View: 24238|Reply: 276
|
[Exclusive] First single - AMARAHKU (duet Siti-KD)
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by calmille at 1-12-2009 15:36
Post Last Edit by calmille at 26-11-2009 02:55
Siti Nurhaliza & Krisdayanti Rakam Lagu Duet "Dalam Diamku"POSTED BY SULTANMUZAFFAR WEDNESDAY, NOVEMBER 25, 2009
Lima lagu selesai dirakam oleh dua penyanyi hebat Nusantara ini dalam tempoh tiga hari. Malam tadi merupakan hari terakhir KD berada di Kuala Lumpur untuk merakamkan lagu terakhir ciptaan Audi Mok, Dalam Diamku. Ia hanya mengambil masa dua jam sahaja. Begitulah hebatnya dua penyanyi ini apabila bekerja sebagai sepasang sahabat. Namun saya dan beberapa teman wartawan hanya pulang melewati pukul 1 pagi. Selesai wawancara Bikin saya, kami semua pulang dengan puas kerana sempat diberikan peluang mendengar tiga lagu ciptaan Audi yang telah selesai dirakamkan. Saya tertarik dengan jawapan mereka tentang bagaimana optimisnya mereka terhadap album itu baik di Malaysia atau pun Indonesia. Kata mereka selain mengukuhkan lagi persahabatan mereka, setidak-tidaknya album itu dapat menguatkan lagi sokongan moral mereka terhadap dua negara yang kini semakin dipanaskan dengan cerita-cerita hubungan rakyat dua negara. InsyaAllah, Ahad ini akan dapat anda tonton menerusi Gala TV Plus di Astro AWANI. Album yang masih belum bertajuk itu akan dipasarkan pada bulan Disember ini di Malaysia dan Indonesia.
Read more: http://sultanmuzaffar.blogspot.com/2009/11/siti-nurhaliza-krisdayanti-rakam-lagu.html#ixzz0XrOVcw8e
Under Creative Commons License: Attribution Non-Commercial No Derivatives |
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
tak sbr nk dgr lagu2 duet Siti & KD.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku dalam dilema.. nak beli ke tak album nih.. kekeke |
|
|
|
|
|
|
|
ya hampunnnnn!! the most anticipated album of the year!! can't wait! harus bt promo nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
5 lagu je ke?
3 lagu dr audi... 2 lg dari sape?
xde komposer indon ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dengar ada lagi lagu yg blom dirakam...lagu dari indonesia... |
|
|
|
|
|
|
|
tak sabar nk dengar |
|
|
|
|
|
|
|
5 lagu je ke?
3 lagu dr audi... 2 lg dari sape?
xde komposer indon ke?
ang Post at 25-11-2009 22:30
mksdnye 5 lagu je dh rkm
bknnye 5 lagu satu album
3 lagu audi mok
2 lagu composer m'sia - harapnye aubrey suwito, ajai, azlan abu hassan
baki 3 lagi komposer indon...ak nak melly goeslow, dewiq |
|
|
|
|
|
|
|
10# eddysheddy
sblum ni CT ada ckp yg dia nk lagu dari aubrey, sharon paul, aidit alfian n audi mok tuk album duet ni...
n 4 komposer dr indon... KD pilih...
lps kes KD diboikot oleh komposer indon...
tetiba CT kuar kat paper 2 lagu dari audi n 1 dr aubrey n sharonpaul...
skrang da jadi 3 dari audi...
xtau la... dri Indon ada x?
arap ada dr Melly...
;p |
|
|
|
|
|
|
|
10# eddysheddy
sblum ni CT ada ckp yg dia nk lagu dari aubrey, sharon paul, aidit alfian n audi mok tuk album duet ni...
n 4 komposer dr indon... KD pilih...
lps kes KD diboikot oleh komposer i ...
ang Post at 26-11-2009 01:15
i tak taupon Kd diboikot komposer indon |
|
|
|
|
|
|
|
ntah btul ke tak la psl tu..
sbb kes cerai dia tu la...
sbb tu dia ssh cr lagu skrang...
ni kabar2 angin kat indon la...
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
ntah btul ke tak la psl tu..
sbb kes cerai dia tu la...
sbb tu dia ssh cr lagu skrang...
ni kabar2 angin kat indon la...
huhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Takde lagu duet dari Pak Ngah ke ala-ala Hati Kama? :re: |
|
|
|
|
|
|
|
ni kan album pop. x ferlu rasanya lagu irama |
|
|
|
|
|
|
|
eh tp ada jek lagu baru KD dr komposer indo tajuk apa x ingt tp ciptaan Maia bru je d rilis..aku rsa ada la lagu dr INdo..motip nk gak lagu Indo??,..hihihi |
|
|
|
|
|
|
|
Beradu Vokal
Siti Nurhaliza, Krisdayanti saling menghormati, tiada istilah mahu tunjuk kehebatan apabila berduet dalam satu album
SETAHUN lalu, Datuk Siti Nurhaliza dan Krisdayanti pernah merancang untuk merakamkan sebuah album duet. Bagaimanapun, impian itu terbiar seketika kerana dua penyanyi tersohor ini begitu sibuk dengan urusan masing-masing. Sepanjang tempoh itu, Siti dan Krisdayanti atau lebih mesra disapa KD sempat juga menghasilkan album solo. Pun begitu, hasrat untuk bergandingan dalam sebuah album masih belum pudar dan tetap membara.
