View: 1705|Reply: 0
|
ANAK KECIL YANG TAKUT API NERAKA
[Copy link]
|
|
Dalam sebuah riwayat menyatakan bahawa ada seorang lelaki tua sedangberjalan-jalan di tepi sungai, sedang dia berjalan-jalan dia terpandang seoranganak kecil sedang mengambil wudhu' sambil menangis.
Apabila orang tua itu melihat anak kecil tadi menangis, dia pun berkata,"Wahai anak kecil kenapa kamu menangis?"
Maka berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik saya telah membaca ayatal-Qur'an sehingga sampai kepada ayat yang berbunyi, "Yaa ayyuhal ladziinaaamanuu quu anfusakum" yang bermaksud, " Wahai orang-orang yangberiman, jagalah olehmu sekalian akan dirimu." Saya menangis sebab sayatakut akan dimasukkan ke dalam api neraka."
Berkata orang tua itu, "Wahai anak, janganlah kamu takut,sesungguhnya kamu terpelihara dan kamu tidak akan dimasukkan ke dalm apineraka."
Berkata anak kecil itu, "Wahai pakcik, pakcik adalah orang yangberakal, tidakkah pakcik lihat kalau orang menyalakan api maka yang pertamasekali yang mereka akan letakkan ialah ranting-ranting kayu yang kecil dahulukemudian baru mereka letakkan yang besar. Jadi tentulah saya yang kecil iniakan dibakar dahulu sebelum dibakar orang dewasa."
Berkata orang tua itu, sambil menangis, "Sesungguh anak kecil inilebih takut kepada neraka daripada orang yang dewasa maka bagaimanakah keadaankami nanti?" |
|
|
|
|
|
|
| |
|