View: 8339|Reply: 72
|
menutup aurat..ingin berubah..tp tak pernah berubah..
[Copy link]
|
|
Assalamualaikum...
Salju ada masalah sikit..
Tak tahu la ni masalah serius ke tak..tapi salju selalu fikirkan hal ni..
Salju tahu sbg wanita,salju kene menutup aurat dr pandangan lelaki..
Byk la kelebihannya..dan salju percaya kenapa Allah menetapkan demikian..adalah utk kepentingan semua manusia jugak..
InsyaAllah..
Tapi walaupun salju sedar..salju ingin menutup aurat ngn sempurna..
tp salju tak berubah langsung..
Salju suke tgk pmpn yg menutup aurat ngan baik..
Salju tersenyum..n tanam dalam hati salju nak mcm tu jugak..
tp salju tetap jugak tak berubah..
Kawan2 tau camne utk salju berubah?
leh bg tunjuk ajar kat salju ni..
salju kurang ilmu agama~~ bese2 saje...![](static/image/smiley/default/sad.gif)
dan masalah salju ialah...salju suke ngan fesyen2 yg cantik n feminine..
yg slalunye menampakkan bentuk badan salju.... |
|
|
|
|
|
|
|
1. jangan stopkan niat untuk berubah tu.
2. sentiasa dekatkan diri dengan Allah n berdoa agar diberi kekuatan untuk berubah.
3. beli satu baju yang longgar, labuh.
4. try pakai baju muslimah tuh sekali-sekala
5. beli lagi.
6. pakai.
7. lama2, anda akan selesa berpakaian begitu n malu untuk pakai baju yang body-shape.
*saye dah melaluinya dan ini langkah2 yang saya buat. Alhamdulillah, berjaya berubah. sekarang hanye beli n pakai t-shirt labuh n dress labuh. ROXY, Converse, TomGirl....banyak baju t-shirt labuh. kalau suke dress rasenye, banyak je jual. hehehe |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
dosa ke pahala? hermm..
Syurga ke Neraka? hmmm..
jangan terpedaya dengan dunia.. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum...
Salju ada masalah sikit..
Tak tahu la ni masalah serius ke tak..tapi salju selalu fikirkan hal ni..
Salju tahu sbg wanita,salju kene menutup aurat dr pandangan lelaki..
Byk ...
salju_mutiara Post at 23-1-2010 12:01 PM ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
kalau kau bertudung pun boleh aje nak berpesen2 tu .... pakai baju2 tu pastu pakai abaya kat luarnya ... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by mulberi at 23-1-2010 13:33
Alhamdulillahhhhhh..
Syukurrr sgt2.. Dapat rasekan betapa murni & tulusnyee niat tuu.. Mudah2an Allah sentiasa buka jalan utk lakukan yg terbaik..
Langkah yg terbaik buat mase, jgn putus berdoa.. Mintak Allah bukakan hati utk menutup aurat. Mintak ALLAH kuatkan hati.. mintak ALLAH mudahkan jalan.. Maklumlahh.. kita ni tak tau sampai bila kita akan hidup. Kalau sempat utk membuat perubahan, Alhamdulillah sangat2.. Kalau tak sempat, tu yg takuttt..
Salju ade kate, Salju suke tgk org yg bertudung.. Yg baik2 tu..Why not Salju dampingi dorang selalu.. InsyaALLAH lame2 hati tu akan terpanggil jugak utk join skali.. InsyaALLAH, org yg menutup aurat kerana ALLAH, hatinya pasti akan merasa tenang.. Tenang setenang2nya.. Amin..
Lagi satu, jgn malu utk mencari ilmu.. Lebih2 lagi ilmu2 agama ni.. Jgn malu bertanya pada kawan2, ahli keluarga dan sebagainya.. Ilmu itu tidak terbatas.. yg penting, kita usaha utk mencarinya..
Niat yg baik, jika diteruskan dgn usaha, insyaALLAH mendapat ganjaran yg berlipat ganda.. In. Allah Good luck girl! |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
1. jangan stopkan niat untuk berubah tu.
2. sentiasa dekatkan diri dengan Allah n berdoa agar diberi kekuatan untuk berubah.
