CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4642|Reply: 25

Akhirnya ku temui hidayah....

[Copy link]
Post time 10-9-2009 08:28 PM | Show all posts |Read mode
assalamualaikum muslimin muslimat semua..
sy post ni tak lain sbb nak kongsi pengalaman sy..
n leh la kte tukar2 pikiran yek?

sy dilahirkan sebagai anak tunggal dlm keluarga. keluarga sy ketika itu tidaklah berapa kenal agama.mak dan ayah sy tak pernah sembahyang.ayah sy pula waktu magribnya selalu dihabiskan di pusat snooker atau padang bola. tp sy syg keduanya sbb kerana diorang lah sy dpt membesar dgn sempurna, cukup makan, cukup segalanya. waktu sy umur 8 tahun, ayah sy berubah mendadak drp org yg tak kenal sejadah kepada org yg sgt pentingkan waktu solatnya.
alhamdulillah...
tp mak sy belum ke arah itu..
mak sy jg tidak ingatkan sy waktu solat sbb ketika itu dia pun tidak mendirikan solat

pada umur sy 9tahun, mak sy dah mendekati Allah beransur2. kini sy mempunyai ayah dan mak yg sempurna di mata sy. kedua2nya mementingkan solat...sedangkan sy?mak dan ayah sy menyuruh sy bersolat.. sy pergi bilik air untuk mengambil wudu kononnya tp sebenarnya sy sekadar membasuh muka, tgn dan kaki sahaja. selepas itu, masuk ke dalam bilik dn mengunci pintu. sy menyorok di belakang pintu, lubang kunci sy sumbatkan dgn tisu biar mak tak dpt tgk apa yg sy buat dlm bilik.sy lgsg tak sembahyang..cukup masa lebih kurang 5minit, sy keluar bilik.bila mak tanya, "dah solat?" sy menjawab sudah. kekadang bila ayah ajak berjemaah, sy taktau apa yg dibaca. bila sy dengar mulut ayah kumat kamit baca surah, sy pun bunyikan "sshhh shhh" konon2nya sy pun kumat kamit membaca surah tu.

pada umur sy 9 tahun ni, sy dh mula bersekolah agama. oleh sebab sy jahil, sy langsung tak tau membaca jawi. hukum hakam pun langsung tak tau. kedudukan dlm kelas sgt teruk. sy mendapat tempat terakhir dalam kelas. puasa pun sy tak pernah. sy pura2 puasa dpn mak dan ayah sy, tp sebenarnya sy curi2 makan kuih raya yg mak sy buat. kalau mak dan ayah keluar pegi kedai, sylah manusia paling gembira sekali sebab sy boleh makan tanpa perlu sembunyi2 lg.

entah macamana, lepas sy teruk kena belasah dgn ayah sebab keputusan sy itu, pengetahuan sy tentang agama semakin baik.  masa sy mengulang darjah 1 sek.agama (kalu tak lulus, tak boleh naik kelas), sy dpt kedudukan baik. tak silap sy no 3. mak ayah paling gembira sekali. bermula dr peristiwa tak lulus darjah 1 tu lah, sy seringkali mendapat tempat top 5 setiap tahun.  namun demikian, semua yg sy belajar di sekolah agama sy tak praktikkan di rumah. sy tetap juga menipu mak dan ayah sy. satu hari, ntah mcmana, mak dapat hidu perbuatan sy. lepas sy masuk bilik dan kunci, dlm 2 minit selepas itu mak sy buka pintu guna kunci pendua. dia lihat sy tgh mencangkung dibelakang pintu dan sejadah terbentang gitu aje. mak sy mula naik angin. ayah sy balik kerja, mak sy cerita. ayah sy ckp "nanti kau masuk neraka!"

pada umur sy 10tahun, sy jadi ketua dlm kelas sekolah agama. pagi sebelum pergi sekolah, sy terperasan mcm ada kaler gelap pada seluar dalam sy. tp sebab sy tak buka lampu bilik air masa tu, jd benda tu mcm nampak tak nampak saja. siap saja sy pakai baju sekolah, mak sy menjerit memanggil sy. sy terpinga2 masa tu bila mak sy kata sy dah "datang kotor". satu hari sy tak bercakap dgn kawan2. sy rasa malu sangat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-9-2009 08:37 PM | Show all posts
habis saja uzur, mak sy ajar sy cara2 mandi wajib. sy ikut saja dan mak sy kata sy dah akhil baligh. semua dosa sy dh tanggung kata mak sy.sy anggukkan kepala saja. sy tak sembahyang bertahun2...tak puasa bertahun2...dan sy juga tak mandi wajib sebab malas. dari sy sekolah sampaila sy remaja, sy tak pernah solat, puasa dan mandi wajib. depan org sy buat2 ambil wudu. tp sebenarnya tidak. smpi bilik sy kunci, kemudian sy basahkan telekung pada bahagian kepala. jadi bila mak sy check dan rasa telekung basah, dia akan anggap sy dah solat. kadang2 bila mak dan ayah bising2 suruh solat, sy akan masuk dlm bilik dan hempas pintu dan dlm ati sy berkata "lagi bagus jadik hindu!"

