CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11552|Reply: 7

Mimpi Ribut Taufan Dalam Bulan Ramadhan

 Close [Copy link]
Post time 16-9-2009 11:47 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by ruby_princess at 16-9-2009 11:50

Saya yang daif dan naif ini ingin memohon pandangan,
..
Dalam bulan puasa ni syaitan diikat kan?
Kalau lah kita kata di hari2 biasa mimpi yang buruk2 adalah mainan syaitan..

Ok, semalam kira2 jam 6.oo gitu, saya tertidur selepas siap masak
untuk hidangan berbuka puasa..
dalam tidur saya saya bermimpi saya berada di bangsal peliharaan
ayam bersama anak saya berusia 7 tahun anak saya dalam mimpi tu nampak
kecil saja macam 3 4 tahun, ketika itu waktu mula hujan,
kemudiannya dari hujan renyai2 bertukar menjadi ribut taufan..
saya mencari sudut untuk berlindung namun sudut saya
berlindung itu terkopak atapnya dan air mencurah2 masuk..
saya berusaha melindungkan anak saya dari hujan..
ribuat taufan semakin kuat dan seabtang pokok menimpa
bangsal tempat saya berlindung dan menimpa anak saya,
saya ingatkan anak saya sudah meninggal, namun
rupa2nya Alhamdulillah dalam mimpi saya sempat ucapkan,
rupa2nya anak saya masih hidup lagi..
ribut reda dan saya keluar dari bangsal tersebut dan terlihat
ibu saya berada di luar bangsal tersebut..
lalu saya tanya dimanakan anak2 saya yang lain..
jawab ibu saya, mereka ada selamat di rumah,
mereka bersembunyi di bawah meja semasa ribut..
tiba2 anak saya yang berusia 7 tahun itu muntah darah..
dan ibu saya cemas.. mimpi saya habis sampai situ..
saya bangun tercungap2 dan merasa seolah2 saya masih berada
dalam mimpi itu..


Semasa ini, saya sedang dalam proses perceraian dengan suami,
solat hajat, tahajjud, taubat saya buat tiap2 malam tanpa excuse (kecuali ketika haidlah)
minta petunjuk daripada Allah Taala..

saya sangat musykil dengan mimpi saya itu..
adakah ini berkait dengan masalah yang sedang hadapi ini?
nak kata mainan syaitan, kan syaitan kena rantai?
jika ada yang boleh memberi pendapat..saya alu2kan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-9-2009 12:12 PM | Show all posts
salam pd sedari, semoga sehat....
dari tafsiran mimpi sedari itu...
budak kecil yg sedari sangkakan anak sedari itu, itulah yg sebenar fitrah diri sedari yg lemah [diri dalaman yg perlukan bantuan dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan]
jadi apa yg sedari sedang lakukan dengan memohon, bersolat, berdoa pada Dia....semoga jangan berputus asa...
cuma di sini saya ingin tekankan....iaitu satu perkara sahaja...
apa saja amalan di dunia ini bermula dgn niat dan kerana niat itulah yg diambil kira...
jadi di sini apakah niat sedari?utk mohon petunjukNya bukan?baik, pegang niat itu baik baik..
yg kedua adalah amalan..
apakah itu amalan?amalan itu adalah satu perlakuan yg terbahagi kpd 2 iaitu nyata dan ghaib..

amalan nyata, cth spt makan, tidur, solat...[yg dpt dilihat dgn deria kasar]
amalan halus/tersembunyi - spt, keluhan susah, merintih, berzikir dlm hati, berdoa tanpa mengangkat tgn dan membuka mulut, teringat arwah....[kebanyakan berlaku secara dalaman]

ramai org boleh beramal dgn amalan yg byk...tetapi nabi Muhammad saw berpesan "tetaplah kamu dlm beramal, dan sebaik baik amal adalah yg berkekalan-walaupun sedikit [maksud beliau di sini sesuatu yg tak putus]

berbalik pd cerita sedari....sedari boleh mintak doa, solat, dan pelbagai amalan baik utk mohon padaNYa...
tetapi sedari perlu sedar, adakah sedari membuat amalan itu dgn kaedah yg betol?
maksud saya...apakah pengertian sedari dari segi solat?