3. beli satu baju yang longgar, labuh.
4. try pakai baju muslimah tuh se ...
fluffyneo Post at 23-1-2010 12:50 ![](http://mforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
thanksss~~
cara yg bagus...
tahniah fluffyneo..![](static/image/smiley/default/smile.gif)
semoga salju mengikut contoh fluffyneo~... |
|
|
|
|
|
|
|
what stopping YOU?
mbhcsf Post at 23-1-2010 02:33 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
why can't you say IS?
just kidding, balas dendam. ![](static/image/smiley/default/tongue.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak sembang, sila ke thread sembang. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau nak sembang, sila ke thread sembang.
ibnur Post at 23-1-2010 21:04 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
alaaaa....marah lagikkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
nak berubah or tak nak berubah
nak berubah yg kena perlukan jentikan persekitaran untuk menyedarkan org tu = lokus luaran ( external locus )
nak berubah disebabkan oleh a) kesedaran sendiri b) kefahamam sendiri c) penghaytan sendiri dan d) nilai yg dipegang = locus yg menjurus ke arah faktor lonjakan dalaman - meaning u oynya slef motivation kuat = ini plaing baik
selama ini adalah anda jenis yg tak pernah nak kontrol hidup anda sendiri?
kepautusan tak berani ambil and abide / live with that decision?
strong character building is thru decision making |
|
|
|
|
|
|
|
1# salju_mutiara
Alhamdulillah kerana salju cuba utk menjadi insan yg lebih baik dr dahulu...utk berubah salju berubahlh
secara berperingkat.x salah utk berfesyen..x salah utk memakai jeans..sekiranya sebelum ni salju mempunyai
bj yg singkat yg menampakkn punggung...salju cuba lah pulak bertukar dgn memakai blause yg boleh menutupi
punggung salju. Mcm blause labuh paras peha..itu lebih femenin. Salju juga boleh bertukar dgn memakai dress labuh
kerana dress ni longgar dan tidak menjolok mata. Apa yg penting sekarang, salju tanamkn di dalam hati salju yg salju
x boleh mengikut perasaan dlm membeli baju yg ketat2..semoga salju mampu melakukannya. Sama2 lah kt berdoa. |
|
|
|
|
|
|
|
sesungguhnya Tuhan Maha Pengampun walopun kita tak berubah2.....selagi kita memohon ampun.
dan TUhan jugak Maha keras siksaannya. sebab takut bertangguh2 dan tak sempat nak tunjuk kat Tuhan yg kita nie boleh tutup aurat semasa hayat.
jgn putus asa. sentiasa cuba.
pd masa yg sama jgn terlampau bersikap ringan.
mmg lumrah, bila nak jadi baik, Tuhan akan uji dgn rasa susah....
maka beruntunglah org2 yg merasa susah itu. |
|
|
|
|
|
|
|
salam salju..
masyaAllah...sayangnye Allah kt salju sbb detikkan niat tu di hati salju..
sedang telah ramai yg Allah biar mereka sesat krn kebodohan mereka..
hmm..berkenaan aurat ni, Rasulullah sebut: telah jelas perkara yg halal dan perkara yg haram...
xde doubt lg yg xtutup aurat dgn sempurna tu adlh perkara haram..so,utk melakukannya adlh sstu yg berat..
nway,Allah tu Maha Pengampun,kita masih berpeluang untk b'taubat skrg,ketika ini...tp mungkin bukan sejam dr skrg, siapa tau ajal dtg menjemput skejap lg..
cube lah cara fluffyneo..insyaAllah salju mampu utk istiqamah..
yg paling penting, kekuatan tu cuma dtg dr ALLAH. mungkin ada kalam manusia yg mampu memotivasikan kita utk berubah..tp itupun ilham dr ALLAH sekiranya DIA mahu seseorg mmbntu kita. jd, bykkn berdoa, bc Quran, zikir...krn yg menjadikan kita bertindak adlh iman. selain tu, btul jgk ckp mulberi, jd kan surrounding kita islamik..insyaAllah sahabat2 akn byk membantu..
