View: 6806|Reply: 64
|
Bosan dengan perniagaan sedia ada ? -bkn iklan nie-
[Copy link]
|
|
Menurut seorang rakan saya yang berpengalaman dalam perniagaan, selepas kira-kira 3 tahun dalam satu-satu bidang, seseorang usahawan akan merasai satu tahap kebosanan yang tinggi.
Kebosanan inilah yang akan menyebabkan kita berfikir apa perniagaan lain yang boleh diceburi dan bagaimana untuk keluar dari perniagaan sediaada ?
Setelah membuat keputusan dalam minda kita bahawa perniagaan kita yang sedia ada ini membosankan, kita mula mencari sebab untuk mengiyakan apa yang kita telah buat keputusan berdasarkan perasaan semata-mata.
Semakin lama kita mencari alasan, semakin banyak alasan yang otak kita beri dan terima untuk mengesahkan keputusan tersebut. Akhirnya kita tinggalkan perniagaan sediaada dan memulakan perniagaan baru.
Seperti biasa, kita menjadi excited dan bekerja bersungguh-sungguh dalam perniagaan baru. Selepas 3 tahun, kita akan menjadi bosan dan perkara yang sama akan berulang.
Sesudah kita menjalani 10 jenis perniagaan sebegini, akhirnya kita sedar bahawa diri kita sudah tua dan tidak mampu lagi untuk bertukar perniagaan. Pada waktu itu, kita mungkin akan menyesal. "Menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna".
Kita pula tidak akan menceritakan hal ini kepada orang yang lebih muda dari kita kerana ia seolah-olah mengaibkan diri kita. Lebih teruk lagi, jika kita menceritakan pada mereka, mereka memperlekehkan kita kerana menganggap kita kononnya memberi nasihat tetapi perniagaan kita sendiri tidak kemana.
Oleh sebab ini, tidak ramai yang mengetahui tentang wujudnya "perangkap bosan" ini.
Keadaan menjadi berbeza sekiranya kita kekal dalam satu-satu perniagaan untuk tempoh masa yang lama. 1000 hari pertama hanyalah permulaan untuk kestabilan satu-satu perniagaan.
Selepas dari itu, orang mula mengenali kita dengan perniagaan kita. Pelanggan kita akan menjadi semakin ramai dan kita akan menjadi semakin berpengalaman mengendalikan mereka.
Pemasaran adalah satu kaedah meletakan diri kita dalam minda manusia. Mungkin mereka tidak perlu pada hari ini, tetapi mereka akan memerlukannya selepas beberapa tahun ataupun mereka akan mencadangkan kita kepada rakan-rakan mereka.
Kembali kepada "perangkap bosan". Apa yang kita harus lakukan sewaktu kita menghadapi situasi "perangkap bosan" ini ?
Sewaktu menghadapi situasi ini, kita harus faham bahawa perniagaan kita sedang dipersimpangan untuk maju ataupun untuk lingkup. Kita harus faham bahawa "perangkap bosan" ini menandakan bahawa kita sudah mahir dalam perniagaan sedia ada. Ini adalah bagus.
Kita boleh berfikir untuk menyusun strategi baru untuk melantik orang bawah yang lebih bersemangat dan memikirkan tentang bagaimana untuk berkembang maju. Samada ke luar negara atau mencari pasaran baru atau memulakan kedai online.
Semua ini akan melipatgandakan pendapatan kita.
Kesimpulannya,
perangkap bosan = petanda perniagaan anda sedang hendak melangkah ke tangga seterusnya
Jadi, kekal dalam perniagaan sediaada selama yang mungkin. Fikir untuk maju ke hadapan.
Sekian, terima kasih
Salam Perniagaan
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Menurut seorang rakan saya yang berpengalaman dalam perniagaan, selepas kira-kira 3 tahun dalam satu-satu bidang, seseorang usahawan akan merasai satu tahap kebosanan yang tinggi.
