View: 3288|Reply: 9
|
IKS bumiputera gagal di pasar raya ???
[Copy link]
|
|
Cuma tujuh peratus produk mengisi pasar raya besar, kata Ismail Sabri
Oleh ZULKIFLI MANZOR
[email protected]
KUALA LUMPUR - Meskipun garis panduan kerajaan pada tahun 2004 menetapkan 30 peratus produk yang dijual di pasar raya asing mesti terdiri daripada produk keluaran industri kecil dan sederhana (IKS) bumiputera, hakikatnya sasaran itu masih gagal dicapai hingga kini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) berkata, pemerhatian mendapati cuma kira-kira tujuh peratus produk IKS bumiputera berjaya menembusi pasar raya asing ketika ini.
"Oleh itu, kita amat mengharapkan sokongan pasar raya asing seperti Carrefour, Giant, Tesco dan Jusco memastikan produk-produk IKS yang sesuai disenarai tetap di semua cawangan mereka," katanya pada sidang akhbar sempena majlis perasmian Program Penyesuaian Perniagaan di sini semalam.
Ismail Sabri berkata, walaupun kerajaan mengeluarkan garis panduan berhubung penyertaan asing dalam perdagangan pengedaran di Malaysia sejak 2004 tetapi garis panduan itu bukan sesuatu yang wajib.
http://www.kosmo.com.my |
|
|
|
|
|
|
|
mungkin sebabnya, pengeluaran tidak dapat menampung permintaan... |
|
|
|
|
|
|
|
lama dah..... aku tak pandai nak komen pasal nih... |
|
|
|
|
|
|
|
brand tu kena letak nama omputih kot...baru orang teruja nak beli...
pastu akan timbul isu tak patriotik...tiada jati diri... |
|
|
|
|
|
|
|
lagi satu...persepsi orang kita, apabila tengok produk bumiputra, mesti mengharapkan harga yang murah...
bila tengok harga agak tinggi sikit atau sama harga dengan produk yang sudah ada nama, rasa macam tak berbaloi untuk dibeli... |
|
|
|
|
|
|
|
Layanan pasaraya pada product IKS mmg mendukacitakan. Tempat yang sesuai untuk product IKS biasanya duk ujung sudut dan terselindung dan xnampak di mata pelanggan. Camna product IKS nak laku. Pas tuh product IKS cuma sekadar untuk memenuhi syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa sahaja.
Pastuh kalau nak dapatkan tempat untuk ditempatkan kt rak depan skali, kena ada payment bawah meja plak...
Kalau xsilap..kalau product IKS nak masuk Giant..kena ada deposit RM20000...Mana ada pengusaha IKS yg ada duit sebanyak tuh...
Pihak kerajaan sekadar keluarkan kenyataan tanpa menyelami masalah yang terpaksa tanggung oleh pengusaha. Sampai bila usahawan kita nak maju dengan berbagai halangan. |
|
|
|
|
|
|
|
payment pun lambat ...klu x silap la... |
|
|
|
|
|
|
|
kena cari jalan ni untuk bantu iks... |
|
|
|
|
|
|
|
6# alamseni
Setiap peniaga ada strategi masing2... objective selalu nak maximise the margin...
Pasaraya (baca "peniaga") bukan KERAJAAN (baca "pembuat polisi...so called....).
Pengeluar A (baca "orang melayu a.k.a usahawan yang kalau kerajaan tak tolong tak nak bergerak")
Strategi pasaraya -bila susun produk, yg reseable dan beri banyak margin pada pasaraya.
Customer melayu masuk pasaraya - dan pilih barang - selalunya - akan pilih
no. 1 - HALAL - ada chap halal dan nama ala2 melayu - assume orang melayu punya
no. 2. - MENARIK - dari segi packaging
no. 3 - MURAH - atau sekurang2nya affordable to buy
Pengeluar A - terpaksa bersaing dengan Ah Chong yang jual kicap dengan jenama "YAKIN" ... kalau pergi booth... penuh dengan gadis2 melayu... tetati jangan terperanjat bila yang bayar gaji tu tak sebangsa dengan gadis2 tersebut.. setakat chop HALAL... bukan susah apa pun.. kalau tak der chop halal .. jenama ABU, SITI, AMIN pun kita ingat orang melayu dan sure halal punya..
Pengeluar A - orang melayu yang tak banyak modal - tapi dapat geran packaging - malangnya kena pakai designer yang dilantik oleh kerajaan - (polisi nya takut peniaga dapat geran tapi pakai untuk benda lain) - so dapatlah packaging yang ala2 macam yg kita jumpa kat belakang2 pasaraya - kalau compare dgn maggie, nestle, cadbury ect ect ect
Pengeluar A - diberi pilihan - samada jual product jer, masuk pasaraya PAKAI jenama dan baju pasaraya dan marginnya akan lebih banyak dari menjual produk mereka dalam packaging serta jenama Pengeluar A... yer para usahawan, nak untung banyak ker nak untung sikit... ker nak rugi...
TAKKAN U ALL TAK PERASAN... pergilah beli gula, tepung, kalau kat gondolaz tu ada 2 jenama tepung, satu jenama AMIN dan satu lagi jenama PASARAYA.. mana satu u all beli... mesti beli AMIN kan, konon nak tolong AMIN, yang kita tak tau ... supplier AMIN tu bukan bangsa kita, tapi yang supply dalam plastik pasaraya tulah bangsa kita...
Pengeluar A selain dari deposit, juga diberi tempuh2 tertentu... tak dapat jual, produk return back..
so lepas2 agak2 cukup waktu, pasaraya pun pergi kat kerajaan,
KAMI TOLONG IKS. TAPI BARANG IKS TAK BOLEH MOVE...
PASARAYA PUN BERNIAGA JUGA...
so Pak MEnteri tanya KSU, KSU tanya TKSU, TKSU tanya pegawai seranta, pegawai tanya CC... seterusnya, sampai kepada peniaga, peniaga pun mengeluh, bila sampai kat atas, kata tak bersyukur, tak berterima kasih, ect ect ect..
so, kementerian usahawan pun dah tak der... agak2 Najib boleh tolong tengok2 kan sample display dalam rak showcase kat ground floor bangunan MECD tu... kot2 ada yang expiry ker.. packaging cantik2 tapi tak pernah jumpa kat pasaraya pun! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tima kasih hazel...
Mmg pon, usahawan melayu kurang ilmu, kurang modal, xmampu bersaing ngan pengeluar dan peruncit yang besar2.
Dari segi packaging pon pengusaha melayu duk terkebelakang. Kadang2 sebab nak kurangkan kos, pakai bungkus lebih kurang.
Penah gak masuk pasaraya n survey barang IKS, mmg xceria langsung.
Kemunculan peruncit besar jugak buat pengusaha IKS tertekan. Pengusaha kena ikut kehendak peruncit kalau nak barang dijual dipremis mereka.
Business yang laju sblum nih, dah jadi perlahan. Mampukah kita cari penyelesaian.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|