View: 2394|Reply: 13
|
INTERNET MARKETING : TAK SEMUDAH YANG DISANGKA
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amirulmukmin at 3-12-2009 21:36
Pelbagai persepsi orang ramai tentang perniagaan internet.Halal ke? Boleh dipercaya? Tak mungkin la boleh jadi kaya, tipu je tu dan mcam-macam lagi. Saya juga begitu. Ketika masih belum meceburi perniagaan internet, saya juga langsung tidak mempercayai tentang perniagaan internet.Saya masih baru memulakan perniagaan internet. Saya bermula sejak awal 2009. Tetapi itu secara tidakrasmi apabila saya mula berjinak-jinak mempelajari forex (foreign exchange).Sebut tentang forex, ramai yang mengatakan forex ini haram, menipu dan ramai juga yang mengatakan ia sememangnya menjana wang ratusan, ribuan ringgit hanya dalam beberapa minit sahaja.
Saya mula menjinakkan diri saya dengan forex. Bermula dengan mencari maklumat-maklumat asas forex, saya juga melihat pendapat-pendapat ulamak berkaitan dengan forex. Setelah yakin dengan keberkesanan dan keharusan forex, saya mula mengorak langkah mendapatkan maklumat berbayar di Dunia Forex.Terbang juga RM97. Tetapi pada saya tidak mengapa. Apalah sangat RM97 jika dibandingkan dengan ribuan ringgit yang akan saya peroleh nanti. Saya mencuba teknik yang diberikan dalam ebok yang diberikan. Mula-mulanya saya bermain forex menggunakan akaun maya (virtual account), memang btol, saya menjana hampir USD$2000 dalam satu hari sahaja. Saya semakin galak. Manakan tidak. Akaun saya mula mencapai angka hampir USD$10,000. Saya jadi tamak seketika. Terus saya laburkan nilai yang tinggi dalam forex. Betul apa orang kata. Orang tamak selalu rugi. Saya rugi beribu ringgit dalam masa beberapa jam sahaja. Saya telah mendapat satu pengajaran.
Jangan mudah tamak
Ketika biasiswa pendidikan saya masuk, saya sudah menyediakan satu bahagian untuk membuka akaun forex secara live. Tetapi saya terbaca satu pendapat di internet. Penggunaan leverage tidak dibenarkan dalam Islam. Say terkejut. Tanpa leverage bagaimana untuk menjana pendapatan yangtinggi. Saya cuba bermain forex menggunakan akaun maya pada modal yang telahsaya simpankan. Rupa-rupanya untuk bermain forex memerlukan modal yang tinggi. Terus saya tinggalkan forex.
Saya berhenti seketika perniagaan internet.
Survey
Selepas Hari Raya Aidilfitri 20092009, saya memulakan semulaaktiviti perniagaan saya. Saya cari maklumat-maklumat yang mudah berkaitan perniagaan internet. Dalam masa yang sama saya tumpukan juga peperiksaaan akhir semester. Hurm, saya nampak banyak peluang yang ada. Pendapatan melalui survey.Ya, saya boleh jana wang dengan menjawab survey sahaja. Saya mulakan aktiviti ini dengan A.W.Survey. Syarikat yang menyediakan survey-survey tanpa bayaran pendaftaran. Saya dibayar tinggi. USD$4 hingga USD$6 bagi setiap survey. Saya rasa mudah. Saya mula mendaftar dan memulakan menjawab survey. Masalah pulatimbul. Saya perlu menjawab soalan yang diberi oleh syarikat yang tidak halal disisi Islam. Saya tinggalkan survey. Saya juga menyertai youthsays.com.Ia dikendalikan oleh syarikat Malaysia. Tetapi bayarannya rendah. Saya tinggalkan juga.
Saya terus mencari cara yang yang lain.
Saya terjumpa satu produk yang dikeluarkan MyProEcover. Super Collection of Graphic Stuffs. Produk grafik ni bagus. Beribu-ribu grafik yang menarik ada di dalamnya. Saya juga ditawarkan lesen Resell Rights. Saya rasa ini sudah baik. Terus saya beli produk ini dan mula menjual semula pada harga yang sama. Saya fikir, jual satu pun dah dapat pulang modal.
Saya cari maklumat bagaimana untuk mempromosikan produk.Antaranya dengan mempromosikannya di forum. Saya kembali berforum. Saya mendaftardi pelbagai ruangan forum. saya promosikan produk ini di thread. Baik di Cari.com.my, Jombincang.net juga di CariGold.com. Masih tiada jualan. Owh, baru saya tahu. Rupa-rupanya nak mempromosikan barang perlu ada teknik. Saya dapat lagi pengajaran.
Gunakan ayat-ayat yang mampu menarik perhatian prospek.
Saya perbaiki kembali thread saya. Hasilnya, klik terhadap klik semakin tinggi. Walaupun tiada jualan, saya tahu bagaimana untuk menarik prospek saya. Dalam masa yang sama, saya masih mencari perniagaan internet yang sesuai dengan saya.
