View: 2598|Reply: 17
|
Dialog dengan Jin Yatim Piatu
[Copy link]
|
|
Saya ingin kongsikan salah satu dialog saya denganjin. Dialog ini berlaku ketika saya cuba mengeluarkan jin itu daribadan seorang wanita. Di bawah ialah bicara kami (lebih kurang).
@ Kamu agama apa ni?
# Entah, tak tahu!
@ Eh, takkan agama sendiri pun tak tahu?
# Entah! Tak ada agama!
@ Ooo... jadi kamu ni tak ada agama la ye?
# (Diam)
@ Kalau macam tu, kami nak ajak kamu masuk agama Islam. Mahu tak?
# Tak nak!
@ Eh, kenapa tak mahu?
# Tak mahulah!
@ Masuk agama Islamlah bagus!
# Agama Islam susah!
@ Eh, mana pulak susah! Islam tu indah, Islam tu mudah!
# Aku tak mahulah!
@ Allah kenal tak?
# Tak tahu Allah. (* Tapi dia menyebut ‘Allah’ dengan fasih, tidaklah berbunyi seperti sebutan orang bukan Islam ataupun muallaf di negara ini)
@ Nabi Muhammad kenal tak?
# Tak tahu, tak pernah tengok pun! Tapi dengar nama ada le.
@ Nabi Muhammadlah yang bawa agama Islam. Kamu nak masuk agama Islam tak?
# Tak mahu.
@ Kalau kamu masuk agama Islam, di akhirat nanti kamu tak masuk neraka. Kamu akan masuk syurga. Tak takut masuk neraka?
# Huh, hidup ni lama lagi (lambat lagi nak jumpa akhirat).
@ Masuk agama Islamlah! Kami ajar baca dua kalimah syahadah, kamu ikut ye?
# Tak mahu!
Berkali-kali saya pujuk dia menganut agama Islam tetapi pintu hidayah belum terbuka untuknya.
@ Kenapa masuk dalam badan makcik ni?
# Aku nak duduk dengan dia. Aku jumpa dia, aku suka dengan dia.
@ Kenapa nak duduk dengan dia?
# Saja suka-suka.
@Mana boleh macam tu. Kesian kat makcik ni. Dia pun tak redha, anak-anakdia pun tak suka kamu masuk dalam badan dia. Kamu menyusahkan dia. Kamukeluar ye?
# Tak mahu!
@ Tak baik buat makcik ni macam ni.
# Aku tak mahu bagi dia sembahyang!
@ Tak boleh la macam tu. Makcik ni nak amalkan agama dia.
# Aku tak ada tempat nak pergi. Rumah aku dah tak ada.
@ Rumah kamu kat mana?
# Tu kat pokok depan tu. (* Pokok itu sudah ditebang)
@ Kamu keluarlah, pergi tempat lain.
# Ke mana aku nak pergi? Saudara-saudara aku semua dah tak ada. Tinggal aku seorang aje.
@ Ooo... yatim piatu le ni ye?
# (Mengangguk).
@ Kamu pindah le ke tempat lain.
# Ke mana?
@ Pindah ke laut mahu tak?
# Laut mana? Aku tak tahu di mana laut.
@ Kami tolong bawa nak tak?
# Tak mahu!
@ Pindah ke bukit mahu tak?
# Tak tahu bukit! Tak nampak bukit pun!
@ Tu di belakang tu ada bukit. Nak pindah tak? Boleh kami tolong bawa.
# Tak mahu!
@ Apalah kamu ni... jin biasanya duduk di laut, di bukit.
Pujukanagar dia mahu berpindah gagal. Kalau guru saya, biasanya dia akanberkeras dengan si jin, baik dari segi bicara mahupun perbuatan. Tapisaya banyak berlembut. Sebab itulah agaknya jin-jin kurang gentar.
bersambung...
|
|
|
|
|
|
|
|
@ Kalau kamu tak mahu keluar, kami akan baca lagi ayat-ayat.
# (Diam)
@ Nabi Sulaiman kenal tak? Kami panggil Nabi Sulaiman ye?
# Entah, tak tahu Nabi Sulaiman! Tak pernah tengok pun!
@ Haron Din kenal tak?
# Tak tahu Haron Din, tak pernah tengok pun!
@ Kami panggil Haron Din datang boleh?
# Jangan!
@ Eh, kenapa jangan?
# Tak mahu!
@ Panggil Ismail Kamus boleh?
# Jangan!
@ Panggil siapa yang boleh?
