CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4294|Reply: 29

Kitakah yang rugi itu???

[Copy link]
Post time 17-9-2009 11:26 AM | Show all posts |Read mode
Rugi…

Buku2, majalah dan suratkhabar, semua dibaca tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Hari2 dengar muzik tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Pandai akademik, tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Pandai menyanyi tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Hari2 mengadap tv tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Hari2 mengadap pc dan internet tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Pandai berdebat dan berpidato tetapi Al Quran tidak dibaca

Rugi..

Tak pandai baca Al Quran tetapi tak mahu belajar

Rugi..

Pandai baca Al Quran tetapi tidak mahu baca Al Quran

Rugi…

Rugi kerana terlepas dari rahmat Allah

Rugi kerana terlepas dari doa para2 malaikat khusus untuk orang2 yang membaca Al Quran

Sabda Rasulullah saw :
‘Bacalah Al Quran kerana ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada pembacanya’

(Hadith riwayat Tarmizi)


Agar kita tidak rugi, marilah kita mulai saat ini jadikan Al Quran itu sentiasa ditangan kita, dibibir kita dan dihati kita.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2009 02:29 PM | Show all posts
haah betol...mmg RUGI!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-9-2009 10:27 AM | Show all posts
betul..betul..betul....


adoi.... kenapalah malas sangat nak baca Quran ek?
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 04:56 PM | Show all posts
wallahu walam...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2009 09:12 PM | Show all posts
memang rugi satu huruf di baca dpt 10 kebaikan...bayangkan tu ...baca bismillah......dah berapa huruf tak terkira kebaikannya...

saya takut dikatakan riak tapi bagi yang jarang membaca al quran tu eloklah mula membaca kerana terlalu banyak kebaikan, rahmat dan keberkatan dlm hidup ....dlm segala aspek kehidupan...

ada kawan ajarkan saya utk khatam dlm masa 2 bulan setiap waktu solat mesti baca 4 muka surat...lepas khatam hadiahkan diri sendiri sesuatu sebagai motivasi....

di antara 7 pintu syurga nanti akan diseru siapa yang kerap membaca al quran..masuklah pintu ni...( saya lupa nama daaaaaa)..malaikat lah yg seru....tak teringin ke...

kita selalu claim tak ada masa...sepatutnya kitalah yang memperuntukkan masa utk membaca al quran sebagai mana kita peruntukan masa utk berjogging, utk shopping, utk aktiviti lain...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2009 04:42 PM | Show all posts
betul- betul.
insap jub...
ko pn men tenet gak..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-9-2009 03:53 PM | Show all posts
actually statement tu aku ambil dari keratan ceramah dari seorang budak yang baru umur 10 tahun..

Dia baru masuk belajar di Mahaad Tahfiz di Lambong, Sumatera, Indonesia.

Petah betul cakapnya... seronok tengok dia bagi ceramah.  Tergamam aku dengar dan aku akui.. memang aku tak pandai grab the opportunity given by Allah for me in this world...

Bila aku dengar budak ni bagi tips how to gain profit in the worldafter, aku bersyukur banyak2 kerana Allah bagi aku peluang utk mengumpul bekalan mati aku.

Thank you Allah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2009 04:11 PM | Show all posts
actually statement tu aku ambil dari keratan ceramah dari seorang budak yang baru umur 10 tahun..

Dia baru masuk belajar di Mahaad Tahfiz di Lambong, Sumatera, Indonesia.

Petah betul cakapnya... seronok tengok dia bagi ceramah.  Tergamam aku dengar dan aku akui.. memang aku tak pandai grab the opportunity given by Allah for me in this world...

Bila aku dengar budak ni bagi tips how to gain profit in the worldafter, aku bersyukur banyak2 kerana Allah bagi aku peluang utk mengumpul bekalan mati aku.

Thank you Allah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2009 06:47 PM | Show all posts
Al-Quran diturunkan supaya kita :

1) Membacanya
2) Beriman dengannya
3) Mengamalkan semua yang terkandung di dalamnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 11:02 AM | Show all posts
Just imagine, sekiranya Al Quran tidak diturunkan ....

semuanya happy go lucky..

nak jadi baik? boleh

nak jadi samseng?  boleh

nak belasah orang?  boleh

kalu dah terpikat dengan seseorang - boleh ajak dating... no problem

kalu dah jemu?  bolehlah blah cepat... no problem...

kalu perempuan tu termengandung?  lagi boleh blah cepat2..  no problem..

lepas tu boleh cari yang lain pulak...

nikah? kahwin?  tak ada siapapun cerita tentang ni...

lagipun siapa yang nak tanggungjawab.... baik happy go lucky macam ni.. enjoy!

dosa? pahala?  entah tak tahu pulak...

nanti tua, bila mati, apa jadi?  Entahlah ..... nobody says anything.. hal2 ghaib siapa yang tahu.. nobody knows.

Tapi yang tahu, tanam ajelah.. kalu tanah mahal - bakar aje le...

Lepas mati, what will happen?  Entahlah no dead people came and tell us anything about it.

