CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4604|Reply: 5

Guru jadi usahawan kopi

[Copy link]
Post time 23-11-2009 08:19 AM | Show all posts |Read mode
PETALING JAYA 22 Nov. - Beliau asalnya berkhidmat sebagai gurutetapi kini menjadi usahawan kopi tempatan yang berjaya. Keperitan yangdilalui sebagai seorang usahawan menjadikan Kamal Mohd. Nor, 37 lebihmatang dalam perniagaan.
Pengalaman yang dilalui membolehkan beliau kini menjawat jawatanPengarah Urusan Superbest Power (M) Sdn. Bhd. (Superbest Power),syarikat perniagaan berasaskan kopi yang ditubuhnya sendiri pada April2008.
Syarikat miliknya mungkin dianggap setahun jagung tetapi operasinyasemakin berkembang ke seluruh negara dan luar negara. Kalau dahulusekadar mampu bertatih, sekarang, Superbest sudah mampu berlari.
Menurut Kamal, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia perniagaansewaktu melanjutkan pelajaran peringkat ijazah pertama secara luarkampus di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) di Semarak, Kuala Lumpur.
Beliau yang mengajar di sebuah sekolah menengah di Jengka, terpaksa berulang-alik ke ibu kota setiap minggu.
Minat untuk berniaga timbul apabila beliau kagum dengan kejayaansebuah gerai ayam goreng di pasar malam berhampiran kampus UTM yangmendapat sambutan 'luar biasa'.
Daripada situ, Kamal membuka perniagaan ayam segar dengan bermodalkan permulaan sebanyak RM300.
''Pada mulanya, saya berniaga kecil-kecilan iaitu meniaga 20 hingga 30 ekor ayam segar sehari.
Pada waktu itu, pendapatan bersih saya kira-kira RM100 sehari dan iaberbaloi untuk menampung keperluan harian sebagai guru dan juga pelajarluar kampus,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini.
Kamal berkata, perniagaan itu dijalankan secara kecilan-kecilankerana masih belajar dan menjadi guru, apatah lagi hasrat awal adalahmeningkatkan taraf hidupnya keluarga yang ditanggungnya.
Pada tahun 2000, peniagaan Kamal sebagai peniaga ayam segarbertambah besar dan pada masa yang sama beliau berjaya meluaskanperniagaannya sebagai pembekal makanan sejuk beku di beberapa bandar diPahang, terutamanya di Jengka dan Maran.
Tetapi lima tahun kemudian, perniagaan yang diusahakannya menjadimalap berikutan kemunculan beberapa pasar raya di sekitar Pusat BandarJengka, Pahang yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan.
"Kewujudan pasar raya di Jengka telah membunuh perniagaan saya.Setelah tidak dapat bertahan lagi, perniagaan makanan sejuk beku yangdiusahakan saya terpaksa ditutup pada tahun 2005 berikutan kurangmendapat sambutan para pelanggan,'' ujarnya.
Kamal, bagaimanapun bernasib baik kerana pada masa yang sama, beliaumempunyai perniagaan kafe di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia(UIAM), Gombak, Kuala Lumpur yang menjadi kesinambungan kehidupannyasekeluarga.
Malangnya, pada tahun yang sama, perniagaan Kamal gulung tikar, lalubeliau mengambil keputusan meletak jawatan sebagai seorang guru untukmenceburi perniagaan sepenuh masa.
Beliau kemudiannya menyertai sebuah syarikat pemasaran bertingkat(MLM) yang menawarkan perniagaan berasaskan barangan runcit dan beliauberjaya menjadi salah seorang ketuanya.
Di syarikat itu, Kamal mendapati kopi yang dijual itu gagal menepaticita rasa masyarakat sehingga memberi idea kepada beliau untuk menciptakopi yang menepati kehendak pelanggan.
Pada waktu itu, Kamal menggunakan syarikat salah seorang rakannyauntuk mengeluarkan kopi berkenaan dan berjaya menjualnya dengan pasaranyang meluas.
Tetapi, langit tidak selalunya cerah, Kamal terpaksa melalui satulagi episod kepayahan dalam hidupnya apabila rakannya itu lupa diri danbeliau ditipu, sekali gus menarik diri daripada menjadi rakan kongsi.
Dalam keadaan sehelai sepinggang dan berbekalkan wang tunai RM1,500,Kamal membawa diri ke ibu kota Kuala Lumpur dan memulakan perniagaanbaru.
"Kerajaan termasuk Majlis Amanah Rakyat (Mara) banyak membantu sayauntuk membina perniagaan baru pada waktu saya amat memerlukan bantuan.
''Pada 4 April 2008, saya mula menubuhkan syarikat Superbest Poweryang memberi peluang kepada ramai golongan muda peluang pekerjaan.
"Pengalaman lalu memberi saya kekuatan untuk menjalankan perniagaan berasaskan kopi,'' katanya.
Kini, jenama Superbest Power sudah berkembang dengan meluasnya keseluruh negara terutamanya di gerai-gerai dan kedai kopi yang terletakdi bandar dan di kawasan pedalaman.
Kini syarikat itu telah pun memasuki pasaran pertamanya ke luarnegara iaitu Myanmar pada tahun ini selain membuka kilang baru untukmemenuhi keperluan permintaan meningkat.
Kini Superbest Power mempunyai lebih 50 stokis di seluruh negara dengan tiga produk ditawarkan iaitu kopi pra-campuran Superbest Power, Icecool Ice Lemon Tea serta yang terbaru, HERO.
utusan


p/s:aku juga bekas guru x sempat merasa pencen krn mnceburi bsnes ......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 08:54 AM | Show all posts
org lain berebut2 nak keje gov. ko berenti. tak sayang ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 10:56 AM | Show all posts
peluang ada di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:09 PM | Show all posts
..........
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 08:12 AM | Show all posts
Yang nih petikan yang saya baca dalam buku tulisan Robert Kiyosaki, seorang jutawan berbangsa jepun, yang menetap di Amerika.

"An important distinction is that rich people buy luxuries last, while the poor and middle class tend to buy luxuries first. The poor and the middle class often buy luxury items such as big houses, diamonds, furs, jewelry or boats because they want to look rich. They look rich, but in reality they just get deeper in debt on credit. The old-money people, the long-term rich, built their asset column first. Then, the income generated from the asset
column bought their luxuries. The poor and middle class buy luxuries with their own
sweat, blood and children's inheritance."

Bukan senang..kalau nak senang...bukan susah kalau nak susah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 08:32 AM | Show all posts
jd  guru ni bnyak beban.......tunggu saya genap 25 thn nk pencen jg...
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:34 PM GMT+8 , Processed in 0.123907 second(s), 19 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list