# Siapa-siapa pun jangan panggil!
@ Sebab kamu tak mahu keluar, kami nak pukul sikitlah!
Saya ambil serban lalu menggayakan hendak memukul belakangnya, dia mengangkat bahu tanda hendak menahan walaupun saya berada di belakang si makcik. Tiga kali saya buat seolah-lah hendak memukul dan dia bergerak seolah-olah nampak bila masa saya hendak memukul. Beberapa pukulan (sebenarnya hanya rembasan perlahan) beserta zikir dilakukan tapi nampaknya tidak berkesan. Sewaktu belajar dulu, sepatutnya pukulan dibuat menggunakan tapak tangan walaupun ke atas pesakit wanita, tapi saya kurang selesa kecualilah jin itu jenis garang dan melawan. Rembasan dengan serban, sejadah ataupun apa-apa kain pun ada kalanya berhasil juga.
@ Dekat makcik ni, kamu duduk kat mana? Kat kepala ke... kat buah pinggang ke...?
# Dekat kaki.
@ Kaki yang mana?
# Ni (sebelah kanan). (* Sejak terkena gangguan, tangan dan kaki makcik ini memang seakan-akan lumpuh sebelah kanan)
Rembasan dibuat di bahagian kaki tetapi masih kurang berkesan.
Saya doakan sebotol air mineral.
@ Kamu minum air ni ye?
# Tak mahu.
@ Air ni sedap ni. Tak mahu?
# (Menggeleng)
Air dipercikkan ke kepala, muka, dada, badan dan kakinya.
@ Rasa macam mana? Sedap tak?
# (Mengangguk)
@ Tu la, orang dah kata dah sedap! (* Sebenarnya ketika air doa direnjiskan tadi, si jin lari keluar tanpa kami sedari)
@ Nak minum tak air ni?
# (Mengangguk).
Saya berasa pelik kerana mahu pula si jin minum air doa.
@ Ini makcik ke?
# Ya, makcik. (* Patutlah dia setuju untuk minum, jin da keluar, tinggal si makcik saja).
Sekadar itu saja sesi rawatan yang mampu saya ikhtiarkan. Saya doakan sebotol air untuk dibuat ‘pagar’ dari dalam rumah. Cara-cara untuk memagar dijelaskan kepada ahli keluarganya tapi mereka minta saya tolong buatkan.
Selesai memagar, ahli keluarganya minta tengokkan tapak pokok yang ditebang. Seplastik kecil garam didoakan lalu bahagian depan rumah dipagar. Oleh kerana rumah teres, tak dapat hendak memagar sekeliling rumah. Tapak pokok itu ditaburkan garam sambil membaca ayat-ayat Al-Quran.
Kemudian keluarga si makcik terperasan beberapa tangkal yang diletakkan di atas setiap pintu. Yang peliknya , selama hari ini mereka memang mencari dan membuang segala macam benda yang boleh dianggap tangkal, tetapi baru pada malam itu mereka terperasan tangkal di setiap pintu. Seolah-olah tangkal-tangkal itu terlindung.
Ada 7 tangkal kesemuanya. Selepas berbincang dengan teman saya (yang juga seorang perawat), kami bersetuju supaya semua tangkal tersebut dibuang. Semuanya saya tawarkan dengan aliran air yang didoa bersama bacaan ayat-ayat al-Quran. Kami minta ahli keluarga si wanita membuangnya ke sungai.
Sehingga kami pulang, si jin tidak lagi mengunjungi si makcik. Cuma ketika mendengar tapak ‘rumah lama’nya hendak ditabur garam yang didoakan, si makcik berasa seram sejuk.
Wallahualam.
http://myalexanderwathern.blogsp ... gku-dengan-jin.html |
|
|
|
|
|
|
|
SOALAN:
Wujudkan hantu? Tidakkah syirik atau khurafat mempercayainya? (*Ada 2 soalan)
JAWAPAN:
Hantu memang wujud. Sama ada syirik, khurafat ataupun tidak, bergantung kepada pemahaman kita.
(Jawab soalan 1)
Pertama- Untuk menjelaskan hal ini kita mengambil masyarakat Melayu sebagai contoh terhampir.
Kedua-Kita kena mengenal apa yang disebut ‘hantu’ oleh masyarakat Melayu.Sekurang-kurangnya ada empat bangsa hantu yang dikenal di alam Melayuiaitu:
1.
Daripada bangsa jin
2.
Daripada bangsa manusia
3.
Daripada bangsa haiwan
4.