jadi sedari perlu juga mendalami atau memahami tasauf akidah, hakikat akidah, hakikat ilmu, hakikat solat...
ilmu tentang kebenaran, HAQ...insyaAllah....
tetapi berdasarkan mimpi sedari itu, suasana mimpi sedari itu yg sebenanya cuba memberi gambaran bahawa diri sedari sedang dalam ujian, hati sedari dlm kesusahan, dan keteguhan hati sedari masih belum kukuh dan tenang, jiwa sedari masih belum seperti keadaan jiwa yang tenang spt dlm surah al-Baqarah "Hanya Dengan mengingati Allah, hati kembali menjadi tenang"
diri dalaman kita ni disebut juga fitrah[dlm mimpi sbg petunjuk dijelmakan sbg budak kecil]....
tentang cuaca hujan lebut angin ribut- itu adalah suasanan kehidupan realiti yg sedang sedari tempuhi dari dulu dan kini...
bangsal rumah-tempat perlindungan, maknanya...bukan rumah kita ni, tetapi pergantungan diri sedari dgn tuhan...
sedari perlu mantapkan lagi keyakinan dan keteguhan hati sendiri..jgn bergantung selain Allah, jgn nampak manusia....belajar nampak tuhan, disebalik sesuatu adalah rahmat Dia, amalan solat dan doa sedari kena yakin betul betul apa yg sedari buat, soal diterima cepat atau lambat itu urusan Dia....
apabila tuhan kasih pada hambaNya, dia akan membasuh kehidupan manusia dgn cuaca ujian dlm kehidupan...
adakala panas kering, adakala hujan gerimis, adakala ditiup angin kencang hujan lebat...
jadi pada sedari....tetaplah berpegang pada tali Allah, baca dan pelajarilah isi kandungan al-quran semoga beroleh faham...
tabahkan hati kuatkan semangat
jgn bersedih sgt di hari nak beraya ni...
akhir kata, SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA....dan bersiaplah ala kadar....
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 12:16 PM | Show all posts
salam, maaf lupa pula saya nak habiskan tafsir mimpi sedari...
ujian yg sedari alami, insyaAllah akan berkahir sedikit masa lagi...
dan mimpi anak sedari muntah darah pd akhir...itu membawa kepada masalah yg akan berakhir....darah itu najis, sesuatu yg kotor....
maka akhirnya, akan keluarlah kekotoran dan yg tinggal hanyalah yg baik baik sahaja...
jgn putuss asa, teruskan amalan...sekian
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 12:54 PM | Show all posts
3# mast3rshad0w


Salam...& selamat berpuasa...maaf la sbb akak nk menumpang di thread org nih...minggu lepas akak bermimpi.akak suka tgk seseorang nih...tapi 2 dulu...la nih akak biasa jer...xder suka mcm dulu.oh yer.. akak ni single parent with 2 kids.akak suka seseorang 2 setelah jd single parents.dalam mimpi 2, sedang diadakan majlis perkahwinan akak.dan bertambah terkejutnya dgn 'seseorang' 2...semasa 2, seseorang 2 blum datang lagi k rmh akak.yg menjadi kesedihan akak, xder sesapa pun datang ke majlis 2.

akak pun stat call kekawan jemput gak datang (@ paksa...)kekawan pun stat datang ramai gak...ada 1 lagi prob lepas 2.akak buat majlis 2 tapi akak sebenarnya xtau seseorang 2 setuju atau tidak berkahwin dgn akak!!dalam mimpi 2, akak xpakai pakaian pengantin pun.just baju biasa jer...akak trus terjaga dan di waktu tu, jam kul 3.3 pagi...

