View: 3498|Reply: 9
|
sejarah: manhattan dijual rega RM83.82
[Copy link]
|
|
Manhattan dijual RM83.82
Dokumen penjualan Manhattan yang dipamerkan di Muzium South Street, New York.
NEW YORK - Keseluruhan bandar raya Manhattan yang merupakan kota kewangan dunia dibeli daripada penduduk asli Red Indian dengan harga AS$24 (RM83.82), menurut satu dokumen sejarah.
Satu-satunya testimoni bertulis mengenai penjualan Manhattan pada 400 tahun lalu kini menjadi bahan penting pada satu pameran mengenai New Amsterdam iaitu sebuah penempatan Belanda yang akhirnya dirampas penjajah British tetapi ia kini dikenali sebagi New York.
Surat yang jarang-jarang dipertonton kepada umum dengan saiz kertas A3, beberapa peta, buku dan dokumen daripada Arkib Kebangsaan Belanda dipamerkan di Muzium South Street Seaport di sini, esok.
Pameran itu merupakan sebahagian sambutan yang meraikan ulang tahun ke-400 Henry Hudson yang meneroka Manhattan bagi pihak Belanda untuk Syarikat India Timur Belanda.
"Tidak seorang pun yang mengetahui satu hari nanti penempatan itu akan menjadi New York," kata Pengarah Arkib Mengenai Belanda, Martin Berendse.
New York kini dihuni lebih lapan juta orang serta mempunyai pelbagai bangunan hebat termasuk bangunan berkembar World Trade Centre (WTC) yang diserang pengganas pada 11 September 2001. - AFP
yg ni aku pernah baca masa study sejarah....hundreds years ago dah...pasal kes jual manhattan dulu nih!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kena tiffoooo ka red indian tuhh???
usd24 dulu..kalu ikut zaman sekarang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa pula harga orang Melayu kena tifuu jual Tanah Melayu kepada orang luar? Free kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Berapa pula harga orang Melayu kena tifuu jual Tanah Melayu kepada orang luar? Free kah?
cmf_WonBin Post at 12-9-2009 19:15
harga diri je kot... hehehe.. tu yg jd sekarag ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
hurm....kalo aku pn nk beli gak...mahal woooo skung. |
|
|
|
|
|
|
|
Kisah tanah ni pernah ada dlm CSI:New York pasal satu tribe red indian yg ada sebidang tanah area manhattan. Dlm series tu ada sebut yg Manhattan ni dulu dipunyai oleh Red Indian sebelum dijual... |
|
|
|
|
|
|
|
cian org Indian
Redz-XacK Post at 11-4-2010 21:02
bukan setakat kena tifooo.Kena ethnic cleansing pun ada macam Puak Indian Mecca tu.Sampai takda warisan langsung.Kalau Puak lain ada juga sebut "Last" kat filem macam Last Mohican tapi Puak Mecca ni yg last pun takde sebab pupus terus. |
|
|
|
|
|
|
| |
|