CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4386|Reply: 21

Lina Joy .... Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak

[Copy link]
Post time 3-1-2010 04:57 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by feasywang at 3-1-2010 17:01

Assalamualaikum. Untuk di munafaatkan bersama.


Teks Mufti Perak Menghadap Sultan Perak


Maksud Hadith RasulullahS.A.W. : "Mereka yang tidak memikirkan masalah umatku BUKAN daripadakalangan umat".

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

HARI Isnin, saya ke Kuala Lumpur dan saya menemui enam peguam dan beberapapemimpin NGO untuk mendengar taklimat mengenai keadaan agama Islam dan orang Islamdi negara ini.

Taklimat berlangsung selama empat jam setengah. Pada pagi Selasa, saya telahdipanggil oleh Sultan Perak untuk menyembah taklimat. Kemudian menyembahkantaklimat yang hampir sama pula kepada Majlis Raja-Raja. Saya memberi taklimatmengenai bahaya yang sedang dihadapi oleh umat Islam pada ketika ini.

Bencana umat Islam

Waktu ini ada kes Lina Joy (Azlina binti Jelani) yang sedang menunggukeputusan. Lina Joy memeluk Kristian dan berkahwin dengan seorang Indiaberagama Kristian.. Dia memohon kepada Mahkamah supaya namanya ditukar kepadaLina Joy dan agama dipadamkan daripada MyKad beliau tetapi Jabatan PendaftaranNegara tidak dapat memadamkannya kerana tiada perintah daripada MahkamahSyariah... Lan taran itu, beliau telah mencabar ke Mahkamah Persekutuanberasaskan Perkara 11 (1) Perlembagaan Persekutuan yang menyebutkan bahawatiap-tiap individu rakyat Malaysia berhak memilih agamanya sendiri (Everyperson has the right to profess and practice his religion).

Kes ini dibicara di hadapan tiga hakim di Mahkamah Agung iaitu Ketua HakimNegara, seorang hakim bukan Melayu dan seorang hakim beragama Kristian. Jikadalam kes ini Lina Joy menang; maka agama Islam akan hancur. Ia membawaimplikasi:
i) Kuasa Raja mengenai agama Islam akan hilang.
ii) Kuasa Mahkamah Syariah tidak boleh dipakai..
iii) Orang Islam tidak boleh memaksa anaknya sembahyang, tidak berhak lagikutip zakat dan tiap-tiap orang boleh mentafsir Islam ikut kehendaknya. Itulahakibatnya.

Malangnya orang Islam nampaknya tidak prihatin sehingga dalam perbicaraan itu.Tidak ramai yang hadir untuk menyatakan sikap dan Sokongan.. Majlis Agama pundilihat tidak menghantar orang Islam. Pemerhati daripada Islam tiada. Iniberbeza daripada kalangan bukan Islam. Hatta , peguam/pemerhati daripadaKedutaan Kanada , Australia dan Amerika Syarikat pun sanggup datang.

Bahkan, peguam-peguam pemerhati ini dibenarkan berhujah. Ini amat berbahaya. Iabelum pernah berlaku. Jadi Majlis Raja-Raja sedikit tersentak setelah sayamelaporkan perkara ini.

Peguam Negara telah dipanggil oleh Majlis Raja-Raja dan Peguam Negara katatidak boleh buat apa-apa. Tunggu keputusan saja. Inilah keadaan yang telahmenjadi bagaikan telur di hujung tanduk.

Gerakan Kristian dan Hinduisme

Orang Melayu yang berjinak dengan Kristian biasa dilatih secara mendalam diSingapura. Identiti mereka ditukar. Sekarang, terdapat dua gereja orang Melayudi Kuala Lumpur. Di Brickfield, ada usaha memberi makan tengah hari percumapada hari Jumaat kepada remaja Melayu yang lepak supaya mereka leka dan tidakpergi ke masjid. Terdapat ratusan pemuda-pemuda Melayu pergi ke gereja diBrickfield ini.

Saya telah memberitahu juga hampir 250,000 orang Islam yang murtad tapi sayadicabar oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri. Orang Islam yang memeluk agamaHindu sahaja sudah hampir 100,000 orang. (Sumber : jangkaan Persatuan IndiaMuslim). Bahkan mengikut laporan pihak polis, belia-belia Islam yangmenganggotai black metal, yang memaki Tuhan sudah ada 13,000 hingga 14,000..Orang yang ikut Ayah Pin yang mempercayai "Ayah Pin itu Tuhan" adalah14,000 orang. Ini yang menjadikan saya lantang.

