View: 5923|Reply: 22
|
saper ingat tragedi MAS TERhempas kat tanjung kupang 4/12/77?
[Copy link]
|
|
pagi tadi aku tetiba TERingat pasai berita MAS TERhempas kat tanjung kupang killing tak silap aku ikut paper 100 penumpang dan crew.... TERmasuk datok ali haji ahmad menteri pertanian masa tu...
naper aku ingat? sbb SIL aku punyer besday... tu yg dia selalu ingat kan aku... jangan lufe kak punyer besday, zed weyyyyyy..... hari yg MAS TERhempas kat tanjung kupang...
aku baca gak sejarah tu..... inneresting gak, ek..... ada saper2 ingat ker citer tu?? |
|
|
|
|
|
|
|
1977 ke tu amazed?aku pon tak wujud lagi |
|
|
|
|
|
|
|
1# amazed
Birthday ko yg ke brape masa kapal tu jatuh..amazed?  |
|
|
|
|
|
|
|
masa tuh nenek aku pun masih sekolah lagik... |
|
|
|
|
|
|
|
harap tak berlaku lagi la perkara cam tu |
|
|
|
|
|
|
|
very the issue semasa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini dalam sejarah tu...  |
|
|
|
|
|
|
|
bod sejarah dgn bod isu semasa dah buat kerajae perpadue ke?  |
|
|
|
|
|
|
|
13# totokreturn
Ooo..nenek kamu tentu terus kawin lepas abis sekolah, sebab tu muda-muda lah dah timang cucu... |
|
|
|
|
|
|
|
Hish..ramai budak kecik kat sini ropanya...
Meh makcik story sikit....
Saya dah sekolah menengah dah masa tu dan berada di JB sewaktu kejadian. Memang mengharukan...semua kedai-kedai gamb ...
cmf_yamyam Post at 4-12-2009 19:28 
cerita lah sikit kenapa plane to terus fly ke Johor pulak...
saya dah lama nak tau...saya org Johor. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by katak hijau at 4-12-2009 21:25
cuba u all google kan tragedi tanjung kupang.. ada sorang blogger cerita ttg kejadian ni... |
|
|
|
|
|
|
|
bukan bende nih dh ade ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Daging berkecai di 'paya hangus'
Tapak pesawat Penerbangan Malaysia MH635 yang terhempas di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor pada 4 Disember 1977 kini hanyalah sebuah belukar tinggal. Ia menyembunyikan 1,001 misteri yang belum sempurna terjawab.
ANTARA faktor pemula kisah yang disiarkan ini ialah cerita-cerita yang disampaikan dari mulut ke mulut oleh para pemandu teksi di sekitar Johor Bahru. Mereka menyebarkan cerita tentang kelibat wanita berpakaian seperti pramugari pada waktu malam di jalanan sekitar Jalan Kebun Teh dan juga di Gelang Patah, Johor.
"Wanita itu meminta dihantarkan ke salah satu destinasi itu. Kawan saya pernah terkena sebelum ini. Apabila ditanya wanita itu kenapa dia mahu turun di tempat yang gelap dan bukan kawasan perumahan, wanita itu tiba-tiba ghaib dari tempat duduk penumpang.
"Ada pula yang sempat dijawab wanita itu. Katanya, 'bang, saya nak cari tangan saya yang putus'. Gugur jantung saya," cerita seorang pemandu teksi, Yusof Mohamad, yang menggeleng-gelengkan kepala sambil berdoa dirinya tidak diuji dengan pengalaman seperti itu
Ramai orang di bandar raya Johor Bahru maklum tentang kisah seram tersebut. Sama ada mendapat respons ketawa atau rasa takut yang melampau, ia sebenarnya merantai ingatan mereka terhadap sebuah tragedi dahsyat yang pernah berlaku lebih tiga dekad lalu.
Isnin 4 Disember 1977 adalah tarikh yang paling mendukacitakan dalam sejarah Penerbangan Malaysia (MAS). Penerbangan MH653 yang membawa seramai 93 penumpang bersama tujuh anak kapal telah meletup dan terhempas di sebuah kawasan paya bakau di Tanjung Kupang, Gelang Patah, Johor.
Rangka pesawat yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang itu berkecai dan terbakar hingga meranapkan muka bumi seluas kira-kira dua kilometer persegi dari titik hentamannya.
Kegemparan itu mengejutkan sekalian penduduk kampung nelayan di situ. Ada yang berkurung dan segera menutup pintu kerana ketakutan. Ada pula penduduk yang berani bergegas ke tempat kejadian.
"Saya ternampak gugusan api yang marak menyala di langit. Sejurus ia terhempas ke bumi, bergegar jadinya kawasan ini. Semua orang terdiam dan berdebar-debar," ujar seorang warga Kampung Tanjung Kupang, Ahmad Puteh, yang sewaktu kejadian itu berusia 26 tahun dan masih bujang.
Segalanya masih jelas dalam memori nelayan berusia 58 tahun itu. Menurutnya, hanya selepas setengah jam, baru dia nekad untuk melihat 'raksasa' apakah yang jatuh ke kampungnya itu.
Kutip duit berguni
Dalam gelap malam yang diterangi api yang masih marak, orang kampung sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang jatuh itu adalah bangkai kapal terbang.
"Sebelum kedatangan pihak berkuasa, saya melihat beberapa orang kampung sibuk mengutip sesuatu di tanah. Duit berselerak macam daun pokok getah.
"Malah ada yang dapat kumpul hingga berguni-guni banyaknya," katanya yang tidak berani mengambil, namun tidak menafikan bahawa sesiapa pun akan tergerak hati untuk memungut not-not kertas wang ringgit, yen Jepun, dolar Amerika dan pound sterling di sekitar kawasan tragedi.
"Saya dengar cerita, beg-beg yang berisi pakaian dan barang kemas pun dijumpai orang kampung. Bila tengok barang-barang macam itu, mereka pun 'menyelit-nyelit'lah.
" aling kecoh, apabila ada seorang yang ternampak cincin lalu ingin memungutnya secara diam-diam. Rupa-rupanya, cincin itu masih tersemat pada sebatang jari yang sudah putus!" kata seorang suri rumah, Zaiton Dol, 47, tentang tabiat rakus orang kampung.
"Entah siapa agaknya yang membawa wang tunai begitu banyak. Tapi bila difikirkan balik, memang ramai orang kenamaan dalam kapal terbang itu, kan? Mesti barang-barang itu milik mereka," katanya
http://bbcatlover.blogspot.com/2009/07/tragedi-32-tahun-lalu.html
duit utk tujuan pe sampai byk gitu?! :re: |
|
|
|
|
|
|
|
entahla ada orang kata pesawat tu kena hijack..
aku pun belum lahir time tu |
|
|
|
|
|
|
| |
|