Ternyata masa berlalu begitu pantas. Hanya selepas tempoh setahun dilewati, barulah peluang itu muncul di depan mata. Dan malam kelmarin, Fuse Studio, milik komposer Audi Mok menjadi saksi dua diva ini melantunkan vokal hebat mereka menyanyikan lagu berjudul Dalam Diamku, yang juga ciptaan komposer dan juga suami kepada penyanyi Nikki itu.
Sebaik saja kaki melangkah ke dalam studio itu, kedengaran irama perlahan dan menyentuh kalbu itu berkumandang memecah keheningan malam. Sayup-sayup kedengaran suara Siti dan KD mengalunkan lagu yang liriknya mempunyai maksud yang cukup mendalam. Selepas hampir dua jam berada di dalam perut studio, barulah dua penyanyi ini muncul.
Keceriaan, kepuasan dan keseronokan jelas terpancar di wajah mereka. Biarpun terpaksa menyiapkan lima buah lagu dalam tempoh yang cukup singkat namun bagi dua penyanyi ini, itulah pengalaman paling berharga buat mereka.
“Walaupun saya sendiri agak terkejut dengan cara Siti bekerja iaitu apabila kami perlu menyelesaikan rakaman pada masa yang singkat tapi selepas mendengar hasilnya, saya jadi seronok dan teruja. Tapi tak dinafikan, merakamkan lagu untuk album ini memang memberi cabaran buat saya kerana cara penyampaian kami dalam album ini agak berbeza.
“Lagu yang kami rakamkan itu cukup teknikal. Kami kena nyanyi baris yang berselang dan kami kena sentiasa peka supaya tidak membuat kesilapan. Dan paling sukar apabila saya kena menyanyi dalam lenggok Melayu,” cerita KD ketika ditemui selepas usai rakaman.
Tidak dinafikan, apabila dua diva ini bersatu, pasti akan ada yang cuba membandingkan mereka berdua. Malah, ada juga yang akan melihat album ini sebagai platform untuk menunjukkan vokal siapa yang lebih hebat. Bagaimanapun, mereka menafikan tanggapan nakal itu.
“Sebelum masuk dalam studio, kami akan berbincang terlebih dulu dan membahagikan baris mana yang Siti atau KD perlu nyanyikan. Ikut kesesuaian vokal masing-masing. Itu untuk lagu ciptaan Audi. Tapi kalau lagu Aubrey, dia sendiri sudah tetapkan siapa yang perlu nyanyikan baris tertentu itu,”ujar Siti.
“Album ini bukanlah untuk menunjukkan vokal siapa paling hebat. Kami nyanyi berdasarkan kemampuan sendiri. Kalau saya tidak mampu menyanyikan lagu itu dengan nada tinggi, untuk apa saya memaksa diri? Jadi saya serahkan saja tugas itu pada Siti,” kata KD.
Bukan saja menyanyi bersama tetapi untuk album ini, Siti dan KD turut menyumbangkan lirik. KD menulis lirik untuk lagu ciptaan Audi juga yang berjudul Jika Kau Tak Datang dan menulis bersama Siti untuk lagu Amarahku.
“Untuk lagu Amarahku ini, Siti mengangkat sifat wanita yang tak mudah mengalah. Kira lagu nyanyian kami ini adalah luahan emosi kami berdua terhadap apa yang berlaku pada kami ketika ini. KD mungkin berdasarkan peristiwa yang dilaluinya ketika ini manakala saya pula mengenai perasaan cinta terhadap suami,” ujar penyanyi berdagu lekuk ini.
“Siti memang bijak membaca isi hati saya dan dia juga seorang pendengar yang baik. Walaupun saya berdepan dengan masalah rumah tangga tapi dia tidak pernah bertanyakan hal itu kepada saya. Dia begitu menghormati saya dan saya gembira dengan persahabatan yang terjalin ini,” luah KD sambil memeluk Siti yang setia berada di sisinya. Selain Audi dan Aubrey, komposer Malaysia yang turut menyumbang lagu untuk album itu adalah Sharon Paul.
Sehingga kini, menurut penyanyi jelita ini dia masih seperti tidak percaya bahawa kolaborasinya bersama Siti itu akhirnya menjadi kenyataan.
“Iyalah, sebelum ini rancangan untuk menerbitkan projek album duet ini banyak bergantung pada Anang dan lebih kepada bisnes. Jadi sedikit sebanyak, urusan itu terpaksa mengambil masa lama. Tapi selepas kami berpisah, alhamdulillah semua urusan itu nampaknya dipermudahkan Tuhan dan akhirnya kami berjaya juga melaksanakan projek ini,” kata penyanyi yang mendapat jolokan Janda Meletup ini.