Syurga?  Neraka?  What is that???


'Sesungguhnya Allah itu amat2 simpati pada manusia, lalu tidak dibiarkan manusia itu terkontang-kanting hidup tanpa sebarang rujukan di atas muka bumi ini.  Lalu diturunkan kitab2 melalui Nabi2 dari kalangan manusia itu sendiri untuk dibaca, diamalkan dan beriman dengannya'

'Al Quran itu unik dan hebat.  Huruf2nya membentuk kalimah, kalimahnya menjadi ayat, ayatnya menjadi susunan surah, surahnya diberi nama, namanya menjadi sebuah cerita, ceritanya tentang kehidupan manusia, dulu, kini dan yang akan datang.  Ajarannya sarat dan padat, membentuk peribadi, membina sahsiah dan menjana manusia ke arah kecemerlangan dunia dan akhirat.'

'Al Quran diturunkan melalui ketua malaikat yang paling hebat, gagah dan berani, Jibrail kepada Nabi Muhammad saw - orang manusia yang paling hebat, jujur, amanah, sentiasa berkata benar dan sentiasa menghubungkan silaturahim sesama manusia, ketua bagi setiap manusia seluruh dunia dan akhirat.  Lalu Nabi Muhammad saw menghafal setiap ayat dari Al Quran dan mempraktikkannya lalu disaksikan oleh manusia lalu menjadi pengikutnya - umatnya dan hamba Allah'  

La Illa Ha Illah Allah Wa Asyha Duanna Muhammadan Rasulullah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 02:27 PM | Show all posts
ni tukar topik jap..pasal wuduk dua hari sudah ada dibacakan kat tv..sesapa yang berwuduk akan mendapat 10 kebaikan...berwuduklah selalu walaupun wuduk masih ada blm terbatal lagi...
teringat bulan posa saya simpan wuduk dari maghrib sampai habis terawih, anak dara saya umur 15 selalu bg tau ambil wuduk selalu dpt 10 kebaikan mummy..saya bg alasan tak batal wuduk lagi lah tak pe ambil je dpt 10 kebaikan baiki wuduk..saya tak buat pun bila dgr hadith tu..terkedu je lah...sib baik anak2 ku sek agama blh tazkirah mak...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 02:49 PM | Show all posts
Nak tau jenis manusia yang rugi? Baca surah al-Ansr.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 05:14 PM | Show all posts
Betullah.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian...



Ya Allah... terimalah amalan kami yang sedikit ini dan ampunkanlah segala dosa2 kami yang terlalu banyak umpama buih dilautan.....



Ya Allah, istiqomahkanlah kami dalam beriman dan beribadat kepada Mu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 05:18 PM | Show all posts
11# sunsuria3

suria... untung hang ada anak yang boleh bagi tazkirah ... tapi bila dah jadi parents ni kita kenalah berlapang dada dengan teguran anak2 kita.

Aku pun selalu beritahu anak2 aku supaya belajar rajin2 dan nanti kalu pandai boleh ajar makbapaknya, yang mana2 kami tak tahu ni, almaklum, makbapak sekolah sekular dulu...  Tapi anak2 aku kecik2 lagi.. yang sulungpun still primary lagi.  

Aku pun ingat nak hantar anak2 aku ke sekolah agama, tapi semuanya berbayarlah.. tak mampu aku.  Doa2lah semoga Allah limpahkan rezeki dari arah yang tak disangka2 buat aku sekeluarga.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 06:48 PM | Show all posts
Aku pun ingat nak hantar anak2 aku ke sekolah agama, tapi semuanya berbayarlah.. tak mampu aku.  Doa2lah semoga Allah limpahkan rezeki dari arah yang tak disangka2 buat aku sekeluarga.
sisone Post at 29-9-2009 17:18

aku pun teringin sangat hantar anak aku ke sekolah agama supaya dia dapat jadi ustazah...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:11 PM | Show all posts
sebab saya tak pandai bab agama lah hantar anak2 sek agama...alhamdulillah memang kami very open minded...saya pun tak faham apa2 selalu tanya kat anak especially anak no 2 tu..sbb dia tu lain dari yg lain...
sambil tu kita pun update ilmu agama...saya belajar lagi ni peringkat sijil usuludin ahad ni start sem ke 3, 3 sem semua dpt sijil baru blh further study dlm diploma...byk sgt ilmu yg saya dpt alhamdulillah..
sek agama mana bayar mahal...sek kerajaan kan..bayar yuran cam biasa je..lainlah pi sek private...ada sek agama private..
kat rumah ni sape2 pun blh bagi tazkirah...ahad baru ni saya bacakan petikan dari majalah SOLUSI tentang kisah di padang masyar...semua dgr..tv pun tutup..bila bab ada qoute ayat quran dari surah yassin anak dara saya terus ambil quran terjemaahan tgk ayat yg dimaksudkan dia pun aha lah apasal kita baca yasin tak perasan ada kisah di padangmasyar ni...dan dia bacakan lagi ayat seterusnya..very interesting article..
saya hantar anak2 ke sek agama bukan nak harapkan dia jadi ustazah cuma maukan mereka jadi anak yg soleh dan soleha yg boleh mendoakan utk ibu bapanya kelak..bidang apa pun dia ceburi lakukan dgn prinsip2 yang diajar dlm agama..anak dara saya ni nak further study in kewangan islam insyallah...
kiranya kat rumah tu sentiasa ada perbincangan agama lah bila anak2 balik..si abang rajin download tazkirah dari internet..baru ni tazkirah dari ust mana tah dari perak pasang dlm keta lawak kami semua blk kg dlm jam tu blh gelak2 tak perasan masa berlalu begitu lama tu pun..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2009 08:16 AM | Show all posts
11# sunsuria3  

