CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4284|Reply: 3

Legenda Brothel (rumah pelacuran) di Rue Chabanais -

[Copy link]
Post time 28-12-2009 11:05 AM | Show all posts |Read mode
Rumah pelacuran legenda

Dengan seleksi alat permainan seksual seperti tali cemeti yang mempunyai tanduk badak sumbu, pameran di Rue Chabanais menghidupkan semula realiti kehidupan rumah pelacuran di Paris pada tahun 1860.



BANGUNAN One Two Two di Paris, Perancis yang pernah
menjadi antara rumah pelacuran popular di kota itu.


PADA zaman silam, papan tanda di bangunan No. 12, Rue Chabanais tertera tulisan: Welcome to the Chabanais: The House of All Nations. Itulah kata-kata aluan yang boleh dibaca pengunjung apabila bertandang ke tempat pelacuran berprestij dan popular di Paris, Perancis itu.

Setelah operasi rumah pelacuran tersebut ditutup 60 tahun lalu, kini bangunan lapan tingkat yang terletak di sebatang lorong sempit berdekatan kawasan Lourves menempatkan agensi pekerjaan dan flat-flat kediaman.

Tetapi, bertentangan dengan bangunan tersebut yang bernombor 11, sebuah galeri menyimpan segala memori masa silam rumah pelacuran tersebut.

Nicole Canet, pengurus galeri itu, memaparkan hasil seni foto erotik dan alat permainan seksual yang mengimbas kembali detik 'kegemilangan' rumah pelacuran legenda di Perancis itu. Ketika itu, ia merupakan rumah pelacuran yang dibenarkan undang-undang.

"Saya suka mengembara kembali ke zaman silam persis seorang detektif," ujar Canet, bekas penari berumur lingkungan 50-an.

Populariti Bertie


Dengan seleksi alat permainan seksual seperti tali cemeti yang mempunyai tanduk badak sumbu, pameran tersebut cuba menghidupkan semula realiti kehidupan rumah pelacuran di Paris pada tahun 1860 hingga era penutupan secara paksa pada tahun 1946. Pameran penuh nostalgia itu mempamerkan lebih daripada 400 kepingan foto, arca, aksesori serta buku.

The Chabanais suatu ketika dahulu merupakan tempat 'istirehat' popular yang 'wajib' dikunjungi oleh para pengunjung dari luar negara yang berdarjat dan berpangkat tinggi.

Mereka selalunya menyelinap masuk secara rahsia dengan bantuan segelintir pegawai kerajaan Perancis kerana habuan wang yang banyak. Salah seorang pengunjung tetap yang popular ialah seorang rakyat British yang popular disapa sebagai Bertie yang kemudian menjadi Prince of Wales dan King Edward VII.

Bertie mempunyai biliknya sendiri yang dilengkapi dengan kolam mandi tembaga yang besar berceracakan separuh patung angsa dan separuh ukiran wanita.

Beliau suka mengisi minuman arak Champagne ke dalam kolam tersebut sebelum terjun ke dalamnya. Bilik beliau juga mempunyai sebuah kerusi yang dinamakan Love Seat, sebuah alat pelik yang didakwa digunakan untuk kegiatan seks lebih daripada dua orang.

Pada zaman dahulu, rumah pelacuran untuk golongan atasan ditafsirkan sebagai sebuah pusat sehenti bertaraf istana yang cukup mewah. Pembuatan dan corak dekorasinya menyempurnakan kehendak dan obsesi seseorang pelanggan.

Foto-foto lama menunjukkan Le Chabanais mempunyai pintu gerbang masuk yang seakan-akan sebuah gua primitif. Tapi, untuk dekorasi dalamannya, setiap biliknya diperhalusi dengan pelbagai fabrik mewah yang melambangkan era-era tertentu.

Le Chabanais sebenarnya boleh dikatakan sebagai sebuah monumen kebangsaan Perancis kerana ia dinamakan sebagai tempat yang harus dikunjungi oleh agensi-agensi pelancongan.

Rumah-rumah pelacuran pada ketika itu ialah gabungan keseronokan peribadi dan restoran. Tempat itu menjadi tumpuan ramai artis terkenal pada zaman itu termasuk Humphrey Bogart, Cary Grant, Mae West dan Marlene Dietrich.

Mereka amat menggemari rumah pelacuran, misalnya One Two Two yang dinamakan sempena alamat rumah berkenaan di 122 Rue De Provence.