Doa, sangat penting. di sebutkan dlm sbuah hadis, Rasulullah SAW bersabda: ssguhnya Allah Taala itu Maha Hidup & Maha Mulia. Dia malu apabila seorg mngangkat kedua tgn kpdNya utk Dia memulangkannya dgn tgn kosong dan hampa.
Fa iza 'azamta fa tawakkal 'ala Allah..sekiranya kamu tlh berazam, mk bertawakkal lah kpd Allah...jgn sesekali toleh blkg stlh ingin berubah, insyaAllah Allah sentiasa bersama2 org yg mencari kebenaran dan memperbaki amalan =) Rabbuna yusahhil~ |
|
|
|
|
|
|
|
mgkn salju still young pasal tuh perubahan tu belum betul2 lagik!! tunggu lepas dah kawen, ada anak mgkn akan terus berubah yg kekal kot!!! doa selalu kan... |
|
|
|
|
|
|
|
artikel di bawah mungkin boleh membantu salju...
SOALAN
Untuk pengetahuan ustaz,ibu saya telah menyuruh saya memakai tudung ketika saya berumur 13 tahun lagi. Saya hanya menurut katanya kerana bimbang dimarahi. Walaupun begitu, sekarang saya tidak lekat memakai tudung. Ini diketahui oleh ibu saya, dia hanya mampu membebel dan berkata, adik nak buat dosa, adik tanggung la sendiri, ibu dah buat apa yang patut.
Sekarang saya sudah bekerja dan hanya memakai tudung di tempat kerja sahaja kerana di tempat saya, tindakan undang-undang akan dikenakan sekiranya pekerja tidak memakai tudung. Saya tahu hukum tidak menutup aurat, tetapi buat waktu sekarang, hati saya tidak terbuka lagi untuk terus menutup aurat (rambut dan leher).
Cara pemakaian saya tidak seperti rakan-rakan saya yang menutup aurat. Mereka bertudung tetapi pemakaian mereka tidak melambangkan imej mereka. Baju, seluar ketat yang menampakkan susuk tubuh.
Bagi yang memakai baju kurung, ada yang dari kain yang nipis dan jarang. Bagi yang berbaju kebaya, ianya terlalu ketat, berkain belah sehingga menampakkan betis dan jarang. Ada yang tidak memakai seluar tetapi memakai skirt panjang. Walaupun begitu, ianya ketat dan menampakkan garis pakaian dalam yang dipakainya.
Tudung yang dipakai pula tidak menutupi dada. Lelaki-lelaki yang memandang tidak berkelip melihat mereka. Ada juga rakan saya yang betul-betul menutup aurat tetapi perangai dan kelakuan mereka lebih teruk dari perempuan yang tidak memakai tudung. Tidak menunaikan solat, panjang tangan, mengumpat, melayan lelaki yang bukan muhrim, pengotor dan pelbagai karenah lagi. Walaupun saya tidak memakai tudung, saya menjaga solat, pemakaian dan tingkah laku saya.
Kawan-kawan saya ini ada menyuruh saya supaya terus memakai tudung tetapi saya tidak mahu menjadi hipokrit. Saya mahu berubah kerana saya sendiri yang ingin berubah. Saya mahu melakukannya dengan ikhlas, bukan kerana disuruh. Saya tahu hari itu akan tiba tetapi bukan sekarang.
Semoga ALLAH membuka hati saya untuk terus memakai tudung. Amiin... |
|
|
|
|
|
|
|
JAWAPAN
Ada beberapa perkara yang saudari utarakan dalam soalan dan ingin saya berikan respon ringkas. Iaitu :-
1) Isu tidak mahu bertudung ( menutup aurat) tanpa ikhlas kerana tidak mahu hipokrit serta tidak mahu berubah kerana disuruh.
Sebenarnya isu ini telah agak banyak saya sentuh di dalam artikel-artikel yang lalu seperti berikut :-
* Aurat wanita apa sudah jadi?
* Wanita, aurat dan Kerjaya
Namun demikian, disebabkan soalan ini ada menyentuh beberapa isu yang agak semasa dan kerap, saya berasa perlu untuk memberikan ulasan tambahan.
Begini ulasannya, Allah swt dan RasulNya telah mengarahkan seluruh wanita muslimah untuk menutup aurat dan bukan hanya bertudung.
