CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5188|Reply: 41

Usahawan melayu

[Copy link]
Post time 27-10-2009 09:30 AM | Show all posts |Read mode
WANITA DITUDUH MENJUAL TIDAK CUKUP PROTEIN – berita hairan

DUNGUN: Seorang pembungkus belacan dijatuhkan hukuman denda RM600 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam selepas mengaku bersalah menjual belacan yang tidak cukup kandungan protein seperti yang tertera pada label produk itu, April lalu.

Rahani Ali, 56, dari Kampung Kuala Setiu Fikri, Bandar Permaisuri yang membungkus belacan menggunakan label Belacan Cap Udang dituduh menjual tiga bungkus belacan di premis perniagaan Kedai Runcit Aminah Mamat beralamat 780, Jalan UiTM, Kampung Sura Hujung, di sini, jam 11.25 pagi pada 7 April lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 13B (2) (e) Akta Makanan 1983, yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa, Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Pejabat Kesihatan Dungun, Mohd Yusoff Othman manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas rayuan meringankan hukuman, Majistret Mohd Yusoff Yunus menjatuhkan hukuman denda ke atas Rohani RM600. Denda dibayar oleh suaminya Dzurudin Abdullah, 62.

Mengikut fakta kes yang dikemukakan di mahkamah, pada jam 11.25 pagi pada 7 April lalu, Pegawai Pejabat Kesihatan Daerah Dungun, Rani Mohd Yatim melalui Badrulhisham Abidin, 31, membeli tiga bungkus belacan berharga RM2.50 setiap satu.

Pegawai berkenaan kemudian menghantar sampel belacan itu ke Jabatan Kimia di Jalan Cherong Lanjut, Kuala Terengganu untuk dianalisis dan mendapati belacan berkenaan hanya mengandungi 23.75 peratus sumber protein, sekali gus melanggar Peraturan-Peraturan Makanan 1985 yang mensyaratkan belacan perlu mengandungi tidak kurang 25 peratus protein.

Rahani ketika ditemui di luar mahkamah berkata, belacan itu dibekalkan seorang pemborong yang berniaga di Pasar Besar Kedai Payang di Kuala Terengganu, yang menghantar bekalan belacan ke rumahnya di Kampung Gong Batu, Setiu untuk dibungkus, sebelum diambil semula pemborong itu untuk diedar dan dijual ke seluruh negeri ini.

"Saya sudah hampir lima tahun menjalankan perniagaan ini dan kebiasaannya membeli kira-kira 20 guni belacan seberat 50 kilogram setiap satu. Kemudian saya membungkusnya untuk dijual dengan harga RM2.50. Saya tidak pernah tahu pula mengenai kandungan protein belacan ini dan tidak tahu menjadi satu kesalahan jika protein kurang, " katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 09:44 AM | Show all posts
Ish2..strict sgt plak tetiba..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:03 AM | Show all posts
nak berniaga kena berilmu...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:06 AM | Show all posts
kesian mak cik tuh.... pembekal dia tak dikenakan tindakan juga ke... jgn lar denda makcik tu saje sbb sah-sah pembekal tu yg proses kan belacan...sepatutnya dia pun di track down and dihukum..
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 10:57 AM | Show all posts
alhamdulillah...banyak info yang aku dapat dari bod ni...

air mineral...kena menjalani ujian nuklear...

belacan...kena mencukupi kandungan protein...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:13 AM | Show all posts
tragic betul...
salah makcik tu yang dah berniaga 5 tahun ke..
atau salah pegawai kesihatan tu yang tunggu 5 tahun baru nak pi check belacan makcik tu?
dalam tempoh 5 tahun tu dah berapa ribu orang kekurangan protein?
masalah penguatkuasa di malaysia ni ?
sikit2 nak saman...
tu tak kira geng bandaran nak kompaun kalau tak lekat lesen berniaga padahal lesen bayar tiap2 tahun..
sampai bila orang melayu nak selesa berniaga di Semenanjung Tanah Melayu..:@
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-10-2009 11:28 AM | Show all posts
sampai bila orang melayu nak selesa berniaga di Semenanjung Tanah Melayu..:@
YNdaliz Post at 27-10-2009 11:13

aku tengok...sinar selesa je berniaga...hehehe...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:39 AM | Show all posts
aku tengok...sinar selesa je berniaga...hehehe...
zaidi_MZZ Post at 27-10-2009 11:28

sinar berniaga apa?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2009 12:24 PM | Show all posts
sinar jugak yg di war warkan....


huhuhu

sinar tak jual barangan protein... dan nuclear
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:26 PM | Show all posts
sinar jugak yg di war warkan....


huhuhu

sinar tak jual barangan protein... dan nuclear
sinar_inspirasi Post at 27-10-2009 12:24

orang kata, kalau nama selalu disebut2, panjang umur...hahaha...

kalau nak tahu sinar jual apa, kena pegi plaza GM...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:56 PM | Show all posts
alhamdulillah... semoga dimurah rezeki dan dipanjang umur serta dapat beribadat dengan sebaik mungkin
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 04:45 PM | Show all posts
btw ...pada mana2 usahwan yang nak software akaunting pada harga murah ..leh la cari aku ye ..aku boleh setupkan utk ko org ..nak ERP ? CRM ? AKAUNTING ?

semua aku leh setupkan dgn bayaran yang mampu ko org bayar ...harga ikut perbincangan ...sebab takut nanti bila letak harga ada yg tak mampu , kesian laks kan ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 05:34 PM | Show all posts
12# anakpanah

aku nak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-10-2009 08:29 PM | Show all posts
Berniaga kena ada ilmu...undang2 perniagaan ada...kena blajar sket2...
Yang susah...., bila kena masuk court dah ketar....biarpun xbersalah..
makcik tuh kena mengaku 'tidak bersalah' bukan mengaku 'bersalah'....senang2 jer supplier terlepas....
kesian makcik tuh..xder orang yang nk membantu....terpaksa sorang2 masuk mahkamah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 12:12 AM | Show all posts
13# sinar_inspirasi

ok ..set time jumpa utk bincang ...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 01:59 AM | Show all posts
heheheh..biasalah org kampung selalu di perkotak katikkan..erm patutnya pembekal tu diheret sekali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-10-2009 09:24 AM | Show all posts
sinar ko minat nak guna software ERP ke akaunting
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:16 AM | Show all posts
17# anakpanah

kita jumpa dulu.. dan terangkan mcmana..
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:34 AM | Show all posts
anakpanah
range rege drp berapa ke berapa, PM please
aku nak yg simple tapi berkesan...
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:36 AM | Show all posts
19# tehbunga

tak kisah , tapi jgn la RM 10 je ...duit minyak pun tak lepas ;)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:41 PM GMT+8 , Processed in 0.074606 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list