Majlis Raja-Raja Bangkitkan:

1) Apa peranan masjid.
2) Apa peranan imam-imam dan pengurusan masjid.
3) Kenapa tidak bendung sedangkan ada undang-undang. . .

Peguam Negara kata, berbezanya paderi dengan imam-imam kita ialah paderi-paderimenunggu kedatangan hadirin seperti menghormati tetamu di pintu gereja. Merekamemberi khutbah dengan terancang dan profesional sehingga orang boleh yakin dengancakap-cakap mereka. Selesai majlis, mereka tunggu di pintu gereja danmengucapkan selamat. Mereka suka bertanya khabar dan suka ambil tahu dan seringtawarkan pertolongan. Bezanya, khutbah kita tidak menarik. Disampai secaratidak profesional.

Di Uzbekistan dan China , walaupun 70 tahun ditekan, mereka masih kuat. Dalamkeadaan yang cukup kuat ditekan, mereka cuma utamakan penyebaran salam dankuatkan silaturrahim di samping membaca ayat-ayat suci Al-Quran didinding-dinding masjid. Imam masih boleh berbahasa Arab. Itu ketika Komunisberkuasa. Ini rahsia kekuatan mereka dapat bertahan.

Serangan aqidah di Malaysia  

Sekarang di Malaysia kita diserang dalam bentuk yang dahsyat.

Serangan pemikiran.

1) Golongan intelektual. Orang Kristian yang buat serangan. Walaupun merekaberjaya serang tetapi mereka tidak dapat tawan hati orang Islam. Untuk itumereka cuba mempelajari Islam dengan untuk menyerang Islam. Mereka jugawujudkan fakulti-fakulti Islam di universiti Mereka.

2) Mereka juga melahirkan kekacauan kepercayaan lalu membawa pemikiran Islamliberal. Mereka letak semua agama itu sama. Ia datang daripada sumber yang samaiaitu Tuhan yang sama. Cuma masa wahyu turun, Islam diterjemah dalam mesejketuhanan itu mengikut bahasa-bahasa berbeza sesuai dengan bangsa dan keturunanNabi.. Tegas mereka, kitab-kitab suci itu adalah terjemahan. Oleh itu ia bolehdipinda dan ditafsirkan semula. Dalam kurun ke 16, ia telah disaran oleh Yahudidan diterima oleh para paderi Kristian. Ini yang menjadikan Kristian berpecahkepada berpuluh-puluh mazhab. Dulu, cuma ada Kristian daripada mazhab RomanKatholik. Masing-masing menuduh masing-masing mazhab kafir. Inilah pula yangdibawa ke dalam dunia Islam.

Islam liberal begini mulai masuk pula ke  Indonesia .. Mereka menguasaiuniversiti dan media dengan dilindungi dan disokong dengan kuat oleh AS denganberbilion-bilion USD. Ini menjadikan fakulti-fakulti pengajian Islam diuniversiti-universi ti di Indonesia sudah tidak ada lagi penuntut. Kini sudahada fatwa di Indonesia bahawa perkahwinan lelaki sesama lelaki itu sah. Faraiddan Hudud sudah tidak relevan dan harus dibuang. Ini pun hampir difatwakanakhir-akhir ini oleh Majlis Agama Indonesia .. Ia sedang berkembang keranatulisan-tulisan ini dipelopori oleh intelektual.

Sekarang, di Malaysia pun sudah terbawa-bawa. Begitu. Tulisan-tulisan yangliberal seumpama ini biasanya ditulis oleh wartawan-wartawan dalamakhbar-akhbar berbahasa Inggeris. Dulu Astora Jabat saja yang tulis dalamakhbar Melayu. Kini, Astora guna majalah Al Islam pula sebagai platform denganditukar namanya kepada Hussin Ab. Rahman.. Kasim Ahmad pun sekarang sudahdiberi tempat semula untuk menulis dalam Al Islam.

Keputusan kes pakai serban Ini ada laporannya dalam semua akhbar. Bagaimana 3murid Islam memakai serban di sekolah telah diberhentikan dan kes mereka pulakalah di mahkamah. Sedang penganut agama lain kenapa bebas memakai serban danmengamal agama mereka ? Ini satu penghinaan yang sungguh dahsyat ke atas Nabikita dan Islam pada amnya.

