|
LUASNYA NERAKA
Assalam Mu'alaikum Wbrth!!! Sahabat semua...bacalah. ...
Ya Allah.... takutnyer... bacelah sampai habis.. skjap jer.. x smp 5 minit..pun!! !
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN. ....
.: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya, maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya:"Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w. bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menj adik an Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s.a..w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tan ya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah. Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a.w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang selalu menangis dan minta kepada Allah..(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
|
|
|
|
|
|
|
|
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua' lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterang an dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat..
SEPULUH ORANG YANG MAYATNYA TIDAK BUSUK DAN TIDAK REPUT DI HARI QIAMAT KELAK!!!
Disebutkan di dalam satu riwayat, bahawasanya apabila para makhluk dibangkitkan dari kubur, mereka semuanya berdiri tegak di kubur masing-masing selama 44 tahun UMUR AKHIRAT dalam keadaan TIDAK MAKAN dan TIDAK MINUM, TIDAK DUDUK dan TIDAKBERCAKAP.
Bertanya orang kepada Rasulullah saw : "Bagaimana kita dapat mengenali ORANG-ORANG MUKMIN kelak di hari qiamat?"
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
Maka memanggillah dari zat yang memanggil. Bukanlah debu "itu dari debu kubur mereka, akan tetapi debu itu ialah debu KEIMANAN" mereka. Oleh itu tinggallah debu itu sehingga mereka melalui titian" Siratul Mustaqim dan memasuki Alam SYURGA, sehingga setiap orang melihat para mukmin itu mengetahui bahawa mereka adalah pelayan Ku dan hamba-hamba Ku.
Disebutkan oleh hadith Rasulullah saw bahawa sepuluh orang yang mayatnya TIDAK BUSUK dan TIDAK REPUT dan akan bangkit dalam tubuh asal diwaktu mati :-
1. Para Nabi
2 Para Ahli Jihad
3. Para Alim Ulama
4. Para Syuhada
5. Para Penghafal Al Quran
6. Imam atau Pemimpin yang Adil
7. Tukang Azan
8. Wanita yang mati kelahiran/beranak
9. Orang mati dibunuh atau dianiaya
10. Orang yang mati di siang hari atau di malam Jumaat jika mereka
itu dari kalangan orang yang beriman.
Didalam satu riwayat yang lain dari Jabir bin Abdullah ra sabda Rasulullah saw: Apabila datang hari QIAMAT dan orang-orang yang berada di dalam kubur dibangkitkan maka Allah swt memberi wahyu kepada Malaikat Ridhwan:
" Wahai Ridhwan, sesungguhnya Aku telah mengeluarkan hamba-hamba Ku berpuasa ( Ahli Puasa ) dari kubur mereka di dalam keadaan letih dan dahaga. Maka ambillah dan berikan mereka segala makanan yang digoreng dan buah-buahan SYURGA. "
Maka Malaikat Ridhwan menyeru, wahai sekelian kawan-kawan dan semua anak-anak yang belum baligh, lalu mereka semua datang dengan membawa dulang dari nur dan berhimpun dekat Malaikat Ridhwan bersama dulang yang penuh dengan buahan dan minuman yang lazat dari syurga dengan sangat banyak melebihi daun-daun kayu di bumi.
Jika Malaikat Ridhwan berjumpa mukmin maka dia memberi makanan itu kepada mereka sambil mengucap sebagaimana yang difirman oleh Allah swt di dalam Surah Al-Haqqah bermaksud :
"Makan dan minumlah dengan sedap disebabkan AMAL yang telah kamu kerjakan pada HARI yang telah LALU itu."
* Tolong sebarkan kisah ini kepada saudara Islam yang lain.
Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati. " Dan ( ingatlah ) Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan." Surah Al-Baqarah : 237
Untuk renungan dan amalan bersama .. |
|
|
|
|
|
|
|
I'm speechless...MasyaAllah!! |
|
|
|
|
|
|
|
Maka jawabnya Rasulullah saw "Umatku dikenali kerana WAJAH mereka putih disebabkan oleh WUDHU'." Bila qiamat datang maka malaikat datang ke kubur orang mukmin sambil membersihkan debu di badan mereka KECUALI pada tempat sujud. Bekas SUJUD tidak dihilangkan.
soalan
A) riwayat mana
B) TEMPAT sujud - refers to the forehaed or the place tempat yg kita sujud dalam dunia ni?
statment ni ada ketaksaan makna . cam ner tu?
thanks |
|
|
|
|
|
|
|
MasyaAllah....
sedihnyer...+ takut....
Ya Allah Ya Tuhanku minta aku dijauhkan dari perkara yg blh melalaikan aku. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 10-9-2009 17:49
Al Quran menegaskan di surah 55 ayat 35 bahwa kepanasan yang terlalu extreme wujud di kesemua petala langit sehinggakan kalau jin dan manusia pergi ke situ maka akan terbakar hingga rentung tubuh mereka .
Para saintis mengakui kewujudan kepanasan yang berjuta-juta degree k di kawasan corona di luar atmosphere matahari berjuta-juta kilometer jauhnya , sedangkan matahari tu sendiri tidak sepanas ruang corona tersebut , jadi mereka tertanya-tanya mana mai kepanasan yang berjuta k tu .....