Affiliate. (Rakan Pemasaran)
Rupa-rupanya, inilah perniagaan yang banyak digunakan oleh otai-otai perniagaan internet. Di sinilah saya baru kenal Ammar Zahar, ZamriNanyan, Labanon, Raja Kamil (RK), Jamal dan ramai lagi. Saya cukup tertarik dengan Ammar Zahar. Hanya setahun untuk mendapatkan RM 400,000. Beliau juga mengalahkan otai-otai dalam bidang ini dalam perniagaan internet / pemasaran internet(IM). Paling mengejutkan, Ammar Zahar hanyalah seorang pelajar UPM. Saya katakanpada diri, kalau Ammar Zahar boleh, mengapa saya tidak? Saya baca bagaimana beliau boleh mencipta nama dalam masa yang singkat. Ada pelbagai teknik yang digunakannyadalam IM. Salah satunya adalah forum. Saya mendaftar dalam affiliate Amar Zahar.Saya sertai Zero Ke Hero dan Affiliate A+. Saya gunakan kaedah pemasaran yang berbayar. Saya sewa ruang iklan di WangCyber.Com. Sewanya masih rendah. Nak promosikan di berita harian, saya memang tak mampu. Saya mampu menjana jualan yang pertama dalam Zero Ke Hero. Saya kembali bersemangat.
Saya terus menyertai pelbagai program affiliate yang lain.Dalam masa yang sama, saya mendapat banyak ebook percuma. Saya nak kongsikan dengan anda ebook yang yang saya peroleh daripada TeamAspirasiCyber. Ebook-ebook tersebut walaupun percuma tetapi sangat membantu newbie (terutama yang tak banyak modal macam saya). Saya baca satu persatu. Boring, penat dan macam-macamlagi. Akhirnya saya dapat pelbagai maklumat yang berguna untuk newbie yang menyertai IM.
Promosi:
- Forum. Kene aktif. Jangan jadikan forum sebagai tempat untuk promosi semata-mata. Berikan input-input yang berguna untuk forumers yang lain. Signature pun boleh buat promosi secara tak langsung.Hati-hati, jangan sampai di ban moderator. Ebook Kuasa Forum sangat membantu dalam perkara ini.
- Laman sosial juga boleh digunakan untuk membuat promosi. Jadi, facebook bukan tempat nak main Farmville atau MafiaWars sahaja J. Banyak artikel diblog-blog otai yang membincangkan topic ni.
- Blog yang diupdate selalu sangat membantu promosi. Mana-mana yang ada blog, berikan maklumat yang berguna berkaitan IM dan juga produk yang kita jual. Psstt… saya pun ada blog. Lawatlah blog saya J.
- Kalau ada duit lebih, sewa ruangan iklan. Banyak forum yang menyediakan ruangan iklan untuk disewa seperti Cari & WangCyber.Kadar trafik tinggi dan sewa pun tak mahal macam di portal-portal akhbar. Yang paling penting, pastikan iklan tu bersesuaian.
Macam-macam lagi maklumat yang saya dapat dari ebook, forum,artikel dan banyak lagi berkaitan IM nih. Cuma saya rasa jangan terlalu gopoh dan tamak. Takut nanti cepat boringnya dan akhirnya sia-sia sahaja. Lagi satu,jangan malu bertanya kepada yang lebih pakar. Otai-otai ni banyak ilmunya. Banyak produk yang mereka hasilkan. Jadi, pelajari daripada mereka menerusi produk-produk yang mereka jual. Biasanya mereka ni sediakan bantuan sekiranyaada yang kita tak faham.
Saya masih jauh dari mencapai kejayaan. Tetapi saya yakin saya sedang melangkah ke arah itu. Saya kongsikan perkara ini dengan anda semua kerana saya yakin ramai yang seperti saya, masih baru dan meniti tanggakejayaan. Tidak ramai seperti Ammar Zahar yang mencipta nama dalam masa yang singkat. Ramai otai juga mengambil masa untuk Berjaya.
Kita mungkin tidak mampu untuk menjana pendapatan yangtinggi di awal penglibatan kita. Tetapi kita mampu untuk menjana pendapatan tinggi apabila kita mampu menguasai banyak perkara dalam IM. |
|
|
|
|
|
|
|
alamak ..panjang sgtla...becinta nak baca;( |
|
|
|
|
|
|
|
juz nak share sket..
ada gak pihak2 tertentu, menjual apps/os opensource, tutorials (yg diambik drpd org lain, bukan yg buat sendiri), photos, graphics, musics, etc...
media tersebut adalah percuma. media tersebut dijual kembali oleh pihak2 yg x bertanggungjawab - yg x mampu produce product sendiri - cuma tau ambik benda free, pastu jual balik dgn niat nak untung.
apa yg akan berlaku kpd pihak2 x bertanggungjawab tersebut?
owner asal media terdiri drpd operating system developers, hackers, hardcore programmers, etc.. mereka akan bergabung - seluruh dunia untuk memastikan pihak x bertanggungjawab tersebut totally lumpuh - x kira aa apa jua account yg dimiliki..