Allah jadikan sembahyang berjemaah lima waktu. Ini bertujuan untuk melahirkanukhwah. Hikmahnya cukup besar. Seorang orientalis buat kajian kenapa adarakaat-rakaat dalam sembahyang.. . Orientalis yang akhirnya masuk Islam itu,sembahyang itu sebagai satu bentuk caj. Pertemuan bahu dengan bahu, kaki dankaki dia akan caj kuasa rohani. Untuk itu, kita perlu kuatkan diri. Orang Hindusedang kuatkan diri mereka. Mereka giat buat tokong Hindu. Di Perak misalnya,ada 2,000 tokong Hindu sedangkan masjid cuma 560 buah sahaja. Dan agama Hinduini semakin menampakkan keganasan. Terdapat ramai juga orang Melayu yangdiHindukan.. Kini, Filem-filem Bollywood juga digunakan untuk mendakyahkanagama Hindu di seluruh dunia.

Harap kepada siapa?

Kita tidak boleh lagi harapkan pihak berkuasa JAKIM, Jabatan Agama atau pihakkerajaan untuk melindungi kita. Allah tidak amanahkan Islam, al-Quran danSunnah ini kepada kerajaan tetapi Allah amanahkan kepada setiap individuMuslim.

Allah S.W.T berfirman:
"Kami wariskan al-Quran itu kepada hamba-hamba Kami yang terpilih iaituyang beriman kepada Allah; (bukan kepada kerajaan)."

Peringatan-peringat an Daripada Allah S.W.T.
Tsunami, gerak gempa bumi, ramai umat Islam yang mati. Ini peringatan. Kenapadi Acheh dan Bangladesh ? Bukan bermakna orang Acheh yang bermaksiat, tetapimungkin maksiat berlaku di tempat lain.. Bagaimanapun, pada malam kejadian itu,ada permainan tari menari dan pesta minum arak di pantai yang berdekatan.

Demikian, sedikit ringkasan.. Wallahu a'lam

Dato' Harussani Bin Zakaria
Mufti DiRaja Negeri Perak

Jika anda masih seorang Islam tolongsampaikan kepada seramai umat Islam demi kepentingan Islam dan survivalgenerasi akan datang..


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2010 05:38 PM | Show all posts
Sedih dgr hal nie...

InsyaAllah, sy sbgi muslim akan cbe membantu agama yg yg dicintai ini sebaik mungkin...

Takbir...

ALLAHUAKBAR......!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR......!!!!!!!!!

ALLAHUAKBAR......!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 06:07 PM | Show all posts
Apa kata kita ketepikan faham politik kita..kita bersatu demi masa depan Islam...Kafir2 laknat sedang menjalankan dakyah supaya kita berlaga sesama Islam...
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 08:24 PM | Show all posts
Ummat Islam kini amat lemah, di mana-mana pun, semuanya lemah. Hanya ada satu cara sahaja yang boleh selamatkan mereka, mereka perlu sedar dengan situasi yang menimpa mereka dan kembali kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Moga Allah S.W.T melindunggi umat Islam, umat Muhammad S.A.W.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 11:29 PM | Show all posts
email ni dah lebih dari setahun beredar di internet ni..issue lama yg terkini tak siapa yang nak update..yg terkini kisah majalah orng kristian nak gunakan word Allah ni...siapalah tok hakim yang membenarkan mereka menggunakan word Allah tu...nampak sangat dah mula nak meliberal kan islam..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2010 11:37 PM | Show all posts
aper da nk jd ngan umat ISLAM
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-1-2010 02:57 AM | Show all posts
Memang terharu...selagi pemerintah tak ambil peduli..kes ini akan berterusan!.
Reply

Use magic Report

Post time 4-1-2010 09:14 AM | Show all posts
is this letter authentic?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-1-2010 09:47 AM | Show all posts
....allahhuakbar..
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 01:59 PM | Show all posts
ya-allah.....sedih dengau....
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 08:40 PM | Show all posts
1# feasywang
SYABAS!!! nak tambah sikit jer......bukan nak bincang masaalah mazhab disini maap....untuk sama2 fikir jer.....
Fahaman Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Dianggap sesetengah kumpulan Islam sebagai mujadid.Menurut kata Sheikh Ahmad Bin Muhammad Zain Al Fatani Fahaman Wahhabi terhasil daripada kerjasama Lawrence of Arabia dengan Muhammad Bin Abdul Wahhab. Lawrence of Arabia mengikut ceritanya merupakan seorang ejen British berketurunan Yahudi. Wahhabi tidak mempunyai mazhab kerana pandangan mereka mazhab akan menyebabkan Islam menjadi sempit. Dari segi tauhid mereka ini dianggap puak mujassimah iaitu golongan yang beriktikad bahawa Allah itu berjisim. Pada mereka Allah itu bertempat sama seperti puak penyembah berhala meletakkan mereka di dalam sebuah tempat yang khas.Dari sudut tasawwuf golongan ini menolak kepercayaan kepada tawassul dan banyak lagi. Sila rujuk website mereka seperti Ibnu Baz tokoh ulama wahhabi di Arab Saudi. Tapi awas..!! jangan terpengaruh..!!

