Post Last Edit by azlanhussain at 16-11-2009 00:35
Assalamualaikum dan salam sejahtera..
Saya Azlan, dan saya rasa ini ialah thread pertama saya setelah sekian lama menyepi. Mungkin saya masih dianggap baru disini, tetapi saya rasa tak salah sekiranya saya nak kongsikan pengalaman saya untuk tatapan pembaca semua. Walaupun saya tidak aktif mengepost di CARI, tetapi saya selalu hadir untuk membaca kandungan yang di tawarkan disini.
Setelah sekian lama, saya fikir sudah sampai masanya untuk saya membuka thread untuk berkongsi ilmu dan pengalaman saya dalam mendapat berpuluh ribu ringgit dengan menjual software di Internet. Sebagai pembuka kata, sila layari video ini:
Semuanya akan saya berikan dalam bentuk video dan akan saya postkan dari masa ke semasa secara berperingkat. Sebarang pertanyaan, pandangan, nasihat, dsbnya bolehlah anda postkan untuk sama-sama kita memberi manafaat untuk semua.
Berikut adalah senarai video mengikut susunan yang akan diupdate dari masa ke semasa:
Akhir kata, semoga thread ini dapat memberi suntikan semangat kepada semua untuk terus bergiat dan berusaha dalam menjana pendapatan di Internet.
Selamat berforum.
Wasalam..
Untuk memeriahkan lagi thread ini, saya akan memberikan hadiah kepada pembaca setia, setiap 12 malam, 15hb dan hari terakhir setiap bulan (28hb/30hb/31hb). Pemilihan akan berdasarkan kepada forum member yang membuat post paling BANYAK sebelum masa & tarikh dimana pemilihan dibuat. Tawaran ini sah mulai sekarang sehinggalah ke satu waktu yang akan diberitahu kelak.* Pemberian hadiah bagi post terbanyak seperti syarat terdahulu di atas telah dihentikan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak
salam encik..erm boleh saya tahu encik jual software berkenaan apa??
saya amat berminat pasal software2 nih tp x tahu cara nak buat income guna software2 nih sbb saya nampak suma boleh main pakai install jer..hehehe..
tenkiu jika sudi ajar saya..
wsalam.. boleh apa salahnya. Well saya bina banyak software dari industrial base, telecommunication, mobile, network management, project management dan paling terkini internet marketing (IM). Banyak software tersebut lebih berupa personalize solution yang saya bina untuk corporate client atau business saya sendiri, kecuali software untuk Internet marketing yang sememangnya saya bina untuk mass market. Antara software yang saya bina ialah, TrafficPsyche, RefererX, SeductiveX dan pelbagai lagi software yang tidak mempunyai nama yang asalnya dibina untuk client tertentu sahaja.
Apapun antara banyak-banyak software yang saya bina untuk IM, 2 software yang paling tinggi permintaannya di mass market ialah RefererX (refererx.com) dan SeductiveX (seductivex.com).
Sekiranya anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan jualan software, saya amat mengalu-alukannya. Sebagai titik mula untuk anda berkenalan dengan dunia pemasaran software ini, saya cadangkan anda cuba dulu dengan menyertai affiliate program dimana anda boleh turut serta untuk menjual software tersebut dan dapatkan pulangan lumayan melalui komisen. InshaAllah slowly anda akan mahir dan fahm selok belok business ini. Sekiranya anda berniat untuk menjual product anda sendiri, tidaklah sukar. Malah jika anda tidak mempunyai skil programming anda masih boleh berbuat demekian dengan membinanya melalui ramai freelancer yang berkebolehan di Internet.
baca pon x paham pasal software2 ni......cmne nak join?
220796 Post at 1-11-2009 12:28
Tak pe, thread ni bukannya untuk suruh u join mana-mana. Tapi sekadar berkongsi ilmu, pengetahuan serta pengalaman saya dalam perniagaan di Internet, khususnya dalam menjual software yang saya buat sendiri, sehingga mampu menghasilkan berpuluh ribu ringgit setiap tahun.
Untuk itu anda hanya perlu lihat semua video yang telah dan akan saya berikan lagi nanti. Kalau ada sebarang pertanyaan boleh ajukan dan saya akan cuba bantu untuk menerangkannya lagi.
mesej lambat sampai...kena ubah cara penyampaian tu...
pandangan peribadi aku...aku suka cepat dan tepat...
harap tuan tanah dapat perbaiki dengan segera...
zaidi_MZZ Post at 2-11-2009 00:05
Terima kasih diatas pandangan anda.. hmmm nanti saya cuba fikirkan cara lain. Malangnya saya tak de pula melalui masaalah yang sama. Maybe sebab line 1MB streamyx. Apapun memang saya akui kalau video tak smooth memang akan menganggu penghayatan. So cuba you download video tersebut ke PC, inshaAllah lebih elok. Saya cadangkan guna software FREE "Any Video Converter" disini.
Apapun saya rasakan persembahan melalui video akan lebih menarik, berbanding bacaan atau audio sahaja. So saya akan cuba "keep it that way". Berkenaan suara tu.. ada sikit kureng di video 1, sebab baru belajar guna Windows Movie Maker + AudaCity, but rasanya qualitinya semakin meningkat dalam video 2 & 3. Nanti video 4 & 5 saya kasi lebih uummph..
Sekali lagi terima kasih di atas sokongan anda semua..
aku tgk video 1 dah ngantuk..tgk video 2-3 pasal psychology ok sikit...ada semangat dan otak aku mula berfikir kembali..yela cara penyampaian tu kureng sikit..tone suara flat dan slow..sbb dah biasa tgk pakar2 motivasi cite kat tv/radio tu agaknye..
heheh sori just bagi pendapat..tapi menarik jugak jual software ni..tahniah
aku tgk video 1 dah ngantuk..tgk video 2-3 pasal psychology ok sikit...ada semangat dan otak aku mula berfikir kembali..yela cara penyampaian tu kureng sikit..tone suara flat dan slow..sbb dah biasa t ...
zahrin.yahya Post at 2-11-2009 10:57
OK2 nanti cuba kasi umpphhh suara sikit kat video akan dtg.. inshaAllah hari ni saya up satu lagi
bro kalu nak buat satu software bayaran macamana???
pull_over Post at 2-11-2009 15:35
Apa maksud anda? Nak say buat software untuk anda atau you nak buat software tapi tak tahu macam mana nak orang buat bayaran?
Kalau nak saya buatkan, selalunya saya lihat dari sudut berapa lama ia akan memakan masa saya. Sometime, sesetengah software tu boleh siap sehari je, tapi disebabkan jadual yang ketat, ia boleh makan sampai sebulan. So kalau ikutkan masa biasa saya charge ikut profesional corporate rate USD$250 per day. Sometime ada juga yang nak budget murah, so kalau macam tu saya biasanya akan beri 2 offer: 1) Saya recomend pada orang lain utk buat. Biasa dari India, sebab rate depa murah. 2) Kalau software tu saya nampak ada commercial value, boleh pergi jauh, so saya offer untuk JV. Maknanya you baya sikit commitment fee dan yang lainnya saya anggap sebagai investment dalam project JV kita tu. Then saya akan setup sales page, payment gateway dsbnya, you pula maintain dan handle 1st level support, dan some content related stuff. Untung biasa kongsi 50/50.
Tapi kalau u tanya macam mana nak orang buat bayaran untuk software yang u nak jual tu, so tu ada banyak cara. Paling mudah MBB for local, PayPal & AlertPay for International countries with supported CC, or western union for others.