suria... untung hang ada anak yang boleh bagi tazkirah ... tapi bila dah jadi parents ni kita kenalah berlapang dada dengan teguran anak2 kita.

Aku pun selalu beritahu anak2 aku ...
sisone Post at 29-9-2009 17:18


berani tak kita hantar anak2 kita ke sekolah pondok?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 01:50 PM | Show all posts
17# alien7749

saya dah survey dah...ingat nak hantar kat solo tu..lepas pmr ni, ni permintaan anak ke 3 saya sendiri..dia kata...nak belajar ilmu akhirat lah pulak mummy dah byk sgt belajar ilmu dunia ni...top top..kisah nordin mat top kena tembak di solo..dan pengasas jemaah islamiah tu pun ada pesantren kat solo..terus husband kata cancel belajar je kat malaysia ni byk gak sek pondok...
kawan saya seorang ni pun semua anak belajar sek agama kat indon..tup tup awal tahun ni dia bawa semua balik sini..takut nak tanya tapi ada kawan lain bg tau dia baru dpt tahu sek tu ada ajran sesat..padahal sekolah elite kat bandung sana..kira hostel nya mcm hotel 5 stars..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:10 PM | Show all posts
17# alien7749  

saya dah survey dah...ingat nak hantar kat solo tu..lepas pmr ni, ni permintaan anak ke 3 saya sendiri..dia kata...nak belajar ilmu akhirat lah pulak mummy dah byk sgt belajar ilmu ...
sunsuria3 Post at 30-9-2009 13:50


Kat Malaysia pun banyak sekolah pondok. Tak perlu la jauh2.
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 07:33 AM | Show all posts
salam,
dari kitab sahih tafsir ibnu katsir...semalam sempat selak beberapa helaian...saya tak qoute nama2 perawi so faham2 aja ni kitab sahih..means hadith2 sahih..

'jangan kalian jadikana rumah kalian seperti kuburan, sesunggunya rumah yg dibacakan surah al baqarah tidak akan dimasuki syaitan'
'tidaklah sebuah rumah dibacakan di dalmya surah al baqarah, melainkan syaitan akan keluar darinya sambil terkentut-kentut'
'barang siapa yg membaca 10 ayat ari surah al baqarah pd satu malam ,maka syaitan tidak akan masuk kerumahnya pd mlm itu, iaitu 4 ayat pada awal al baqarah, ayat kursi dan 2 ayat setelahnya, serta 3 ayat terakhir al baqarah;
'setiap sesuatu mempunyai puncak, dan puncak al quran ialah al baqarah.barang siapa membacanya dirumahnya pd satu mlm nescaya syaitan tidak akan memasuki rumahnya selama 3 mlm, dan barang siapa membacanya padasuatu siang maka syaitan tidak akan memasukinya selang 3 hari.'

'rasulullah saw pernah mengirim utusan yg terdiri dari beberapa orang. kemudian beliau memeriksa mereka. selanjutnya beliau menguji hafalan al quran mereka . lalu beliau menghampiri orang yg usianya paling mua sraya bertanya, surat apa yg engkau hafal? org itu menjawab aku hafal surat ini dan ini serta surah al baqarah. rasululllah saw bertanya, apakah engkau hafal surat al baqarah? orang itu menjawab ya aku hafal, setelah itu baginda bersabda, berangkatlah dan engkau adalah pemimpin bagi mereka..( menunjukkan kepd yg hafal surah al baqarah tadi)...kemudian salah seroang dari mrk berkata, demi allah sesungguhnya tidak ada yg menhalangiku utk memperlajari surah al baqarah melainkan kerena aku takut tidak dpt mengamalkannya...maka baginda bersabda

pelajarilah al quran dan bacalah. sesungguhnya perumpamaan al quran bagi orang yg mempelajarinya lalu membaca dan mengamlkannya adalah spt kantong kulit berisi minyak kasturi yg ( kerana tutupnya terbuka) aromanya menyebarkan ke seluruh penjuru. sedangkan perumpamaan orang yg mempelajarinya, lalu tidur ( tidak mengamalkannya) padahal al quran ada dlam dirinya, laksana kantong kulit yg tutup terikat padahal didalmnya terdpt minyak kasturi'
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 04:22 AM GMT+8 , Processed in 0.274147 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list