View: 2434|Reply: 10
|
....kerana dia saudara kita
[Copy link]
|
|
ALOR SETAR, 13 Sept:
Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.
Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.
Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru yang dalam keadaan yang amat daif.
Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.
Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.
Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.
Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.
![](http://i94.photobucket.com/albums/l88/sisone/fatimah_mualaf.jpg)
(Gambar:Fatimah bersama dua anaknya, hanya nasi puteh tanpa lauk yang sedang di makan oleh anak kecil ini.)
Ketika berkunjung ke rumahnya kami mendapati anak sulung (lelaki) terlantar di katil kerana cedera di bahagian bawah mata akibat terjatuh ketika bermain di luar rumah pada siang hari.
Tidak ada ubat yang mampu diberikan, apa lagi untuk membawanya ke klinik berhampiran. Dua lagi anaknya sedang menjamah makanan iaitu nasi putih yang tidak berlauk, kata Basir Haji Ismail, setiausaha agung Pembela.
Lebih malang lagi, anak sulungnya yang berumur lapan tahun tersebut tidak lagi dapat meneruskan pengajian kerana tidak mampu untuk menyara kos persekolahannnya setiap hari.
Fatimah, nama asalnya Lim Yen Thik berkata, "Saya tidak tahu nak buat apa-apa, kecuali menjaga anak-anak yang masih kecil. Nak kerja cari duit, susah, lebih-lebih lagi kalau jauh dari rumah."
"Kalau ada masalah, saya mengadu kepada Haji Ibrahim Lai kerana dia adalah pengerusi Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis. Keluarga kandung langsung tak mau ambil peduli tentang saya lagi kecuali saya bersetuju balik semula kepada agama asal (Budha)," katanya.
"Rasa perit apabila memeluk agama Islam, keluarga kandung buang saya. Jiran tempat tinggal (Melayu) pun tak mahu berkawan kerana mereka anggap saya bukan orang Islam, tak tahulah apakah ini ujian dari Tuhan kepada saya," katanya.
Sehubungan itu, Basir bagi pihak Pembela ingin merayu kepada orang ramai, khususnya umat Islam yang berkemampuan supaya dapat menghulurkan sumbangan kepada Fatimah dengan seberapa segera.
Sumbangan tersebut boleh dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atas nama
LIM YEAN THIK, 1521 7003 1022 (Maybank) ataupun menghubunginya di talian 019-514 7892.
Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). _
Ingatlah - walau sedikit manapun sumbangan anda, nescaya akan digandakan oleh Allah pahala tersebut di dalam bulan yang mulia ini. Sumbangan anda bakal menceriakan saudara kita ini, sumbangan anda diperlukan kerana dia saudara kita.....
'Syaitan itu menjanjikan (menakut-nakutkan)kamu dengan kemiskinan atau kepapaan (jika kamu bersedekah atau menderma) dan ia menyuruh kamu melakukan perbuatan keji (bersifat kedekut); sedangkan Allah menjanjikan kamu (dengan) keampunan daripadaNya serta kelebihan kurniaanNya. Allah Maha Luas (limpah rahmatNya) lagi Maha Mengetahui' (Al Baqarah : 268) |
|
|
|
|
|
|
|
kesian.. anak2 die comel... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 15-9-2009 18:58
ALOR SETAR, 13 Sept:
ALOR SETAR, 13 Sept:
Kunjungan Pembela dan Persatuan Cina Muslim Kedah/Perlis tengah malam tadi ke rumah puan Fatimah Abdullah, 29 tahun di Flat Simpang Kuala, Alor Setar berkesudahan dengan linangan air mata semua yang terlibat.
Ini memandangkan dalam kesibukan sebahagian besar umat Islam yang berkemampuan menyediakan pelbagai keperluan untuk menyambut ketibaan 1 Syawal akan datang, masih ada umat Islam di negara ini yang hidup dalam kesusahan dan melarat.
Lebih memilukan hati dan perasaan apabila melihat yang menanggung kesusahan itu dalah seorang ibu tunggal dari kalangan saudara baru yang dalam keadaan yang amat daif.
Sungguh mengejutkan kerana kami mendapati keadaan kehidupan saudara baru tersebut cukup daif kerana tidak ada apa-apapun makanan lain kecuali setengah kampit beras.
Setelah melihat sendiri keadaan saudara baru berkenaan, maka pihaknya rasa terpanggil untuk membuat rayuan dari kepada seluruh umat Islam di negara ini yang berkemampuan supaya tampil memberi bantuan kepada Fatimah yang sedang dalam kesusahan.
