CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5721|Reply: 32

SAKSI

[Copy link]
Post time 17-11-2009 12:57 AM | Show all posts |Read mode
aku ni memang bengap skit..sori la kalau tanya soklan bodo camni..

bila kita lafaz 2 kalimah syahadah, kita sebut: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..

seorang saksi mestilah melihat, baru boleh jadi saksi..mana ada saksi yg dengar cerita saja..

so, apa pendapat saudara2 yg bijaksana..ajaq la saya bagi jelas
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 01:25 AM | Show all posts
aku ni memang bengap skit..sori la kalau tanya soklan bodo camni..

bila kita lafaz 2 kalimah syahadah, kita sebut: Aku naik saksi bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah dan Aku naik saksi  ...
baghal Post at 17-11-2009 00:57


Thaaha ayat 2 ''Tidak Kami turunkan Al Qur an untuk kamu menjadi payah(susah).
(suka pikir yg susah2pastu ajak pulak orang jadi susah sama!!!)
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 01:38 AM | Show all posts
direct translation dr bahasa arab ka bai??
pi blajaq dulu apa maksud 'syahadah' yang sebenar.. dlm istilah arab yang betul..

p/s: (2:143)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:36 AM | Show all posts
Thaaha ayat 2 ''Tidak Kami turunkan Al Qur an untuk kamu menjadi payah(susah).
(suka pikir yg susah2pastu ajak pulak orang jadi susah sama!!!)
muhammad_code Post at 17-11-2009 01:25



dah makin pelik aku ngan ko ni muhammad kot, nak yg senang2 jer...nabi pun tegakkan Islam dgn susah payah.

ko ni anak manja ye..

aku tau ada agama yg senang jer ko ikut..free thinker, mmg senang , xyah buat apa2 pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 02:38 AM | Show all posts
direct translation dr bahasa arab ka bai??
pi blajaq dulu apa maksud 'syahadah' yang sebenar.. dlm istilah arab yang betul..

p/s: (2:143)
beta_carotene Post at 17-11-2009 01:38


hg baguih..xmcm muhammad kot, dia main kot kot jer..

ajaq la aku apa maksud syahadatain...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 02:47 AM | Show all posts
mmg la dia tegakkan islam dgn susah payah sebab ayat al baqarah ayat 214,tapi bukan sengaja cari susah tak tentu pasal!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2009 10:44 AM | Show all posts
naik saksi = a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); (Kamus Dewan online)

substitute it to the shadah
Aku mengaku bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah dan Aku mengaku bahawa nabi Muhammad itu pesuruh Allah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 10:50 AM | Show all posts
sapa pandai bahasa arab boleh bagi makna sebenar asyhadu tu...baru nampak apa yg dimaksudkan dengan saksi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 11:08 AM | Show all posts
Just My 2 cents...

ni aku cedok dari wiki = Syahādah (الشهادة), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai rasulnya.

jika kita translate syahadah sebagai saksi, maka adakah semestinya perlu melihat baru boleh jadi saksi? jgn keliru dengan sebarang penambahan imbuhan. saksi dengan saksikan bukan kah berbeza?

untuk jadi saksi kita mesti percaya bahawa apa yang di saksikan itu wujud.

contoh, kita yakin, percaya dan menjadi saksi bahawa adanya angin. nampak ke angin tu? bagaimana nak buktikan kewujudan angin? kita hanya boleh merasa dengan panca indera dan melihat kesan dari angin. pokok bergoyang misalnya.

maka untuk jadi saksi akan kewujudan dan keesaan Allah Rabbul Jalil kita tidak perlu melihat seperti kehendak tuan tanah. tetapi kita melihat kesan kekuasaanNya dan merasa dengan pancaindera serta kurniaan akal dariNya.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 11:11 AM | Show all posts
Tuan tanah jadi keliru kerana menyempitkan maksud saksi hanya dengan melihat. moga ini dapat membantu...
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 04:27 PM | Show all posts
dipetik dari blog http://wardahzinnirah.blogspot.c ... tul-haq-part-1.html .. a good sharing about 'Syahadah'..

Bismillah. Salaam 'Alayk.

