salam suma...
actually ni problem housemate aku... ada 4 orang dalam satu umah..suma dok bilik masing2... so far suma memberikan kerjasama yang baik mean takda timbulkan masalah la... kami pun hidop dalam keadaan harmoni jeks..
aku weekdays jek ada kat umah,weekend memang balik umah parent.. yang housemate sorang lagi cekgu merangkap warden kat asrama so dia pun time cuti sekolah dan kena duty kat asrama memang takda kat umah..
nak dijadikan citer... masa aku cuti raya aritu,terjadi la kes yang agak memalukan kami seisi rumah...(malu sebab walaupun bukan aku yang buat,tapi dah namanya dok serumah terasa gaks tempiasnya).. kami suma balik kampung dekat 2 minggu kecuali si A,balik awal.. raya ketiga dia dh kena kerja..dia tinggal sorang jeks kat umah..
so nak dijadikan cerita jiran sebelah umah terdengar si A macam pasang video lucah..kuat sehingga jiran sebelah boleh dengar..(jiran ni perempuan dan sudah berkahwin) jiran sebelah ni cuba call aku,tapi tak dapat sebab dia tepon si A,A tak angkat.. so dia tepon housemate aku yang cekgu ni citer pasal perangai si A yang pasang video sehingga boleh didengari oleh jiran sebelah..jiran sebelah cakap dia malu sebab masa tu abang ipar dia datang beraya kat umah dia..suma orang kat dalam umah dia boleh dengan bunyi2 tu..
bila aku balik semalam,cekgu ni citer la kat aku pasal benda ni.. jiran ni minta kami nasihat kat si A ni..masalahnya cekgu tu jenis lembut,dia cakap tak tau nak tegur mcm mana.. dia minta aku pulak yang tegur..aku serba salah..
tak tau nak tegur macam mana..kalau bole taknak bagi dia malu sebab dia dah terkantoi sebenarnya...
sila bagi pandangan ya... |