Justeru, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, suka atau tidak, disuruh oleh orang lain atau terbit dari hatinya sendiri, dia tetap WAJIB di sisi Allah untuk melaksanakan kewajiban itu.
Sebagaimana seorang pemandu tidak berhemah warganegara Malaysia yang menetap di United Kingdom (UK), dia akan terpaksa mengubah cara pemanduannya kerana hemah pemandu di UK amat tinggi, sesiapa sahaja yang kurang berhemah akan segera mendapat teguran pemandu lain, malah adakalanya pemandu lain akan segera menelefon polis atau mencatat nombor plat kereta untuk diadukan kepada polis.
Atas sebab itu, pemandu yang asalnya ‘brutal' di Malaysia, TERPAKSA berubah di UK. Tidak kiralah sama ada dia berubah kerana hipokrit, terpaksa, tidak ikhlas atau apa jua sebab lauaran. Hakikatnya, dia MESTI berubah, kerana itu adalah system dan regulasinya. Mengabaikannya akan membawa mudarat kepada diri sendiri dan pemandu orang lain.
Sama seperti menutup aurat dan bertudung, itu adalah regulasi oleh agama Islam, mengabaikannya akan membawa mudarat spiritual kepada diri sendiri dan juga orang lain (kerana setiap lelaki yang melihat aurat wanita bukan mahram, akan berdosa dan dosanya dikongsi bersama oleh wanita tersebut).!
Justeru itu, hipokrit tidak boleh sama sekali menjadi PENGHALANG untuk mengerjakan semua KEWAJIBAN agama, termasuk menutup aurat. Ia adalah arahan Allah dan hak Allah untuk menguji hambanya.
Sama seperti mendirikan solat, membayar zakat, puasa Ramadhan dan semua arahan serta larangan Islam yang lain, sama ada seseorang itu ikhlas atau tidak, terpaksa atau tidak. Kewajiban untuk melakukan semua arahan wajib dan menjauhi larangan yang diharam tetap tertanggung di atas bahunya, walaupun dia tidak ikhlas atau masih gagal mencapai tahap Ikhlas.
Apa yang perlu diusahakan adalah terus menerus berusaha memperoleh ikhlas semasa melaksanakan perintah dan menjauhi larangan itu. Itu boleh dianggap sebagai adalah level kedua kesempurnaan ibadah. Level pertama adalah mesti melaksanakan tuntutan Islam.
Perlu diingat, jika seseorang menutup aurat dan menunaikan solat secara ikhlas atau separa ikhlas, maka dia akan beroleh ganjaran sekadar keikhlasannya. Namun tanggungjawab fizikal yang diwajibkan oleh agama dikira sudah terlaksana secara zahirnya. ATAU kata lainnya, tatkala itu dia hanya BERDOSA SEKALI iaitu kerana tidak melaksanakannya secara ikhlas, tetapi dia terhindar dari dosa tidak mengerjakan yang wajib ke atasnya secara zahir.
Namun jika dia degil dan tidak menutup aurat, tidak juga solat atas alasan TIDAK IKHLAS, TIDAK MAHU HIPOKRIT dan sebagainya. Tindakannya itu menjadikannya BERDOSA di sisi Allah secara fizikal dan juga spiritual, atau dalam kata lainnya, dia berdosa DUA KALI. Dosa di level pertama dan kedua sekaligus, malah lebih musnah apabila dosa level pertama itu sangat mudah bercambah apabila ia berjangkit kepada orang lain, seperti apabila sahaja ada mata lelaki bukan mahram yang melihat, ketika itu dosa bukan hanya dua kali tetapi sebanyak mata lelaki yang melihat.
Adapun bagi mereka yang tidak ikhlas tadi, at least dia sudah terselamat dari cambahan dosa dari mata lelaki.
Kesimpulannya, ‘ingin berubah hasil hati sendiri', ‘tidak ikhlas' dan ‘tidak mahu hipokrit' itu semuanya hanya bisikan syaitan yang ingin menyesatkan hamba Allah agar terus menerus menjauhi kewajibannya. Sedarlah agar jangan lagi terpedaya, ingatlah berterusan dalam dosa sedang mengetahui hukumnya akan terus menerus menambah besar kemurkaan Allah swt dan akan menjadikan diri sama sekali TIDAK MAMPU berubah di satu hari nanti yang diharapkan.
