View: 2242|Reply: 2
|
kasihan usahawan pajak gadai islam....
[Copy link]
|
|
Kedai pajak gadai Islam rugi rm7 jutaKANGAR 22 Nov. – Sebuah kedai pajak gadai Islam di Taman Sena Indahdekat sini kehilangan barang kemas yang dianggarkan bernilai RM7 jutaserta wang tunai sebanyak RM68,000 akibat dimasuki pencuri.
Ketua Polis Daerah Kangar, Pemangku Supritendan Abdul Rahman Mohd.Noordin berkata, siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlakuantara tengah malam tadi dan awal hari ini.
Katanya, pencuri memasuki premis itu melalui pintu belakang yang diumpil dan melarikan barangan kemas dan wang tunai itu.
Beliau berkata, polis menerima laporan kejadian itu pukul 12.30 tengah hari daripada kakitangan kedai itu.
Menurutnya, setakat ini polis belum mengenal pasti suspek dalamkejadian itu namun rakaman kamera litar tertutup (CCTV) akan dilakukan.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kemungkinan ia dilakukan olehpencuri secara berkumpulan dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen457 Kanun Keseksaan.
— Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
harap2 dia ada ambik insurance perniagaan... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|