View: 2732|Reply: 2
|
Kuasai bacaan Al-Quran dengan Braille Islamik
[Copy link]
|
|
JARI-JEMARINYA lincah menyentuh titik-titik halus pada helaian bukuputih itu, sambil mulutnya berkumat-kamitterselit juga keazaman yangakhirnya menatijahkan keunikan si empunya suara.
sebelum meluncur laju ayat-ayat suci al-Quran dilafazkan.
Sesiapa yang mendengarnya pasti tidak menyangka di sebalik kelunakansuara itu, terhimpun pelbagai kepayahan serta terselit juga keazamanyang akhirnya menatijahkan keunikan si empunya suara.
Begitulah secebis kisah kehidupan gadis berkulit putih melepak yang berasal dari Pendang, Kedah, Norhidayah Abd. Halim yang kehilangan deria penglihatan sejak dilahirkan, kira-kira 21 tahun dahulu.
Kalau orang lain hadir di dunia ini dengan ditemani pelbagaiwarna-warni kehidupan, namun bagi Norhidayah, beliau mempelajari ertikehidupan dalam dunia yang serba kegelapan.
Pun begitu, cacat penglihatan tidak bererti dibelenggu kegelapan,apa lagi untuk merintih atas takdir ilahi. Kekurangan itu diterimanyadengan reda kerana meyakini bahawa setiap sesuatu yang Allah takdirkanitu, mempunyai hikmah.
Malah atas kepercayaan bahawa setiap yang tersurat dan tersirat ituadalah rahsia Allah, ia sentiasa dijadikan pegangan hidup Norhidayah.Sekali gus pemangkin semangatnya untuk terus cekal mengharungikehidupan, waima dengan cara yang berbeza.
Norhidayah, mula bergelar pelatih Kursus Pembantu Tadbir SistemMaklumat, Pusat Latihan Gurney di Persatuan Bagi Orang Buta Malaysia(MAB) sejak 5 Januari lalu.
Kebiasaannya, para pelatih di situ perlu mengikuti program pemulihan (rehabilitation)tetapi dalam kesnya yang dilahirkan buta serta pernah menerimapendidikan di Sekolah Pendidikan Khas Alma, Bukit Mertajam, PulauPinang, maka program sebegini tidak perlu lagi diikuti.
"Sepanjang hampir dua semester menerima latihan di Kompleks MAB ini,banyak yang saya pelajari terutamanya berkaitan dengan bidang khususseperti; selok-belok tugas-tugas perkeranian, 'mencelikkan' saya denganpengetahuan teknologi maklumat (IT), belajar tugasan pengendaliankerja-kerja di pejabat serta membuat surat-surat rasmi dan banyak lagi.
"Di sini, pelatih Islam diwajibkan mengikuti kelas al-Quran danFardu Ain. Sungguhpun saya mula belajar al-Quran sejak di darjah duaiaitu semasa menerima pendidikan khas di Bukit Mertajam. Pada masa itu,saya belajar asas sahaja tetapi di dalam kelas ini apa yang dipelajari,jauh lebih mendalam. Maksudnya, berpeluang belajar hukum tajwid,"terang anak ketiga daripada empat adik-beradik ini, pagi itu.
Ketenangan
Ramadan kali ini kata Norhidayah yang hampir menamatkan pengajianal-Quran, selain tidak melepaskan peluang menyertai tadarus al-Quran,beliau juga mengambil bahagian dalam apa sahaja program penganjuranPersatuan Pelatih Islam (PPI) seperti tazkirah, bacaan Yasin danQiamullail.
Berhasrat mencari kerja dan memperoleh pendapatan sendiri apabilatamat kursus kelak, Norhidayah berulangkali menyuarakan keseronokan dankepuasan apabila mampu menguasai bacaan, tajwid serta penghayatanmenerusi surah-surah yang dibaca.
