CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2273|Reply: 1

sape byk duit boleh beli....

[Copy link]
Post time 23-11-2009 08:18 AM | Show all posts |Read mode
SPNB kini dalam dilemaOleh AINUL ASNIERA AHSAN
[email protected]

Kamarul Rashdan Salleh

KUALA LUMPUR 22 Nov. - Syarikat Perumahan Negara Bhd. (SPNB)mengakui berdepan masalah kewangan dan kini menimbang kemungkinanmenjual sebahagian tanah miliknya dan juga projek perumahan mampu milikyang dilaksanakannya.
Pengarah Urusannya, Prof. Dr. Kamarul Rashdan Salleh berkata, SPNB,syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan berada dalam dilemayang sukar sekali dan tidak mempunyai pilihan lain.
Beliau menjelaskan, sebelum kenaikan harga minyak dunia, SPNB telahmembuat pinjaman untuk membangunkan rumah mampu milik untuk rakyatMalaysia tetapi kenaikan komoditi itu menyebabkan harga barangan mentahmelonjak.
Beliau menjelaskan, SPNB terpaksa menanggung peningkatan kossebanyak 20 peratus bagi 35 buah projek mampu milik yangdilaksanakannya di seluruh negara.
Projek rumah mampu milik itu membabitkan pembinaan 35,583 buah kediaman untuk golongan berpendapatan sederhana rendah.
''Bayangkanlah sekiranya setiap 35 projek kediaman mampu milik yangbernilai antara RM10 juta hingga RM200 juta meningkat 20 peratus,berapa banyak kos tambahan yang terpaksa SPNB tanggung?,'' katanyakepada Utusan Malaysia ketika ditemui di sini.
Projek mampu milik merupakan satu-satunya produk yang memberisumbangan besar kepada perolehan SPNB. Tiga projek lain iaitu ProgramRumah Mesra Rakyat, Program Pemulihan Perumahan Terbengkalai, ProgramKuarters Kerajaan dan Program Perumahan Khas, kesemua ditanggung olehdana kerajaan.
Kamarul Rashdan berkata, pembiayaan rumah mampu milik, sebahagiandaripada kosnya adalah dibiayai oleh SPNB manakala sebahagian lagiadalah melalui hasil jualan rumah berkenaan.
Kamarul Rashdan berkata, SPNB terpaksa menanggung sendiri masalahyang dihadapinya kerana adalah mustahil untuk meminta bantuan kerajaankerana jumlah yang terbabit adalah besar.
''Kami tidak boleh sewenang-wenangnya membuat pinjaman kerana ia akan menyebabkan liabiliti semakin besar,'' jelasnya.
Beliau berkata, demi kelangsungan operasi dan komitmen SPNB kepadarakyat, syarikat itu tidak mempunyai pilihan lain kecuali melupuskanbank-bank tanah dan melaksanakan konsep perkongsian awam-swasta (PPP).
''Kita terpaksa menggunakan dan mengoptimumkan aset yang ada, selain melaksanakan langkah-langkah lain,'' ujarnya.
Pada masa sama, kata beliau, SPNB juga perlu melaksanakanpenstrukturan pinjaman dengan memindahkan defisit kepada institusiperbankan yang mampu memberikan tawaran pembayaran lebih baik danmemperhebatkan promosi jualan rumah mampu milik.
Kamarul Rashdan mengesahkan bahawa pihaknya sedang berbincang denganbeberapa syarikat hartanah tempatan yang berminat melaksanakan projekperumahan mampu milik. Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.
''Kita menaruh harapan sekiranya pelan ini berjalan lancar, alirantunai SPNB akan kembali stabil pada suku ketiga 2010, meskipun prosespenyelesaiannya mengambil masa dua tahun,'' tambahnya,
Ditanya tentang masalah yang dihadapi SPNB, beliau mengakui syarikatberkenaan menghadapi masalah untuk menjual kediaman-kediaman yangdibangunkan.
Beliau berkata, walaupun SPNB menawarkan harga kediaman jauh lebihrendah daripada pasaran sekitar 15 hingga 30 peratus mengikut lokasidan potongan harga lebih besar kepada Bumiputera, ia masih gagalmengatasi masalah lambakan rumah yang ada.
Masalah lambakan timbul berikutan para pembeli mengalami kesukaranuntuk mendapatkan pembiayaan akibat kerenah birokrasi institusiperbankan tempatan dan juga bakal pembeli telah disenarai hitam olehinstitusi kewangan (CTOS).
''Selain masalah CTOS, pembeli turut dibebani dengan kerenah birokrasi bank yang mahukan pelbagai penyata dan pengesahan.
''Sedangkan kediaman ini SPNB bina hanya ditawarkan kepada golongansederhana rendah yang terdiri daripada pemandu teksi, peniaga kecilselain kakitangan awam seperti guru, anggota polis dan tentera.
''Masalah ini menyebabkan SPNB sukar memasarkan kediaman dan apayang jadi, SPNB mengalami masalah lambakan kediaman,'' jelas beliau.
Beliau berharap pembentangan Akta Kawalan Kredit oleh KementerianKewangan dapat menyelesaikan masalah ini, sekali gus memudahkansyarikat terbabit memasarkan kediaman mereka.
Ditanya sama ada SPNB boleh mengubah operasi syarikat itu yangmenjurus kepada komersial, beliau secara berseloroh berkata: ''Kalauboleh memang baik, hendak juga jadi seperti syarikat hartanah swastatetapi perkara itu mustahil''.
Beliau tidak menolak sekiranya berlaku perubahan itu, ia akanmenyebabkan daya saing dalam sektor perumahan akan berkurangan keranasektor swasta akan beranggapan SPNB sentiasa menjadi 'anak emas'kerajaan.
Berikutan itu, katanya, SPNB akan kekal menjadi organisasi sekarang,selaras dengan objektifnya untuk melaksanakan tanggungjawab sosialkepada rakyat Malaysia.
''Kita akan terus memberi tumpuan kepada segmen pasaran hartanah yang hanya memberi keuntungan minimum,'' tambahnya.
utusan
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 09:00 AM | Show all posts
dah rumah tak laku jual je la kat org lain .... ni jual tanah plak. lagi la rugi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:49 PM GMT+8 , Processed in 0.121278 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list