CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 27602|Reply: 90

Dato' Harun Idris: Kesan daripada 13 Mei 1969

[Copy link]
Post time 10-9-2009 11:49 PM | Show all posts |Read mode
Selain daripada melayu & cina membunuh satu sama lain, yakni menang jadi arang kalah jadi abu..........


tapi sape yg untung? rakyat jgn laa jadik bengap dgn mainan ahli politikus.....! kalau malas nak baca, bacalah yg berwarna merah saje.....!




Kitaran politik ganas untuk MB Selangor
Oleh Samsuri Roslan

SHAH ALAM, Sept 9 – Beberapa hari sebelum menjelang dialog isu kuil  tersebar risalah yang diedarkan oleh pimpinan Pakatan Rakyat negeri mengenai toleransi beragama kepada para penduduk Melayu Islam di sekitar Seksyen 23 Shah Alam.

Begitu juga tempat dialog yang dijadualkan pada September 5 lalu di Dewan Serbaguna Seksyen 23 Shah Alam turut diubah berikutan kemungkinan bibit-bibit ketegangan akan berlaku.

Menyedari hakikat ini dan berkemungkinan besar untuk meredakan keadaan, pihak kerajaan negeri telah mengubah tempat dialog di Dewan Bankuet Wisman Majlis Bandaraya Shah Alam.

Bagaimanapun keadaan sebaliknya berlaku. Risalah yang diedarkan dan tempat dialog turut diubah tidak memberi impak kepada penduduk sehingga menimbulkan suasana tegang di majlis tersebut. Berlaku kejadian maki hamun sehingga membabitkan Menteri Besar Selangor sendiri, Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selaku Menteri Besar dan Pengerusi Perhubungan PKR Negeri, Khalid terus menghadapi pelbagai cabaran untuk menguji kewibawaan beliau.

Sejak dari awal beliau mentadbir Kerajaan Negeri pelbagai isu timbul samada dari kalangan parti pambangkang mahupun dari rakan dalam kerajaan gabungan Pakatan Rakyat dan isu peribadi.

Sejarah kitaran politik ganas seolah-olah sudah menjadi sumpahan kepada mereka yang memegang jawatan Menteri Besar Selangor.

Dalam satu wawancara Datuk Chamil Wariya bersama mantan Menteri Besar Selangor mengenai isu ini, Datuk Seri Khir Toyo ada menjelaskan beliau mendengar kata orang kerusi Menteri Besar Selangor ini panas dan semacam ada sumpahan bagi penyandang jawatan.

“Sebenarnya tiada ada sumpahan. Cuma cara kita bawa diri kena betul. Kadang-kadang kita melakukan kesilapan-kesilapan dan kita kena belajar dari kesilapan itu. Kalau orang kata kerusi Menteri Besar ini panas, mungkin betul. Tetapi saya sendiri tidak rasa begitu kecuali kalau kita mungkin sukar ditegur atau sukar dirapati rasa panaslah. Bagi saya bila kita buat kerja betul kita akan teruskan dan kita tegakkan,” kata Khir dalam wawancara itu.

Termasuk Khalid, Selangor sudah mempunyai 15 orang Menteri Besar. Tujuh Menteri Besar yang awal adalah melalui lantikkan. Menteri Besar Selangor yang pertama adalah Datuk Hamzah Abdullah, Raja Tun Uda Raja Mohamad, Datuk Othman Muhamad, kembali kepada Raja Tun Uda, Tun Dr Abdul Aziz Abdul Majid, Muhamad Ismail Abd Latif dan Tan Sri Abdul Jamil Rais.

Jawatan Menteri Besar melalui Pilihan raya umum mahupun pemilihan parti Umno pula adalah Datuk Abu Bakar Baginda, Datuk Harun Idris, Datuk Hormat Rafie, Datuk Ahmad Razali, Tan Sri Muhamad Mohd Taib, Tan Sri Abu Hasan Omar, Khir Toyo dan kini Khalid.