Anda pernah dengar tentang 'Syahadatul Haq'? Mungkin ada di antara kita yang tidak pernah mendengar 2 perkataan ini. Tetapi saya yakin anda sudah terlalu biasa mendengar tentang 'kalimah syahadah', bukan? Kalimah syahadah,yang merupakan persaksian yang kita lafazkan setiap kali di dalam solat kita.

"Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah, dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad pesuruh Allah."

Syahadah : penyaksian
Al Haq : kebenaran

Jadi, 'syahadatul haq' dari segi bahasa bermaksud, penyaksian terhadap kebenaran.
Penyaksian bahawa Allah itu Tuhan Yang Maha Esa, dan Nabi Muhammad itu pesuruhNya.

Bagaimana yang dikatakan dengan 'penyaksian'? Adakah sama maksudnya dengan 'pengakuan'?

Saya naik saksi vs Saya mengaku

Erk, ada bezakah keduanya? Macam sama saja..
Untuk lebih memahami perbezaannya,saya bawa anda kepada satu analogi.

Mr.X berada dalam satu situasi di mana dia melihat dengan mata kepalanya sendiri, seorang budak lelaki dilanggar kereta di dalam satu kemalangan jln raya.

Di mahkamah, Mr.X berkata di hadapan hakim,
"Saya betul-betul melihat dan menyaksikan budak tu dilanggar kereta !"

Jadi, kita boleh katakan Mr.X sebenarnya adalah seorang 'syahid', atau 'orang yang naik saksi'.

Anda rasa,kenapa Mr.X tak mengatakan sebegini:
"Saya mengaku, budak itu telah dilanggar dengan kereta."


Anda nampakkah perbezaannya? Ini kerana,sesiapa sahaja boleh membuat sebarang pengakuan tentang apa-apa sahaja.Apabila Mr.X membuat pengakuan, tidak semestinya dia melihat dengan matanya sendiri.Kemungkinan juga Mr.X mendengar berita tersebut daripada orang lain.

Bermakna, sesiapa sahaja boleh mengaku dan mengucap 2 kalimah syahadah , tetapi tidak semestinya dia benar-benar menyaksikan dan melaksanakan syahadatain tersebut.

Jadi, ada bezanya di antara orang yang NAIK SAKSI bahawa Allah itu satu, dengan orang yang MENGAKU bahawa Allah itu satu.

Bezanya adalah dari sudut degree of truth penyataan tersebut. Sudah tentu orang yang mengatakan "Aku naik saksi bahawa Allah itu satu." lebih diyakini kebenarannya daripada orang yang mengatakan, "Aku mengaku Allah itu satu.".
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:08 PM | Show all posts
mmg la dia tegakkan islam dgn susah payah sebab ayat al baqarah ayat 214,tapi bukan sengaja cari susah tak tentu pasal!!!
muhammad_code Post at 17-11-2009 02:47


kalau lah ilmu agama itu 1 pilihan, maka kita pilih jalan yg paling senang..sapa pun xmau susah

tp soal syahadah bukan perkara main2..ikut sedap lafaz je. org kafir pun skrg dah pandai ucap syahadah, bc al-fatihah..kita xmau  la sama mcm depa, mcm burung kakak tua, tau cakap tp xfaham..

bila kita dah ada ilmu maka barulah senang kita nak beramal..

kalu kita asyik pakai istilah agama itu xmenyusahkan, kita xkan keluar dri kepompong jahil..xmau susahkan diri nk belajaq, cukup dgn apa yg ada..walhal kita masih syirik ngan Allah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:13 PM | Show all posts
naik saksi = a) menjadi saksi (di pengadilan); b) mengaku (benar dll); (Kamus Dewan online)

substitute it to the shadah
Aku mengaku bahawa tiada tuhan yg di sembah melainkan Allah dan Aku mengaku  ...
kucingblue Post at 17-11-2009 10:44


salam..

bukan aku yg letak perkataan saksi tu, tp ulama terdahulu..kenapa dr dulu depa xganti dgn mengaku..
tentu la ada sebabnya..penyaksian dan pengakuan adalah pekara yg berbeza..

