View: 5180|Reply: 35
|
Ustaz Dah Jumpa Hadis Baru Ke? Puasa 6 Hari di Bulan Syawal
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Amir at 2-10-2009 10:33
Ustaz Dah Jumpa Hadis Baru Ke? Puasa 6 Hari di Bulan Syawal
Ada 2 anggapan yang tidak tepat. Oleh sebab ianya melibatkan Nabi atau agama, maka saya cuba memperbetulkan.
Tanggapan keliru yang pertama:
Berpuasa 6 hari di bulan Syawal,adalah ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun. Ini keliru!
Nabi bersabda:
Dari Abu Aiyub r.a. katanya,berkata Rasulullah SAW: arang siapa puasa bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal,adalah ganjarannya seperti puasa sepanjang masa.
Penjelasan: Jika kamu tidak memperbetulkan tanggapan ini,kamu telah membelakangkan Nabi. Ini memberi tangkapan bahawa Nabi tidak bercakap benar. Jugak mempunyai implikasi,kamu telah mendahului Nabi,berbohong dengan Nabi dan berbohong dengan manusia. Lebih berat lagi iaitu berbohong dengan Allah. Kerana Nabi tidak berkata menggunakan Nafsu,apa yang diperkatakan oleh Nabi,hakikatnya adalah wahyu Ilahi.
Kekeliruan kedua:
Mereka katakan, melakukannya berturut-turut semaada bermula pada hari kedua atau pun berturut-turut dalam bulan Syawal itu lebih afdal..
Ini jugak tidak betul,walaupun kamu rasa bahawa kamu kuat melakukannya tetapi arahan Nabi itu bagi orang yang cinta kepada Nabi perlu di ikut. Pokoknya,jangan banyak songe. Dengan berbuat sedemikian,kita sebenarnya berlaku taat dan lebih afdal dari apa yang kamu kata, adhal.
Buktinya: Hadis Nabi: Dari Umar r.a. katanya: Bahawa Rasulullah melarang orang banyak menyambung sambungkan puasa. Berkata mereka itu: Tuan sendiri berbuat demikian. Berkata Rasulullah SAW: Saya kini bukan seperti tuan-tuan. Saya diberi makan dan minum oleh Allah.
Pada hadis yang lain yang memperlihatkan kemarahannya: Berkata Rasulullah SAW:Jika bulan sabit itu terlambat keluar,niscaya saya akan tambah lagi. Perkataan itu diucapkan oleh beliau sebagai marahnya kepada orang-orang yang tak mengindahkan larangan berpuasa wishol(menyambung sambung puasa).
Dalam hadis yang lain ada menunjukkan bahawa Allah SWT lebih suka kita berpuasa selang-seli.
![](static/image/smiley/default/smile.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 2-10-2009 11:59
Post Last Edit by Amir at 2-10-2009 10:33
Ada 2 anggapan yang tidak tepat. Oleh sebab ianya melibatkan Nabi atau agama, maka saya cuba memperbetulkan.
Tanggapan keliru yang pertama:
Berpuasa 6 hari di bulan Syawal,adalah ganjarannya seperti berpuasa sepanjang tahun. Ini keliru!
Nabi bersabda:
Dari Abu Aiyub r.a. katanya,berkata Rasulullah SAW: arang siapa puasa bulan Ramadhan kemudian diikutinya dengan berpuasa 6 hari pada bulan Syawal,adalah ganjarannya seperti puasa sepanjang masa.
Kekeliruan kedua:
Dalam hadis yang lain ada menunjukkan bahawa Allah SWT lebih suka kita berpuasa selang-seli.
Amir Post at 2-10-2009 10:31 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Memula nak persoal berkenaan kekeliruan pertama. Dari mana Amir dapat hadith tu? Dan kenapa pula jadi keliru? Cuba lihat ayat yang saya bold. Memula awak kata sepanjang tahun tapi awak bagi hadith sepanjang masa.
Saya tak pasti awak copy paste dari blog awak sendiri atau awak copy paste dari entah siapa punya blog.
