CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8006|Reply: 12

bubur asyura: dari mana asalnya?

[Copy link]
Post time 28-12-2009 02:59 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by hawk77 at 28-12-2009 15:01

10 Muharram adalah Hari Asyura. Antara tradisi orang Melayu turun temurun apabila tiba tarikh ini  ialah membuat bubur Asyura. Bubur Asyura ialah sejenis makanan yang diperbuat daripada pelbagai campuran ramuan sempena 10 Muharram. Ada yang mengatakan, campuran ramuan hendaklah terdiri daripada 10 jenis bahan makanan, jangan dikurang dan jangan dilebih. Jika tidak, ia tidak dinamakan bubur Asyura.

Entah dari mana sumbernya saya tidak tahu. Yang pasti, sudah 10 tahun saya tidak merasai keenakan makan bubur Asyura di kampung.

Mengimbau zaman kanak-kanak di hari Asyura, masih teringat apabila bubur Asyura hampir masak, saya bersama adik-adik dan rakan-rakan, masing-masing dengan memegang tempurung kelapa menyerbu kawah yang berisi bubur yang masih panas. Satu nostalgia yang tidak dilupakan, makan bubur Asyura berpiringkan tempurung dan bersudukan daun kelapa.
Waktu itu, tidak pernah terlintas di fikiran saya sempena apakah dibuat jamuan bubur Asyura. Adakah ia satu amalan keagamaan atau sekadar adat bangsa? Sehingga apabila masuk ke sekolah menengah dan mendapati jamuan bubur Asyura dijadikan upacara tahunan yang dianjurkan oleh pihak Sekolah.

Dengan sedikit kajian ringkas tentang asal-usul bubur Asyura dalam masyarakat Melayu, mungkin boleh dikatakan kewujudan jamuan bubur Asyura dalam masyarakat Melayu bertitik tolak dari dua sandaran.

Pertama: Cerita Bahtera Nabi Nuh a.s.
Banyak laman web menyebut tentang kisah ini. Dinukilkan dalam kitab “Nihayatuz Zain” karangan Syeikh Nawawi Al Banteni, dan di dalam kitab “Nuzhatul Majalis” karangan Syeikh Abdur Rahman Al Ushfuri serta di dalam kitab “Jam’ul Fawaid” karangan Syeikh Daud Al Fathoni. Yang antara lainnya menceritakan bahawa, ketika mana bahtera Nabi Nuh a.s. berlabuh di bukit Juudi pada Hari Asyura’, maka berkatalah ia pada umatnya: “Himpunkan apa yang kamu miliki daripada makanan yang lebih-lebih.”
Maka, dibawalah satu genggam daripada kacang Baqila’ iaitu kacang ful (kacang poi) dan satu genggam kacang Adas, Ba’ruz dan hinthoh dan tepung sehingga menjadi tujuh bagai biji-bijian yang dimasak. Maka berkatalah Nabi Nuh: “Masaklah sekeliannya kerana kamu sudah mendapat kesenangan sekarang”.

Penilaian:
- Cerita seperti ini perlu kepada kajian. Dari manakah sumbernya dan apakah taraf kedudukan kisah ini. Setakat ini saya tidak menemui sebarang petunjuk tentang kisah ini dalam sumber hadis dan atsar. Sesiapa yang menjumpainya, diharap dapat membantu.
- Jika kisah ini sahih sekalipun, dan kita menerima kaedah ‘Syarak sebelum kita adalah syarak kita juga’, persoalannya adakah makanan yang dibuat oleh Nabi Nuh a.s. adalah satu bentuk jamuan sempena 10 Muharram, atau ia adalah makanan biasa yang berkebetulan pada tarikh 10 Muharram?
- Jika benar kisah ini, dan betul istinbat orang Melayu bahawa disunatkan membuat bubur berdasarkan cerita ini, mengapa tidak ada anjuran daripada Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam atau amalan para sahabat tentang perkara ini?

Kedua: Hadis Galakan Memberi Keluasan Kepada Keluarga

Mungkin sandaran lain bagi jamuan bubur Asyura ialah hadis-hadis tentang memberi galakan supaya pada hari Asyura hendaklah menghulur dan berkongsi kesenangan dengan kaum keluarga.

