View: 3132|Reply: 2
|
PAKISTAN: 34 maut dlm serangan bom berani mati depan Bank!!
[Copy link]
|
|
35 maut serangan bom di Pakistan
| ANGGOTA polis Pakistan memeriksa kawasan serangan bom berani mati di Rawalpindi, semalam yang mengorbankan sekurang-kurangnya 35 orang. Gambar kanan menunjukkan mayat seorang daripada mangsa diusung keluar. - AFP/ AP
|
RAWALPINDI 2 Nov. - Sekurang-kurangnya 35 orang terbunuh dan lebih 20 lagi cedera apabila seorang pengebom berani mati bermotosikal menyerang sekumpulan pekerja yang berbaris untuk mendapatkan gaji mereka di luar sebuah bank di Pakistan hari ini.
Situasi keselamatan yang semakin genting mendorong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membawa keluar kakitangan antarabangsanya dari bahagian barat laut negara ini.
Kekuatan letupan di luar bank dekat Hotel Shalimar di bandar garison ini, hanya beberapa kilometer dari Islamabad, menyebabkan anggota badan mangsa bertaburan di kawasan tersebut.
"Kami berada di tingkat dua pejabat kami apabila berlaku satu letupan kuat.
"Bangunan bergegar seperti dalam gempa bumi dan apabila kami keluar, asap memenuhi kawasan itu dan anggota badan manusia turut tercampak ke dalam pejabat kami," kata pengurus pemasaran sebuah syarikat tempatan, Raja Sher Ali.
Seorang pegawai polis berkata, pengebom berani mati itu menunggang motosikalnya ke arah barisan pekerja yang menunggu giliran untuk mendapatkan gaji di sebuah bank, sebelum meletupkan diri.
Serangan itu berlaku di Mall Road, berhampiran hotel mewah Pearl Continental, tidak jauh dari markas tentera Pakistan di mana 10 lelaki bersenjata menahan tebusan selama hampir 24 jam bulan lepas.
Berikutan situasi keselamatan yang semakin merosot di negara ini, PBB hari ini mengumumkan ia mengundurkan kakitangan antarabangsanya dari wilayah barat laut Pakistan, hanya beberapa hari selepas sekurang-kurangnya 118 orang maut dalam satu letupan bom kereta di ibu kota wilayah, Peshawar.
"Mereka akan dipindahkan segera," kata jurucakap PBB, Ishrat Rizvi yang tidak dapat menyebut bilangan kakitangan yang terlibat dalam pemindahan itu.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon mengumumkan badan dunia itu telah meningkatkan tahap keselamatan kepada 'fasa empat' di Wilayah North West Frontier dan Kawasan Kabilah Tadbiran Persekutuan.
"Keputusan itu diambil setelah mengambil kira situasi keselamatan yang semakin meruncing di wilayah berkenaan," menurut satu kenyataan PBB.Agensi PBB, Program Makanan Sedunia (WFP) bulan lepas menutup pusat-pusat pengagihan yang membantu lebih dua juta penduduk di wilayah barat laut disebabkan ancaman keselamatan. - AFP
aku tengok kat tv nampak serpihan daging sumer....mmg kejam dan ganas betul, mate!!! |
|
|
|
|
|
|
|
teruknya negara dorang...
sedih je kan...
minta2 la malaysia x jadi cam tu...
x tau la pe nak jadi...   |
|
|
|
|
|
|
|
bodoh.bom diri kat bank buat apa |
|
|
|
|
|
|
| |
|