Perancangan Barat sangat hebat kalau di nusantara mereka menghantar Snouck Hongronje untuk menyesatkan Umat Islam Asia, Lord Kromer untuk menyesatkan umat Islam Mesir, Kamal Attarturk untuk membinasakan Empayar Turki Uthmaniyyah dan banyak lagi. Kenapa umat Islam boleh ditindas dengan mudah sedangkan di zaman itu terdapat individu umat Islam yang bertaraf Ulama/'Auliya??. Ini kerana pemimpin umat Islam tidak menjaga golongan ini. Sebagai contoh pada saat kejatuhan Bani Abbasiyah mendapat serangan dari Monggol. Hanya sebuah daerah saja yang terselamat iaitu daerah yang ditadbir oleh Al Malik Muzaffar. Hal ini disebabkan beliau sangat menghormati puak-puak solehin bahkan dibayar gaji hanya kerana berzikir dan beribadat di dalam masjid. Apabila sambutan Maulidur Rasul. Al Malik Muzafar menyambutnya secara besar-besaran selama sebulan. Segala peristiwa yang berlaku pada zaman Nabi saw dilakonkan semula agar rakyat tidak hilang ingatan mereka kepada Nabi saw, ahli keluarganya dan sahabat2nya. Bahkan kitab BARZANJI telah dikarang pada zaman Al Malik Muzaffar. Hari ini Ulama'-ulama' Wahhabi dengan megahnya mengisytiharkan amalan Barzanji dan sambutan Maulidur Rasul adalah sesat dan bida'ah dholalah.

Bukan sahaja Lawrence of Arabia, Muhammad bin Abdul Wahab dan Kamal Ataturk, malah terlalu ramai (malah ada yang masih hidup dan bernafas lagi tetapi malangnya umat Islam telah menggunakan 'fatwa' manusia-manusia durjana ini)

Golongan ini kini banyak menyusup dalam jamaah-jamaah keagamaan, persilatan dan kesufian malah tujuan mereka hanyalah untuk merosakkan kemurnian jamaah berkenaan - itu sahaja. Pada asalnya kononnya nak memperbetulkan aqidah - tetapi akhirnya - lain jadinya.

Konspirasi ini tidak lain dan tidak bukan dimulakan oleh Kumpulan Illuminati didokongi oleh Kumpulan Priory, Opus Dei, Bilderberg, CFR dll. dan yang paling ditakuti ialah mulanya orang Islam dipergunakan oleh kumpulan ini iaitu Nation of Islam

Lebih berat lagi, kumpulan yang mengaku mencatur dunia ini menggunakan wang, dadah, arak dan perempuan - empat kelemahan pemimpin lelaki yang lemah imannya - berapa ramai pemimpin yang telah tumbang akibat 4 perkara ini.

Untuk pembaca yang ingin tahu lebih lanjut mengenai nama-nama yang disebutkan , sila search dalam   google..InsyaAllah ada tu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-1-2010 10:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by ibnur at 5-1-2010 22:26

Apa hal tetiba cerita wahabi?
sila search dalam   google..InsyaAllah ada tu.

kitab al google....  al wikipedia....

kalau ku usik sedikit postingnya....  meroyan sawan pulak...  jadi, biaq pi dia meroyan sahaja.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 01:25 AM | Show all posts
Mengapa kes ini tidak di bawa ke Mahkamah Syariah?
Mengapa isu yang sebegini tidak di bawa menghadap sultan terlebih dahulu sebelum di bawa ke mahkamah?.
Sungguh biadap mereka yang menjalankan prosiding mahkamah tentang kes ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 12:24 PM | Show all posts
1# feasywang
SYABAS!!! nak tambah sikit jer......bukan nak bincang masaalah mazhab disini maap....untuk sama2 fikir jer.....
Fahaman Wahhabi diasaskan oleh Muhammad Bin Abdul Wahhab. Dianggap sese ...
salikin Post at 5-1-2010 20:40


Apa yang saudara/i tulis ini adalah tuduhan melulu sahaja dan di buat-buat semata-mata untuk menakutkan orang ramai mengenai fahaman Wahabbi.Sedangkan ia tidak benar dan ada yang benar cuma di tokok tambah sahaja.Setiap apa yang di bincangkan di dalam fahaman wahabbi ada penjelasan yang jelas.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 09:47 PM | Show all posts
Apa yang saudara/i tulis ini adalah tuduhan melulu sahaja dan di buat-buat semata-mata untuk menakutkan orang ramai mengenai fahaman Wahabbi.Sedangkan ia tidak benar dan ada yang benar cuma di tok ...
doden Post at 6-1-2010 12:24


Hmmm....terasa ka?