Selepas merakamkan lima lagu, Siti akan terbang ke Jakarta 30 November ini untuk merakamkan lagu terakhir mereka berjudul Sayang, ciptaan Charli dari kumpulan ST12.
“Selain merakamkan lagu ini, kami juga akan membuat rakaman klip video dan kulit album sekali. Insya-Allah, album ini akan disiapkan sebelum penghujung tahun ini dan ia juga akan dipasarkan di kedua-dua buah negara,” ujar Siti yang tidak menolak kemungkinan sebuah konsert akan menyusul sempena pelancaran album ini nanti.
Tak lupa ibadah korban
ESOK, seluruh umat Islam akan menyambut perayaan Aidiladha, perayaan yang akan kembali mengingatkan kita mengenai kisah pengorbanan peristiwa pengorbanan dua insan mulia Nabi Allah Ibrahim dan anaknya Nabi Allah Ismail. Sebagai insan biasa, pastinya kita juga tidak terlepas dari melakukan pengorbanan. Bagi KD, pengorbanan paling besar dilakukannya adalah apabila dia terpaksa berpisah dengan dua cahaya mata yang tercinta.
“Sejak peristiwa perceraian itu, dua anak saya Aurel dan Azriel berada di bawah jagaan bekas suami saya kerana mahkamah belum menetapkan siapakah yang layak untuk memelihara anak itu. Jadi buat masa ini Ananglah yang akan menjaga mereka. Saya akui peluang untuk saya melihat anak saya agak terbatas dan saya akui amat merindui mereka.
“Tapi tak mengapa. Saya percaya, kalau kita lakukan sesuatu itu dengan ikhlas, tuhan pasti akan memberi ganjaran kepada hambanya,” ujar KD yang mengakui dirinya sudah dapat menerima hakikat yang dia kini seorang janda.
Diajak berbicara mengenai pengalamannya mengerjakan ibadah haji, KD berkata pastinya saat melakukan rukun Islam kelima itu bersama bekas suami menjadi satu kenangan yang indah buatnya.
“Kami mengerjakan haji pada tahun 2005 dan itulah saat paling indah yang saya lalui bersama Anang. Selain mengerjakan haji, saya juga banyak melalui kenangan manis sewaktu mengerjakan umrah. Keputusan untuk bercerai juga dibuat sama sewaktu saya mengerjakan umrah. Begitu juga doa saya untuk melihat projek kolaborasi ini berhasil,”cerita KD yang akan menyambut perayaan korban itu di Jogja dan Jakarta. Dia juga akan melakukan ibadah korban dengan menyembelih 20 ekor kambing.
Sementara itu, Siti menyifatkan kehilangan zaman remajanya sebagai satu pengorbanan paling besar yang pernah dilakukannya.
“Siti jadi artis pada usia yang muda dan pastinya Siti tidak dapat melalui zaman remaja seperti orang lain. Tapi Siti tidak melihat perkara itu sebagai negatif. Memandangkan Siti yang memilih menjalani kehidupan sebagai artis, jadi Siti harus melaluinya dengan penuh ketabahan,” katanya yang juga akan melakukan ibadah korban dengan menyembelih dua ekor lembu.
Selain itu, lebih membuatkan Siti teruja adalah apabila hajatnya untuk mengupah orang melakukan haji buat arwah bapanya tertunai juga.
“Alhamdulillah, nampaknya hasrat Siti untuk membuatkan haji untuk arwah bapa Siti tercapai. Malah Siti juga akan melakukan ibadah korban di Makkah nanti dengan menyembelih unta,” kata Siti yang akan muncul dengan konsert Bagaikan Sakti bersama M Nasir di Singapura, awal tahun depan.
credit: Berita Harian |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ezal at 26-11-2009 09:51
Alhamdulillah...
Dpt gak hasrat DCT buatkan haji untuk allahyarham Abah nye...
Pulak tue, dia rajin b'sedekah...
Siap wat ibadah korban kat Makkah ngan sembelih unta lg...
X ckup ngan tue, DCT siap sembelih 2 ekor lembu kt Mesia...
Siap la nnt, ade jerk ANTI CT akn m'nyalak & kuar kn fatwa2 dr mazhab masing2,
yg akn ckp itu ini...
To DCT, jgn d layan tue smua... Amalan Pahala Syurga bkn hak diorg utk tentu kn...
Klu ada rezeki b'lebihan, xsalah...
Yg penting, AMALAN... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by ezal at 26-11-2009 09:51
Alhamdulillah...
Dpt gak hasrat DCT buatkan haji untuk allahyarham Abah nye...
Pulak tue, dia rajin b'sedekah...
Siap wat ibadah korban kat Makkah nga ...
ezal Post at 26-11-2009 09:49
ala itu dh smstinya la ezal..CT pn dh alah bisa tegal biasa..hope bersabor la bnyk2 ngn anasir2 luar itu..hihi |
|
|
|
|
|
|
| |
|