"Apabila apa yang kita pelajari dan baca itu difahami maksudnya,secara tidak langsung ia melahirkan satu perasaan yang berbeza keranakita baca dengan kefahaman dan penghayatan, bukan sekadar membacabegitu sahaja.
"Malah al-Quran ini apabila kita sentiasa membacanya, ketenangan ituakan datang sekali. Sebab itulah, walau sudah tamat belajar di sini,saya akan cuba meneruskan pembelajaran agar ia tidak hilang begitusahaja," janji Norhidayah kepada dirinya sendiri.
Sementara itu, Muhammad Shahril Azrie Zainudin, 24, yang juga mengambil kursus serupa Norhidayah, kini di dalam peringkat pertengahan dalam kelas al-Quran.
Menceritakan pengalaman belajar al-Quran menggunakan Braille,Muhammad Shahril yang berasal dari Parit Buntar, Perak mengakui agaksukar kerana belum pernah menerima didikan sedemikian.
"Pada peringkat awal dulu, saya terpaksa mempelajari huruf-hurufhijaiyah, diikuti melancarkan baris-baris bacaan serta banyak membuatlatih tubi surah-surah tertentu menggunakan mesin Braille.
"Sungguhpun hanya terdapat enam titik pada kotak Braille, namun iamemerlukan tumpuan dan kepekaan yang jitu bagi mengenali huruf Alif hinggalah ke Ya.
"Jadi, tempoh penguasaan seseorang itu bergantung sejauhmanakepekaan sentuhan jari-jemarinya kepada titik-titik braille tersebut.Namun, kalau hendak seribu daya, kalau tidak hendak seribu dalih...,"terang Muhammad Shahril yang hilang deria penglihatan pada 2006 akibatpenyakit yang menyerang kedua-dua belah matanya.
Kini Muhammad Shahril mampu tersenyum puas kerana mampu membacaal-Quran bukan sahaja lancar tetapi berserta tajwid. Beliau berazamuntuk khatam al-Quran kalau tidak pada bulan Ramadan ini, akandipastikan terlaksana pada penghujung tahun ini.
Teman sekelasnya, Mohd. Afifuddin Mohammad Sabri, 23, turutmengakui kelancarannya agak terbatas terutamanya pada peringkat awal,disebabkan kesukarannya merasai titik-titik Braille yang membentukhuruf-huruf hijaiyah.
Tambah pelatih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat ini, diaterpaksa mengikuti program pemulihan selama lima bulan ketika mula-mulamemasuki Kompleks MAB.
Meskipun kehilangan penglihatan Mohd. Afifuddin adalah berkaitangenetik malah ada di antara adiknya yang lebih dahulu disahkan iaitupada usianya 14 tahun, namun apabila disahkan oleh doktor yang dirinyajuga akan mengalami masalah yang serupa, beliau mengakui ia sesuatuyang sukar diterima olehnya.
Apa tidaknya, selepas 21 tahun celik, kini terpaksa menerima hakikatyang penglihatannya kabur sedikit demi sedikit sebelum gelap-gelita.Ditambah pula, sensitiviti masyarakat terhadap orang buta masih kurang.
"Kami adik-beradik semuanya dilahirkan normal tetapi apabila meningkat dewasa risiko untuk menjadi buta adalah besar.
Bersyukur
"Agak lama juga saya hendak membiasakan diri dengan cara hidup insanyang hilang penglihatan. Sekarang ini pun walaupun mata saya nampakmacam orang normal tetapi sebenarnya pandangan saya sudah mula kabur,"jelasnya.
Mohd. Afifuddin berkata, program rehab (pemulihan) banyak membantunya membuat persediaan dan penyesuaian diri.
"Pada awalnya agak tertekan tetapi apabila melihat kawan-kawan yanglain, saya dikira masih beruntung kerana ada yang lebih teruk masalahmereka.
"Dari situ timbul rasa bersyukur kerana ada orang yang jauh lebihbermasalah. Saya selalu tanamkan dalam diri dan sentiasa berdoa kepadaAllah SWT agar diberi ketabahan dan sentiasa bersedia dengan apa yangmendatang," ujar anak muda kelahiran Setapak, Kuala Lumpur ini.
