CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28884|Reply: 169

HOTEL MANIA - [TV3 Mulai 2 Mac 2010, Selasa, 9 mlm]

[Copy link]
Post time 3-11-2009 11:58 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by lucero at 15-2-2010 13:29

HOTEL MANIA, mulai 2 Mac 2010, setiap Selasa, 9 mlm

early synopsis:
The firstdrama series which feature both singing and energetic dancing. With elements of friendship, love and sacrifice, this will definitely be an anticipated drama of the year.

A production of KRU Production
with Marsha AF, Anding AF, Adam AF, Bob AF, Dafi, Zain RUffedge, Wangi (Fabulous Cats)

*the casts could be changed at the eleventh hour. they were just shooting the promo for Screenings 2010. no projected airdate yet.

update:
Title changes: Kolej Mania (Oct 2009) - Hotel Muzikal (December 2009) - Hotel Mania (February 2010).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2009 01:13 PM | Show all posts
ni musti dpt list dr media prima screening hari tu nih
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2009 03:35 PM | Show all posts
citer kolej blajar performing arts lagi kerrbosannyerr...
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 06:38 AM | Show all posts
marsha???
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 11:47 AM | Show all posts
stereotype sgt jalan cite.. boring
Reply

Use magic Report

Post time 4-11-2009 02:29 PM | Show all posts
klise..lbh kurang cam drama kau aku jer..pelakon pun budak af jugak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-11-2009 07:54 AM | Show all posts
klise..lbh kurang cam drama kau aku jer..pelakon pun budak af jugak
arisa_imamura Post at 4-11-2009 02:29 PM

yaaa...mesti ala2 cam tuh
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2009 10:28 PM | Show all posts
tlg la jgn drama ni cam kau & aku..
sbb kau & aku tuh cam semua tak pandai blakon sgt.. (no offense)
hehe.. hope KRU buat dgn jayanya...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2009 11:43 PM | Show all posts
boleh tak buat drama yg jgn asyik pasal budak2 art jerk..
IPT2 mesia nih bukan sumer budak amk ARTS..

cuberlah kembang2kan skit.. pasal budak engineering ker, medik ker, IT ker, Nursing ke, bussiness ker.. buhsan aku ngan drama2 yg menunjukkan kaitan kehidupan org2 di belakang tabir industry hiburan/lakonan nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2009 10:02 PM | Show all posts
hahaha.. btoi.... spm lulus dpt 20 A pon pastu blaja art sajee... hahhahaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2009 06:42 PM | Show all posts
hahaha.. btoi.... spm lulus dpt 20 A pon pastu blaja art sajee... hahhahaa.....
aiware Post at 8-11-2009 10:02 PM

tu lagik ajaib... pandai kan main laik result kekunun..
last2? masuk U swasta gak... kos? huh!! x yah kelulusan 20A pun leh jerk amik kos tuh..
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2009 04:11 PM | Show all posts
tak pernah lagik tgk citer2 melayu yg menunjukkan pasal bidang kehakiman... tak taulah kalau ada dulu, or just aku yg tak perasan... citer HK dah banyak wat pasal bidang kehakiman...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:36 AM | Show all posts
boleh tak buat drama yg jgn asyik pasal budak2 art jerk..
IPT2 mesia nih bukan sumer budak amk ARTS..

cuberlah kembang2kan skit.. pasal budak engineering ker, medik ker, IT ker, Nursing ke, bussin ...
JUSTcircle Post at 7-11-2009 23:43

kan..aku pown setujuu....nie tak habis habis blajar performing artss aper ingat org blajar tinggi tinggi nak blajar arts jer kerr:kant: buat ler citer pasal course law ker baruler menarik nak tgkkk....
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2009 10:57 AM | Show all posts
apesal KRU nie amik seme bdkAF...rimas aku tgk seme nye kayu je belakon cam cite kau n aku 2....
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 10:45 AM | Show all posts

Hotel Mania [Akan Datang]

Post Last Edit by Syd at 12-2-2010 10:50

Hotel Mania hotel hiburan

Oleh RAJA INTAN DIANNA RAJA AZAHAM [Utusan Malaysia]
Gambar AHMAD ZAKKI JILAN


SALAH satu adegan tarian di lobi hotel di dalam drama muzikal Hotel Mania yang dibintangi oleh ramai bintang realiti popular.