2) MEREKA YANG BERTUDUNG TAPI TIDAK SEMPURNA DAN BERAKHLAK BURUK.
Sebelum mengulas, isu sebegini telah pernah saya ulas sbeelum ini di artikel : Bertudung Sambil Hina Hukum
Kembali kepada persoalan saudari, dari bait-bait ayat saudari, kelihatan saudari begitu benci dan terganggu serta terkesan dengan keburukan akhlak dan cara tutupan aurat rakan sekerja yang lain yang dikatakan memakai tudung tetapi ketat dan sebagainya. Sehingga saudari merasa mereka semua hipokrit, buruk perangai, pengotor dan sebagainya, walau bertudung.
Sebelum itu, saya perlu ingatkan saudari dikira bertuah kerana mendapat kerja di sebuah syarikat yang begitu perihatin dalam masalah agama sehingga mewajibkan kakitangan mereka untuk menutup aurat.
Satu perkara mesti jelas juga, semua wanita yang bertudung tetapi berbaju ketat, skirt panjang terbelah, berbaju kebaya sempit dan sebagainya, semua mereka berada di satu level pada pandangan Islam. Iaitu SEMUA SEDANG MELAKUKAN DOSA DAN SEMUA TIDAK MENUTUP AURAT.
Justeru, adalah SALAH bagi saudari menganggap ‘rakan sekerja itu' SEBAGAI MENUTUP AURAT TETAPI BURUK AKHLAK DAN BEROSA. Sebabnya, mereka juga TIDAK MENUTUP AURAT.
Malah jika mereka benar-benar menutup aurat sekalipun, adalah SALAH untuk merujuk kepada mereka dalam menetap pendirian sama ada saudari perlu sudah sampai masa untuk menutup aurat atau tidak.
Ingatlah bahawa yang diwajibkan oleh Allah bukanlah hanya bertudung kepala dan menutup leher, tetapi menutup seluruh bahagian aurat tubuh sebagaimana yang telah saya terangkan di dalam artikel ‘Aurat Wanita Apa Sudah Jadi'
Selain itu, adalah salah sama sekali dalam hal ehwal agama, untuk kita membandingkan diri kita dengan mereka yang lebih buruk agama dan akhlak. Ia adalah teknik Syaitan uuntuk menghentikan seseorang dari melakukan usaha pemulihan diri kepada yang lebih baik.
Jelas dari hadis Nabi s.a.w, dalam hal agama dan kepatuhannya, kita mesti sentiasa melihat mereka yang lebih dari kita, agar kita terus berusaha
Manakala dalam hal keduniaan, barulah kita disuruh oleh Islam untuk melihat mereka yang kurang berbanding kita, agar kita lebih tahu untuk bersyukur dan tidak dijangkiti penyakit tamak.
Sabda Nabi :-
خَصْلَتَانِ من كَانَتَا فيه كَتَبَهُ الله شَاكِرًا صَابِرًا وَمَنْ لم تَكُونَا فيه لم يَكْتُبْهُ الله شَاكِرًا ولا صَابِرًا من نَظَرَ في دِينِهِ إلى من هو فَوْقَهُ فَاقْتَدَى بِهِ ونظر في دُنْيَاهُ إلى من هو دُونَهُ فَحَمِدَ اللَّهَ على ما فَضَّلَهُ بِهِ عليه ..
Ertinya : Dua perkara yang sesiapa dapat perolehinya akan ditulis dirinya sebagai hamba yang bersyukur dan sabar, sesiapa yang gagal dalamnya, tidak akan ditulis sebagai orang bersyukur dan sabar. Iaitu sesiapa yang melihat tentang agamanya kepada mereka yang jauh lebih baik darinya, lalu ia berusaha mengikutinya, dan dalam hal keduniaan mereka melihat kepada orang-orang yang kurang darinya sehingga ia memuji Allah atas nikmat yang diperolehinya .. ( Riwayat At-Tirmidzi, 4/665 ; Hadis Sohih menurut Tirmidzi dan Albani) |
|
|
|
|
|
|
| |
|