Krisis kepemimpinan Menteri Besar disifatkan serius selepas jawatan mereka dilantik melalui pilihan raya umum.

Krisis Harun Idris berkesudahan pemecatan beliau pada awal 1976. Dia hilang jawatan parti dan kerajaan. Antara tuduhan adalah memiliki harta bernilai RM60 juta yang juga dikaitkan dengan pembabitan dalam mengagih kensesi balak di Bangi.

Pada November 24 1975, Harun disabitkan dengan salah guna wang hampir RM8 juta Bank Rakyat kerana membiyai perlawatan tinju Heavyweight Muhamad Ali dan Jeo Bugner. Dia juga menghadapi tuduhan rasuah RM250 ribu dari Hong Kong & Shanghai Bank Corporation sehingga membawa hukuman penjara.

Hormat Rafie mengundurkan diri sebagai Menteri Besar pada tahun 1982 apabila dikaitkan dengan tindak tanduk ‘mencantas’ orang-orang Harun sepanjang beliau memegang jawatan. Beliau yang dipilih sebagai pemimpin ‘meredakan keadaan’ terpaksa akur apabila peralihan kuasa berlaku di peringkat nasional dengan Tun Dr Mahathir Muhamad menggantikan Tun Hussien Onn. Dr Mahathir melantik semula Harun sebagai Pengarah Pilihan raya Barisan Nasional negeri yang memberi gambaran karier politik Hormat sudah berada di penghujung.

Perlantikan Datuk Ahmad Razali pada tahun 1982 sebagai Menteri Besar memberikan harapan baru kepada pengundi Selangor memandangkan hubungan keluarga beliau dengan Dr Mahathir.

Ahmad yang merupakan abang ipar kepada Dr Mahathir hanya bertahan satu penggal berikutan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional yang mahukan beliau digugurkan sebagai calon pada pilihan raya umum 1986.

Beliau memberi watikah kepada semua calon yang bakal bertanding tetapi namanya sendiri tiada dalam senarai di saat-saat akhir. Keputusan ini mengecewakan para penyokong beliau memandangkan tekanan dari individu tertentu di peringkat nasional kini sudahpun menyertai gabungan Pakatan Rakyat.

Perlantikan Muhammad menjadi suatu anjakan baru kepada perkembangan politik, sosial, ekonomi dan pembangunan negeri Selangor. Walaupun Selangor disifatkan sebagai dinamik di bawah pentadbirannya, namun dia tidak sunyi dari pelbagai isu.

Krisis dengan Sultan Selangor, isu perlantikan timbalan menteri besar, isu tanah dan kes gagal istihar wang bernilai RM2.4 juta yang Muhammad bawa masuk ke Australia telah menjadi isu hangat. Pada April 14 1997, beliau kehilangan jawatan menteri besar walaupun didapati tidak bersalah.

Abu Hassan Omar yang menggantikan Muhammad dengan slogan Tunggak 10 turut menjadi mangsa kitaran politik ganas. Dia gagal memberikan jawapan yang memuaskan ketika penguabahsuaian kediaman Menteri Besar yang bernilai RM 5 juta. Semasa dalam pengubahsuaian ini, beliau diselar kerana menetap di Hotel Raddison, Shah Alam yang ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan negeri.

Bagaimanapun isu dari akhbar Jawa Post yang mendedahkan beliau mempunyai anak luar nikah bersama adik iparnya gagal dijawab dengan baik sehingga membawa perletakkan jawatan pada Ogos 10 2000.

Begitu juga dengan berakhirnya karier politik Dr Khir Toyo yang menggantikan Abu Hassan apabila kerajaan BN tewas dalam pilihan raya umum ke-12 lalu. Dr Khir turut menghadapi pelbagai isu seperti isu tanah di Bukit Cerakah, isu jalan di Sekincan, isu pemberian penyapu dan lainnya sehingga menimbulkan kurang senang kepada kaki tangan kerajaan negeri.

