|
Faizal Tahir tak sabar ke AJL 2009
Oleh MALIAH SURIP
Faizal Tahir
KUALA LUMPUR - Penyanyi terkenal Faizal Tahir tidak sabar untuk menyanyikan sendiri lagunya, Bencinta dalam Pertandingan Akhir Anugerah Juara Lagu 2009 tidak lama lagi jika kesihatannya mengizinkan.
Menurut Pengurus Label syarikat rakaman Monkey Bone, Edris Adrian, Faizal membuat kenyataan demikian menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) kepadanya semalam.
"Buat masa ini, dia (Faizal) akan berehat secukupnya dan menjalani rawatan bagi memastikan kesihatannya kembali pulih.
"Bagaimanapun, ia akan mengambil sedikit masa untuk Faizal pulih sepenuhnya sebelum kembali beraksi (menyanyi) seperti biasa," jelasnya.
Edris berkata, Faizal atau nama sebenarnya Ahmad Faizal Mohammad Tahir, 30, yang enggan bertemu pihak media kerana mahu berehat memberitahu, keadaannya kini semakin baik tetapi masih perlu dirawat di hospital beberapa hari lagi kerana masalah jangkitan paru-paru.
Sebelum ini, media melaporkan penyanyi yang popular dengan lagu Mahakarya Cinta itu dimasukkan ke hospital selepas sakit dada dan mengalami batuk berdarah kerana jangkitan paru-paru.
p/s..........Insya-Allah, Faizal Tahir akan perform sendiri lagu Bencinta itu...... |
|