CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6116|Reply: 6

Chitosan Miracle Water - Untuk Tanaman dan Ternakan

[Copy link]
Post time 29-10-2009 11:42 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by perrrghhhh at 29-10-2009 23:43

Apakah Chitosan

Chitosan adalah sejenis bahan biopolimer semulajadi dan boleh ditemui dalam kulit haiwan seperti udang dan ketam. Ia adalah bahan semulajadi yang luar biasa serta unik dan mampu terurai sendiri.
Chitosan adalah selamat digunakan oleh manusia dan tidak mendatangkan kerosakan kepada alam sekitar, di samping tidak menyebabkan sebarang alahan, tidak mudah terbakar dan tidak toksik. Chitosan dapat meningkatkan jumlah organisma bermanfaat yang terkandung di dalam tanah seperti cacing, bacteria dan sebagainya.



Chitosan Miracle Water

Chitosan Miracle Water bukan baja, bukan hormon dan bukan vitamin, bukan ubat dan bukan juga bahan kimia. Ia diekstrak daripada 100% kulit udang dan dan adalah sejenis biopolimer, oleh itu, ia selamat untuk digunakan tanpa meninggalkan kesan sampingan, seperti hasil kajian yang dilaporkan oleh Seksyen Penyelidikan Planetarium, Universiti Kasetsat, Kampangsan, Thailand.

Untuk tanaman, Chitosan berfungsi sebagai perangsang untuk tumbuhan menyerap nutrien dan baja dengan semula jadi dan sempurna serta meningkatkan daya tahan atau imun tanaman itu sendiri. Kesan Chitosan pada tanaman boleh dilihat selepas penggunaan kali kedua (atau 10 hari) sahaja. Pada peringkat permulaan, daun tanaman akan menjadi hijau terang, segar dan putik atau bunga akan mula bercambah dengan banyak.

Bagi ternakan (darat dan air) Chitosan berfungsi untuk membantu sistem penghadaman dan memudahkan proses penguraian dan pencernaan yang lebih sempurna sekaligus  merangsang tumbesaran yang lebih cepat secara sihat. Kesan Chitosan pada haiwan ternakan boleh dilihat selepas penggunaan kali ke empat (atau 20 hari) sahaja. Sistem pencernaan ternakan akan mengurai dan mencerna makanan dengan lebih baik. Haiwan ternakan akan menerima manfaat sepenuhnya terhadap makanan yang dimakannya. Ini menjadikan ternakan akan lebih sihat, mempunyai daya tahan yang kuat dan tahap kesuburan yang tinggi.


Manfaat Chitosan terhadap tanaman

1. Mengurangkan kos penghasilan secara ketara disebabkan pengurangan penggunaan baja dan racun serangga ke atas tanaman (terdapat kes di mana para petani menghentikan penggunaan baja dan racun serangga kerana keadaan tanah yang bertambah baik dan wujudnya imuniti semulajadi dalam tanaman)
2. Meningkatkan jumlah hasil tanaman disebabkan oleh nutrient yang seimbang dan baik untuk pokok yang membolehkan pokok menghasilkan imuniti sendiri.
3. Meningkatkan kualiti produk, iaitu penambahan nilai kepada hasil tanaman dan menghsilkan tanaman yang memenuhi spesifikasi serta piawaian yang ditetapkan dalam pasaran.
4. Menghapuskan penggunaan bahan kimia dalam tumbuhan secara berperingkat.


Manfaat Chitosan terhadap ternakan (darat dan air)

1. Meningkatkan selera makan dan membantu haiwan untuk makan dengan lebih baik serta meningkatkan pertumbuhan
2. Memperbaiki system penghadaman haiwan dengan meningkatkan bakteria yang berguna untuk membantu proses penghadaman dengan lebih berkesan
3. Mengurangkan penyakit berkaitan penghadaman dan kematian yang disebabkan oleh jangkitan bakteria  berbahaya
4. Boleh digunakan untuk SEMUA jenis haiwan ternakan seperti lembu, kambing, udang, ayam, itik dan ikan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2009 11:45 PM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 29-10-2009 23:49

Mod ctredzuan and Mod elle_gogo

Saya nak perkenalkan Chitosan ini di Market malaysia .. correct me if I'm wrong

Kalau Mod izinkan ..saya nak berkongsi data mengenai testimonial, video clips yang telah di translate dan few more input.

