CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2458|Reply: 13

Baca Bismillah dengan Qunut...

[Copy link]
Post time 18-10-2009 01:59 PM | Show all posts |Read mode
Assalamu'alaikum...

Mintak sikit penerangan tentang Bismillah dengan Qunut...

ada beberapa orang tak baca Bismillah kat permulaan fatihah masa solat fardhu, dia terus kepada ayat Alhamdulillah.... saya pernah tanya orang, ada cakap tuh Wahabi (standardlah, kalau buat lain daripada apa orang malaysia buat, di cop nya Wahabi ) , ada yg ckp sebenarnya ada hadith yg mengatakan bahawa Nabi s.a.w. dan 4 Khalifah tidak pernah melafazkan Bismillah dengan nyaring masa mengimamkan solat fardhu...

betul ker?


pasal Qunut tuh, standardlah, nak tanye, betul ke QUnut tuh kalau tak buat tak payah sujud sahwi? mana pulak datang hukum "kene sujud sahwi kalau tak buat QUnut" ? saya tanya orang2 Pakistan, orang2 daripada negara barat, dorang takde pun buat qunut masa solat subuh...?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 02:29 PM | Show all posts
1# gunblade712

cuba tanya pada org yg solat tu adakah dia langsung tak membaca Basmalah
atau pun dia sekadar membaca secara perlahan...

sebab ada pendapat mengatakan boleh dibaca Basmalah secara perlahan bagi bacaan Al-Fatihah didalam solat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 02:40 PM | Show all posts
2# Equalizer

baca secara perlahan... saya dah bagitau sebab yang dia nyatakan tuh (ada kat first posting)
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:30 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum...

Mintak sikit penerangan tentang Bismillah dengan Qunut...

ada beberapa orang tak baca Bismillah kat permulaan fatihah masa solat fardhu, dia terus kepada ayat Alhamdulillah.. ...
gunblade712 Post at 18-10-2009 13:59


bismillah dibaca secara perlahan.

qunut tu sunat bagi pendapat shafie.  kalau ditinggal dengan sengaja dengan sedar tentu sama hukumnya kalau meninggalkan tahiyat awal dengan sengaja dengan sedar.  sujud sahwi sebenarnya dilakukan bila kita terlupa atau ada buat kesilapan semasa solat.  sujud sahwi bukan ganti perkara-perkara sunat yang ditinggalkan dengan sengaja, itu dah jadi hukuman baru.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:41 PM | Show all posts
Nak ngadap Tuhan baca Bismillah pun berkira.......  susah lee......
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 03:49 PM | Show all posts
owh..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 18-10-2009 03:56 PM | Show all posts
5# mjla

bukan berkira, takde sapa cakap taknak baca bismillah...

ini cerita nak buat macam mana yang Nabi s.a.w buat, pasal ini perkara agama, dan Nabi s.a.w. suruh kita ikut baginda dalam beribadah....

nak ikut cara Nabi s.a.w. pun dikatanya berkira.. susah leee... takkan nak ikut kepala sendiri plak?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 03:58 PM | Show all posts
bismillah dibaca secara perlahan.


bro ibnur, boleh tak mintak jasa baik bro untuk letakkan hadithnya kat sini? kalau taknak letak (kerana khuatir akan fitnah @ "serangan" daripada orang2 yang tak setuju), mintak tolong bro pm kat saya.... boleh tak?

qunut tu sunat bagi pendapat shafie.  kalau ditinggal dengan sengajadengan sedar tentu sama hukumnya kalau meninggalkan tahiyat awal dengansengaja dengan sedar.  sujud sahwi sebenarnya dilakukan bila kitaterlupa atau ada buat kesilapan semasa solat.  sujud sahwi bukan gantiperkara-perkara sunat yang ditinggalkan dengan sengaja, itu dah jadihukuman baru.
ibnur Post at 18-10-2009 15:30


ok, dah clear yang menurut Imam Shafi'e, Qunut = Sunat

kalau tak buat (samada sedar ataupun tak), maka takpelah, kan?

dah tuh sujud sahwi tuh untuk aper eh bro? sbb...