so.. hati2 bila menjual product.. |
|
|
|
|
|
|
|
kiter tengok gak... kadang2 the 1st owner dapat private label rights, so, dyorang leh claim yang tu produk dyorang, macam Super Collection of Graphic Stuffs nih, Mawardee mmg buat sendiri,
mmg kene hati2... jgn jual produk kalo xder resell rights atleast... kalo x... bahaye.. leh kene legal action |
|
|
|
|
|
|
|
1# amirulmukmin
thank u for sharing.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada rights utk jual from the owners/developers mmg x de masalah..
penjual kena buat research pasal product. mana tau ada owners/developers yg x puas hati. biasanya legal actions tu kira last aa - sbb makan masa panjang n costly..
pernah terjadi penjual (yg menjual product yg diorg x de rights) kena attack, lumpuh most accounts dlm masa less than 4 hrs - yg tolong attack bukan setakat 10~20 org.. beribu beb.. worldwide! |
|
|
|
|
|
|
|
kalau ada rights utk jual from the owners/developers mmg x de masalah..
penjual kena buat research pasal product. mana tau ada owners/developers yg x puas hati. biasanya legal actions tu kira last aa ...
mziskandar Post at 4-12-2009 00:13
mcm tu pon leh jadik rupenyer....
thank u for sharing... bertambah info sy |
|
|
|
|
|
|
|
betul...betul...betul... dah mcm2 stail internet marketing cuba & sampai satu tahap information overload. ini pengalaman saya sendiri setelah berpinau bijik mata baca ebook. terlalu byk info terbaru setiap hari. setelah satu tahun cuba mcm2 now saya cuba lak produk fizikal. Alhamdulillah....dah jalan sikit2...gear satu
kpd yg baru nak belajar...selamat belajar... |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg bukan mudah kalau tak belajar
so kalau boleh pergilah kursus yg praktikal bukan sekadar seminar |
|
|
|
|
|
|
|
Mmg bukan mudah kalau tak belajar
so kalau boleh pergilah kursus yg praktikal bukan sekadar seminar
takbir Post at 6-12-2009 13:22
kursus praktikal mmg akan memudahkan. Tetapi saya rasa kebanyakan newbie mempunyai bajet yang terhad.Maklumlah, student biasanya memang sentiasa mencari peluang menjana pendapatan disebabkan bantuan kewangan yang tak mencukupi. justeru, mereka lebih fokus kepada forum, ebook percuma & pakej2 produk yang dijual pada harga rendah dalam langkah pertama. Praktikal biasanya akan disertai bila ada bajet atau dapat keuntungan daripada jualan. |
|
|
|
|
|
|
|
jual ebook jerk ke?... xpaham IM nieh.. |
|
|
|
|
|
|
|
jangan buka topik semata2 utk iklan, pls!! |
|
|
|
|
|
|
|
Terajang jerk budak mcm ni..ingat dia bagus sgt kot..ingat suke2 boleh pegang title IM tu..hampasgas..banned jerk mod..keh keh keh |
|
|
|
|
|
|
|
jual ebook jerk ke?... xpaham IM nieh..
Dimind Post at 10-12-2009 01:08
IM ni Internet Marketing. Boleh gak Internet Marketer. dikategorikan sebagai Usahawan InternetSebenarnya IM nih bukan jer bukan jer jual ebook, tapi banyak lagi produk boleh jual.
Jual CD, ape2 jer perniagaan gune internet.
Contohnya jual produk kesihatan. Orang beli guna internet. Tu pon IM jugak.
Saya pon kurang pasti bila ada forumer kata bkn sng nak pegang title IM nih.
Setahu saya, nak pegang title Otai IM yang susah.
Dalam IM nih, ader beberapa nama yang famous bertaraf otai mcm Ammar Zahar, Zamri Nanyan, Labanon, Jamal, banyak lagi la.
Bagi orang-orang yang tak banyak modal, tak cukup kredibiliti untuk buat produk sendiri, biasanya kami akan join satu program yang dipanggil affiliate. Macam kita jadi agen untuk sesuatu produk. Sebagai contoh, jual produk grafik. Kita akan dibayar sekitar 10%-80% komisyen atas jualan yang kita buat.
Katakanlah produk grafik nih harganya RM50. Komisyen untuk affiliater 50%. Maka, affiliater akan dapat RM25 atas setiap jualan yang dibuat. Affiliater buat hanyalah promosi produk ni kat mana-mana. Guna iklan, minisite, youtube dan banyak lagi.
mod : Sorila kalau rase thread nih mod rase macam iklan. Saya just nak syer yang sebenarnyer bukan senang nak join IM, 95% gagal dan hanya 5% jer yang berjaya survive. Yela, bila nak join program, dyorang cakap boleh jana sehingga RM10,000 sebulan. Tapi bila cuba, nak dapat RM1,000 sebulan pon susah. Sebenarnyer, boleh buat sehingga 5 angka tapi kene susah dulu buat kerja baru boleh senang |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|