masa sy tingkatan 4, mak dan ayah hantar sy sekolah asrama. dekat situ sy mula cuba puasa sehari suntuk, tak makan curi2 sebab sy tgk kwn2 semua puasa. sy juga diwajibkan pergi surau solat berjemaah dan dengar kuliah. tp hati sy masih degil. sy menipu juga. adakah saf org berjemaah akan terbatal jika sy yang tidak berwudu dan bersembahyang ni berdiri sama saf dgn org berjemaah?

lama2 sy bosan...smpi bila hendak menipu..kali ni sy menipu lagi. tp dgn menjadikan period sy sebagai alasan. kalau period sy cuma seminggu, sy akan skip solat selama 2 mggu. bila ajk surau buat check (biasanya dorg akan suruh bdk2 period pi bilik air dan akan tgk pad diorang samada berdarah atau tak), sy akan terlepas. sebab apa? sebab setiap hari sy dah prepare pad sy dgn meletak pewarna merah gelap pd pad sy. sungguh...sy rasa sangat2 malas nk solat...mandi wajib pun saya tak suka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 08:49 PM | Show all posts
tp sy tetap puasa...cuma solat dan mandi wajib sj sy tinggalkan. pada masa sy tingkatan 5, sekolah buat mcm2 ujian sebelom nak hadapi spm. 1 hari sy bertanya pada diri sendiri "cuba kalau aku sembahyang betul2 waktu ujian ni. agak2 tuhan tolong aku tak?" lalu sy pun solat setelah sekian lama tak solat. rupanya betul. markah ujian sy amat memberangsangkan. tp syg, sy tinggalkan solat sehinggalah spm smpikan keputusan spm sy cukup2 makan saja. sy jadi tension smpikan sy sudah berani melangkah al-quran. astaghafirullah.

lepas spm, mak dan ayah lepaskan sy lagi utk pergi ke ipta di negeri sembilan.  di situ sy menjadi lebih teruk. kalau dulu, masa bawah jagaan mak dan ayah, sy langsung tak berani sebut nama lelaki. sekarang sy dah jauh dari mereka, perangai sy makin teruk. sy berkenalan dgn seorang lelaki. sy kenal dgn dia melalui telefon. dia salah dail no sy. sebelum jumpa, dia selalu ingatkan sy tentang solat dan dia selalu lagukan ayat2 quran. sy rasa sgt bahagia dgn dia dan sy pun mula berubah. tp rupanya dia tidaklah sebaik yg disangka. pada hari pertama pertemuan kami, dia dgn beraninya ambil tangan sy dan mengucupnya. kemudian mula memeluk sy. sy berkata dlm hati "inikah dia lelaki yg selalu bercakap mengenai agama?" kemudian dia mula mengikis wang biasiswa sy. hari2 sy kena telefon dia dan bila bil smpi di rumah, mak ayah sy mengamuk. rupanya bil melambung smpi rm2k! mak dan ayah serta merta trun berjumpa sy. mak menangis waktu tu dan sy rasa sgt sedih. akhirnya sy putuskan hubungan dgn lelaki jahat tu.

bermula dari situlah sy sering berjumpa lelaki yg tidak jujur dgn sy. semuanya mengambil kesempatan ke atas sy. soal agama sy ketepikan jauh2 sebab sy dah bosan dgn lelaki yg berlagak alim, tp sebenarnya penipu.sehinggalah satu hari sy bangun pagi terasa tekak sangat sakit. rupanya tonsil dah menyerang. sy langsung tak boleh bercakap, menelan air liur pun sakit teramat sgt. ketika itulah sy teringat Allah dan sy mohon dlm solat supaya Allah kurangkan sakit sy ini tp tak juga berkurang. sy pinjam kitab kwn, sy baca mengenai solat taubat. pada malam tu sy bertaubat dan minta Allah ringankan sakit sy ini. Alhamdulillah, keesokannya sakit sy semakin berkurang.
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 09:01 PM | Show all posts
alhamdulillah...kita kena ambik ni sbg pengajaran..allah dtgkan sakit tu utk ujian dn memperingati kita.. ambik peluang ni sbb kita tk tahu bila lagi allah nk kasi hidayah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 09:02 PM | Show all posts
sy bertaubat 1 hari, kemudian sy kembali pada perangai lama. sy buat ni suma mcm main2. sy derhaka pd mak dan ayah, kadang2 smpi tahap sy gelarkan mereka b**i. begitu juga Allah. bila nampak org cina, org kristian, sy akan berkata dlm ati "bagusnya jadi org cina. tak payah susah2 sembahyang tp idup senang". smpi begitu sekali kata hati sy.  satu malam, sy bermimpi ditarik nyawa. sy dpt merasa yg nafas sy sesak dan dada sy sakit. bangun pg tu sy tercungap2 dan rasa takut amat sgt. sy cuma solat subuh, dan kemudian sy abaikan lagi.

