CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2394|Reply: 6

puase: Khamis & Jumaat @ Jumaat & Sabtu

[Copy link]
Post time 1-11-2009 08:12 PM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum semue..

Saye ade sedikit kemusykilan..
Pade hari Jumaat saye telah melakukan puase ganti..
Kemudian ade orang kate kalau kite berpuase pade hari Jumaat mesti diikuti dengan hari Sabtu..
Ataupun kalau kita taknak puase pd hari sabtu..sepatutnye kite berpuase pade hari Khamis..
Tp saye x dpt berpuase pade hari Sabtu kerana majis makan2...

Betulke jika kite puase hr Jumaat kene dikembarkan dengan hari Khamis atau Sabtu
Harap2 ade forumer yg bole jelaskan pade sy yg x berape tahu ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-11-2009 08:56 PM | Show all posts
pernah jg dengar cam 2..tp rasanya baik tanya pakar......... khamis n Jumaat or jumaat n sabtu.....
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 07:17 AM | Show all posts
Post Last Edit by mnm77 at 2-11-2009 07:22
Saye ade sedikit kemusykilan..
Pade hari Jumaat saye telah melakukan puase ganti..
Kemudian ade orang kate kalau kite berpuase pade hari Jumaat mesti diikuti dengan hari Sabtu..
Ataupun kalau kita taknak puase pd hari sabtu..sepatutnye kite berpuase pade hari Khamis..
Tp saye x dpt berpuase pade hari Sabtu kerana majis makan2...

Betulke jika kite puase hr Jumaat kene dikembarkan dengan hari Khamis atau Sabtu
Harap2 ade forumer yg bole jelaskan pade sy yg x berape tahu ni...
morning_glory Post at 1-11-2009 20:12


Salam...

Ulama menjelaskan, puasa hari Jumaat sahaja (tanpa kembar dengan hari Khamis atau Sabtu) adalah makruh. Tegahan ini bukannya bermaksud haram, tetapi tegahan yang tidak disukai. Ini berdasarkan riwayat berikut:

1. Hadith Jabir bin Abdullah r.a:
حدثنا ‏ ‏عمرو الناقد ‏ ‏حدثنا ‏ ‏سفيان بن عيينة ‏ ‏عن ‏ ‏عبد الحميد بن جبير ‏ ‏عن ‏ ‏محمد بن عباد بن جعفر ‏
‏سألت ‏ ‏جابر بن عبد الله ‏ ‏رضي الله عنهما ‏ ‏وهو يطوف ‏ ‏بالبيت ‏ ‏أنهى رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏عن صيام يوم الجمعة فقال نعم ورب هذا ‏ ‏البيت
Diriwayatkan daripada Muhammad bin Abbad r.a katanya: Aku pernah bertanya kepada Jabir bin Abdullah r.a ketika beliau sedang melakukan tawaf di Baitullah: Adakah Rasulullah s.a.w melarang dari berpuasa pada hari Jumaat sahaja? Beliau menjawab: Ya, demi Tuhan Baitullah ini
(Sahih Muslim)

2. Hadith Abu Hurairah r.a:
و حدثنا ‏ ‏أبو بكر بن أبي شيبة ‏ ‏حدثنا ‏ ‏حفص ‏ ‏وأبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏ح ‏ ‏حدثنا ‏ ‏يحيى بن يحيى ‏ ‏واللفظ له ‏ ‏أخبرنا ‏ ‏أبو معاوية ‏ ‏عن ‏ ‏الأعمش ‏ ‏عن ‏ ‏أبي صالح ‏ ‏عن ‏ ‏أبي هريرة ‏ ‏رضي الله عنه ‏ ‏قال ‏
‏قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏لا يصم أحدكم يوم الجمعة إلا أن يصوم قبله أو يصوم بعده ‏
Rasulullah s.a.w telah bersabda: Janganlah seseorang di antara kamu berpuasa jika hanya pada hari Jumaat sahaja melainkan dia berpuasa sehari sebelum atau selepasnya.
(Sahih Muslim)

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 08:37 AM | Show all posts
kena berpuasa sebelum atau selepas hari jumaat utk membezakan puasa kita dengan puasa agama lain. E.g :  agama hindu kerana mereka berpuasa pada hari jumaat dengan meminum susu shj.

Wallahu a'lam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2009 02:37 PM | Show all posts
terime kasih kepada yang sudi berkongsi ilmu...
jadinye lepas ni memang kene elakkan la puase Jumaat sahaja...
barula faham...
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2009 05:20 PM | Show all posts
saya pernah tanya soalan yang sama,

jawapan yg saya dapat, orang yahudi puasa hari jumaat sahaja, so kalau kita puasa hari jumaat, umpama menyerupai orang yahudi...

wallahualam.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2009 12:34 PM | Show all posts
ye....kita digalakkan berpuasa berkembar jika mahu berpuasa pada hari jumaat...contohnya, berpuasa pada hari khamisdan jumaat atau jumaat dan sabtu untuk menggambarkan keagungan dan kemuliaan Islam berbanding dengan agama-agama lain.

semoga kita dapat manfaat dari perkongsiaan ilmu ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:21 PM GMT+8 , Processed in 0.094265 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list