CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5041|Reply: 46

Siti: Datuk K hanya untuk saya..

[Copy link]
Post time 29-9-2009 08:52 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by nabs at 30-9-2009 17:57

Siti: Datuk K hanya untuk saya..
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ

Siti tidak kisah tentang nama Datuk K yang turut digunakan untuk gelaran bakal suami Umie Aida.



GEMBAR-GEMBUR tentang pertunangan pelakon Umie Aida dan Datuk K mungkin membuatkan ramai yang keliru kerana gelaran itu biasanya hanya popular untuk suami penyanyi Datuk Siti Nurhaliza, Datuk Seri Khalid Mohd Jiwa.
Namun, setelah berita itu dikeluarkan, Siti sendiri akui dia tidak pernah menerima apa-apa panggilan yang bertanya tentang hal itu.
Biarpun orang ramai masih tertanya-tanya tentang hal itu, akhirnya terjawab jua yang Datuk K yang dimaksudkan bukanlah suami Siti sebaliknya Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
“Terpulanglah apa orang nak kata. Yang penting Datuk K yang akan bertunang dengan Umie adalah berbeza dengan Datuk K saya,” kata Siti sambil tergelak kecil.
Ditanya adakah ini bermakna Datuk K hanya layak untuk Siti seorang? Dalam nada seloroh, Siti menjawab:
“Ya, memang Datuk K hanya untuk saya. Yang Datuk K seorang lagi tu kita guna nama Datuk KD agar orang lain tak keliru
.
“Saya rasa orang lain pun dah tahu Datuk K yang Umie nak kahwin tu adalah Datuk K lain,” ujar Siti lagi yang baru pulang daripada mengerjakan umrah bersama suami dan kawan-kawannya pada hujung Ramadan lalu.
Siti berkata selain kesejahteraan keluarganya, Siti tidak lupa mendoakan tentang anak.
“Saya doakan tentang segala-galanya. Doa saya tiada yang lebih dan tiada yang kurang di depan Kaabah kerana waktu itu merupakan peluang untuk saya doakan semua sekali.
“Saya juga mendoakan supaya untuk datang lagi ke Mekah pada tahun-tahun akan datang. Biar saya dan suami dapat pergi setiap tahun,” ceritanya yang seronok menyambut Hari Raya di kampungnya, Kuala Lipis serta kampung suaminya di Kedah dan Pulau Pinang.
Siti berkata jika sebelum ini dia sempat berkunjung ke tanah suci untuk menunaikan umrah pada awal dan pertengahan Ramadan.
Tetapi kali ini berlainan sedikit kerana Siti mengerjakan umrah pada hujung Ramadan selama lima hari.
“Saya rasa puas dan seronok apabila dapat pergi ke Mekah pada penghujung Ramadan sebab di sana kita dapat menikmati malam Lailatul Qadar, malam khatam al-Quran, berdoa dan menumpukan ibadat lain.
“Saya juga dapat merasai ketenangan daripada ibadat yang dilakukan dengan bimbingan ustaz kiyai Sheikh Radzi yang sudah lebih 20 tahun tinggal di Mekah dan tahu banyak rahsia tentang Mekah,” tutur Siti.
Menyentuh tentang perkembangan karier seninya, Siti yang sedang dalam perangkaan promosi album terbarunya, ‘Tahajjud Cinta’ berkata albumnya itu telah mencecah jualan lebih 5,000 unit dan diulang cetak lagi atas permintaan.
“Alhamdulillah, saya bersyukur dengan jualan album ‘Tahajjud Cinta’ yang dibuat atas nawaitu sebab Allah.
“Saya berpuas hati dengan berapa banyak pun jualan album itu,” ujarnya yang turut akan mengeluarkan album duet dengan penyanyi popular Indonesia, Krisdayanti (KD).
Sebelum ini, Siti pernah memaklumkan yang dia akan menyanyikan sebuah lagu duet dengan KD yang dicipta oleh Anang.
Namun, setelah Anang dan KD bercerai, Anang pernah berkata yang dia melarang KD daripada menyanyikan lagu-lagu ciptaannya.
Lantas ditanya kepada Siti tentang persoalan itu, penyanyi lagu ‘Di Taman Teman’ dan ‘Ku Percaya Ada Cinta’ ini menjawab:
“Saya tiada masalah tentang itu dan setakat berurusan dengan KD, semuanya berjalan dengan baik.
“Mungkin kita akan bincang semula tentang isu Anang tidak mahu KD menyanyikan lagunya.
“Kalau Anang tidak selesa juga, kita boleh dapatkan lagu daripada komposer lain,” jelasnya yang turut terlibat menjayakan majlis makan malam yang dianjurkan oleh pihak syarikat korporat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 09:02 AM | Show all posts
bestnyer dapat wat umrah di setiap ramadhan......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:09 AM | Show all posts
bestnyer dapat wat umrah di setiap ramadhan......
doubleeleven Post at 29-9-2009 09:02