Hiven Post at 10-11-2009 15:19
lama tak nampak bro...mesti rajin melancong ni...hehehe...
aku dah running dobi hampir 2 tahun...tak sampai 3 tahun pun lagi, tapi aku dah rasa bosan gak...
ada gak terasa nak jual aje dobi tu...tapi, aku masih berbelah-bagi...sale dan pelanggan semakin meningkat, tapi ada perasaan bosan...
aku rasa...perasaan bosan ni disebabkan skang ni aku jadi surarumah...nak kuar umah pun susah sebab kena jaga anak...mungkin agaknya perasaan bosan aku ni disebabkan asyik terperap kat umah aje kot...
skang ni, aku nak tunggu anak aku boleh berjalan dulu, aku paham apa yang dia cakap dan dia paham apa yang aku cakap, pastu baru aku akan bergerak semula...moga2, lepas tu, aku dah tak bosan lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe..
aku pun sama macam ko gak.. tapi aku baru running kursus dan trip dan shipping tu selama 1 tahun setengah baru.. tetiba datang penyakit nie..
he he he.. alhamdulillah, sedang beransur pulih..
sebab tu aku nak share dengan kawan2 lain kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 lebih kurang dgn penyakit job hopping tak? |
|
|
|
|
|
|
|
4# Hiven
adeh la...kita ada penyakit yang sama...hehehe...
ko banyak pegi sana-sini pun boleh bosan gak ye...
mungkin kita kena ada 2-3 bisnes kot, baru takde bosan agaknya...
contoh paling dekat, En. sinar...kalau dia jual baju aje, mungkin dia pun akan bosan sama gak...tapi skang ni, dia dah pelbagaikan produk dia, so mungkin dengan cara tu dia dapat elakkan perasaan bosan tu kot...
aku ada sorang kawan, dia pun buka dobi gak...skang ni dia buka kedai makan (dobi masih running lagi), mungkin dia pun ada perasaan bosan gak kot... |
|
|
|
|
|
|
|
agak2 lebih kurang dgn penyakit job hopping tak?
cyra Post at 10-11-2009 15:44
apa tu...? |
|
|
|
|
|
|
|
job hoping tu lompat2 kerja..
kalau banyak berjalan la lagi cepat bosan dengan benda yang kita buat.. he he he.. sebab kita nampak macam2 benda lain lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
8# Hiven
ooo...lompat2 keje...
duk terperap kat umah bosan...banyak berjalan pun bosan sama...
harap2 perasaan bosan ni sementara ajelah...hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
haaa.. trima kasih cik hiven tolong jawabkan... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada 2-3 kerja pun, kita akan bosan dengan kesibukan kita tu... jadi kita tetap tengok apa yang orang lain ada berbanding apa yang sepatutnya kita usahakan.
aku rasa usahawan yang pernah rasai keadaan nie pasti akan fhm.. he he he. |
|
|
|
|
|
|
|
peringkat pertama aku jual pakaian..
mmg betul.. bila masuk tahun seterusnya.. bosan datang je... tp kita tak perasan bahawan BOSAN tu melanda diri kita... tp kita anggap bisnes kita nak jatuh.. padahal mungkin slow kejap... pastu aku terus tukar bisnes... pastu yg ni mmg betul2 jatuh...
aku kembali kepada pakaian.. dengan pangalaman dulu.. skrng dah masuk 4 thn aku niaga pakaian di kL nih.. thn depan masuk 5 thn... org kata 5 thn ni kira cekal la.. 3 tahun bertahan dari kebosanan td..
aku tak byk bisnes sebenarnya.. nampak mcm byk je.. aku hanya jual pakaian sahaja.. semua kedai aku yg ada skrng ni hanya jual pakaian...
yg aku nak jual brng lain tu... aku nak bagi kawan aku niaga... aku hanya share je.. cuma nampak mcm aku niaga sebab aku yg buat marketing awal..
tp apa2 pun.. betul kata hiven... mmg kita sama.. dan pengalaman sama...
alhamdulillah aku bersabar dengna pakaian walaupun saingan begitu sengit disatu ketika... tp alhamdulillah aku guna mercun dan bakar stadium utk tersohor.......... hahaha |
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha.. sempat lagi tu.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada 2-3 kerja pun, kita akan bosan dengan kesibukan kita tu... jadi kita tetap tengok apa yang orang lain ada berbanding apa yang sepatutnya kita usahakan.