Menceritakan pengalamannya dalam kelas al-Quran, kata Mohd.Afifuddin, dia berterima kasih kepada ibu bapanya yang banyak memberitunjuk ajar dan ketika di kelas banyak dibantu oleh guru (ustaz).
"Awal-awal memang susah, lebih-lebih lagi jari saya kurang sensitifdengan titik-titik Braille. Pernah rasa putus asa kerana sukar nakdapat rasa dan rasa macam sama sahaja.
"Mungkin kalau orang tengok, cuma ada enam titik mereka kata senang,tetapi hendak menentukan kedudukan titik tulah yang masalahnya. Kalautekan kuat sangat pula, ia tidak berapa disarankan kerana bolehmenyebabkan titik-titiknya termasuk ke dalam. Nanti timbul masalah dikemudian hari pula.
"Alhamdulillah, semua ini dapat diatasi dan pada tahun ini, Ramadansaya tambah bermakna kerana dapat menyertai kumpulan tadarus. Saya jugaberazam dapat khatam al-Quran tahun ini," jelas Mohd. Afifuddin selepassesi fotografi itu.
Pelatih kelas sama, Norfadilah Abdullah, 21, mengakui agaksukar belajar al-Quran menggunakan Braille tetapi menyedari ia satupengalaman baru, menyebabkannya teruja untuk menguasainya.
"Saya di dalam kelas ini pun baru peringkat asas iaitu belajarmengenal huruf dan baru masuk bab baris-baris bacaan sebelum beralihmembuat latihan menggunakan mesin Braille," kata gadis yang berasaldari Kelantan ini.
Gadis ramah ini yang mula mengikuti kursus di situ pada Julai lalu,menjelaskan dia kehilangan pandangan akibat mengalami sejenis penyakitiaitu glaukoma.
Norfadilah hanya sempat menduduki peperiksaan Sijil PelajaranMalaysia (SPM) sebelum bergelar pelatih di Kompleks MAB atas bantuansepupu yang juga merupakan tenaga pengajar sekolah pendidikan khas.
Sebaik tamat pengajiannya, anak ketujuh daripada lapan adik-beradikini merancang memilih kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat dankemudian akan menyambung pengajiannya di maktab perguruan bagimerealisasikan cita-citanya bergelar pendidik.
---------------------------------------
satu lagi perkembangan dlm islam.... |
|
|
|
|
|
|
|
Celik al-Quran walaupun buta
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0916/Utusan_Malaysia/Bicara_Agama/ba_02.1.jpg)
Pelajar-pelajar SKPK Princess Elizabeth sedang tekun bertadarus al-Quran menggunakan huruf Braille.
----------------------------------------------------------------------------------------
SALAH tu. Huruf mim bertemu min hukumnya iqlab. Kena panjang dua harkat. Ulang balik," lembut teguran Mohd. Zulkifli Mamat ketika membetulkan bacaan ayat suci al-Quran salah seorang anak muridnya.
Unsur kelembutan yang hadir pada sesi pembelajaran antara dua insan yang cacat penglihatan itu sedikit sebanyak mampu mengusik emosi sesiapa yang mendengarnya.
Paling tersentuh apabila dalam keadaan teraba-raba, ada di antara murid itu dapat mengalunkan bacaan ayat suci al-Quran tanpa tersekat-sekat sambil memperdengarkan kelunakan suara yang mendamaikan.
Malah hati siapa yang tidak sejuk apabila seorang guru yang cacat penglihatan, Mohd. Zulkifli, 43, gigih mengajar al-Quran kepada anak-anak muridnya yang turut mengalami masalah sama di Sekolah Kebangsaan Pendidikan Khas (SKPK) Princess Elizabeth, Jalan Nong Chik, Johor Bahru, Johor sejak 10 tahun lalu.