mmg best pon. tapi kalo balik mesia, kepala togel pon tak guna gak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 09:14 AM | Show all posts
mmg best pon. tapi kalo balik mesia, kepala togel pon tak guna gak.
miss_honda Post at 29-9-2009 09:09

TOGEL KE?ADA ORG BARU BLK DARI MEKAH PUN LAGI TERUK TOGELNYER...SITI NI KIRA OK LA TU...
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:15 AM | Show all posts
Zaman sekarang nih tua x kisah dah. Janji kaya!
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:17 AM | Show all posts
TOGEL KE?ADA ORG BARU BLK DARI MEKAH PUN LAGI TERUK TOGELNYER...SITI NI KIRA OK LA TU...
nabs Post at 29-9-2009 09:14


haram tetap haram....sama ja hukum dia.... curi duit sekupang pastu curi  5 ribu.....hukum tetap sama....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-9-2009 09:18 AM | Show all posts
5000 unit je?? siti nurhaliza yg semakin biase
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 09:21 AM | Show all posts
haram tetap haram....sama ja hukum dia.... curi duit sekupang pastu curi  5 ribu.....hukum tetap sama....
susano Post at 29-9-2009 09:17

DIA BUKANYA BERTUDUNG LITUP,DIA HANYA BERSELENDANG..CT TAU KAN DOSA  DAN PAHALA,BIARLA DIER...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 09:26 AM | Show all posts
tak habis2 isu tudung siti nie .....
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:30 AM | Show all posts
alhamdulillah dia dah pun sampai ke sana & menjadi tamu allah... harap2 dia dpt petunjuk & hidayah... sekarang dia berselindang, mana tau terbuka hati dia utk bertudung litup satu hari nnt .. sapa tau kan....semua org boleh berubah.



bila la giliran ku menjadi tamu allah.
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:32 AM | Show all posts
dah laki dia x nak bimbing dia ke jalan yg benar kt nak wat pe pening2 kn kepala....
nk kata x d tegur, rs nye mufti sndiri dh bg komen....
tp andai dlm diri tu masih blum mau berubah, kt yg melihat tdk dpt berbuat apa2....
kt berdoa je lah moga dia d berikan hidayah yg hakiki dr Allah s.w.t.......
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:33 AM | Show all posts
5000 unit je?? siti nurhaliza yg semakin biase
azmanabas Post at 29-9-2009 09:18


Seindah Biasa
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:35 AM | Show all posts
mmg best pon. tapi kalo balik mesia, kepala togel pon tak guna gak.
miss_honda Post at 29-9-2009 09:09



    
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 09:36 AM | Show all posts
Post Last Edit by nabs at 29-9-2009 09:38
5000 unit je?? siti nurhaliza yg semakin biase
azmanabas Post at 29-9-2009 09:18


BARU 3 MINGGU DI PASARAN...OK LA TUH...KALAU 3 BULAN MAU 500.000 UNIT
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:39 AM | Show all posts
emm.. bila la nk merasa g mekah ni..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2009 09:40 AM | Show all posts
tak habis2 isu tudung siti nie .....
alongatie Post at 29-9-2009 09:26

tu la pasal...sibuk je dgn tudung ct...yg bertudung litup pun_______________________...(no komen)
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 09:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by nabs at 29-9-2009 09:38



BARU 3 MINGGU DI PASARAN...OK LA TUH...KALAU 3 BULAN MAU 500.000 UNIT
nabs Post at 29-9-2009 09:36


ekonomi pn x stabil mn sgt pn skrg ni.. cmpur cetak rompak n on9 download lg.. 5ribu kire ok la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:46 AM | Show all posts
datuk k cuma utk dia sorang je..ek eleh
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 10:17 AM | Show all posts
so childish la korang ni!

tudung lagik..hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 10:56 AM | Show all posts
5000 unit ok pe..well, zaman skrg org lebih prefer download tu sebab jualan biasa2 je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2025 11:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078946 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list