Daripada bangsa alam
Perkataan‘jin’ mungkin sekali berasal daripada bahasa Arab, dibawa masuk ke alamMelayu bersama-sama kedatangan agama Islam. Sebelum itu orang Melayumenyebut jin dengan nama yang lain dan salah satunya ialah ‘hantu’.
Jinterdiri daripada pelbagai jenis dan rupa. Masyarakat Melayu menamakanjin-jin itu mengikut jenis-jenisnya. Jin yang besar dan kuat disebuthantu raya, jin yang buah dadanya panjang disebut hantu kopek, jin yangseperti rupa kanak-kanak kecil disebut hantu toyol, jin perempuan yangmengilai-ngilai dipanggil hantu langsuir atau hantu pontianak, jin yangdigunakan untuk merasuk orang dipanggil hantu polong ataupun hantupelesit, jin yang tinggal di tanah disebut jin tanah, jin yang tinggimelangit disebut hantu galah dan macam-macam lagi.
Semuajenis jin ini dicipta oleh Tuhan dan kita mesti percaya akankewujudannya kerana ia termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Bukanorang yang percaya itu yang salah tetapi yang tidak percaya akankewujudan makhluk inilah yang salah. Bukankah dalam al-Quran pun adadisebut tentang jin? Itu kan bukti kewujudannya dan bukti Tuhan mahukita percaya akan kewujudannya?
Hantuyang kedua ialah daripada bangsa manusia. Antaranya orang-orang yangmenuntut ilmu-ilmu salah hingga menjadi orang minyak, hantu harimau,serigala jadian, hantu penanggal dan lain-lain. Kadang-kadang manusiamisteri yang nampak menakutkan juga disebut hantu termasuklah makhlukasing.
Hantu jenis ketiga ialah dari kalangan haiwan. Contohnya haiwan ganjil yang menakutkan orang ramai. Juga bigfoot.
Jeniskeempat ialah alam. Biasanya jenis ini disangkakan hantu. Bahagianbelakang daun pisang yang terkena cahaya pada waktu malam gelap akankelihatan seperti lembaga yang menakutkan. Ia disebut hantu. Adagua-gua yang menerima tiupan angin dan menghasilkan bunyi yangmengerikan, disebut juga bunyi hantu. Dahan dan ranting pokok yangmelambai-lambai ada juga disebut hantu.
Kesimpulannya,hantu memang wujud dan mempercayai kewujudannya tidaklah khurafatataupun syirik, bahkan memang dituntut agama supaya percaya.
(Jawab soalan 2)
Kepercayaanini akan jadi khurafat dan syirik jika kita percaya 4 jenis bangsahantu di atas tadi mampu memberi manafaat ataupun mendatangkan mudaratpada hakikatnya. Pada syariatnya, memang makhluk-makhluk Allah mampumemberi bekas seperti pisau yang menghiris, anjing yang menggigit,tanah runtuh yang mempenyet dan melemaskan, bau cempaka yangmengharumkan, langgaran kereta yang menyakitkan dan sebagainya. Tetapipada hakikatnya Allah yang berkuasa memberikan kesan.
Wallahualam.
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/10/kuliah-wujudkah-hantu.html
Audio kuliahnya di sini:
http://www.youtube.com/watch?v=Jeq2yiyeyyM&feature=player_embedded |
|
|
|
|
|
|
|
RIJALULGHAIB MENURUT 'WARISAN PERUBATAN MELAYU'
Beberapa tahun lalu saya ada membaca sebuah bukubertajuk ‘Warisan Perubatan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustakayang diselenggarakan oleh A. Samad Ahmad. Baru-baru ini saya terjumpabalik buku ini lalu membacanya semula.
Bukuini sebenarnya diterjemahkan dari manuskrip asalnya yang bertulisanjawi. Penulis manuskrip itu bernama Muhammad Salleh ibni AhmadPenambang. Tulisan jawinya sangat kemas dan cantik, menunjukkanpenulisnya memang seorang pakar tulisan jawi. Ia disiapkan pada tahun1288 Hijrah.
MenurutMuhammad Salleh, dalam usaha untuk menjadi seorang perawat atau tabib,kita hendaklah meminta tolong pada ‘RIJALULGHAIB’ empat bersahabat.Pada akhir tulisan ini nanti kita akan melihat siapakah ‘rijalulghiab’yang dimaksudkan oleh buku Warisan Perubatan Melayu ini.