Thanks Mod!.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 10:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 30-10-2009 10:55

Berikut merupakan testimonial ringkas pengguna Chitosan dalam bidang penternakan (darat & air).


1. TERNAKAN AYAM DAGING



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Selsema
2. Cirit birit
3. Berat yang kurang dan tidak mencapai berat yang dikehendaki pemborong/pasaran

1. Semua masalah berkurang dengan ketara
2. Ayam lebih ceria dan cergas
3. Berat ayam bertambah dengan lebih cepat

Tempoh (matang)

44 hari
40 hari
Hasil
(berat)
2.1 kg
2.3 kg




2. TERNAKAN KAMBING




Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Kembung Perut
2. Selsema
3. Demam

1. Selsema dan demam berkurangan
2. Kambing tidak lagi kembung perut dan selsema
** Kambing yang sihat dapat dilihat pada kulitnya yang cantik bersinar dan berkilat






3. TERNAKAN LEMBU




Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Sisa sisa makanan pejal yang tidak di hadam dengan sempurna
2. Lembu makan banyak tetapi masih kurus dan susu yang dihasilkan sikit

1. Najis Lembu Tenusu lumat, halus, sebati, berkilat dan terurai sepenuhnya
2. Pengeluaran susu juga meningkat
3. Tidak ada lagi masalah puting susu membengkak
4. Kadar kelahiran lembu juga meningkat
5. Anak yang baru lahir cepat sihat dan kurang penyakit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 10:41 AM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 30-10-2009 10:55

Testimonial dibawah pula bagi pengguna Chitosan di bidang pertanian .




1. TANAMAN DRAGON FRUIT




Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Dragon Fruit yang dihasilkan sedikit dan kecil

2. Dragon Fruit juga tidak menarik dan pudar

3. Dragon Fruit amat mudah pecah

4. Pendapatan yang diperolehi juga sedikit dan tidak berbaloi dengan modal dan kos

1. Dragon Fruit yang dihasilkan besar

2. Warna Dragon Fruit yang menarik dan terang

3. Dragon Fruit lasak dan tidak mudah pecah

4. Dragon Fruit yang terhasil bertambah

Saiz Ladang
2 ekar

Hasil
1 tan
1.3 tan




2. TANAMAN DURIAN



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Harga durian rendah atau murah

2. Tanaman durian yang tidak menjadi

3. Proses kacuk (kahwin) durian juga kompleks dan peratusan yang berjaya kurang

1. Durian cepat masak serta berkualiti

2. Peratusan Durian yang berbuah meningkat

3. Peratusan yang tidak menjadi (berbuah) kurang

Tempoh (Durian masak dan gugur)
80 - 100 hari
50 hari
Saiz Ladang
40 ekar

Lain lain (Peratus buah rosak)
200 kg
100 kg






3. TANAMAN LADA HITAM



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Tidak subur dan hampir mati

1. Pokok Lada Hitam tumbuh subur

2. Buah Lada Hitam besar, padat 3. Pucuknya sentiasa mengeluarkan bunga

4. Tangkai lada hitam menjadi lebih panjang dan kuat tanpa menggunakan Hormon Gibberellin

Saiz Ladang
40 ekar

Lain lain (Penggunaan Hormon Gibberellin, untuk menghasilkan hasil yang besar)
Ya
Tidak lagi







4. TANAMAN JAMBU



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Penggunaan pelbagai ubat, hormon dan baja untuk tanaman Jambu

