|
Fasakhbererti memutuskan pernikahan, perkara ini hanya boleh diputuskanapabila pihak isteri membuat pengaduan kepada Mahkamah dan Hakimmensabitkannya setelah perbicaraan. Fasakh boleh berlaku denganbeberapa sebab2 berikut : - Suami telah mencuaikan pemberian nafkah atau tidak memberi nafkah untuknya selama tiga bulan.
- Suami telah dihukum penjara selama tiga tahun atau lebih dan hukuman itu telah menjadi muktamat.
- Suamitidak menjalankan kewajipan-kewajipannya sebagai seorang suami terhadapisterinya selama satu tahun dengan tiada sebab yang munasabah.
- Suami mati pucuk pada masa berkahwin dan terus-menerus begitu.
- Suamigila atau mengidap penyakit merana yang akan mengambil masa yangpanjang untuk menyembuhkannya atau tiada harapan sembuh dan jikaditeruskan perhubungan suami-isteri akan menjejas kesihatan isteri.
- Suami berlaku kejam terhadap isteri iaitu seperti :
- Selalumemukul isteri atau menjadikan kehidupannya sengsara disebabkan olehkelakuannya yang kejam sekalipun tanpa menggunakan kekerasan.
- Bercampur gaul dengan perempuan-perempuan lucah atau hidup dalam kehinaan.
- Mencuba memaksa isteri supaya hidup lucah.
- Menghalang isteri daripada melaksanakan perintah agama.
- Tinggal dan bersekedudukan dengan perempuan lain yang bukan isterinya.
- Jikasuami mempunyai isteri lebih dari satu, suami tersebut tidak melayannyadengan adil sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum Islam.
- Kerana sesuatu sebab yang lain yang diakui sah untuk cerai fasakh di bawah hukum Islam.
ok saya ada persoalan dgn sbb bernombor 3.andai kata pasangan berkahwin di luar negara.dan si suami pulang ke malaysia kerana ibunya sakit tanpa mmbawa isteri.kemudian si suami kemalangan dan hilang ingatan di malaysia.keluarga lelaki itu x tahu lelaki tu dh berkawin.pmpuan tidak tahu apa2 utk menghubungi lelaki tu ditinggalkan tanpa nafkah zahir & batin selama lebih setahun.dan perempuan itu meminta fasakh sedangkn dia x tau suaminya hilang ingatan.jika fasakh itu diluluskan..apakah status fasakh itu apabila perempuan itu mgetahui suaminya hilang ingatan..atau fasakh itu x sah kerana sbb kehilangan lelaki itu munasabah...
tolong saya beri pendapat yg ilmiah kerana saya inginkan kpastian.. |
|
|
|
|
|
|
|
entah la sy tak arif...mungkin sah sebab ketika dia meninggalkan isteri tu dia masih dalam keadaan waras lagi kot...lagi pun isteri boleh minta fasakh dengan sebab yang ke-4 iaitu tidak waras kalau dia mahu kan...btw kita harap ada pakar yang boleh menjawab persoalan ni sy pun nak tau jugak.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|