Untukmendapatkan rijalulghaib ini kita mulakan dengan solat hajat. Padarakaat pertama dibacakan ayat Kursi manakala pada rakaat keduadibacakan surah al-Ikhlas tiga kali, surah al-Falaq dan surah an-Naas.Kemudian kita hendaklah melihat jadual ‘langkah rijalulghaib’.Dipercayai rijalulghaib berada di tempat dan arah tertentu mengikutkalendar bulan sebagaimana kalendar Islam. Jadualnya tidaklah sayasalin. Selepas mengetahui kedudukan rijalulghaib, satu bacaan menterahendaklah diamalkan.
Menteranya berbunyi:
“XXXXXXXXXperbakeulu. XXXXXXXX sangkakeulu. Ada apa-apa si pertapa. Aku XXXXBetara Guru. Kupinta padamu, aku ambil akan saudaraku, aku ambil akansahabatku. Barang kusuruh segera jadi, barang kucita segera datang.”
Sengaja saya sembunyikan beberapa perkataan kerana khuatir ada pembaca yang nakal yang boleh jadi akan menyalahgunakannya. : )
Menteradi atas dibaca 1000 kali bersesuaian dengan 1000 butir batu sebesarkelingking yang dikumpulkan sebelum itu. Dibaca satu sekali menterauntuk sebiji batu, tiga kali sehari selama tiga hari. Maksudnya 3000mentera sehari, 9000 mentera dalam tiga hari.
Teringatsaya pada mereka yang terperangkap dalam kegiatan ‘tarik duit’. Solatberjemaah ke surau pun tidak, berzikir banyak pun tidak. Tiba-tibadengan senang hati pergi duduk berzikir berseorangan di tempat-tempatsunyi atas permintaan ‘naqib usrah’ mereka. Di tepi lombong, kakibukit, pinggir hutan dan lain-lain jadi lokasi berzikir KERANA DUIT,bukan kerana Allah. Apabila ditegur, mereka menjawab, “Alaah, ustazsekian-sekian ulama sekian-sekian pun buat jaga. Takkan salah!”Lantaklah! Tapi sampai hari ini sudah berbelas berpuluh ribu habis,yang dapatnya cuma beberapa puluh ringgit. Itu pun masih ada hatihendak buat lagi. Malangnya bangsaku.
Sambung semula. Amalan ‘3 hari’ itu hendaklah pula diulangi dengan satu lagi zikir yang berbunyi:
“Sidang FaXXX, Sidang PeXXXXX, Sidang ArXXXXX, Sidang UrXXX. Adam bapamu, Hawa ibumu.”
Jadilahkesemuanya enam hari. Dalam filem ‘Pendekar Bujang Lapok’,‘rijalulghaib’ silat dipanggil sebagai Mambang Kuning, Mambang Biru danlain-lain.
Upacaraseterusnya selepas tamat semua yang di atas tadi ialah ialah upacaramenyeru. Pasang sebatang lilin, tabur dengan bertih lalu diseru namakeempat-empat ‘mambang’. Sekalipun mereka bersetuju untuk datangberdamping tetapi kita tidak dapat melihat mereka. Kehadiran merekaboleh diketahui dengan melihat reaksi api lilin. Jika apinya hitam,yang datang ialah Sidang FaXXX, putih untuk Sidang PeXXXXX dan Hijauuntuk Sidang UrXXX. Petunjuk kehadiran Sidang ArXXXXX tidak puladisertakan.
Setelah mendapat petunjuk itu, batu-batu yang dibuat amalan itu hendaklah dibuang ke laut.
Perkarayang cuba saya bawa di sini ialah identiti ‘rijalulghaib’ yangdimaksudkan oleh ‘Warisan Perubatan Melayu’. Berdasarkan kalimah ‘Adambapamu, Hawa ibumu’, saya menyangkakan mereka ialah manusia. Mungkinwali Allah, roh-roh suci ataupun lain-lain. Namun dengan jelas disebutoleh pengarang asal kemudiannya:
“Inilahnama-nama JIN (4 Sidang tadi) yang dicita (yang kita ingini) dan yangdiamalkan akan jadi sahabat (pendamping kita) itu.”
Kesimpulannya, MENURUT TUAN KITAB ‘Warisan Perubatan Melayu’, ‘rijalulghaib’ yang dicarinya tidak lain ialah dari bangsa jin.