2. Bunga yang kerap gugur dan tidak menjadi

3. Ulat yang merosakan Buah Jambu

4. Penggunaan racun yang banyak untuk mengawal serangan perosak

5. Kulat berlaku pada daun daun Jambu

1. Peratus buah yang rosak amat kecil

2. Selepas 2 minggu, kesan dapat dilihat pada daun daun

3. Daun daun baru yang sihat dan segar mula tumbuh dengan banyak

4. Daun juga tebal, luas dan hijau

5. Buah Jambu juga berbuah dengan banyak

6. Buah Jambu juga menjadi dan boleh dijual hampir setiap bulan

Tempoh (matang/masak)
110 hari pada musim hujan
120 hari pada musim sejuk
90 hari sahaja





5. TANAMAN KACANG PANJANG



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Kacang Panjang yang tidak banyak berbuah

1. Kacang Panjang banyak berbuah

Saiz Ladang
2 ekar

Hasil
100 kg sehari
300 kg sehari



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-10-2009 10:42 AM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 30-10-2009 10:56

6. TANAMAN SAWI



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Musim panas yang kering kontang

2. Sawi yang kering serta kecut

1. Musim panas bukan lagi masalah

2. Sawi tumbuh subur serta segar

Saiz Ladang
2 ekar

Hasil
1.6 tan
5 tan






7. TANAMAN MATA KUCING



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Kurang air (keadaan berbukit dan panas)

2. Masalah serangan serangga perosak

3. Masalah kulat

4. Hasil yang diperolehi, maksimumnya cuma 30%

5. Saiz yang terhasil cuma A dan B

1. Tumbuh subur walaupun keadaan geografi yang berbukit dan panas

2. Masalah serangan serangga dan kulat berkurangan

3.
Kulit Buah Mata Kucing yang terhasil cantik, berkilat dan berkualiti

4. Buah yang terhasil juga padat, besar, biji kecil

5. Saiz yang terhasil ialah AA

**Saiz AA ini adalah Mata Kucing gred yang baik dan mahal di pasaran

6. Penggunaan baja dan racun berkurang (menjimatkan kos)

Hasil
Satu pokok hanya boleh menghasilkan 100 kg buah

Satu pokok berupaya menghasilkan 400 kg buah

Lain Lain (Kos racun)
RM3700 semusim
RM2300 dalam satu musim






8. TANAMAN LIMAU NIPIS



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
1. Serangan serangga

2. Serangan kulat

3. Buah yang sederhana besar

1. Serangan kulat dan serangga berkurang dengan ketara

2. Daun semakin gelap dan segar

3. Pokok nampak lebih sihat

4. Buah Limau juga besar, berisi dan padat

5. Limau turut membesar sehingga gred Super Jumbo

**Super Jumbo adalah Limau Nipis yang terbesar, baik dan mahal dipasaran

6. Buah tumbuh subur di setiap tangkai pokok Limau







9. TANAMAN ORKID




Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
Tiada diambil data
1. Orkid membesar sihat, berisi dan segar serta kekal lama (jangka hayat yang lebih panjang dan sesuai di eksport)

2. Batang juga kukuh dan banyak ranting bercambah

3. Banyak bunga yang dihasilkan

4. Bunga yang dihasilkan juga terang, cerah dan menarik

Saiz Ladang
55 ekar







10. TANAMAN PADI



Sebelum menggunakan Chitosan

Selepas menggunakan Chitosan

Masalah/Keadaan
Tiada diambil data
1. Kos pengeluaran berkurang

(penggunaan baja berkurang)

2. Penggunaan racun serangga yang amat sedikit

3. Serangan serangga juga berkurang

4. Saiz Padi juga lebih besar dari sebelum ini

5. Semaian Padi yang tumbuh subur sekata juga meningkat dan hampir penuh di dalam satu petak sawah

Hasil
8 guni
20 guni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-11-2009 05:38 PM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 4-11-2009 17:40

Testimonial - Penanam Jambu dan Penternak Khinzir

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-11-2009 05:41 PM | Show all posts
Post Last Edit by perrrghhhh at 4-11-2009 17:42

Testimonial - Penternak Kambing

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.623557 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list