Hadis yang dimaksudkan ialah: “Sesiapa memberi keluasan kepada keluarganya pada hari Asyura, maka Allah akan memberi keluasan kepadanya sepanjang tahun itu.”
Mungkin kerana mempercayai kelebihan dalam hadis ini, sesetengah orang Islam mahu memberi keluasan kepada kaum keluarga pada hari 10 Muharram, dengan harapan Tuhan akan mempermudahkan rezekinya sepanjang tahun tersebut. Antara bentuk memberi keluasan ialah mengadakan jamuan makanan.

Cuma kedudukan hadis ini di sisi ulama hadis adalah paslu atau dhaif. Rujuk: Al-Maudhu’aat oleh Ibn Jauzi 2/572, Al-Manar al-Munif oleh Ibn Qayyim 1/111, Al-Fawaid al-Majmu’ah oleh Syaukani 1/98.

Sekali lagi kita terpaksa terima bahawa jika sandaran mengadakan jamuan bubur Asyura ialah hadis ini, sebenarnya ia adalah hadis yang tidak sahih. Jangan terlalu mengharap kepada fadhilat yang belum pasti kesahihannya.

Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah. Kalau orang Melayu suka berbuka puasa dengan bubur Asyura, buatlah bubur Asyura. Tetapi elakkan  kepercayaan yang kurang sahih, seperti mengaitkannya dengan makanan Nabi Nuh a.s. sewaktu berlabuhnya bahtera baginda.
Wallahu A’lam.

dari: abuanasmadani.com
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2009 03:49 PM | Show all posts
teringat sura di kampung. kaler itam tapi best ! bukan sejenis bubur tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2009 04:17 PM | Show all posts
ni belah utara kot... sejenih kuih kan, bukan bubur

kalau kat johor, bubur asyura memang bubur... mkn dlm mangkuk pakai sudu..
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2009 10:56 PM | Show all posts
hurm...bgs gak persolan yg ditimbulkan...
xde sesape ke yg bleh mjwb nyer dgn kaitan hadis/sumber yg sohih....
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 12:30 AM | Show all posts
lama tak mkn bubur asyuraa...erm sodapppp
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 11:39 AM | Show all posts
yummy yummy...
tapi chem teringat bubur yg nenek chem buat...tp bkn bubur asyura...namanya bubur lemak...lebih mudah & senang nk buat dr bubur asyura... klau ada nk resepinya pm chem yekkk
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-12-2009 12:48 PM | Show all posts
tringat dulu masa mula2 keja kat melaka..heboh diaorg duk buat bubur ayura..cepat2 ler mek gi, skali tgk bubur putih je..huhuhu tak sama cam kat trg..bubur yg mcm2 rempah..ada isi ayam/daging..sedapnya..dulu arwah ayah ada mesti buat satu kawah, pastu bagi kat jiran2..ni ayah dah tak de..
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2009 02:47 PM | Show all posts
kar utara lain bubur aysura nyer... kat selatan lain...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2009 02:09 PM | Show all posts
sok buat bubur asyura ramai2 dgn fmly..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 05:01 PM | Show all posts
aku baru ya lepas peluang nak makan bubuq syura ni memang fabaret akuu...selalu yang depa masak ramai2 kat surau...ada kacang  hijau,kacang merah,jagung,pisang,ubi keledek....hu..hu sedap tapi aku x reti nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 05:25 PM | Show all posts
Cuma, membuat bubur Asyura itu kalau setakat dijadikan adat, tanpa ada kepercayaan keagamaan, ia bukanlah satu yang salah.


aku rasa orang kita sekarang memang buat sekadar adat....tak pernah tau pulak wujud sejarah bubur ni...aku ingat bubur ni memang resepi orang utara.....rupanya ada sejarah pulak....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2009 10:27 PM | Show all posts
Orang Melayu sebabnya tak de benda nak memperingati, jadi bubur asyura sajek la sempena masuk tahun baru Muharam

Best la pulak setahun sekali merasa bubur asyura...
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2009 05:36 PM | Show all posts
da lama rasanya xmkn bbubur as syura nih...
rindu plak..{:1_125:}
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:27 PM GMT+8 , Processed in 0.074588 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list