1. tinggalkan rukun = batal solat, kene ulang

2. tinggalkan sunat = tak batal solat, teruskan aje.

so kat mana sujud sahwi nih sebenarnye?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2009 04:00 PM | Show all posts
bacaan qunut ni ikut mazhab kan?

kite da amek mazhab shafie ikut ahli sunnah wal jamaah.. kna follow cara2 yang dowg da tetapkan..

ni ada yang da berlajar lebeh skit..kunun2 pandai da la tu.. pastu balik kg wat bnda pelik2 n kuarkan hadis2 bagai.. padahal owg kg tu betul la, kna tgk mazhab tempat tu, pastu kt ikut hukum ada yg mengikut adat .. klu da len daripada adat n mazhab, nk kire cne xtau la..

yg pling pelik bila ada yg perngai, duk campur n amal sume mazhab sekali jalan.. pakaian cara maliki, semyag cara shafie, pastu mkn cara wahabi.. kan da pelik..nk amek yg senang je,,susah skit tgl
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-10-2009 04:48 PM | Show all posts
9# ajim_encem

ada ke dalil yang mewajibkan kita bermazhab?

ada orang bagi penerangan, yang bermazhab ini tidak wajib, tetapi kita semua rata-rata tak mampu nak belajar ilmu agama nih betul2.. (cakap Arab pun tatau.. macam aku.. heheheh)... so kita ikutlah imam2 besar yang ada tuh...

kalau cerita pasal qunut, apa yang Imam Shafi'e cakap? Cube tengok balik soalan saya, takde pon pertikaikan mazhab ke ape...

kalau betul imam Shafi'e kata kene buat Qunut, kalau tak kene sujud sahwi, tunjukkanlah bukti beserta penerangan. Kat mana Imam Shafi'e cakap? Dalam Al-'Umm ke? Apa dalil yang Imam Shafi'e gunakan?

Serupa jugak macam membaca Bismillah dengan kuat dan jelas semasa solat fardhu.


Apa yang saya perasan, orang Melayu kita suka cakap dorang ikut Imam Shafi'e, bermazhab Shafi'e, tapi apa yang Imam Shafi'e ajar pon dorang tatau.....

...... sampaikan nama betul Imam Shafi'e pon ada yang tatau....
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 05:27 PM | Show all posts
aku rasa, statement macam ni yang pelik.
yg pling pelik bila ada yg perngai, duk campur n amal sume mazhab sekali jalan.. pakaian cara maliki, semyag cara shafie, pastu mkn cara wahabi.. kan da pelik..nk amek yg senang je,,susah skit tgl


gunblade,
pasal hadith tu sekarang tak dapek den nak beri.  Inshaallah bila ada kelapangan Allah bagi, saya usahakan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 06:15 PM | Show all posts
so  kesimpulannya ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:33 PM | Show all posts
9# ajim_encem

ada ke dalil yang mewajibkan kita bermazhab?

ada orang bagi penerangan, yang bermazhab ini tidak wajib, tetapi kita semua rata-rata tak mampu nak belajar ilmu agama nih betul2..  ...
gunblade712 Post at 18-10-2009 16:48


Bro, yg ni lah penjelasan yg cukup jelas bg saya. Kebanyaakkan kita hanya mengaku pengikut syafie, sekurang2nya berilah fatwa daripada Imam Syafie, kan jelas. Kita tak mau dari ustaz ni ustaz tu kata, since kita bermazhab syafie, maka harus diberikan fatwa berdasarkan fatwanya Imam Syafie. Jelas kan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2009 07:34 PM | Show all posts
10# gunblade712

adakah dalilnya kita wajib bermazhab??? Ni pun soalan yg baik...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 11:12 PM GMT+8 , Processed in 0.072510 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list