SEBAIK menjejak kaki ke sebuah hotel di Putrajaya, pasti ada yang terkesima dengan pekerja-pekerja hotel itu yang wajah mereka persis artis tempatan.

Disambut dengan senyuman oleh seorang bell boy yang kelihatan seperti Dafi, pekerja front desk yang saling tidak tumpah wajahnya dengan Marsha Londoh dan pengurus hotel bak Sheila Mambo.

Malah kelibat Anding Indrawani, Adam, Zain Ruffedge dan lain-lain turut kelihatan di sekitar hotel tersebut.

Itulah Hotel Mania, hotel bertaraf lima bintang yang sentiasa ceria dengan pekerja-pekerjanya.

Bukanlah sebuah hotel baru, sebaliknya, Hotel Mania merupakan sebuah drama muzikal pertama terbitan KRU Studios yang bakal menggantikan drama bersiri Tari Tirana di Slot Lestary, TV3 mulai 2 Mac ini pukul 9 malam.

Drama yang berkisarkan perjalanan hidup pekerja dalam bidang perhotelan ini akan menyaksikan mereka menyanyi dan menari sambil menyelitkan elemen drama dalam muzikal ini.

Hotel Mania membawa konsep drama muzikal yang sarat dengan nyanyian dan tarian oleh barisan pelakon muda berbakat seperti Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Ryzal Jaafar, Adam, Zain Ruffedge dan Adeline Anthony.

Ia mengisahkan Adiwira (Anding Indrawani) yang menetap di Sarawak dan datang ke Semenanjung Malaysia untuk mencari ayahnya yang terpisah sejak dia kecil lagi.

Pencariannya membawa Adiwira ke Hotel Mania, sebuah hotel yang sering dikunjungi oleh ayahnya dan dia bekerja di situ untuk mendapatkan maklumat tentang ayahnya.

Di Hotel Mania, dia bertemu ramai rakan baru seperti Girang (Dafi) seorang pelajar bidang perhotelan yang sedang menjalani praktikal dan mereka menjadi rapat.

Adiwira turut berkenalan dengan Emilia (Adeline Anthony), gadis kacukan Bandung yang bekerja di bahagian spa yang pemalu dan selalu dibuli oleh Mar (Marsha) iaitu pekerja front desk yang sentiasa berhasad dengki dan menaruh hati kepada Adiwira.

Drama sebanyak 26 episod ini diarahkan oleh Nizam Zakaria yang juga penulis skrip.

Menariknya lagi, drama muzikal bersiri ini menggunakan hampir 200 buah lagu terbitan KRU yang disesuaikan dengan jalan cerita tersebut dan dinyanyikan semula oleh pelakon-pelakon Hotel Mania.

"Semua lagu yang dinyanyikan dalam muzikal ini adalah koleksi lagu terbitan KRU yang dinyanyikan oleh pelbagai artis, dari lagu lama mereka seperti Awas hinggalah lagu-lagu sekarang.

"Dari segi teknikal, ia agak mencabar kerana setiap lagu perlu dirakamkan terlebih dahulu dengan emosi yang sesuai untuk babak tersebut dan kemudian para pelakon perlu berlakon mengikut nyanyian mereka.

"Saya agak terkejut dan berpuas hati kerana ada lagu yang dinyanyikan kembali oleh pelakon Hotel Mania ini agak menarik apabila ia diberikan nafas baru.

