CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8542|Reply: 28

Mawi Buka Food Court - Lambai-Lambai -

[Copy link]
Post time 6-1-2010 08:06 AM | Show all posts |Read mode

Rabu Januari 6, 2010
Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’

Oleh KEMALIA OTHMAN



PENYANYI popular, Asmawi Ani atau Mawi kini melebarkan lagi empayarnya daripada bidang nyanyian, lakonan, penerbitan dan kini bergelar ‘tauke’ medan selera pula.


Mawi yang mengakui tidak arif tentang hal-hal masakan berkata, dia lebih senang menyediakan tapak kepada para peniaga untuk menjual makanan mereka dan membiarkan mereka. "Perancangan terbaru saya ialah untuk membuka kedai makan ala food court (medan selera), sekarang bangunan sedang dibina dan dijangkakan pertengahan bulan ini dah boleh mula operasi.

"Saya ingin namakan food court itu ‘Lambai-Lambai’. Sudah dua tahun saya simpan hasrat untuk buka kedai makan ini.

"Lokasinya di Jalan Mariamah, Johor Bahru. Dulu kawasan ini kosong tidak diusahakan jadi saya ambil peluang ini untuk buka kedai sebab lokasinya juga agak strategik," ujar Mawi.

Menurutnya, kedai tersebut boleh memuatkan 10 gerai makan dan bakal disewakan kepada orang ramai yang berminat untuk berniaga.

"Setakat ini sudah hampir RM40,000 telah dibelanjakan dan banyak juga proposal daripada peniaga yang saya terima," ujarnya yang bakal menerbitkan telefilem bertajuk Jiwa Kacau di Astro Prima dan akan disiarkan pada akhir Januari ini.

Sementara itu, ketika ditanya tentang perancangan untuk menimang cahaya mata tahun ini, Mawi berkata, dia hanya menyerahkan semuanya kepada Allah.

"Saya tidak merancang apa-apa, sekarang masih muda, saya ingin tumpu perhatian dalam karier terlebih dahulu dan tidaklah terlalu mengharap dalam jangka masa terdekat ini.

"Tapi kalau boleh saya mahu anak kembar macam isteri saya," ujar Mawi yang juga akan menerbitkan drama episod berjudul Cinta Nami Island dan Gincu Cikgu Salbiah.

Dalam perkembangan lain, Mawi kini keluar dengan album Era Muzik Hits Terkini bersama bintang-bintang Akademi Fantasia dan bakal melancarkan album Idola yang melibatkan penyanyi ‘otai’ seperti Ramli Sarip, Datuk Jeffry Din, Jamal Abdillah, M. Nasir, Hattan, Aznil Hj Nawawi dan Ogy Ahmad Daud pada hujung bulan ini.

"Album bersama idola saya ini bukan kerana saya sudah tidak laku atau ingin tumpang publisiti mereka tetapi ini hasrat saya untuk berduet menyanyikan lagu-lagu tersebut bersama mereka," katanya yang bakal menyanyikan semula lagu Tidak Mungkin Berpaling bersama Zamani Slam.



***************************************************************



ah... dah album pun tak berapa nak laku sekarang.. dan aura tak kuat mana macam saya
tulis last week... elok la buka kedai makan..... boleh abe ice dan dino dan niy belanja saya kat sana, eh -
jauh pun jauh la... asal dapat belanja, kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 08:16 AM | Show all posts
bagus la bisnes lain
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:19 AM | Show all posts
Rabu Januari 6, 2010
Mawi Buka Kedai Makan ‘Lambai-Lambai’

Oleh KEMALIA OTHMAN

ttp://mstar.com.my/archives/2010/1/6/mstar_hiburan/MAWI.jpg

PENYANYI popular, Asmawi Ani atau Mawi kini mel ...
dexa Post at 6-1-2010 08:06

bagus la bukak bisnes kan dex... drp dok layan org kutuk die.. nmpk byk projek tuh... hikhik
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:31 AM | Show all posts
macam nih la usahawan artis yg gigih....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:35 AM | Show all posts
usaha yang baik

selamat berjaya mawi...
dan fokus kena ada dlm setiap perkara yg dibuat
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2010 08:40 AM | Show all posts
bagus la bukak bisnes kan dex... drp dok layan org kutuk die.. nmpk byk projek tuh... hikhik
dino Post at 6-1-2010 08:19




betul juga tu... adalah fix income yang masuk.... ' baru cerah masa depan' macam lagu MAT OVER tu...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2010 08:41 AM | Show all posts
ah... dah album pun tak berapa nak laku sekarang.. dan aura tak kuat mana macam saya
tulis last week... elok la buka kedai makan..... boleh abe ice dan dino dan niy belanja saya kat sana, eh -
jauh pun jauh la... asal dapat belanja, kan..

