RIMAS dengan segala persoalan netizen berhubung isu peribadi, pelakon Azri Iskandar meminta supaya peminat hentikan mengambil berat mengenai isu peribadinya.
Mengulas perkara itu, Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly Iskandar berkata perkara itu memberikan kesan negatif kepadanya apabila terlalu sibuk ingin mengetahui soal hubungan percintaannya sebelum ini.
“Bila keterlaluan tu memang saya rimas tapi sekadar ingin tahu untuk pengetahuan atau hal sepatutnya jadi itu tiada masalah.
“Artis dengan peminat memang macam tu tapi kalau terlebih jadi tak baik dan peningkan kepala saya pula nanti.
“Kalau netizen nak tahu hal bekas isteri tiada masalah tapi mereka banyak nak tahu mengenai kahwin baru tu dan sekarang ni tiada jodoh mungkin dengan orang lain pula,” katanya kepada mStar.
Dalam perkembangan lain, Azri dan bekas isterinya iaitu Ellie Suriaty bakal bergandingan dalam sebuah telemovie yang bakal ditayangkan pada Syawal pertama nanti.
Sumber – mStar Online
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
aku terserempak pakcik ni kat hospital gov dengan anak dia kot. anak dia badan besar. walaupun ramai la org kat hospital tu tapi sapa pun tak peduli dia ni. aku pun tak perasan mulanya tapi sebab dia ni asik bercakap je dengan anak dia tak henti2. baru la perasan pakcik uban ni. nampak orgnya biasa2 je, baju tshirt mcm lusuh kedut2, pakai kasut boot. cakap tak stop cuma cakap tu slow la.
Post time 21-1-2025 03:20 PMFrom the mobile phone|Show all posts
pocongkiutss replied at 21-1-2025 11:16 AM
Iols la tu...peminat kisah retis kena scam..hahahahhaha
Citer2 retis kena scam dgn catfish ni mmg ...
Pelik mcm mana lah artis2 ni blh terkena..Tulah nak awek x agak2 kan..Nsb lah si Pekin tu dpt juga Mona Allen..Yg datin Jeri ni dah 2025 belum kawin2 lg
Post time 21-1-2025 03:25 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Datin jeri show off sgt mmg patut netizen nganjing. Sembang kari level dewata raya. Music director pearl jam la, PhD la, datuk seri la. Baik renew road tax & insurance.