View: 3822|Reply: 11
|
Bakal tampilkan anak kembar
[Copy link]
|
|
| Ziana Zain
|
SEORANG figura yang cukup dikenali ramai, nama Ziana Zain tidak akanpernah pudar dalam industri seni tanah air. Baik sebagai penyanyimahupun aktres, wanita ini sukses luar biasa.
Sejak muncul pada tahun 1992 dengan lagu Madah Berhelah, tidak sedikit pengiktirafan yang digondol wanita berusia 41 tahun ini.
Sementara di layar lebar juga, Ziana yang terkenal dengan trademarkkening terangkat turut mengumpul peminat tersendiri dengan aura lakonanyang ada impak tersendiri.
Sedang bercuti rehat selepas selamat melahirkan sepasang kembarlelaki perempuan yang bernama Muhammad Ariel dan Siti Nour Kaseh padaJulai lalu, wajah Ziana yang dirindui peminat bagaimanapun bolehdilihat di kaca televisyen pada malam ini.
Menerusi drama khas sempena Aidiladha, kakak kepada penyanyi pujaanramai, Anuar Zain ini memperlihatkan kredibiliti lakonannya dalam dramaTetamu Allah yang disiarkan buat tahun kedua.
Membawa watak Juliana, bekas pramugari yang sosial dan mengahwinilelaki Barat bernama Micheal dari Switzerland, kehidupan pasangan initidak berpandukan jalan Islam.
Semuanya mula berubah selepas Juliana mengerjakan umrah dan tersedardaripada lamunan selain dikurniakan anak kurang upaya yang membuatkankehidupannya dengan Micheal berantakan.
Mengaku teruja dengan watak Juliana, Tetamu Allah akan bersiaran dalam slot Sinema Ahad On 2, pukul 10 malam ini di TV2.
Sementara itu, menyentuh tentang perkembangan terkininya, Ziana yangberkahwin dengan juruterbang, Armin Zaharin Ahmad Zambri Armin pada 9Mei 1998 dan dikurniakan empat cahaya mata termasuk Muhammad Aiman, 8,dan Muhammad Ammar, 5, kini sudah bersedia untuk kembali ke pentashiburan.
Januari diletakkan sebagai sasaran Ziana yang kini dalam prosesmengembalikan bentuk badannya kepada saiz ideal untuk muncul dengansesuatu yang baru.
“Ziana akan muncul dengan single terbarunya ciptaan Sharon Paulberjudul Pawana. Serentak itu dia juga akan kembali aktif selepasberehat panjang,” ujar pengurusnya, Lisa Aryani.
Lisa turut memberitahu, sebaik Ziana kembali aktif, dia merancanguntuk memperkenalkan sepasang kembarnya, Ariel dan Kaseh kepada umum.
P/S = http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1129&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_11.htm
Harap sape yang merindui ZZ akan sabar menanti ya.
<ahref='http://ad2.perfisio.com/openx/www/delivery/ck.php?n=a888d112&amp;cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE'target='_blank'><imgsrc='http://ad2.perfisio.com/openx/www/delivery/avw.php?zoneid=6&amp;cb=INSERT_RANDOM_NUMBER_HERE&amp;n=a888d112'border='0' alt='' /></a>
|
|
|
|
|
|
|
|
Akhirnya PAWANA muncul :pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
besttnye x sabau nk dgar lagu pawana....
harap skali ngan album baru..serta konsert baru..
n anak kembar yg baru...bizinya januari nie nak tgk produk terbaru ahkak ziana ku.... |
|
|
|
|
|
|
|
besttnye x sabau nk dgar lagu pawana....
harap skali ngan album baru..serta konsert baru..
n anak kembar yg baru...bizinya januari nie nak tgk produk terbaru ahkak ziana ku....
moskito_81 Post at 1-12-2009 13:26
micha nk pengsan dulu. smpi januari kejutkan micha hoccayyyy....... x sbr tgguuuuu........ |
|
|
|
|
|
|
|
micha nk pengsan dulu. smpi januari kejutkan micha hoccayyyy....... x sbr tgguuuuu........
micha Post at 1-12-2009 13:43
Sabau, sabau...jangan suke sangat...kite semua kene bersyukur. akhirnya, Diva of all diva sudah kembali. Pasti rancak industri tahun depan kan.lagi satu persoalan, Adakah ZZ bakal membuat kemunculan di Anugerah Juara lagu 24? since AJL pun bulan satu kan... Lagi satu, Filem Magika akan di tayangkan pada bulan Mac 2010. So Bz ya amat buat Diva kita.Syukur.. |
|
|
|
|
|
|
|
tahu tak pawana tu lagu ballad ke pop rock |
|
|
|
|
|
|
|
mesti ballads punyer la....yg fenting part tarik2 musti ada.....
nak tgk magica..kak ziana jd nenek kebaya versi vogue kekdahnya...meletop balik next year..
welcome back our diva vogie the vast...lupa lak nak set alarm clock nak kejut dak micha...
kang tido x bangun2 lak... |
|
|
|
|
|
|
|
tahu tak pawana tu lagu ballad ke pop rock
kakbedah Post at 1-12-2009 17:06
lagu ballad lah kakbedah. Ade yang kate macam lagu Putus terpaksa, very the high pitch. tunggu jerlah nanti |
|
|
|
|
|
|
|
9# micha
lawak ko nih!
p.s: Januari? SaBo je.... |
|
|
|
|
|
|
|
sikit lagi nak masuk tahun baru
arap dlm ajl ada kemumculan istimewa zz |
|
|
|
|
|
|
| |
|