sgguh lama sy tak solat...hampir berpuluh taun. berapa kali sy bertaubat, kemudian sy kembali pd perangai lama. mak dan ayah ajak sy pergi mekah. sy akur wlpn dlm hati sy tak suka. agaknya dh ditentukan oleh Allah, hanya insan terpilih sahaja yg akan pergi ke mekah, sy tak jadi pergi atas alasan study sy.  bila mak dan ayah pergi ke mekah, sy makin galak buat maksiat. keluar dgn lelaki sana, lelaki sini. tak pikir dosa pun. wlpn sy bebas, tp sy tetap jaga kehormatan sy. sehinggalah satu hari sy ditangkap khalwat di tepi laut. mujur waktu tu pegawai agama cuma kaunselingkan kami saja. jadi takde sape pun tahu kami ditangkap khalwat.

hinggalah pada jumaat lepas dlm bulan ramadhan ni, sy mendapat mimpi. sy bermimpi hari hampir kiamat. sy dan beberapa org dibawa ke satu bangunan. di sana sy dan orang2 lain mcm tidak disukai. kami dilempar dgn tingkap kaca. tp satu pun tidak mengenai sy tapi terkena pada org2 lain. di depan bangunan tersebut ada satu tapak tugu. tp tugunya tidak kelihatan seperti belum siap. tiba2 keluar dua org  cina datang menuju ke arah sy. katanya "serahkan apa yg ada pada kamu semua. bantulah kami membantu patung itu (sambil menunjuk ke arah tapak tugu tersebut). semua org menyerahkan duit, rantai, jam dsb. tp sy tidak menyerahkan apa pun. sy jeritkan pada mereka "kenapa aku kena serahkan semua hak aku?tidak! aku tidak akan serahkan!" tiba2 muncul cahaya dr atas tapak tugu tersebut. rupanya itu adalah cahaya dari bayang2 patung st mary yg selalu ada dalam gereja. patung tersebut menyeru sy supaya mengikut dan membantunya. sy menekup telinga tidak mahu mendengar.

tiba2 sy terjaga. bila sy buka mata, sy dapat lihat bayang2 dua orang manusia, seorang lelaki memakai baju melayu putih dan seorang perempuan bertelekung putih berdiri di hadapan katil sy. sy menggosok mata utk memastikan sy bermimpi. tp akhirnya mereka hilang begitu saja. sy bangun beristigfar, mengucap 2 kalimah syahadah dan terus menunaikan solat subuh. alhamdulillah, hingga kini keimanan sy belum runtuh lg dan sy harap hidayah Allah akan kekal smpi bila2..aminn...

sy ingin bertanya, bagaimana cara nak bayar puasa dan sembahyang yg lama sgt kta tak lakukan?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-9-2009 09:04 PM | Show all posts
sy juga ada seorang kawan lelaki..
telah berkahwin dan ada 3 org anak
masalahnya dia selalu bercerita pada sy yang dia tidak puasa, tidak solat.
bila isterinya uzur, dia ikut tidak puasa.
tp sy nasihatkan dia supaya jd contoh pada anak2nya tp dia marah pd sy.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-9-2009 09:19 PM | Show all posts
bagus kalu dh bertobat..
sadisnya...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2009 10:28 PM | Show all posts
err macam org johor je..hurmm...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2009 11:53 PM | Show all posts
alhamdullilah...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 02:13 AM | Show all posts
Sekadar berkongsi pengetahuan... mengapa lelaki jadi semakin bodoh, talam dua muka, hipokrit dan tidak boleh mengambil tindakan bijak dimasa sekarang untuk kebaikan masa depan? Mungkinkah penjelasan sains ini mampu menghuraikan?

