ke, aquaria ke..jgn main buang je kat kolam2 n tasik awam..bahaya utk ekologi n habitat lain..walaupun takde kes binatang ni mencederakan org kat malaysia ni, tp kalau tgk saiz memang ada fosibiliti...
Aku sokonng korang semua, pasal tu laa aku dah lepaskan ikan ku kat tasik putrajaya 2 ekor. besar sangat dah lebih sekaki panjangnya. Harap2 dia leh idup la kat tasik putrajaya tuh...
Aku sokonng korang semua, pasal tu laa aku dah lepaskan ikan ku kat tasik putrajaya 2 ekor. besar sangat dah lebih sekaki panjangnya. Harap2 dia leh idup la kat tasik putrajaya tuh...
penyudisko Post at 9-9-2009 15:28
lepas kat tasik putrajaya? tak mengancam ekosistem ke?..nape tak serahkan ke jabatan haiwan ke..atau peminat haiwan exotic...
aku ada bela ikan ni.. skang baru panjang sejengkal n ikan ni jenis ni gak pernah melekat kat pancing aku ms aku mancing kat tasik permaisuri.mmg sah ada org buang... aku mmg xde niat nk buang ikan bi ssb aku mmg nk beli giant akuarium utk ikan2 pemangsa aku.. ikan ni mmg best n jinak even korg nmpak muka dia cam ganas jer..
adek aku bela kt umah mak aku..2 ekor..letak dlm tangki biru tu...dr sebesar jari..da besor kaki org dewasa....
dua ekor.....sekor mati...seminggu kendian sekor lagi mati..rindu agaknyeee