CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26272|Reply: 159

Nah Amik Kau: Petua jadi Jutawan ....

[Copy link]
Post time 13-11-2009 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Saya sudah bosan dengan pelbagai skim cepat kaya dan skim piramid.

Saya tak  mahu komen sebab pantang larang pertama saya: Bila tengok rezeki orang lain, senyap aja. Jangan pandang rendah dan jangan pertikai. Rezeki orang ni Allah bagi tak sama.

Cuma saya nak berikan teknik jadi jutawan saya: Binalah dengan asas doa dan ikhtiar.

Wonbin Menyepi Daripada Forum...
Elle selalu tanya saya kenapa saya tak aktif kat forum. Saya kata tengok lah nanti mood ada, baru saya kembali. Selepas saya menghilang selama setengah tahun daripada forum ini, saya kembali untuk menulis dengan cara yang agak lain, iaitu unsur keagamaan.

Jika sebelum ini tulisan saya hanyalah pengalaman + teori perniagaan seperti buku2 di pasaran. Saya hilang selama beberapa bulan. Saya habis banyak masa travel. Hotel ialah rumah kedua saya. Travel sana sini melihat orang lain yang sebelum ini tidak saya hampiri. Kini saya pulang dengan membawa cerita baru.

Pengalaman Di Perantauan
Setelah pulang daripada perantauan, sedih untuk saya katakan bahawa orang Melayu di Pantai Barat semenanjung Malaysia adalah Melayu yang paling lemah ekonominya. Melayu Indonesia dan Melayu Kelantan adalah melayu yang perkasa dan berdaulat. Tetapi saya tidak mahu menceritakan kelemahan orang. Saya mahu ceritakan rahsia kekuatan orang yang berjaya.

1) Rezeki itu datang daripada Allah, doa selepas sembahyang adalah pembuka rezeki
Ramai orang yang saya jumpa. Ada yang dapat projek RM900 juta, ada yang budak hingusan lagi dah bukak restoran sendiri dapat untung bersih RM800 sehari. Syabas kepada anda semua. Saya berjumpa seorang yang berpendapatan RM100 ribu sebulan dengan menjual insurans. Duit cash masuk setiap bulan sehingga tak  tahu apa lagi mahu beli. Duit itu beliau invest pulak di tempat lain seperti kedai makan, kontraktor, dan lain-lain perniagaan. (bukan skim cepat kaya). Saya dapati beliau adalah orang yang amat menjaga sembahyang, selapas sembahyang  ada doa dan ada baca beberapa potong ayat Al-Quran pemurah rezeki. Semua yang dia buat, pasti menjadi. Dia bukak restoran, pelanggan datang berbaris seperti orang mahu beli tiket bola. Ada restoran lain yang lengang walhal menu sama sahaja.  Duit semakin banyak. Orang lain cuma meniru jejak  langkah beliau tetapi malangnya menemui jalan buntu. Pendek kata, saya nampak bagaimana rezeki itu datangnya daripada keberkatan dan limpah kurniaan Allah. Oleh itu, petua pertama untuk berjaya, JAGALAH SEMBAHYANG 5 WAKTU dan bacalah Al-Quran selepas sembahyang, walaupon cuma sepotong ayat yang pendek. Kalau pintu rezeki tertutup, projek dalam tangan pon terlepas. Kedai kat tempat orang ramai pon tak laku.

2) Pintu rezeki itu berkembang setelah silaturahim berkembang
Katak di bawah tempurung tidak boleh berniaga. Jika berniaga tiada pelanggan. Bertambah ramai kawan dan kenalan, bertambah mudah kita berniaga. Tambahan pula jika kita ini hati bersih, berniaga dengan disiplin dan world class quality, memang orang akan introduce kita kepada orang lain. Projek juga dapat tanpa dicari, kawan2 yang offer atau introducekan. tak perlu masuk tenderdirect.com.my. Orang yang jujur dan kerja bagus, memang gerenti akan dapat pelanggan tanpa perlu buat iklan. Pelanggan yang datang cari anda. Cuma kena pandai jaga wang supaya tidak ketirisan dan pastikan tiada hutang tidak dapat dituntut.

