CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1816|Reply: 0

Keropok Terengganu selamat dimakan

[Copy link]
Post time 23-11-2009 08:36 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Semua produk keropok termasuk keropok lekor yangdipasarkan di Terengganu masih selamat untuk dimakan, kata PengarahJabatan Kesihatan negeri, Dr. Nordiyanah Hassan.
Beliau bagaimanapun menasihatkan pengguna supaya memastikan makananitu dimasak sepenuhnya terlebih dahulu dan dimakan semasa masih panas.
Menurut beliau, pengguna juga tidak digalakkan memakan keropok yangsudah sejuk walaupun telah digoreng atau direbus sebagai langkahberjaga-jaga bagi mengelak terkena jangkitan penyakit taun.
"Keropok lekor dan keropok keping di negeri ini masih selamat untukdimakan tetapi bagi keropok lekor yang dibeli bungkus, sebaiknyaapabila pulang ke rumah hendaklah dimasak semula dan dimakan semasamasih panas.
"Ini kerana kita bimbang semasa proses pembungkusan, keropok itujuga terdedah dengan pencemaran terutama jangkitan kuman yangmenyebabkan taun," katanya ketika dihubungi di sini semalam.
Beliau diminta mengulas kebimbangan sesetengah pihak untuk makankeropok terutamanya keropok lekor setelah produk itu dikenal pastisebagai salah satu punca penularan wabak taun di negeri itu sekarang.
kosmo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 06:42 PM GMT+8 , Processed in 0.051912 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list