Wallahualam.
http://myalexanderwathern.blogspot.com/2009/07/rijalulghaib-menurut-warisan-perubatan.html |
|
|
|
|
|
|
|
Kadang-kadang manusiamisteri yang nampak menakutkan juga disebut hantu termasuklah makhlukasing.
heheh nampaknya hantu yg di panggil makhluk asing itu mungkin telah mempelajari ilmu sains yg salah kot
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
|
Tuan, nak tanye ni
1. adekah jin bole mempengaruhi mimpi seseorg?
2. adekah benar manusia mcm kita (selain nabi) bole brcakap dgn malaikat? |
|
|
|
|
|
|
|
Saya ingin kongsikan salah satu dialog saya denganjin. Dialog ini berlaku ketika saya cuba mengeluarkan jin itu daribadan seorang wanita. Di bawah ialah bicara kami (lebih kurang).
@ Kamu ag ...
pasarmalam Post at 20-10-2009 20:24
harap MOD pindahkan thread ni ke board paranormal. |
|
|
|
|
|
|
|
harap MOD pindahkan thread ni ke board paranormal.
tobby Post at 20-10-2009 22:18
kalau move nanti jadi isu pulak dengan bod paranormal. s
tapi kalau suggest tutup dan arah kan repost ke sana boleh dipertimbangkan.
tapi... tengok la keadaan, kot thread ni masuk ke page belakang kira buat don't know ajer ler. |
|
|
|
|
|
|
|
sblm di tutup cuba check blogspot ni utk pengetahun tentang menda2 ni...baru diberi oleh kawan saya semalam..sb anak sulung diganggu jin..tak sempat check lagi apa ke benda semua ni
http://darulsaka.blogspot.com/ |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa nak tutp thread ni?
Amat berinformatif ... tak menyesatkan pula macam cerita2 drama hantu kat TV kita. |
|
|
|
|
|
|
|
sebenarnya apa hukum dari segi islam.. kalau kita berkawan dgn jin? boleh ke? |
|
|
|
|
|
|
|
AMALAN KETIKA HENDAK TIDUR
Daripada Aishah ra, bahawa (apabila) Nabi saw baring di tempat tidurnya pada setiap malam, baginda merapatkan kedua-dua belah tapak tangannya, kemudian meniup kedua-duanya, dan membaca padanya: Qul HuAllahu Ahad dan Qul a'uzhibirabbil falaq dan Qul a'uzhubirabbinnaas, kemudian menyapu dengan kedua-duanya seluruh tubuh yang tercapai oleh kedua-duanya yang dimulakan dari kepala, muka, kemudian seluruh tubuhnya. Baginda berbuat demikian 3 kali."
(Bukhari & Muslim)
http://ikhtiarmuslim.blogspot.co ... a-hendak-tidur.html |
|
|
|
|
|
|
|
FADHILAT SURAH AL-BAQARAH
"Jangan jadikan rumah-rumah kamu seperti kuburan kerana sesungguhnya syaitan itu akan lari dari rumah yang dibacakan surah al-Baqarah."
(Muslim)
*Membaca keseluruhan surah al-Baqarah sangat berkesan untuk mengusir jin dari rumah
http://ikhtiarmuslim.blogspot.co ... 0Surah%20Al-Baqarah |
|
|
|
|
|
|
|
mohon perlindungan dari Allah, bukan dari menda2 ghaib yg tak punya kuasa..... :re: |
|
|
|
|
|
|
|
RIJALULGHAIB MENURUT 'WARISAN PERUBATAN MELAYU'
Beberapa tahun lalu saya ada membaca sebuah bukubertajuk ‘Warisan Perubatan Melayu’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustakayang diselenggarakan oleh A. ...
Menteranya berbunyi:
“XXXXXXXXXperbakeulu. XXXXXXXX sangkakeulu. Ada apa-apa si pertapa. Aku XXXXBetara Guru. Kupinta padamu, aku ambil akan saudaraku, aku ambil akansahabatku. Barang kusuruh segera jadi, barang kucita segera datang.”
pasarmalam Post at 20-10-2009 20:30
minta tolong atau berkawan dengan jin dan membaca mentera merapu merabang adalah haram hukumnya .
Ayat kursi pun dah cukup untuk mengelak gangguan jin . |
|
|
|
|
|
|
|
minta tolong atau berkawan dengan jin dan membaca mentera merapu merabang adalah haram hukumnya .
Ayat kursi pun dah cukup untuk mengelak gangguan jin .
blastoff Post at 25-10-2009 22:44
Ayat kursi tu pun kalau hanya digantung saja pun takdak guna juga melainkan dibaca dan dihayati pengertiannya dalam-dalam. |
|
|
|
|
|
|
| |
|