3) Pilih kawan yang betul untuk menjadi jutawan
Saya malas tulis banyak pasal ini, cuma saya bagi clue aja lah, semua kawan Khairy Jamaluddin dah jadi jutawan. U kawan dengan orang yang banyak  peluang, u pon tumpang sekaki lah.

macam dalam forum ni kalau nak bukak kedai baju tu dan nak belajar niaga, kawanlah dengan Sinar

Ini ajalah yang sempat saya tulis pada petang ini. Macam biasa, nanti kita bincanglah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 06:30 PM | Show all posts
betol betol betol!
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 06:51 PM | Show all posts
ader org kata bisness ngan KJ...dier nak deposit....camner pulak tu...
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 07:02 PM | Show all posts
Saya sudah bosan dengan pelbagai skim cepat kaya dan skim piramid.

Saya tak  mahu komen sebab pantang larang pertama saya: Bila tengok rezeki orang lain, senyap aja. Jangan pandang rendah dan janga ...
cmf_WonBin Post at 13-11-2009 17:38


ko suruh kawan ngan sinar, tapi aku berkawan ngan sidry.. byk tul idea bisness.. semua leh buat, cuma kita larat dan tidak jerk... tolong ore kito..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 07:35 PM | Show all posts
wonbin nih successful dan jutawan tak... kalu ye... nak berkawan bleh....hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 07:45 PM | Show all posts
wonbin nih successful dan jutawan tak... kalu ye... nak berkawan bleh....hehehe
sincewhen Post at 13-11-2009 19:35


hamboi...soalan ko.....

hmm...... kalau nak berjaya kenalah kawan ngan orang berjaya.....cuma jgn sampai berangan sahaja nak kaya tapi tak gerak-gerak jua.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-11-2009 08:22 PM | Show all posts
Thanks for sharing your tips WonBin..
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 08:36 PM | Show all posts
ko suruh kawan ngan sinar, tapi aku berkawan ngan sidry.. byk tul idea bisness.. semua leh buat, cuma kita larat dan tidak jerk... tolong ore kito..
totokreturn Post at 13-11-2009 19:02


sape sidry tu...?... nak berkawan jugak.. hahahah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-11-2009 08:48 PM | Show all posts
sape sidry tu...?... nak berkawan jugak.. hahahah
sinar_inspirasi Post at 13-11-2009 20:36


ha'a lah kan.. siapa ek sidry tu,dia pandai main internet tak?
Reply

Use magic Report

Post time 13-11-2009 09:03 PM | Show all posts
ha'a lah kan.. siapa ek sidry tu,dia pandai main internet tak?
ctredzuan Post at 13-11-2009 20:48


katanya addict tenet... ) ..

pastu skrng ntah betul atau tak.. katanya uban dah penuh.... )
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 12:14 AM | Show all posts
walau apa pun yang kita lakukan....agama itulah asasnya.Islam itu sendiri adalah tatacara kehidupan.Marilah kita saling ingat mengingati.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:19 AM | Show all posts
nak jadi jutawan eh?....

aku jauh lagi dari bergelar jutawan..

tp aku dapat rasa.. bagaimana nak jadi jutawan dalam tempoh tertentu...

nak kongsi maklumat bleh insyaALLAH.. tp bukan disini.. cari ruangan lain.

ada caranya... yg mana dah ada orng lakukan..

bukan iklan skim cepat jutawan nih.. )
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 02:21 AM | Show all posts
layak kah aku nak bercakap tentang jutawan....?

huhu... cancel laaa... cari orng lain yg dah jutawan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 10:39 AM | Show all posts
Aku tadak hapa2 pon, duit pon tarak
Cuma sebagai kawan kepada orang yang berjaya...
Apa yang aku nampak, aku share dengan usahawan-usahawan kat sini untuk renungan....
Untuk diri aku sendiri takda hapa-hapa pon ...