pada akak, mimpi 2 menakutkan...sbb akak xder berkemahuan untuk berkahwin lain hingga ke saat ini....blh ker tafsirkan apa maksudnyer
Reply

Use magic Report

Post time 16-9-2009 01:25 PM | Show all posts
ni tak ada kena mengena dgn mimpi di atas sb saya bukan penafsuir mimpi..tapi bab syaitan dibelenggu tu kena elaborate gak..bukan tiada syaitan dlm bulan puasa ni..kalau tiada syaitan tak adalah org ponteng puasa dan buat maksiat..semua tu adalah bergantung kpd amalan kita..kalau kuat amalan kita syaitan yg kacau kita ni akan dibelenggu..wallahulam
hujan adalah salah satu masa mustajab utk berdoa bila hujan aja saya pasti suruh anak murid saya berdoa

Pengetahuan yang patut di kongsi bersama,

Bila langit mula mendung Kekadang terdengar bebelan orang-orang di sekeliling Kita,
"Cuaca buruk je akhir-akhir in ye.." Soalnya, kenapa hujan dikatakan cuaca buruk?
Berapa ramai di kalangan Kita yang mengeluh bila Hari hujan?

- Iskk, tak kering la baju kalau asyik hujan je..

- Alahai, hujan laaagiiii

- Tiap-tiap Hari hujan...susah la mcm in

- Payah nak buat apa2 kalau Hujan

- Tak boleh balik lagi, hujan!

Bukankah bebelan-bebelan itu lebih baik digantikan dengan DOA :

"Allahumma syaiyiban nafi'a"
(Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jadikan hujan ini bermanfaat buat kami).

Hakikatnya, hujan itu rahmat.

"Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita
yang  menggembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan),
hingga apabila  angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke
negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan
dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu
berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan
menghidupkan semula)orang- orang yang telah mati, supaya kamu beringat
mengambil pelajaran daripadanya) ." (Al-A'raf : 57)

Sebenarnya hujan terlalu banyak manfaatnya.

1. Membersihkan udara

2. Menyubur tanaman

3. Membekal air ke empangan

Ini sikit sahaja senarai kebaikannya. Ada banyak lagi.

Kenapa orang selalu "bad mood" bila hujan?

"Hujan tidak, mendung pun tidak, tiba-tiba je bermuram in..?" Macam
biasa  dengar ayat TU kan ? Seolah-olah sinonim sungguh hujan
dengan suasana muram/tak best. Kesian hujan.

Sedarkah Kita? Bila hujan turun, rahmat dilimpahkan buat manusia.
Sebab itu, Nabi pun pernah pesan, bila hujan turun, DOA mustajab.

Sekarang ini, di tempat Kita hampir tiap-tiap Hari hujan.
Tiap-tiap Hari Ada masa untuk DOA menjadi mustajab. Kenapa lepaskan
peluang dengan keluhan sia-sia di saat pintu-pintu langit sedang terbuka?

"Maka Kami bukakan pintu-pintu langit, dengan
menurunkan hujan yang mencurah-curah" (al-Qamar : 11)

Maka, BERDOALAH. Semoga Hari ini lebih baik dari semalam.
Dan semoga,Hari esok akan lebih baik. Dalam ilmu tasawwuf Dan
ilmu-ilmu fardhu Ain lain pun Ada juga mengingatkan Kita tentang kebijaksanaan
Allah.

Lihatlah firman Allah yg bermaksud : "Dan Kami turunkan hujan dari
langit  dengan sukatan yang tertentu, serta Kami tempatkan dia
tersimpan di bumi;  Dan sesungguhnya Kami sudah tentu berkuasa
melenyapkannya. " (Al-Mukminun: 18)

Rupa-rupanya Allah turunkan hujan ADA SUKATAN. Baru Hari
ini Kita tahu,bahawa Allah turunkan hujan lebat kepada Kita sekarang ini
Ada sebabnya,Ada sukatannya. Kemudian, air itu akan disimpan di bumi.
Selama mana? Itu semua rahsia Allah.

