|
Salam bt semua, di sini sy ingin meminta pertolongan pd rakan2 bagaimana cara yg betul utk
melakukan solat jamak (niat,bacaan surah yg perlu di baca dan doa). Ini kerana sy akan melakukan perjalanan
yg jauh menaiki train dr Johor ke Perak +/- 12jam. Bertolak ptg (sblm magrib) dan di jangka smpai pg (selepas subuh).
Dan sekiranya kt hendak menunaikn solat dlm train, bagaimn pula hendak menentukan arah khiblat?
Di harapkn pd sesiapa yg berpengetahuan dlm soal ini , dpt membantu sy. Terima kasih. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by kupia at 26-9-2009 11:37
ini kes kena solat qasar dalam keretapi (isya' sahaja yang boleh qasar- pendekkan jadi 2 rakaat), sebab bila masuk waktu isyak tu dah jauh keluar dari mukim dah tu, yang lain tu solat tamam dalam keretapi. Bacaan surah sama juga macam solat biasa, niat tu ikutlah amalan dalam mazhab Syafie lintasan hati masa takbiratul ihram, tak perlu lafaz.
atau jamak dalam keretapi (gabungkan maghrib dengan isya') dalam waktu maghrib.
kalau kita tau arah kiblat wajib kena mengadap kiblat, tapi kalau tak dapat ditentukan mengadap arah mana pun tak apa.
wallahu'alam... |
|
|
|
|
|
|
|
betul cakap kupia..kalau tak tau arah kiblat,solat saja di tempat duduk ko.. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by diamondlover at 26-9-2009 13:06
saya coba jawab ekk...
Jamak ertinya himpun - solat yg boleh dihimpunkan adalah Zohor dengan Asar, dan Maghrib dengan Isyak. Solat Subuh takleh jamak dengan mana2 solat fardhu.
Qasar ertinya memendekkan jumlah rakaat dalam solat. Solat yg boleh di qasar cuma solat Zohor dan Asar dan Isyak. Pendekkan dari 4 rakaat kepada 2 rakaat. Solat Maghrib takleh qasar.
ko ada pilihan sama ada utk buat jamak taqdim (himpunkan solat Isyak masuk ke waktu Maghrib), atau Jamak Takhir (himpunkan solat Maghrib ke dalam waktu Isyak).
Kalau buat Jamak Taqdim (himpunkan Isyak ke dalam waktu Maghrib), kena solat Maghrib dulu pastu baru Isya'. niatnya ialah 'sahaja aku sembahyang fardhu Maghrib 3 rakaat dan dhimpunkan kepadanya fardhu Isya 4 rakaat (2 rakaat kalau qasar) kerana Allah Taala. Itu niat masa nak solat Maghrib.
Lepas solat 3 rakaat cam besa terus buat solat Isya. Niatnya ialah 'sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat (sebut 2 rakaat kalau qasar) yang dihimpunkan ke dalam waktu Maghrib kerana Allah Taala. Kalau niat qasar Isyak, jumlah keseluruhan rakaat ialah 5 (3 rakaat Maghrib, 2 rakaat Isyak). Kalau tak niat qasar jumlah rakaat ialah 7 (3 rakaat Maghrib dan 4 Isyak).
sama jugak kalau buat Jamak Takhir, cuma buat solat Isyak dulu, lepas dah buat solat Isya (sama ada 4 rakaat atau 2 rakaat, bergantung pada pilihan ko utk qasar atau tidak), baru buat solat Maghrib. Niat kalau buat Jamak Takhir...masa nak solat Isyak, niat "sahaja aku solat fardhu Isya 4 rakaat (atau sebut 2 rakaat kalau nak qasar) yang dihimpun kepdanya 3 rakaat fardhu Maghrib kerana Allah Taala. Lepas siap solat Isyak, bangun utk solat Maghrib. Niat "Sahaja aku solat fardhu Maghrib 3 rakaat yg dihimpunkan ke dalam waktu Isyak kerana Allah Taala".
same thing la kalau jamak/qasar Zohor dan Asar...
sekian wallahualam... |
|
|
|
|
|
|
|
4# diamondlover
BRO....KNP PLAK KALO DAH MMG KITA NIAT NK SOLAT QASAR TP NGJO KATA BERGANTUNG PADA NIAT SAMADA NAK QASAR OR X!KONPIUS AKU! |
|
|
|
|
|
|
|
4# diamondlover
BRO....KNP PLAK KALO DAH MMG KITA NIAT NK SOLAT QASAR TP NGJO KATA BERGANTUNG PADA NIAT SAMADA NAK QASAR OR X!KONPIUS AKU!
jzzz Post at 26-9-2009 16:13
well jamak tu himpun jer , qasar tu memendekkan, konsep ni kita fahamkan dulu
boleh jer org yg nak jamak taqdim or ta'khir untuk solat zohor + asar tapi tak pendekkan bilangan rakaat - boleh juga
tapi selalunya jamak ni rukhsah solat , so yg selalu kita juga qasarkan tapi solat subuh tak leh qasar ler
maghrib mana qasar takkan 3 - 2 pulak kan? so in this case tak leh ler qasar
kalau say musafir tapi tak jamak tapi saya nak qasarkan solat yg 4 rakaat to 2 rakaat boleh jer ....
qasar and jamak adalah dua pengertian yg berbeza
tapi selalunya org yg musafir akan selalu qsar dan jamak ( pendekkan dan himpun ) |
|
|
|
|
|
|
|
dlm perjalanan buatlah jamak qasar.
dah sampai tempat dituju, cth balik ziarah mak bapak, buat lah jamak je (kat umah).
kalau dah jamak atau jamak-qasar dlm waktu zohor (maghrib), mestilah autonya jadi 'taqdim'.
begitu juga kalau buat jamak atau jamak qasar dalam waktu asar (isyak), jadilah autonya 'takhir'..
niat tu lintasan dlm hati mcm kupia ckp. Kalau dah lafaz dlm takbiratul Ihram dan berjela-jela panjang, tu bukan namanya berniat. Itu 'lafaz niat'....kalau lafaz niat, alamat imam nak rukuk baru lafaz niat tu habissss.... |
|
|
|
|
|
|
|
thread ulangan.
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=160998
http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=201817 |
|
|
|
|
|
|
|
salam....
tumpang tanya... boleh tak kita buat sembahyang jamak & qasar dlm perjalanan balik ke rumah. contohnya dr Besut pegi KL 2 hari. than dr KL bertolak pagi. anggaran waktu asar sampai la rumah. boleh tak dlm perjalanan singgah sembahyang zuhur dan dijamak dgn asar. so sampai rumah karang tak payah le sembahyang asar dah. |
|
|
|
|
|
|
|
9# norzyy
Selagi sdr tak masuk ke dlm qariah sdr di Besut tu selag tu boleh dikerjakan solat jamak/qasar |
|
|
|
|
|
|
|
9# norzyy
noria dah jawab, aku nak jawab gak...ya boleh..hehe
amik taqdim..amik taqdim...kalau nak takhir pun (dlm waktu asar), make sure,
sebelum sampai ke daerah yg dimaksudkan, cth singgah kat mesjid setiu ke .. duduk
lama2 skit kat setiu sambil cari kerepok lekor atau pun pergi merang ke, tepi pantai...dah lepas pukui 6,
baru berangkat ke besut...smpi2 dah nak maghrib.. |
|
|
|
|
|
|
|
TQ to Nori & Sepok. terjawab sudah persoalan ku ini. |
|
|
|
|
|
|
| |
|