Sebenarnya tiada kekeliruan ganjaran berpuasa enam:
“Sesiapa yang berpuasa Ramadhan kemudian dia mengiringinya dengan enam hari dari bulan Syawal maka itu seperti berpuasa sepanjang tahun.” [Sahih: Dikeluarkan oleh Muslim dalam Shahihnya, hadis no: 1164)
“Hadis ini nyata kesahihannya, ia datang dengan tiga jalan periwayatan selain jalan di atas (yang dikemukakan oleh Imam Muslim). Ia juga diriwayatkan oleh Ahmad, Abu Daud, al-Tirmizi dengan tiga wajah (yang berlainan) sehingga dikatakan: Sesungguhnya ia adalah hadis mutawatir. Ini kerana al-Dimyathi telah menghimpun semua jalan periwayatan hadis ini dan sanadnya dari dua puluh orang perawi, kebanyakan mereka hafiz dan thiqat.” [Taudhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram (Maktabah al-Asri, Mekah, 2003), jld. 3, ms. 533]
Berkenaan kekeliruan kedua, memang tidak ada ketepatan samada nak buat berturut-turut atau berselang. Tetapi menurut hadith, ianya adalah puasa 6 hari di bulan syawal dengan tidak menyebut berturut-turut.
Dalam hadis yang lain ada menunjukkan bahawa Allah SWT lebih suka kita berpuasa selang-seli.
Boleh berikan sumber dan hadith berkenaan?
Kemungkinan besar awak terdengar kisah yang lain iaitu berkenaan sahabat yang bernazar puasa setiap hari sepanjang hayatnya tapi akhirnya disuruh Nabi s.a.w. berpuasa selang sehari. Tetapi dalam hadith berkenaan tidak dinyatakan Allah suka puasa selang seli. Yang dimaksudkan adalah, kita dilarang dari berpuasa tiap-tiap hari sepanjang hayat dan sebagai ganti nazar puasa setiap hari sepanjang hayat, berpuasalah selang sehari. |
|
|
|
|
|
|
|
Fadilatnya kamu dah tahu seperti mana saya poskan hadis itu tetapi ada lagi hal yang mungkin kamu tidak tahu. Apa dia?
Kenapa Nabi tidak khususkan bermula pada hari raya ke 2 dan tidak jugak berturut-turut. Ini kita boleh sama-sama memikirkannya sepertimana orang-orang memikirkan kenapa Nabi mengirikan Ka'bah apabila tawaf.
Saya dapat rasakan bahawa orang-orang yang berpuasa pada hari ke 2; sedangkan orang-orang lain masih lagi merayakan kejayaan berpuasa di bulan Ramadhan, dikhuatiri nak menunjuk-nunjuk.
Buktinya, ada hadis yang menerangkan tentang Nabi berbuka apabila ada makanan yang diperolehi oleh isterinya Aisyah. Setelah makan makanan itu,Nabi kata kepada isterinya bahawa sebenarnya saya berpuasa hari ini.
Tetapi manusia sekarang ini nak jadi lebih a'lim daripada Nabi,datang berhari raya ketika dia sedang berpuasa.
Begitu jugak,jika kita datang kerumah orang lain untuk berhari raya,di dapati tuan rumah itu berpuasa. Alangkah sepinya rasa hati apabila kita makan,dia tengok saje. Rasa,nak cepat-cepat tinggalkan rumah itu.
Agaknya,Nabi khuatir akan orang-orang yang beribadat tapi di tonjolkan ibadatnya atau dengan tidak sengaja,cuba memaklumkan ibadatnya kepada orang lain.
Saya tidak ada halang |
|
|
|
|
|
|
|
saya setuju je dgn ibnur xde keleiruan.
apa beza "puasa sepanjang masa" vs "puasa sepanjang tahun"?
adakah puasa sepanjang masa bermaksud puasa 24jam sehari semalam selama 365 hari setahun (atau 366hari setahun lompat)?
sedangkan maksud puasa itu sendiri jelas, "menahan diri dr lapar dan dahaga serta eprkara2 yg boleh membatalkan puasa dr TERBIT MATAHARI HINGGA TERBENAM FAJAR" - p/s: maaf kalau salah tp rasenya inilah maksud puasa.
jadi berdasarkan maksud puasa di atas, apakah beza puasa spjg tahun vs spjg masa?