barangsiapa yg buta(xnampak Allah) di dunia, lebih buta lg dia di akhirat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 05:18 PM | Show all posts
Tuan tanah jadi keliru kerana menyempitkan maksud saksi hanya dengan melihat. moga ini dapat membantu...
mejik Post at 17-11-2009 11:11


aku mmg keliru dan slalu mengelirukan...dan aku sgt jelas bg org yg kenal aku..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 05:40 PM | Show all posts
adakah sudah clear?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-11-2009 10:24 PM | Show all posts
adakah sudah clear?
mejik Post at 17-11-2009 17:40


belum..semua penjelasan xtepat, kelabu dan jerebu... camna nak clear..

aku tunggu penjelasan lanjut...:cf:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-11-2009 10:30 PM | Show all posts
Just My 2 cents...

ni aku cedok dari wiki = Syahādah (الشهادة;), atau ucapan kepercayaan, adalah pernyataan kepercayaan dalam keesaan Tuhan (Allah) dan Nab ...
mejik Post at 17-11-2009 11:08


betul gak pendapat tuan..manakan pokok bergoyang kalu xdak angin..tp Allah tu pun mcm angin gak le ye..ada tp xnampak?

mcmana tuan rasa Allah ada kat kita? bukan ke Dia ada bersemayam atas Kursi kat Arasy nun..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2009 11:43 PM | Show all posts
kalau lah ilmu agama itu 1 pilihan, maka kita pilih jalan yg paling senang..sapa pun xmau susah

tp soal syahadah bukan perkara main2..ikut sedap lafaz je. org kafir pun skrg dah pandai ucap sya ...
baghal Post at 17-11-2009 17:08
sistem perbankan berlandaskan islam diletak taraf,sama tempat dgn sistem bank konvesenal,SYIRIK KE TIDAK???tu dah terang2 dpn mata kita tu!!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-12-2009 11:32 PM | Show all posts
Syahadah.....

RUKUN SYAHADAH
1. Mengisbatkan Zat Allah
2. Mengisbatkan Sifat Allah
3. Mengisbatkan Af'al Allah
4. Mengisbatkan Kebenaran serta kebesaran Nabi Muhammad S.A.W.

SYARAT SAH SYAHADAH

1. Diketahui akan perkataan dua kalimah syahadah itu serta mengisbatkan tauhid Allah dan mengisbatkan
    kebenaran dan kebesaran nabi Muhammad S.A.W.
2. Ikrar dgn lidah bagi mereka yg berkuasa
3. Tasdiq

4. Diamal segala rukun pada anggota jawareh.

Telah berkata Abi Musa meriwayatkan kepada aku Abi Jaffar telah berkata ia meriwayatkan kepada aku Abi Baqir telah berkata ia meriwayatkan kepada aku Ali Zainal Abidin telah berkata ia meriwayatkan kepada bapa aku Abi Hussin telah berkata ia meriwayatkan kepada aku bapa aku Ali bin Abi Thalib telah berkata ia aku dengar Nabi Muhammad S.A.W bersabda maksudnya:-

"Bermula iman itu makrifah dengan hati dan ikrar dengan lidah dan beramal dengan segala rukun"

MEMBINASAKAN SYAHADAH ITU 4 PEKARA

1. Menduakan Allah
2. Syak hatinya akan Allah
3. Menyangkal dirinya dan alam ini dijadikan oleh Allah
4. Tidak mengisbatkan dirinya sebagai Hamba Allah
Reply

Use magic Report

Post time 2-12-2009 04:27 PM | Show all posts
betul gak pendapat tuan..manakan pokok bergoyang kalu xdak angin..tp Allah tu pun mcm angin gak le ye..ada tp xnampak?

mcmana tuan rasa Allah ada kat kita? bukan ke Dia ada bersemayam atas Kurs ...
baghal Post at 17-11-2009 22:30

Allah ada dimana² sahaja. Adapun Dia itu tidak bertempat seperti manusia kan? Tak perlu lah kita nak pening² kan kepala memikirkan zatNya.....bagaimana Dia boleh ada di mana² sahaja sedangkan Dia bersemayam di atas arasy Nya..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.161891 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list