dexa Post at 6-1-2010 08:06


album semua penyanyi mmg tak berapa skrang
even masa mawi muncul .. industri nyanyi <ada ke term ni?> mmg tak hangat
mawi berjaya menaikkan jualan album masa tu <kan dino kan?>


jom gi makan kat lambai&#178;  
tapi rasanya lambai ajelah .. jauh bebeno
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:41 AM | Show all posts
bagus.. mawi berpijak di bumi yg nyata...
selamat berjaya.. suka tgk anak melayu berwawasan..
modal ada, bakat masak x der.. bg aje org berbakat yg laksanakan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2010 08:43 AM | Show all posts
aku doakan... moga bisnes dia berjaya....

good luck dear!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-1-2010 08:49 AM | Show all posts
7# niy


zaman sekarang ni niy... there's no such thing as 'jauh benar', ISS pun kita boleh sampai dah -
setakat kat Johor tu.. saya percaya  niy boleh bawa saya gi sana.. belanja makan
kat lambai-lambai ni.....

pejam mata aje..........sampai...!! -

speak of pejam mata aje.. teringat saya sokmo kata kat students saya...
'guys... this question is too easy.... you just close your eyes........KABOOM.......you got it!!'

depa akan kata... 'well if we close our eyes we just going to sleep, ms -   betul gak, eh... gs

*anyway.... bila boleh bawa saya ke lambai-lambai ni niy... boleh pergi convoy - abe ice dan dino
mesti nak ikut juga... pastu  omg.......kita boleh pergi pantai LIDO... then nyanyi lagu : tanjung puteri...
saya suka sangat lagu tu....
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 08:54 AM | Show all posts
album semua penyanyi mmg tak berapa skrang
even masa mawi muncul .. industri nyanyi  mmg tak hangat
mawi berjaya menaikkan jualan album masa tu


jom gi makan kat lambai&#178;  
tapi rasa ...
niy Post at 6-1-2010 08:41

btul tuh takde artis yg popular skrg leh cecah angka 100k
album baru mawi 15K tu dah ok la tuh
mawi bkn nak senang sorang2 tu... die sedia tapak utk org meniaga... mcm die buat time pose dulu2 tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:10 AM | Show all posts
btul tuh takde artis yg popular skrg leh cecah angka 100k
album baru mawi 15K tu dah ok la tuh
mawi bkn nak senang sorang2 tu... die sedia tapak utk org meniaga... mcm die buat time pose dul ...
dino Post at 6-1-2010 08:54

betul tuh...memang satu langkah yg amat bagus dan mulia..
support peniaga2 kecil yg lain....
secara x langsung, depa boleh tumpang world sekali sebab beniaga kat tempat mawi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 09:27 AM | Show all posts
elok la tuh... dari minta2 sedekah
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2010 10:56 AM | Show all posts
7# niy


zaman sekarang ni niy... there's no such thing as 'jauh benar', ISS pun kita boleh sampai dah -
setakat kat Johor tu.. saya percaya  niy boleh bawa saya gi sana.. belanja makan
kat la ...
dexa Post at 6-1-2010 08:49
nak ikut skali gi danga bay..
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2010 12:03 AM | Show all posts
bagus la bukak bisnes kan dex... drp dok layan org kutuk die.. nmpk byk projek tuh... hikhik
dino Post at 6-1-2010 08:19


...kalau layan kutukan orang..harus tak keluar rumah..
tapi...Mawi tetap ada usaha untuk majukan diri...
biarlah org kata apa sekalipun......" SEMUGA BERJAYA ADIK KU...."Aminnn....
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 09:44 AM | Show all posts
dia owner of the food court lah..dia sewakan lot-lot gerai kat peniaga..mcm uncle ramli sarip buka kunang-kunang kat gombak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-1-2010 12:49 PM | Show all posts
Lambai ajela...
Anyway good luck to mawi
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2010 07:59 PM | Show all posts
Anyway good luck to mawi
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 02:26 PM | Show all posts
Lambai ajela...
Anyway good luck to mawi
aikee04 Post at 8-1-2010 12:49

tgk dr jauh jer la... bgus klau pkir psl bisnes ni... tambah2 bisnes makan... tp kena sedap n harga patut la....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 08:46 AM | Show all posts
7# niy


zaman sekarang ni niy... there's no such thing as 'jauh benar', ISS pun kita boleh sampai dah -
setakat kat Johor tu.. saya percaya  niy boleh bawa saya gi sana.. belanja makan
kat la ...
dexa Post at 6-1-2010 08:49


dah berkelip kelip kelip dah
tak sampai pun lagi
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 06:52 PM GMT+8 , Processed in 0.186209 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list