+sbg seorang yg bertamadun, mengatakan seseorg itu salah secara berdepan adalah agak memalukan.
sekiranya anda menghadiri kursus/seminar korporat, ada cara untuk mengatakan pendapat anda tanpa perlu mengatakan pihak satu lagi salah.
anda boleh kata:-
i) saya mungkin silap, tetapi dari apa yg saya tahu (dan anda boleh sebut dr sumber mana etc etc) bla bla bla
ii) salah seorang dr kita mungkin silap (dan anda sambung dgn apa yg anda nk kata).
maaf, sekadar pendapat n mengingatkan diri sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 5-10-2009 07:38
Post Last Edit by Amir at 2-10-2009 10:33
Kekeliruan kedua:
Mereka katakan, melakukannya berturut-turut semaada bermula pada hari kedua atau pun berturut-turut dalam bulan Syawal itu lebih afdal..
Ini jugak tidak betul,walaupun kamu rasa bahawa kamu kuat melakukannya tetapi arahan Nabi itu bagi orang yang cinta kepada Nabi perlu di ikut. Pokoknya,jangan banyak songe. Dengan berbuat sedemikian,kita sebenarnya berlaku taat dan lebih afdal dari apa yang kamu kata, adhal.
Buktinya: Hadis Nabi: Dari Umar r.a. katanya: Bahawa Rasulullah melarang orang banyak menyambung sambungkan puasa. Berkata mereka itu: Tuan sendiri berbuat demikian. Berkata Rasulullah SAW: Saya kini bukan seperti tuan-tuan. Saya diberi makan dan minum oleh Allah.
Amir Post at 2-10-2009 10:31 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Hadith Sahih Muslim yang dihijaukan di atas adalah mengenai:
Bab Larangan Menyambung Puasa Iaitu Tanpa Makan Dan Minum Pada Waktu Malam
Hadith di bawah ini pula menerangkan bahawa Nabi kadang-kala berpuasa berterusan (puasa Sunat bukan dalam Ramadhan), kadang-kala berpuasa sekali sekala.
Hadis Anas r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w selalu berpuasa sehingga ada yang mengatakan baginda seolah-olah berpuasa terus-menerus dan pernah juga baginda tidak berpuasa sehingga ada yang mengatakan baginda jarang sekali berpuasa
Hadis Ibnu Abbas r.a katanya:
Rasulullah s.a.w tidak pernah berpuasa satu bulan penuh kecuali pada bulan Ramadan. Baginda akan berpuasa jika ingin berpuasa, sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda tidak berbuka. Baginda juga pernah tidak berpuasa begitu lama sehingga seseorang pernah berkata: Demi Allah, baginda seperti tidak pernah berpuasa iaitu hanya berpuasa sekali sekala sahaja
Anda boleh semak hadith di atas dalam Sahih Muslim Bab Kitab Puasa
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ibnur at 2-10-2009 14:37
Terima kasih Ibnur ke atas usaha kamu tu menegur saya. Teguran kamu itu membuatkan saya lihat balik sekali lagi, ternyata kamu yang tersilap.
Saya ambil mentah-mentah dari Hadis Muslim buk ...