Sepanjang Ramadan ini, Mohd. Zulkifli yang mesra dipanggil Ustaz Zul bersama kira-kira 56 murid jelas tidak mahu ketinggalan bertadarus membaca al-Quran bertulisan Braille.
Biarpun hidup dalam kegelapan, aktiviti bertadarus al-Quran saban malam itu menjadi rutin selepas sembahyang terawih sebagai waktu terbaik buat mereka memperbanyakkan ibadat agar mendapatkan keredaan dan keberkatan Ilahi.
Jelas Mohd. Zulkifli, kepuasan dan keseronokan yang diperoleh sebagai guru mengajar al-Quran ialah apabila beliau dan dua guru yang lain dapat mengkhatamkan seramai 12 murid sejak aktiviti tersebut dianjurkan lima tahun lalu.
"Bayangkan satu huruf pun mendapat pahala daripada Allah SWT, inikan pula sebuah al-Quran. Tambah pula dalam puasa ini yang penuh berkat ini, lagi banyak pahala.
"Mengajar murid-murid cacat penglihatan membaca al-Quran sebenarnya perlu banyak kesabaran kerana paling cepat mereka dapat mahir dengan titik huruf Braille adalah dalam tempoh tiga bulan," kata anak kelahiran Tumpat, Kelantan itu membuka bicara.
Menyambung bicara, bapa kepada seorang bayi comel berusia 13 bulan itu berkata, cabaran utama bagi memahirkan diri membaca al-Quran bertulisan Braille adalah mengenal huruf terlebih dahulu.
Katanya, ini kerana huruf seperti alif, ba dan ta mempunyai titik yang berbeza dan ia hanya dapat dibezakan menerusi kecekapan deria rasa jari pada titik-titik tulisan.
"Namun menjadi guru mengajar al-Quran yang 'tidak nampak' ini lagi besar cabarannya. Selain perlu membiasakan diri dengan keadaan sekeliling, saya berdepan dengan murid-murid cacat penglihatan yang nakal kerana gelagat mereka sama seperti kanak-kanak normal lain.
"Mereka juga suka mengusik murid-murid lain malah tidak kurang yang terlalu aktif dan sentiasa bersifat periang. Apa pun saya tetap melayan mereka seperti murid normal dan memarahi jika membuat salah," katanya tersenyum sambil rancak bercerita.
Saya tidak sesal
Bagi penulis, hati Mohd. Zulkifli lebih terang biarpun matanya tidak dapat melihat. Dia membaca al-Quran bertulisan Braille melalui mata hatinya dan itulah kelebihan Allah SWT sebagai anugerah yang amat bernilai kepada dirinya yang buta sejak 27 tahun lalu.
Katanya, dia tidak sesal menerima musibah itu cuma sedikit sedih walaupun percaya setiap kekurangan dirinya itu akan terdapat kelebihan yang diberikan Allah SWT kelak.
"Bayangkan kalau kita hilang RM10 pun dah rasa sedih, inikan pula hilang mata untuk melihat dunia ini. Saya terima takdir ini kerana mungkin terdapat hikmahnya," katanya.
Mengimbau tragedi lampau, Mohd. Zulkifli mengalami demam panas selama dua bulan ketika berumur 16 tahun. Dia hanya berubat mengikut cara kampung iaitu berjumpa bomoh. Sebaik demamnya beransur pulih, matanya pula silau dan rabun sebelum tidak nampak secara keseluruhan tidak lama kemudian.
"Saya harap pada mereka yang Allah SWT kurniakan penglihatan yang sempurna dapat membaca al-Quran dengan lebih kerap sebagai tanda kesyukuran kepada-Nya.
"Jangan mensia-siakan kurniaan Allah SWT itu kerana bila sudah tidak ada lagi, baru kita merasakan satu kerugian betapa berharga nilai penglihatan itu," katanya menitip nasihat.
Di SKPK Princess Elizabeth, pemegang Diploma Perguruan dari Institut Perguruan Darul Aman, Kedah itu turut mengajar mata pelajaran Agama dan Pengajian Islam.