Serangan kristian bukan zaman skrg ni ja...dah lama dah..rentetan dari perang salib..depa bukannya dok diam, mcm2 depa dah buat tuk jahanamkan agama Islam..antara perasan dgn xperasan ja..

Tapi, cuba pikiaq...negara2 yg dipimpin oleh wahabi tidak di serang, tidak dijadikan sasaran, malahan di support, di tatang, di bagi bantuan....pelik kan??? Cthnya Turki..
Reply

Use magic Report

Post time 2-3-2010 12:21 PM | Show all posts
Apa yang saudara/i tulis ini adalah tuduhan melulu sahaja dan di buat-buat semata-mata untuk menakutkan orang ramai mengenai fahaman Wahabbi.Sedangkan ia tidak benar dan ada yang benar cuma di tok ...
doden Post at 6-1-2010 12:24

uihk!....ada terasa rupenye,sape makan cili terasa le pedasnya..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2010 07:51 PM | Show all posts
mane nanat?...nanat nape x muncul2 plak? dh pindah turki ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 02:59 PM | Show all posts
kalu lina joy kat IC dia masih letak agama islam tapi perangai tak mencerminkan islam, buang karen je..nak paksa agama kat atas orang tu satu masalah tu..bukan boleh kita tarik tangan semua orang ajak gi masjid ka, bukak dompet orang suruh derma ka..kalau dia taknak mengaku islam, nak paksa macam mana?? bagi aku, kalau dia dah ngaku tak islam, tumpukan kerja dakwah pada orang lain yang boleh terima islam..
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 03:33 PM | Show all posts
Hmmm....terasa ka?

Serangan kristian bukan zaman skrg ni ja...dah lama dah..rentetan dari perang salib..depa bukannya dok diam, mcm2 depa dah buat tuk jahanamkan agama Islam..antara peras ...
baghal Post at 10-1-2010 21:47


ni politik la. kristian ka tak kristian ka...wahabi ka tak wahabi ka..tu bohkan musuh sebenaq...musuh sebenaq ialah taghut...org yg tak dok agama jah tp ang dok serang kristian yg baik..sama jugok wahabi. yg bani saud tuh politik jah lebih.tp apa yg wahab tu bwk tak gitu...depa2 ni guna agama mcm umno melayu isele ni gunakan islam la. inila bahana kalu tak dpt beza mana yg jd masalah...aku tak pecaya kalu org tu betoi2 ikot agama dia hatta kristian pom, dia akan serang islam gitu....yg kristian masa perang salib tuh pasai depa nk rampas tanah palestin utk dpt kuasa jah...bohkan kerana agama ka apa...sumanya politaik ponya pasai..jaman salib, kristian tanah arab hok bukan roman katolik pong kena bantai sama2 ngn islam.
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2010 03:48 PM | Show all posts
Post Last Edit by nanat87 at 5-3-2010 15:51
kalu lina joy kat IC dia masih letak agama islam tapi perangai tak mencerminkan islam, buang karen je..nak paksa agama kat atas orang tu satu masalah tu..bukan boleh kita tarik tangan semua orang ajak ...
abas8888 Post at 5-3-2010 14:59


dr kisah idop dia, dia dari kecik pom tak penah amal islam...tu pasai.islam ni tak dok paksaan.kalu dia dah tak mau islam biaq pi la dia.....pasai pa nk kata dia islam lagi...tulis ataih dahi nama islam besaq2 pun, kalu dia tak menaku diri dia islam, sia2 jugok...masuk neraka jugok kalu hati dia tak menaku islam tu agama dia.....

si kapiaq lord reid tu saja jah buat pelembagaan org melayu=islam pasai dia tiru yahudi punya konsep. bangsa=agama.bnd ni mcm serangan dari dlm la jugok...dia nak org melayu murtad senyap2....murtad scara tebuka lg better dr senyap2....sekurg2nya kita tau bnd tu tejadi...tak dok la nak terlalai terleka bagai....apa hok mufti perak habaq mmg betoi, angka yg masok kristian tu kalu tak tepat pong tp mmg cecaih beribu ribu jugak.... tp hok sedeihnyo, dlm ic masih islam lagi.....depa buleh jd kanser, merebak senyap2...
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 03:11 PM GMT+8 , Processed in 0.074072 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list