Perniagaan itu amat luas, ada orang berniaga cuma untung RM50 ringgit sehari. Ada orang untung RM5 juta bagi satu projek. Bila dapat RM5 juta, boleh beli cash sebijik Porche Cayanne RM600 ribu, sebijik kondo depan KLCC harga RM1.5 juta dan masih ada baki boleh simpan dalam bank sebanyak RM2.9 juta. Sekarang mari kita lihat, siapakah mereka yang dapat RM5juta sekali untung ini dan apa mereka buat? Adakah mereka ni main skim cepat kaya? Sambil rileks di rumah dapat wang?

Perniagaan Sara Diri vs Perniagaan Berasaskan Kekuatan Syarikat

Ramai orang tak sedar, selagi perniagaan kita di tahap 'perniagaan sara diri', kita memang tak pernah cukup duit. Ciri-ciri perniagaan sara diri ialah:
- bisnes kecil
- pendapatan tak tetap.
- kita run sendiri semua kerja.
- pelanggan tak tetap.
- jika kita sakit, perniagaan kena tutup/cuti.
- pelanggan kita cuma kecil sahaja.

Kelemahan bisnes sara diri ialah umpama kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Dapat PO pon kecik cuma bernilai RM500 (jual A4 paper kat ofis kerajaan). Jual nasi lemak RM1.20.

Semua orang bermula berniaga pada tahap perniagaan sara diri. Cumanya, kita kena cepat tumpukan pada pasaran yang betul. Kena pastikan perniagaan kita berkembang. Ada orang berniaga tapi tak berkembang, tetap pada tahap sama sahaja. Dulu Gaint itu cuma mini market sahaja. Dia ambil 2 lot kedai. Ini cerita tahun 1988. Selepas 20 tahun, bisnes berkembang jadi Hypermarket.


Perniagaan Berasaskan Kekuatan Syarikat
- Makin lama bisnes makin berkembang. Daripada kita yang buat sendiri, kemudian ada pembantu, kemudian ada pengurus dan kemudian ada CEO. Kita ada brand name yang bagus. Contoh: MaxClean Sdn Bhd. Kalau masuk tender kat mana-mana, boleh menang sebab orang kenal. Background dah ada. Orang percaya. Ada trust. Bila ada brand name, share syarikat kita pon ada value. Boleh jual share to new investor. Bank pulak sanggup bantu bagi loan/overdraft/LC sampai berjuta-juta. Company kita adalah platform.

- Pekerja yang menjalankan urusan perniagaan. Kita cuma monitor jadi boss. Kita rileks kat gym ker, kita lepak makan buah potong ker, balik tido awal ker, main forum ker, perniagaan tetap berjalan.

- Saiz syarikat dan kekuatan syarikat membolehkan tackle job yang besar-besar atau buat sales secara besar-besaran (borong). Contohnya kontrak building maintenance selama 3 tahun for the whole campus bernilai RM150 ribu sebulan. Inilah punca kita boleh buat banyak duit. Kalau kes orang berniaga, dia berkembang sehingga jadi pemborong ambik barang direct from China pakai kontena. Kos satu kontena RM50K, jual semua dapat RM150K. Bandingkan dengan orang yang jual sehelai baju RM30, kos baju RM12. Baru untung RM18.

- Kita sebagai owner pon mendapat pelbagai kemudahan. Kereta company yang bayar, makan minum semua claim. Sekali dapat untung pulak 5 digit.

Inilah apa yang dikatakan JUTAWAN.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 10:57 AM | Show all posts
2) Pintu rezeki itu berkembang setelah silaturahim berkembang
Katak di bawah tempurung tidak boleh berniaga. Jika berniaga tiada pelanggan. Bertambah ramai kawan dan kenalan, bertambah mudah kita berniaga. Tambahan pula jika kita ini hati bersih, berniaga dengan disiplin dan world class quality,
cmf_WonBin Post at 13-11-2009 17:38

ni memang betul...

sebab tu aku suka jumpa dengan orang untuk eratkan tali silaturrahim...

dari perjumpaan tu, akan turun rahmat dari Allah...

dan...dengan rahmat itulah kita akan dimurahkan rezeki oleh Allah...inshaAllah...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 11:03 AM | Show all posts
Rahsia Mengembangkan Perniagaan

Rahsianya sudah ada kat posting paling atas sekali. CUMA:

Ketahuilah ada perniagaan yang tidak boleh berkembang kerana faktor-faktor tertentu, contohnya:

1) jika anda buka restoran di kawasan yang tak ramai penduduk, maka nak dapat jualan RM200 sehari pon nazak.