Dari maklumat yang diterima dari Fatimah, kehidupannya amat susah sekali..setelah diceraikan oleh suaminya kira-kira 2 tahun lalu. Kini ia tidak ada apa-apa yang ditinggalkan oleh suaminya kecuali terpaksa membesarkan ketiga-tiga anaknya yang masih kecil yang berumur antara 2-8 tahun.
Buat masa ini saudara baru ini menumpang di rumah Yayasan Islam Negeri Kedah tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik yang terpaksa ditanggung oleh pihaknya sendiri.
sisone Post at 15-9-2009 16:18 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Ada beberapa soalan yang menjadi kemusykilan aku dari apa yang kau tulis kat atas ni :
1) Kenapa kunjungan tu di buat pada tengah malam ..... melawat rumah ibu tunggal tengah-tengah malam ?
2) Saudara baru tinggal di rumahnya di flat simpang kuala atau dia menumpang di rumah yayasan Islam negeri Kedah ?
3) Bukankah Yayasan Islam Negeri kedah ni cuma menguruskan tabung biasiswa untuk pelajaran agama ?
http://yiked.gov.my/v1/arkib.php |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.... aku pun tak perasan.
sorilah saudara - aku pun cut and paste aje... maaflah sekiranya ada kepincangan dlm artikel tersebut. Since ada no handphone Puan Fatimah Abdullah, eloklah saudara sms atau bertanya direct.
Wassalam... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm.... aku pun tak perasan.
sorilah saudara - aku pun cut and paste aje... maaflah sekiranya ada kepincangan dlm artikel tersebut. Since ada no handphone Puan Fatimah Abdullah, eloklah saudara sm ...
sisone Post at 16-9-2009 16:09 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
actually bagi sesapa yang nak sahihkan perkara ni elok tanya pada yayasan islam negeri kedah samada betul kah depa ada rumah yang diduduki oleh saudara baru tersebut ... ni link ke website yayasan tu . http://yiked.gov.my/v1/arkib.php
kalau setakat cakap melalui telefon dengan puan fatimah tu takkan boleh sahihkan apa-apa pun sebab kita pun tak tahu benarkah "puan fatimah" ni betul-betul miskin seperti yang di claim kat artikel tu . |
|
|
|
|
|
|
|
Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail). |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by blastoff at 17-9-2009 16:00
Keterangan lanjut boleh menghubunginya di talian 017-484 7791 (Basir Hj Ismail).
sisone Post at 17-9-2009 11:11 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Actually sepatutnya saudara baru ni tak perlu meminta-minta gini , sebab hak dia ada pada wang zakat yang di pungut kerajaan yang boleh menampung semua keperluan asas dia termasuklah keperluan untuk mendapatkan tempat tinggal sekali . Hmmm.
Kedah bukan di perintah oleh PAS ka ? Bukankah sepatutnya pemerintah yang mengaku nak melaksanakan sistem pemerintahan Islam gitu ambil tahu kes-kes gini ? Sampai tinggal di pejabat tu ha, dah keluar article pun lagi buat tak nampak kaa ooooo menteri besaq jijan !...... bukan sesuai pejabat nak di jadikan tempat tinggal gitu ! |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasalah.. saudara kita ni lepas bercerai, dia tak tahu apa nak buat..
last2nama dia tak termasuk dalam senarai mereka2 yang berhak menerima zakat, itulah pihak berkuasa terlepas pandang kot.
Anyway, mudah2an hak saudara kita ini akan terbela dan pihak yang berkuasa tidak akan terlepas pandang lagi mengenai perkara ini.
Walau bagaimanapun, kita yang tahu mengenai kesusahan saudara ini, sekiranya ingin menghulurkan bantuan, rasanya tak salah...
silakan...
wassalam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku rasalah.. saudara kita ni lepas bercerai, dia tak tahu apa nak buat..
last2nama dia tak termasuk dalam senarai mereka2 yang berhak menerima zakat, itulah pihak berkuasa terlepas pandang kot.
...
sisone Post at 23-9-2009 10:26 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
terlepas pandang kalau dia duduk kat rumah dia tanpa ada orang tahu kewujudan nya maka logiklah, tapi dia ditempatkan di sebuah pejabat yayasan yang pengerusinya adalah menteri besar kedah, itu pemimpin kerajaan negeri kedah tuuu , so macam mana pulak depa boleh terlepas pandang sedangkan dia ada depan mata depa kat situ ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|