http://syurgadidunia.blogspot.com/2009/09/patutlah-lelaki-menjadi-semakin-bodoh.html
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:13 AM | Show all posts
Alhamdullilah.. semoga taubat kita diterima olehNYA!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 11:01 AM | Show all posts
utk berubah mmg sng sgt~~tp nk ISTIQAMAH itu agak ssh~~

carila ustaz or ustazah yg benar2 arif yg leh membimbing~~


@tina~

aku pn pk, cm org johor jek.......
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 04:13 PM | Show all posts
takutnya baca kisah u ni...eloklah dah bertaubat tapi jgn lah taubat main2...byk hutang u kena bayar ni elok lah ambil calculator kira...
bab solat maybe senang kiraannya qadak aja apa yang tertinggal...bila kita solat subuh qadak solat isyak...solat zuhur qadak subuh..kira lah kalau 10tahun tinggal solat means selama 10 tahun akan datang lah u solat double ni..itu pun kalau umur panjang..
bab puasa ni haru ni..baru ni tgk tv kiraan orang yg tinggal posa kena bayar fidyah sampai berpuluh ribu...then a few days ago ada satu ust bagi option adapendapat lain katanya kalau dah fidyah sampai berpuluh ribu tu jadi masalah pula pada setengah orang so blhlah bayar puasa sahaja dan fidyah tak perlu double or triple or berganda2..ni dlm rangangan tv9 tanyalah ust tu
fidyah ni kalau kalau tahun 01 u tinggal posa tak qadak sampai berakhir tahun 01, di tahun 02 fidyah jadi double..di tahun 03 jadi triple...apa hal dgn posa tahun 02 yg tak bayar? kan jadi double, triple..tah berapa kali ganda dah tu..so ust tu kata taubat sungguh2..bayar posa yg tinggal dgn satu nisbah sahaja..kalau 10 tahun kali 7..assume setahun tu tinggal posa 7 hari kan..so 70 hari..qada 70 hari then fidyah 70 x secupak beras...kalau zakat kita hari ni rm7..70 x 70 lah...allahualam..
tapi kalau mampu apasalahnya bayar je fidyah yg berganda2 ni..kita pun rasa selamat..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 04:56 PM | Show all posts
err macam org johor je..hurmm...
tina Post at 10-9-2009 22:28


nape mesti teka dier org JOHOR??
org JOHOR je ke menipu,tak solat,menderhaka pada orang tua dan sbgnya??
org2 dari negeri lain sume tak tinggal solat ea??sume alim2 belaka??
gitu ke??

i org JOHOR,maka i terasa..
tak adil la judge org Johor mcm tu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 04:57 PM | Show all posts
sy bertaubat 1 hari, kemudian sy kembali pada perangai lama. sy buat ni suma mcm main2. sy derhaka pd mak dan ayah, kadang2 smpi tahap sy gelarkan mereka b**i. begitu juga Allah. bila nampak org cina, ...
sunflower83 Post at 10-9-2009 21:02


tahniah sebab dah dapat hidayah..
sy doakan anda terus disinari nur oleh Allah,aminnnnn...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 12:16 AM | Show all posts
14# ain_lazerella
aikk menda mu ni macam marah nampak.. apsal mu ni cam terasa hurmm kawe muskil..
kawe teke dia johor pasal dia skola agama kalau tak lulus tak blh naik..setau aku sekola agama johor camtu..kalau negeri lain taktau la plak...aiseyyy....... kenyataan aku disalahertikan..uhukkk..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2009 02:51 PM | Show all posts
14# ain_lazerella
aikk menda mu ni macam marah nampak.. apsal mu ni cam terasa hurmm kawe muskil..
kawe teke dia johor pasal dia skola agama kalau tak lulus tak blh naik..setau aku sekola  ...
tina Post at 13-9-2009 00:16


sebab i sensitif bab2 negeri nie..
btw,yup..mmg kat johor kalau tak lulus exam skolah agama,takleh naik darjah..

maaf,i taknak gaduh pon..cuma tak selesa kalau ade sentuh pasal negeri..

papepun,same2lah bg semangat kat tuan rumah nie yg baru je nak berubah ok..
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 09:44 AM | Show all posts
sy bertaubat 1 hari, kemudian sy kembali pada perangai lama. sy buat ni suma mcm main2. sy derhaka pd mak dan ayah, kadang2 smpi tahap sy gelarkan mereka b**i. begitu juga Allah. bila nampak org cina, ...
sunflower83 Post at 10-9-2009 21:02


SF83 masih dikasihi oleh Allah krn walaupun byk kali diberi peringatan tp masih melakukan maksiat. Dengan peringatan Allah kali ini semoga SF83 berubah terus hingga ke akhir hayat dan istiqomah dalam beribadat.

sunflower perlu merujuk kpd ustaz atau ustazah bg membuat pengiraan ganti puasadan bayar fidyah puasa ni. sbb kalau tak silap makcik ada beza kiraan untuk tempoh tak posa krn 'period' dan tak posa krn alasan selain dari period/beranak/mengandung.

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 04:10 PM | Show all posts
baca cerita awk ni teringat dekat kwn lelaki yg asalnya dr johor
dia kata dia cuma solat klu balik rumah shj....
biasanya solat pun pura2 jer...
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 04:32 PM | Show all posts
sensitip btol cik ain Betol kata mek tina tuu, sek petang kat johor je yang macam tu..sebab wa pon johor gak hehe..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:17 AM GMT+8 , Processed in 0.063695 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list