Jurukamera terkenal, Robert Doisneau telah merakam beberapa keping gambar pada ketika itu, merangkumi kepelbagaian dekorasi bilik yang elegan dan beberapa katil yang mempunyai tiang di setiap penjuru di One Two Two.

Rumah pelacuran itu menawarkan beberapa bilik eksotik yang digelar musketeers room, African room, Pirate's room, Chamber of Mirrors dan sudah semestinya sebuah bilik yang wajib ada pada setiap rumah pelacuran, Torture Chamber atau bilik seksaan seksual.


SEBAHAGIAN daripada himpunan foto erotik yang
dipamerkan oleh Nicole Carnet di galerinya.


Pelacur lelaki

Marcel Proust, seorang penulis homoseksual bersama rakan seperniagaannya, telah mewujudkan dua buah rumah pelacuran lelaki khusus untuk para pelanggan lelaki yang inginkan khidmat seks lelaki di Paris.

Rumah-rumah pelacuran itu biasanya menjana keuntungan dan ada di antaranya menyediakan khidmat yang lebih khusus kepada pelanggan terutama dengan penglibatan pelacur-pelacur lelaki yang mahir memuaskan kehendak pelanggan.

Pada ketika itu rumah-rumah pelacuran di Paris menggunakan token berbanding wang tunai untuk mengelakkan masalah yang mungkin timbul.

Nicole Canet amat suka mengumpul foto-foto lama bersifat erotik dan menjual hasil seni tersebut di galerinya yang terletak berhadapan dengan Le Chabanais sejak sepuluh tahun lalu. Dia membuka galeri itu selepas berundur sebagai seorang penari disko.

"Saya suka mengembara ke zaman silam dan menelaah cerita di sebalik potret-potret tersebut," ujarnya yang sering berjalan di kota-kota untuk mencari dokumen-dokumen lama.

"Ia seperti satu kerja pencarian arkeologi," katanya.

Malangnya, salah satu item penting yang tiada dalam koleksinya ialah salinan-salinan asli dokumen terkenal Guide Rose atau Pink Guide. Ia merupakan sebuah dokumen lama bersaiz poket yang tercatat senarai penuh rumah pelacuran di Paris.

Kata Canet: "Saya tahu ada dua warga emas yang masih hidup menyimpan salinan terbabit, tetapi mereka tidak mahu menjualnya.

"Dokumen itu sangat popular dan penting tetapi hanya ada dua salinan di Paris dan dua warga emas ini membawanya ke mana sahaja." - AFP


*************************************************************



interesting baca kisah ni... kalau kita baca novel2 yang 18th century - 19th century -
romance novel... banyak cerita2 tentang brothel ni... tak ada pula against the law
pada zaman tu....  dan memang tu salah satu cara depa cari duit.. dan pada guys
yang nak...buat project semua tu --
baca sejarah ni... mungkin boleh buat rumusan dan belajar tentang cara kehidupan
zaman dulu... interesting, eh -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 11:55 AM | Show all posts
w0w..

Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 01:40 PM | Show all posts
nice..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 05:43 PM | Show all posts
ceh gila laaaa...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Geng purdah 'attention seeker' dikecam, spesis sakit otak makan pun nak kena tunjuk kat orang
maklukpenggodaGeng purdah 'attention seeker' d
Views : 7739 Replies : 4
Demi secebis konten, kan dah kena dek!
maklukpenggodaDemi secebis konten, kan dah kena dek!
Views : 1416 Replies : 1
Hafidz Roshdi vs. Ngai
maklukpenggodaHafidz Roshdi vs. Ngai
Views : 310009 Replies : 8927
Rosmah lepas atau sangkut?
maklukpenggodaRosmah lepas atau sangkut?
Views : 48651 Replies : 35
DJ Best FM menghilang tiba-tiba?
syitaeyqaDJ Best FM menghilang tiba-tiba?
Views : 12652 Replies : 9
Jom buat nama gangster
VellfireJom buat nama gangster
Views : 3631 Replies : 40
Bukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Keluang Man Cinematic Universe.Anda teruja?
YgBenarBukan Marvel:Astro Shaw Umum Fasa 1 Kelu
Views : 9286 Replies : 3
SNOW WHITE (2024)
SY_MumiSNOW WHITE (2024)
Views : 2330 Replies : 19
Kanser usus disebabkan minyak masak membimbangkan
maklukpenggodaKanser usus disebabkan minyak masak memb
Views : 32208 Replies : 46
SUPERMAN (2025)
SY_MumiSUPERMAN (2025)
Views : 48003 Replies : 12

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 04:20 AM GMT+8 , Processed in 0.039393 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list