"Dari segi tarian pula, para pelakon bekerjasama mereka tarian sendiri kerana tidak mempunyai koreografer dan saya bernasib baik kebanyakan pelakon Hotel Mania lahir dari rancangan realiti dan mereka telah dilatih dalam bidang tarian," ujar Nizam ketika di temui di lokasi penggambaran drama muzikal Hotel Mania di Hotel Marriott Putrajaya baru-baru ini.

Menurutnya, pihak KRU ada merancang untuk memilih beberapa buah lagu yang dinyanyikan kembali untuk dibuat album kompilasi dan jika drama muzikal ini mendapat sambutan, mereka akan menimbangkan untuk menerbitkan filem pula.

Peluang Anding menyanyi

Jika dilihat kembali, artis kelahiran rancangan realiti Akademi Fantasia 2 ini, Anding Indrawani, bermula sebagai seorang penyanyi.

Namun, rezekinya lebih dalam bidang lakonan apabila dia sering dilihat di kaca televisyen di dalam drama bersiri berbanding di pentas.

Hotel Mania bukan sahaja memberi peluang jejaka kelahiran Kuching ini memegang watak utama, malah memberinya peluang menonjolkan bakat asalnya dalam bidang nyanyian.

"Ini pertama kali saya berlakon drama muzikal dan ia memberi peluang kepada saya untuk berlakon dan menyanyi sekali gus.

"Kami sangat gembira menjalani penggambaran Hotel Mania inibukan sahaja kerana ianya muzikal, tetapi ia adalah drama bersiri yang penuh ceria, berbeza dengan drama lain yang penuh konflik dan berat,"ujarnya yang turut menjayakan drama Mahabah De Laila untuk TV9 dan Tun Teja di saluran Prima, Astro.

Tambahnya, pengalaman berlakon dalam Hotel Mania akan digunakannya sebaik mungkin kerana ia dapat memantapkan lagi nyanyian dan tariannya selain lakonan.


Adeline pertama kali menyanyi

Bagi Adeline Anthony, gadis keturunan Cina-Kadazan ini, dia bermula sebagai pelakon.

Pernah terlibat dengan drama seperti Tiga Janda, Tiga Serumah, Suamiku Seberang, Kekasihku... dan Zati Dan Mawas, ujar Adeline, ini merupakan pertama kali dia menyanyi dan bakal disaksikan oleh seluruh rakyat Malaysia.

"Dalam Hotel Mania ini, boleh dikatakan hampir kesemuanya penyanyi yang berpengalaman terutama watak-watak utama dan saya hanya seorang pelakon sahaja.

"Namun, pengalaman saya menyanyi di majlis-majlis kahwin ketika di Sabah banyak membantu saya dalam drama muzikal ini. Saya harap orang ramai dapat menerima lakonan dan nyanyian saya.

"Pengarah dan pelakon lain banyak membantu saya dan saya gembira dengan Hotel Mania kerana boleh menyanyi dan berlakon dengan riang," ujarnya yang merupakanpelajar tahun akhir Ijazah Sarjana Muda Perakaunan di Universiti Teknologi Mara.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 11:15 AM | Show all posts
negara maju tak buat cite camgini...depa buat CSI..futuristik..sini nyanyi tak habih2,,
esok klu Mesia berperang,,muka2 ni la cabut lari.
nak nyanyi buatlah sampai world level cam SRK tu ker,,
"Kapten Kid"..beca boleh bercakap jadi kit cam nite-rider..nangis sambil tergelak aku...cian nyer
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2010 11:28 AM | Show all posts
asal mesti buat cite mcm ni??? mcm xde benda yg nak di sampaikan
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 11:57 AM | Show all posts
macam glee lar nihh:kant:actually aku kurang berkenan genre muzikal nihh....tapi tgk ler dulu camnerr...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 01:28 PM | Show all posts
nak buat mcm glee.
tengok iklan semalam, nampak ok jer.
nanti lah tengok macam mana...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2010 05:19 PM | Show all posts
ni cam nk wat cam high school musical la nie...mmmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-1-2025 03:27 PM GMT+8 , Processed in 0.062073 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list