Amir Post at 2-10-2009 12:30 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
saya tak pasti siapa yang silap. saya cuma dapat cadangkan awak balik semula ke bahasa arab dan pastikan maksud semisalnya. samada orang yang berpuasa sepanjang masa atau orang yang berpuasa sepanjang tahun.
dan satu lagi riwayat dari ibnu majah juga menyatakan setahun
Dari Tsauban, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
مَنْ صَامَ سِتَّةَ أَيَّامٍ بَعْدَ الْفِطْرِ كَانَ تَمَامَ السَّنَةِ (مَنْ جَاءَ بِالْحَسَنَةِ فَلَهُ عَشْرُ أَمْثَالِهَا)
“Barang siapa berpuasa enam hari setelah hari raya Idul Fitri, maka dia seperti berpuasa setahun penuh. [Barang siapa berbuat satu kebaikan, maka baginya sepuluh kebaikan semisal].” (HR. Ibnu Majah dan dishohihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Irwa’ul Gholil)
Yang ni pula lafaz bahasa arab dari riwayat muslim
مَنْ صَامَ رَمَضَانَ ثُمَّ أَتْبَعَهُ سِتًّا مِنْ شَوَّالٍ كَانَ كَصِيَامِ الدَّهْرِ (رواه مسلم)
Nah.... sekarang awak boleh la buat kajian. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 2-10-2009 16:10
Dalam Sahih Muslim, kalimah Ad-dahr الدَّهْرِ boleh diterjemahkan secara literal sebagai masa atau satu masa. Mungkin juga ada yang terjemah sepanjang masa.
(Kalimah Ad-dahr juga ada dalam Al-Quran, Surah Al-Insan ayat pertama di mana tak mungkin maksudnya sepanjang masa. Juga Surah Al-Jathiya ayat 24)
Bila bercakap mengenai Puasa Ramadhan yang datang sekali dalam setahun, dan juga Syawwal yang sekali dalam setahun, maka satu masa itu diterjemahkan masa setahun (As-sanah السَّنَةِ ). Tentunya kalau tiap-tiap tahun puasa penuh Ramadhan dan puasa 6 Syawwal maka ganjarannya seolah-olah puasa sepanjang masa
Ia juga sama seperti jika puasa sunat 3 hari dalam sebulan selama setahun maka ganjarannya adalah seperti setahun berpuasa. Jika beramal puasa 3 hari sebulan (Ramadhan puasa penuh) sepanjang hayat maka ganjarannya juga seperti puasa sepanjang masa.
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan akan berpuasa pada siang hari sepanjang hidupku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkaukah yang telah berkata demikian? Aku berkata kepada baginda: Akulah yang telah berkata demikian wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau tidak akan berkuasa melakukannya. Baginda menambah: Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan beribadatlah di waktu malam. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang menyamai berpuasa setahun. Lalu aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Aku mampu melakukan lebih dari itu. Baginda bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari. Aku berkata kepada baginda: Aku mampu berbuat lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. Aku berkata lagi: Aku masih mampu berbuat lebih dari itu. Baginda bersabda: Tiada yang lebih baik dari itu. Abdullah bin Amru r.a berkata: Tentu saja aku terima berpuasa tiga hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang aku lebih cintai daripada isteri dan hartaku
Dalam Sahih Muslim teks Arabnya: وصم من الشهر ثلاثة أيام فإن الحسنة بعشر أمثالها وذلك مثل صيام الدهر
Jadi adakah masih ada kekeliruan yang timbul?
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
oh... xpenah dgr psl puasa 3 hari sebulan (ramadan penuh) tu...
nak tanya pada mnm + ibnur... bos saya penah kata kita dalam seminggu xboleh puasa 1 hari je.
kalau puasa, kene berkembar.
tapi dia xpenah cakap dr hadis ke apa ke... n saya pulak xpenah nk cek pun betul ke idak ke.
jadi nak tanya pendapat, pernah ke dgr org cakap mcm yg bis sy ckp tu - puasa kene berkembar (i.e. sekurg2nya 2hari) dlm seminggu.
tq |
|
|
|
|
|
|
|
ntahlah..sekarang nie makin ramai golongan anti hadis itu sendiri yang bertopengkan islam...
menimbulkan kekeliruan di dalam umat islam dengan persoalan-persoalan begini dan begini..hadis yang sahih menjadi tidak sahih, dan hadis yang tidak sahih akan menjadi sahih mengikut nafsu dan selera tekak orang-orang begini yang tidak tolak sebarang kemungkinan mempunyai kepentingan tertentu |
|
|
|
|
|
|
|
bm aku fail ke? arab... mmgle fail.