2) Berniaga produk/services yang orang jarang pakai dan untungnya pula kecil.

3) Berniaga produk/barang yang orang tak akan beli dalam kuantiti besar. Takda harapan orang akan borong RM50 ribu.

4) Perniagaan barang yang terlalu ramai pesaing sehingga anda mudah sahaja tergugat oleh pesaing, malahan pelanggan pon boleh gertak anda. Contohnya jual handset.

5) Produk mikro/kecil harga RM seringgit dua yang orang susah beli. Untung pulak kecik, nak beli Coke pon tak cukup. Kalau jual cendol RM2 ringgit tu lain pulak ceritanya sehingga boleh beli Mitsubushi Storm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2009 11:49 AM | Show all posts
3) Pilih kawan yang betul untuk menjadi jutawan
Saya malas tulis banyak pasal ini, cuma saya bagi clue aja lah, semua kawan Khairy Jamaluddin dah jadi jutawan. U kawan dengan orang yang banyak  peluang, u pon tumpang sekaki lah.



Adalah sorang sorang mamat nih, jual kamus elektronik. Tapi jutawan. Aku pon mula ragu2 jugak. Aku tengok kamus Besta yang bukak booth kat shopping mall tu bukan main susah nak laku. Banyak dah tutup dah bungkus sebab takda orang beli. Ceritanya mamat ni ada ramai kawan pada level Dato2 dan Tan Sri. So dia jual kamus ini pakai direct nego. Sekali supply 100-500 bijik. Kalau sebijik harga RM500,  berapa jumlahnya?? Yang pakainya ialah pegawai kerajaan. Pendek kata dia pandai buat marketing. Network dia power. Dia tahu macam mana nak jual. Kalau pi jual kat CC (cheif clerk) memang takda orang layan lah, kena halau keluar mcm direct seller. So dia masuk direct jumpa ketua pengarah. Boss suka kamus itu sebab ramai officer yang buta Inggeris dan perkataan melayu pon banyak tak faham.

Ini lagi satu citer budak muda, engineer. Umur belum 30 tahun lagi tapi dah juwatan. Dia dulu jadi engineer engineer oil & gas. Mula2 dia kerja for Sapura tapi dia decided dia 'curi' produk Sapura dan deal direct dengan mat salleh from overseas jadi distributor paip untuk petroleum & gas. Skarang nih Sapura dan Petronas yang kena beli daripada budak nih. Tak payah cakap lah kondo tu kat depan KLCC aja sebab katanya mudak nak ke Petronas. RM2 juta kondo.... kereta dia tu tak payah cakap lah, harga sport rim dia aja boleh beli sebijik Proton Pesona.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 11:52 AM | Show all posts
bagus good write up,

menunggu perpekstif wonbin dalam isu dibawah:

1) REZEKI ITU JUGA SATU DUGAAN TUHAN KEPADA HAMBANYA

2) KENAPA ORANG YANG TAK BUAT SOLAT 5 WAKTU PUN BOLEH JADI JUTAWAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2009 12:24 PM | Show all posts
bagus good write up,

menunggu perpekstif wonbin dalam isu dibawah:

1) REZEKI ITU JUGA SATU DUGAAN TUHAN KEPADA HAMBANYA

2) KENAPA ORANG YANG TAK BUAT SOLAT 5 WAKTU PUN BOLEH JADI JUTAWAN
hazel23 Post at 14-11-2009 11:52 AM




Alam ini adalah satu sistem yang kompleks. Bintang2 dan galaksi2 adalah umpama dot-dot 0-1-0-1-0-1 dalam sistem komputer yang mempunyai kod-kod rahsia yang Allah sahaja yang tahu. Tidak Allah jadikan bulan dan bintang sekadar untuk berkelip2. Ianya ada fungsi. Ia adalah sebahagian daripada sistem kehidupan kita. Dari segi astrologi, semasa kita di dalam rahim ibu, kita umpama CD/DVD kosong. Bila kita lahir, kita akan 'diformat' oleh alam samesta, masuk satu program dalam logik kita untuk sepanjang hayat kita. Kedudukan bintang dan galaksi berbeza bagi setiap saat kerana semuanya bergerak mengikut paksi masing.Di situ lah tersimpannya ikon-ikon yang mentafsirkan nasib dan takdir manusia yang telah Allah tentukan. Manusia terdahulu telah Allah kurniakan ilmu dan kebijaksanaan, maka inilah sebahagian daripada ilmu alam yang Allah bukakan kepada mereka. Ulamak kata, itu haram, syirik. Saya pulak kata, "Allah yang cakap bahawa kejadian bulan dan bintang itu adalah sebahagian daripada rahsia kekuasaan Tuhan yang Maha Esa". Takpalah, saya bypass dahulu nanti saya kena tangkap macam Dr Maza kerana mengkritik ulamak.



Jawapan saya mudah sahaja:

1) Memang betul rezeki itu dugaan. Rezeki itu juga adalah amanah. Kita hanya saluran untuk rezeki itu masuk. Jangan balun semua, salurkan kepada orang yang perlu. Kalau kaya pon, anda tetap tak boleh makan 3 kali sehari kerna takut gemuk, nanti hodoh. Kongsilah dengan orang yang perlu. Orang yang banyak duit ni tetap takda makna apa2 jika hati tak happy. Kita akan happy bila kita boleh buat orang lain happy. Itu adalah kepuasan dalam hidup. Beli BMW pon cuma happy beberapa bulan pertama sahaja, kemudian boring. Kepuasan membantu orang adalah berkekalan.

2) Dalam logik sistem alam ini ada pembalasan. Orang Hindu sejak 10,000 tahun dahulu panggil ianya sebagai karma. Kita generasi umat Muhammad pula percaya, "Sesungguhnya bencana itu datang hasil daripada perbuatan kamu sendiri". Ini pon karma lah jugak (pembalasan). Kita ni umat Muhammad dan kita tertakluk kepada tanggungjawab kita. Orang kafir tidak diwajibkan ke atas mereka untuk sembahyang. Itu ajalah jawapan yang termampu saya berikan kenapa orang Cina kaya raya walaupon kaki betina dan tipu sana sini. Tapi kita sebagai orang Islam, tanggungjawab kita menjalankan apa yang dituntut oleh agama. Kalau tak buat tanggunngjawab itu, memang gelap hati kita atau juga tertutup pintu rezeki, mungkin jugak kedua-dua sekali. Itu yang kita tak mau.
Reply

Use magic Report

Post time 14-11-2009 12:27 PM | Show all posts
Post Last Edit by zaidi_MZZ at 14-11-2009 12:30
2) KENAPA ORANG YANG TAK BUAT SOLAT 5 WAKTU PUN BOLEH JADI JUTAWAN
hazel23 Post at 14-11-2009 11:52

sori...nak mencelah...ni aku boleh jawab sebab penah dengar dalam majlis ilmu...

solat itu adalah satu cara kita bersyukur pada Allah...akan tetapi, mengapa orang yang tak bersolat, yakni orang yang tak bersyukur, boleh diberi kekayaan melimpah-luah oleh Allah...

sebabnya adalah...Allah murka pada orang yang tak solat...maka dengan sebab itu Allah akan sentiasa bagi kekayaan pada dia supaya dia terus lalai dan kufur...Allah akan bagi semuanya kat dunia ini...

jadi...bila dia dah meninggal dunia nanti, dia akan menerima azab yang dahsyat di dalam kubur, di padang Mahsyar dan di dalam neraka...Allah tidak akan kasih pada dia lagi dan tiada apa2 lagi yang Allah akan beri sebab semuanya sudah diberi oleh Allah semasa dia hidup di dunia...Wallahualam...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:50 PM GMT+8 , Processed in 0.093223 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list