"Dan Kami hantarkan angin sebagai pembawa air Dan
pemindah benih; maka dengan itu Kami menurunkan air (hujan) dari langit,
kemudian kami berikan  kamu meminumnya; Dan bukanlah kamu yang (berkuasa
menurunkannya atau)menyimpannya. " (al-Hijr : 22)

Semoga Ada iktibar untuk peringatan Kita.

"Dan Allah jualah yang mengetahui rahsia langit Dan bumi Dan
kepadaNyalah  dikembalikan segala urusan. Oleh itu, sembahlah akan Dia
serta berserahlah kepadaNya. Dan (ingatlah), Tuhanmu tidak
sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan." (Surah Hud : 123)

So lepas ni bila hujan jangan ler bersungut ek.Berdoa ler banyak2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-9-2009 03:13 PM | Show all posts
salam, maaf lupa pula saya nak habiskan tafsir mimpi sedari...
ujian yg sedari alami, insyaAllah akan berkahir sedikit masa lagi...
dan mimpi anak sedari muntah darah pd akhir...itu membawa kepada m ...
mast3rshad0w Post at 16-9-2009 12:16


Terima kasih mastershadow..
saya menangis membaca ulasan dan pandangan ms..
apa yang ms kata betul2 kena pada batang hidung saya..
apa yang menjadi keresahan saya sejak dari semalam melegakan saya sedikit..
mudah2an ilmu yang Allah SWT bagi kepada ms akan memberi manafaat kepada semua..
InsyaAllah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-9-2009 03:58 PM | Show all posts
salam pd semua....
mekaseh kembali saya ucap pd tuan tanah...
saya cuma sekadar membantu apa yg perlu saja..
jgnlah sedari ruby terlalu emosi, maksdu saya menangis tak salah, tapi sebaiknya kita menangis kerana tuhan, itu lebih baik...
saya juga berharap sedari ruby bahagia dan mendapat petunjuknya...

pd sedari atiash3, akak mimpi kahwin ye?
pd saya, mungkin kawan lelaki sedari itu masih teringatkan sedari,
dan saya tgk sedari sendiri masih belum benar benar dapat melupakan si dia itu?
benar, apabila kita kesorangan & kesunyian, kenangan mudah mengimbau kembali..
dan sebaik baik teman di dalam hati & fikiran kita adalah tak lain tak bukan
kekasih kita yg satulah- Dia, Allah...
ajar diiri kita supaya meenjadi biasa utk berfikir tentang Dia, mengenalNya..
insyaAllah....ini adalah jalan & usaha yg baik...
kuatkan diiri kita dp bertemankan khayalan, nafsu & dunia yg sering merosakkan kita ...
dan sedari atiash3, dlm hati sedari sedang sunyi tak berteman, dan lumrah wanita perlukan teman, ....
cuma jgn dilayan sgt perasaaan
kiranya sedari nak jupe teman lama, tiada salahnya asalkan tak menyalahi syarat..
dan sekiranya hubungan sedari kembali terjalin dgn teman lama itu, jgnlah pula diabaikan sahabat sahabat yg sedia ada itu...
itu sahaja
semoga jaga diri baik baik
wassalam
segala puji hanya bagi Allah
slamat berbuka posa ..semua..
Reply

Use magic Report

Post time 18-9-2009 10:37 AM | Show all posts
Untuk mengelakan thread ni jadi tempat untuk menilik mimpi, maka saya tutup thread ni.

Ini juga untuk mengelakan adanya forumer-forumer yang terlalu percaya pada mimpi sehingga mengabaikan berdoa, solat hajat/istikharah dan menganggap doa minta petunjuk hanya boleh diperolehi dari bermimpi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-2-2025 07:46 PM GMT+8 , Processed in 0.075160 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list