Sekolah yang dibuka sejak 1953 itu kini menempatkan 78 murid berusia antara enam hingga 12 tahun yang menghadapi masalah penglihatan.
Selain itu, seramai 25 pelajar yang berusia 13 hingga 19 tahun bersekolah di Maktab Sultan Abu Bakar yang terletak berdekatan dengan SKPK Princess Elizabeth.
Kesemua mereka tinggal di asrama yang disediakan memandangkan terdapat murid-murid di situ datang dari seluruh Semenanjung Malaysia.
Pada 15 September ini, sekolah itu akan menganjurkan majlis khatam al-Quran peringkat sekolah bagi meraikan dua lagi murid yang berjaya mengkhatamkan al-Quran dan dua lagi muqadam.
Gembira khatam al-Quran
Melihatkan ketabahan murid-murid cacat penglihatan ini membaca al-Quran walaupun dalam serba kekurangan cukup menginsafkan.
Diselubungi kehidupan yang penuh penderitaan, mereka tetap tidak mahu mengaku kalah dalam menunaikan tuntutan agama.
Bagi mereka, tiada istilah berputus asa jauh sekali memencilkan diri daripada aktiviti insan normal lain kerana menyedari nasib berbeza dalam menjalani hidup di muka bumi ini.
Seorang pelajar, Ainur Athira Zulkifli, 13, berkata, dia tidak mahu mengharap belas ihsan orang lain selain berterusan meratapi takdir yang menimpa dirinya itu.
Kata anak kelahiran Kluang itu, biarpun buta, kesukaran membaca al-Quran bertulisan braille pada peringkat awal merupakan ujian mencabar yang perlu diatasinya.
Anak kedua daripada empat beradik itu mengakui masalah mempelajari hukum tajwid bertulisan braille hampir menggoncang semangatnya.
Namun latihan bacaan setiap hari membolehkan dirinya berjaya mengkhatamkan al-Quran pada umur 11 tahun, katanya tersipu malu.
"Saya mula membaca muqadam pada umur 10 tahun dan semakin fasih dalam tempoh setahun. Mula-mula memang susah hendak guna jari belajar dalam tulisan braille.
"Tetapi asyik kena marah dengan ustaz tiap-tiap hari, lama kelamaan saya dapat 'menangkapnya' dengan cepat," katanya yang bersekolah di Maktab Sultan Abu Bakar.
Sementara itu, seorang murid, Mohd. Asraf As'ari, 13, memberitahu, dia sedar kelemahan diri apabila agak lambat dapat membaca al-Quran bertulisan braille yang memerlukan kemahiran deria rasa di jari.
Kata anak kepada seorang mekanik itu, ini kerana dia sukar membezakan huruf braille bagi tanda atas, tanda bawah dan sabdu. Namun cabaran itu sesekali tidak pernah luntur kesungguhannya.
Dia yang buta sejak umur tujuh tahun berkata, rahsia kejayaannya dapat mengkhatamkan al-Quran pada tahun lalu kerana menetapkan tempoh belajar selama satu jam setiap hari.
Hakikatnya, merapati murid-murid cacat penglihatan ini seolah-olah melangkah ke satu jalur kehidupan yang luar biasa apabila tidak semua insan berpeluang menikmati keindahan hidup seperti mana yang diinginkan.
Mereka mengharungi kehidupan yang penuh berliku dan suka duka yang dihadapi itu merupakan satu ujian yang sering menggugat kesabaran, namun anak-anak kecil ini tetap berserah kepada Allah SWT.
Bagi individu atau syarikat yang ingin berkongsi kegembiraan dengan murid-murid dalam menganjurkan sebarang majlis, mereka boleh menghubungi guru besar sekolah, Nafisah Ismail di talian 07-2224068. |
|
|
|
|
|
|
|
wah, org buta bole baca quran, kita yg celik ni malu lak tak baca,, mcm3 alasan...sibuk la, tak sempat la.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|