Kini Khalid sedang menghadapi pelbagai isu dan tekanan politik mahupun pentadbiran. Segala-galanya bergantung kepada wibawa dan kebijaksanaan beliau dalam menangani pelbagai isu yang dijangka akan berlarutan sehingga menjelang pilihan raya umum ke-13 akan datang.

Kerusi Menteri Besar di Selangor disifatkan ‘unik’ dan sentiasa panas. Negeri ini menjadi tumpuan kerana ia disifatkan sebagai ‘nadi’ kepada ekonomi negara dan tidak menghairankan Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak bersedia untuk menjadi Pengerusi Perhubungan Umno Negeri.

Berbeza dengan kedudukan Menteri Besar sebelum ini yang lebih dikaitkan dengan masalah ‘politik dalaman’, Khalid pula diuji yang membabitkan pengundi Selangor.

http://www.themalaysianinsider.com/index.php/bahasa/37313-kitaran-politik-ganas-untuk-mb-selangor-

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-9-2009 01:25 AM | Show all posts
7 tahun lepas 13 Mei 1969, dapat kumpul RM60 juta........!


hebat.......!

Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2009 03:19 PM | Show all posts
Boleh kata dah jadi legen laa nie...Bukan calang2 org boleh buat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 01:03 AM | Show all posts
haah..... mmg hebat dpt kumpul RM60 juta dlm tempoh 7 tahun sbg Menteri Besar....!

patut diterapkan dalam business study.....!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 12:35 PM | Show all posts
mana dia ketuanan RM60 juta tu?



brape persen habuan yg keluarga si mati tu dapat?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-9-2009 12:36 PM | Show all posts
ayuh...! bangunlah semua rakyat malaysia...! jgn terus diperbodohkan...! :@
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 15-9-2009 12:36 PM | Show all posts
mana dia selendang merah a.k.a. selempang merah? brape persen ko dapat?
Reply

Use magic Report

Post time 15-9-2009 01:10 PM | Show all posts
7 tahun lepas 13 Mei 1969, dapat kumpul RM60 juta........!


hebat.......!


Acong Post at 14-9-2009 01:25


mmg hebat..pandai org2 politik ni buat duit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-9-2009 03:28 PM | Show all posts
busuk2 pung org kita...............
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 04:40 PM | Show all posts
upp............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 10:11 PM | Show all posts
up...............
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 03:49 PM | Show all posts
Apa la, orang kita banyak melarat
Makan xcukup pun ada
Depa senang2 ja RM 60 juta dalam tangan
HUHUHUHUHU
Nasib bangsa ku
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2009 01:30 AM | Show all posts
mana daa pigi pejuang kepala lembu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-9-2009 04:07 PM | Show all posts
dah standby asah parang & keris terbang utk pertahankan RM60 juta?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2009 12:12 AM | Show all posts
cis.......... bacul rupanya?!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2009 11:11 PM | Show all posts
Apa la, orang kita banyak melarat
Makan xcukup pun ada
Depa senang2 ja RM 60 juta dalam tangan
HUHUHUHUHU
Nasib bangsa ku
HangtuHangpa Post at 18-9-2009 15:49
tu laa manusia join politik sbb nak isi tembolok memasing........ haram jadah........  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2009 06:10 PM | Show all posts
takde kaa yg nak tegakkan benang basah kat sni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-10-2009 01:08 AM | Show all posts
Muhammad Ali vs Joe Bugner Autograph

A Large 16x20 Inch Photograph of Muhammad Ali against Joe Bugner in Malaysia. Signed in Blue Sharpie and comes complete with Online Authentics Certificate. Nice clear Signature. So you can be rest assured that you are getting a genuine autograph from the greatest boxer of all time - Muhammad Ali.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2009 01:58 AM | Show all posts
up...................................
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2009 05:39 PM | Show all posts
belum ape-ape terjadi belajar dari keadaan umat islam di pelastin. kenapa jadi bergitu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:20 AM GMT+8 , Processed in 0.097175 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list