Hiven Post at 10-11-2009 16:25
tu pun ada betul nyer...
macam aku...aku ada banyak impian...ini aku rasa nak buat, itu aku rasa nak buat, sebolehnya sume benda aku nak try buat...wakaka... |
|
|
|
|
|
|
|
jgn amik masa yg lama berimpian.. takut diperjalanan sana nanti tukar impian lain plak yg mana tentu sekali amik masa lagi |
|
|
|
|
|
|
|
org trg kata "darjah satu sokmo"...
Menurut seorang rakan saya yang berpengalaman dalam perniagaan, selepas kira-kira 3 tahun dalam satu-satu bidang, seseorang usahawan akan merasai satu tahap kebosanan yang tinggi.
Kebosanan inilah ...
Hiven Post at 10-11-2009 15:19 |
|
|
|
|
|
|
|
aku bosan gak sekarang ni..
pasal customer order barang aku tak boleh nak supply..
hu..hu |
|
|
|
|
|
|
|
elle pun pernah hadapi masalah yang lebih kurang sama..mula2 bosan dengan business yang sedang elle ceburi skg..hari2 yang berlalu cukup memenatkan dan meletihkan.. kadang2 rasa mcm tak sesuai dengan jiwa..kerja kotor... penuh dengan debu2 dan lumpur...
tapi, dari hari ke hari.. detik ke detik...perniagaan elle bertambah maju ke hadapan..dari perniagaan di rumah2 org.. kami berpindah ke office2, seterusnya ke kilang2... kondominium2 dan sekarang di pasaraya...
pernah satu ketika kami berada di zon selesa.. dan menyebab kan kami malas nak bekerja.. hari2 kami di shopping mall, gym.. dan bershopping sana sini.. malas tu timbul kerana tak terhantuk lagi...
entah mcm mana.kesedaran tu timbul sendiri bila tgk business asyik di takuk yang sama.skg ni,semakin hari semakin mencabar dan banyak rupanya benda yang kami tidak tahu.. akhirnya kami buat satu pendekatan baru.. kami split kan tugas...
skg ni.. ada misi baru yang elle perlu capai.. |
|
|
|
|
|
|
|
elle pun pernah hadapi masalah yang lebih kurang sama..mula2 bosan dengan business yang sedang elle ceburi skg..hari2 yang berlalu cukup memenatkan dan meletihkan.. kadang2 rasa mcm tak sesuai dengan ...
elle_gogo Post at 11-11-2009 02:16 AM
Elle tak percaya pada nasib, Elle percaya pada usaha, so you have no limit. Yang penting percaturan itu betul. Saya ada 2 orang kawan semasa sekolah menengah. Dulu sama aja 2 orang ini, sama2 pandai. Tapi selepas 12 tahun, sorang ni masih dengan gaji RM2600 sebulan, sorang lagi gaji RM40 ribu sebulan (kerja di Dubai). Percaturan itu amat penting, setiap pilihan akan menentukan di mana anda pada tahun2 akan datang ....
macam jugak dengan cerita jual toner lazer jet printer tuh. Ada yang untung sampai RM30 ribu sebulan, ada yang cuma jual kat kedai kecik, lepas tolak gaji budak jaga kedai, dapat lah cukup2 makan.
Bila bosan, fikirkan semula .... berbaloi atau tak? Adakah masa hadapan atau jalan buntu? Are u in control atau anda kena himpit? |
|
|
|
|
|
|
|
agree... sama dengan pekerja, bila 3 tahun buat benda yang sama, dia akan bosan dan start cari kerja tempat lain (job hoping), so as majikan, kalau nak staf kita stay - make sure they did not do the same thing for 3 years...(patutlah sorang staf mechanical i ni dok tanya peluang2 transfer to civil dept... dah bosan kot, walaupun baru promote jadi project mgr)
so, as usahawan, agak2 dah bosan, diversifylah bisnes anda, atau make it more challenge (i.e. masuk market yang lebih besar ker..)
tapi wonbin, gaji 4k kat dubai, bole survive ker... cost of living tinggi...
p.s. elle, dah dapat ker labour rate cleaning per sq metre? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|