apa beza konteks masa dlm setahun vs`sepanjg msa? |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 2-10-2009 17:27
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan akan berpuasa pada siang hari sepanjang hidupku. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Engkaukah yang telah berkata demikian? Aku berkata kepada baginda: Akulah yang telah berkata demikian wahai Rasulullah s.a.w! Rasulullah s.a.w bersabda: Engkau tidak akan berkuasa melakukannya. Baginda menambah: Berpuasa dan berbukalah. Tidur dan beribadatlah di waktu malam. Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana satu kebajikan itu akan dibalas dengan sepuluh kebajikan yang menyamai berpuasa setahun. Lalu aku berkata kepada Rasulullah s.a.w: Aku mampu melakukan lebih dari itu. Baginda bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah dua hari. Aku berkata kepada baginda: Aku mampu berbuat lebih dari itu. Rasulullah s.a.w bersabda: Berpuasalah sehari dan berbukalah sehari. Itulah cara puasa Nabi Daud a.s dan puasa yang sederhana. Aku berkata lagi: Aku masih mampu berbuat lebih dari itu. Baginda bersabda: Tiada yang lebih baik dari itu. Abdullah bin Amru r.a berkata: Tentu saja aku terima berpuasa tiga hari sebagaimana yang dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w yang aku lebih cintai daripada isteri dan hartaku
Hadis yang diboldkan berwarna merah itu membuktikan bahawa berpuasa 6 hari dalam bulan Syawal tidak digalakkan berbuatnya berturut-turut selain daripada bulan Ramadhan.
Apakah komen Ibnur bagi hujah ini;yang dimintanya daripada saya? |
|
|
|
|
|
|
|
hadis yang sahih menjadi tidak sahih, dan hadis yang tidak sahih akan menjadi sahih mengikut nafsu dan selera tekak orang-orang begini yang tidak tolak sebarang kemungkinan mempunyai kepentingan tertentu
Faedah hadis saheh hanya tertumpu dlm masaalah fiqh &amal shj. bukan masaalah aqidah.
kita tidak boleh memaksa umat islam berpegang dgn bukhari &muslim kerana sunnah nabi muhammad SAW itu tidak semestinya hanya dlm buku &sejarah SHJ.
realitinya,
sunnah nabi muhammad SAW telah berlalu semenjak 1400 tahun.
oleh itu, janganlah kita membebankan ummat ini dgn mewajibkan sunnah nabi kerana nabi sendiri pun tidak pernah mewajibkan sahabat dlm soal sunnah seperti siwak &taraweh dsbnya.
sedangkan imam-imam yg mujtahid pun menghadapi kesukaran &kesamaran di dlm mengenal pasti sunnah nabi muhammad SAW.
sedangkan masa& zaman imam-imam mujtahid itu lebih hampir dgn pentas sejarah &sunnah nabi muhammad SAW itu sendiri....
jadi bagaimana pulak dgn org-org terkemudian seperti kita yg langsung tak pernah bertemu dgn tabi'in mahupun tabi'uttabi'in ?
jadi mengapa kita bersikap loba dlm hal sunnah nabi muhammad SAW ?
Beban kewajipan Al-Quran yg terang-terang& jelas seperti jihad pun belum dilaksanakan lagi.
jadi mengapa kita sibuk bertikai dlm masaalah kesamaran yg tidak di wajibkan ke atas muslim itu ?
fikirlah sendiri.....
WALLAHU A'LAM |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Amir at 2-10-2009 17:27
Hadis Abdullah bin Amru bin Al-As r.a katanya:
Rasulullah s.a.w telah diberitahu bahawa aku pernah berkata: Aku akan beribadat di waktu malam dan aka ...
Amir Post at 2-10-2009 17:19 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Amat jelas sekali hadith yang awak bawa tu berkaitan dengan nazar puasa sepanjang hayat. Apa kaitannya dengan puasa 6 hari di bulan syawal? |
|
|
|
|
|
|
|
Terima kasih mnm77.