So mana mai kepanasan yang extreme di kesemua petala langit tu ?
Pernah tertanya-tanya kenapa Allah ciptakan langit tujuh petala ? Kenapa perlu wujud langit yang banyak jumlahnya tu ?
Ni Rasulullah jawab persoalan tu di hadisnya kat bawah ni .
Sahih Muslim
Book 004, Number 1292:
Abu Huraira reported that the Messenger of Allah (may peace be upon him) said: The Fire said to the Lord: O Lord! some parts of mine have consumed the others, so allow me to exhale (in order to find some relief from this congestion). It was granted permission to take two exhalations, one exhalation during the winter and the other exhalation during the summer So whatever you perceive in the form of intense cold or hurting cold is from the exhalation of Hell. And whatever you perceive in the form of extreme heat or intense heat is from the exhalation of Hell.
Sahih Bukhari
Volume 7, Book 71, Number 622:
Narrated Rafi bin Khadij: I heard Allah's Apostle saying, "Fever is from the heat of Hell, so abate fever with water."
Sumber utama segala haba baik di atas mukabumi ni mahupun di ketujuh-tujuh petala langit adalah dari neraka .
Kepanasan ketika musim panas dan kesejukan ketika musim sejuk adalah kerana perbezaan kepanasan yang wujud di neraka Allah .
Jadi kewujudan tujuh petala langit itu adalah untuk menapis kepanasan neraka agar yang sampai pada kita yang terletak di langit yang paling bawah sekali ni adalah yang paling paling paling rendah sekali habanya .
Dengan bantuan haba yang dah di tapis dari neraka itu lah semua bintang-bintang yang berzillion jumlahnya di langit paling bawah mendapat sumber tenaga berterusan untuk bersinar terang sepanjang masa .
Haba yang kita rasa , tak kiralah kerana kita demam atau kerana kita kena teriknya cahaya matahari adalah juga dari neraka sumbernya , so kita patut insaflah kan , tiap-tiap hari kita merasai secebiiiiiis saja dari haba api neraka .
Esok-esok ni di akhirat kita akan lihat sendiri sumber segala haba tu dengan mata kepala sendiri , waktu tu dah tak dak tujuh petala langit dah nak tapis kepanasan haba api neraka dari kulit kita !
Bayangkan bermillion k degree kepanasan kat corona yang dah di tapis oleh tujuh petala langit, so berapa sebenarnya haba kepanasan dalam neraka kalau ia direct kena terus pada kulit kita tanpa di tapis langsung ? Tak tau nak cakap laaaa . |
|
|
|
|
|
|
|
mati itu benar..seksa kubur itu benar..neraka itu benar...hope syurga akhirnya... |
|
|
|
|
|
|
|
terkedu aku baca.. betapa luasnya neraka jahannam Allah itu |
|
|
|
|
|
|
|
neraka ade tujuh tingkat kan??
sape penghuni bagi tiap2 tingkat neraka tu???
takut bila baca pasal neraka nie.. |
|
|
|
|
|
|
|
ain_...
Kan udah dijawap @post #1... baca lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
rely speechless..
nauzubillah... |
|
|
|
|
|
|
|
sgt takut bila membacanye dan mengenangkan apa yang akan terjadi di akhirat nnt.
Semoga Tuhan akan sentiasa membuka pintu hati setiap hambanya untuk kembali ke pangkal jalan sementara belum terlewat. |
|
|
|
|
|
|
|
jarak dari satu pintu neraka ke pintu yang lain je dah 70 000 tahun!!so bape billion kilometer tu??besar gileee!! |
|
|
|
|
|
|
|
14# zaujahzauji
kenalah besar, untuk memuatkan 'penghuninya'.... :cry: |
|
|
|
|
|
|
|
Dalam hadis yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahannam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahannam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka disebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan di belakang mereka. Dan mereka (Jin dan Mausia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergetarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil, "Ya Tuhan kami, selamatkanlah."
Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah S.A.W telah bersabda : "Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahannam, dan neraka Jahannam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah S.W.T dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud : "Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras."
Setiap malaikat apa yang ada di antara pundaknya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya, maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahannam. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum rakan-rakan semua,
Bergenang airmata membaca posting-posting di atas.
Terasa takutnya dengan neraka Allah....
Semoga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat keampunanNya. |
|
|
|
|
|
|
|
5# mbhcsf
lebih tepat lagi umat nabi muhammad saw nanti akan dikenali kerana bekas wuduk yang sempurna.....masa kursus solat dgn ust zaharudin diasempat buat lawak lagi... kata kalau dari malaysia mesti lebih senang kenal sbb mostly orang malaysia basahkan dahi sikit je ikut mazhab ikut syarat basah 3 helai sekurang2nya sedangkan mazhab lain basuh 1/3 dari bahagian kepala..
so yg dari malaysia ni nampak berchaya sikit je lah bahagian kepala tu sejemput gitu sejak tu saya basuh 1/3 bahagian kepala.. |
|
|
|
|
|
|
|
18# Rosputih
salam kak ros jarang nampak kat sini...ni belum baca lagi isi2 neraka..yg mana antaranya manusia dijadikan bahan bakar nya...jenis2 pernyiksaan di dalam neraka tak terbayang oleh akal... |
|
|
|
|
|
|
| |
|