Saya dah faham apa yang kamu hujahkan membawa 2 perbandingan iaitu berpuasa 3 hari dalam sebulan memdapat 10 kebajikan dan ini jika dilakukan pada tiap-tiap bulan secar ...
Amir Post at 2-10-2009 16:51 ![](http://mforum.cari.com.my/images/common/back.gif)
tak payah le aku komen. sebab aku dah malas nak layan kau. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanya pada mnm + ibnur... bos saya penah kata kita dalam seminggu xboleh puasa 1 hari je.
kalau puasa, kene berkembar.
tapi dia xpenah cakap dr hadis ke apa ke... n saya pulak xpenah nk cek pun betul ke idak ke.
jadi nak tanya pendapat, pernah ke dgr org cakap mcm yg bis sy ckp tu - puasa kene berkembar (i.e. sekurg2nya 2hari) dlm seminggu.
fezy Post at 2-10-2009 16:37 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
Setahu saya yang dimaksudkan puasa berkembar dalam seminggu tu adalah puasa hari Jumaat. Mengikut hukum fiqih, adalah makruh kalau nak puasa hari Jumaat tanpa berkembar dengan hari Khamis atau Sabtu.
Hadith Jabir bin Abdullah r.a:
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Abbad r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah: Adakah Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini [Sahih Muslim]
bm aku fail ke? arab... mmgle fail.
apa beza konteks masa dlm setahun vs`sepanjg msa?
Tentang kekeliruan pertama, ia hanyalah masalah terjemahan dari segi bahasa. Dari segi maksudnya sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan diikuti puasa 6 hari dalam bulan Syawwal akan mendapat ganjaran berpuasa setahun (disokong dengan hadith-hadith lain).
Juga benar kalau nak kata sesiapa yang berpuasa penuh Ramadhan diikuti 6 hari dalam bulan Syawwal bagi TIAP-TIAP tahun maka ganjarannya seperti berpuasa perpanjangan.
Hadith-hadith ini berkaitan dengan Fadhaail (kelebihan), jadi dengan menyatakan kelebihannya maka kita sendiri akan lebih bersemangat untuk mengamalkannya. Sesungguhnya ganjaran yang sebenar juga bergantung kepada niat dan cara beramal seseorang itu.
(Mereka mengerjakan semuanya itu) supaya Allah membalas mereka dengan sebaik-baik balasan bagi apa yang mereka kerjakan dan menambahi mereka lagi dari limpah kurniaNya dan sememangnya Allah memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya dengan tidak terhitung. (An-Nur, 38)
Hadith-hadith berkenaan Fadhaail tidak dihujjahkan panjang lebar, apatah lagi ia hadith sahih.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mnm77 at 5-10-2009 08:21
Tentang kekeliruan kedua, ada juga kebenaran yang dinyatakan oleh Saudara Amir:
kekeliruan: 'Puasa sunat berturut-turut adalah lebih afdhal'.....
Sebenarnya tidak disebut pun berturut-turut ataupun berselang-seli, maka terpulanglah nak beramal macamana. Kadang-kadang ada orang tak sempat nak puasa awal bulan sebab banyak jemputan hari raya, bila sampai hujung bulan tinggal seminggu, nak dapat kan juga ganjaran puasa 6 maka dia pun puasa berturut-turut.
Puasa sunat (termasuk puasa 6 Syawwal) tidak ditekankan samada berturut-turut ataupun berselang-seli (hadith post #6).
Adapun hadith yang saya bawa berkenaan puasa 3 hari dalam sebulan itu adalah saranan Rasulullah SAW kepada seorang sahabat Nabi yang ingin menjadikan amalan puasa secara berterusan sepanjang hayat secara terus-menerus dan ini bukannya berkenaan puasa 6 atau puasa sunat yang lain-lain.
WAllahu a'lam |
|
|
|
|
|
|
| |
|