CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3209|Reply: 18

Percayalah

[Copy link]
Post time 23-1-2010 05:24 PM | Show all posts |Read mode
http://www.youtube.com/watch?v=u-KCxFH0-SI

can anyone tell me performance ni kat mana? rasa nya bukan kat malaysia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2010 08:17 PM | Show all posts
japan festival music kot..aku pun xpenah tgk vid nieee..cntik ct dlm vid ni..bju pun
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 10:59 PM | Show all posts
http://www.myjica.net/modules/news/article.php?storyid=27

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin begitu manis apabila mengenakan pakaian tradisional masyarakat Jepun, Kimono. Semuanya menjadi realiti apabila Siti mendapat jemputan dari Asia Broadcasting Union (ABU) Festival mengadakan persembahan di ABI Concert di Tokyo, Jepun dari 6 hingga 10 November lalu. Ikuti pengalaman manis Siti sepanjang berada di negara matahari terbit itu.



6 November
SITI berlepas dari KLIA (Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur) menaiki pesawat MAS (Penerbangan Malaysia) pada jam 11 pagi. Selain Siti, mereka yang mengikuti rombongan ke Jepun terdiri daripada Abang Ayie (Saiful Bahri Tarudin), Kak Rozie (Abdul Razak), adik, Siti Nursaerah dan Pengarah Urusan SRC (Suria Records), Tan Su Loke.
Turut serta ialah Pak Ngah (Suhaimi Mohd Zain), Mak Ngah (Syarifah Mahani) dan dua anaknya, Rina dan Megat.

Perjalanan kami mengambil masa lebih enam jam dan akhirnya kami tiba di Lapangan Terbang Narita, kira-kira jam 6.30 petang. Siti bersama rombongan disambut pihak penganjur ABU Festival dan ABU Concert serta terus dibawa ke Hotel Keio Plaza Inter Continental yang terletak di tengah-tengah bandar Tokyo.”


7 November
“SEAWAL jam 9 pagi, kami sudah bertolak ke NHK (stesen televisyen kerajaan) yang mengambil masa kira-kira 25 minat dari hotel kami. Siti kemudian dibawa ke bilik persalinan yang terletak di belakang pentas di NHK Hall iaitu tempat ABU Concert bakal berlangsung di sebelah malamnya.

Selepas menjalani beberapa latihan, akhirnya persembahan ABU Concert bermula jam 5.30 petang. Namun, sebelum memulakan persembahan, Siti dan rombongan sempat berbuka puasa di mana waktu berbukanya jam 4.41 petang.

Siti adalah peserta ketiga dan persembahan ABU Concert turut disiarkan secara langsung menerusi NHK. Siti menyampaikan lagu Percayalah. Artis lain yang turut membuat persembahan ialah Shamisen, Miyuki Ikeda, Chen Min, Shinhwa, Kelly Chan dan artis popular Jepun, Ayumi Hamasaki.

Selesai persembahan kami menghadiri majlis khas yang dibuat untuk semua artis dan delegasi yang hadir ke ABU Festival.”

8 November
“HARI ni best sebab Siti akan ke Tokyo Disneyland (TD)! Walaupun berpuasa, Siti mesti pergi. Perjalanan dari hotel mengambil masa kira-kira satu jam. Sampai di TD, cuacanya begitu sejuk. Namun, Siti dan rombongan sempat juga mencuba beberapa permainan dan membeli sedikit cenderahati.

Tapi, Siti tak sempat nak pusing satu TD sebab terlalu luas! Akhirnya kami bercadang untuk pulang saja sebab waktu berbuka puasa dah dekat. Kami akhirnya berbuka di dalam bas sebelum menjamu selera di Restoran Rasa Malaysia.”

9 November
“ROMBONGAN kami dibawa melawat tempat bersejarah dan menarik di sekitar bandar Tokyo. Setibanya di Kaminarimon, Siti berpeluang membeli-belah barangan kraftangan dan cenderahati. Seterusnya Siti terus ke Tokyo Tower untuk berbuka puasa di sebuah restoran Jepun di situ.

Selepas berehat, pada sebelah malam pula kami dibawa ke sebuah restoran Jepun yang begitu cantik dan unik. Yang istimewanya, restoran itu dibina di atas bangunan yang berusia 400 tahun. Sebenarnya lawatan kami tadi adalah untuk memenuhi undangan pihak F I Communication iaitu ejen kami di Jepun .”

10 November
“KAMI check-out dari hotel seawal jam 8 pagi menuju ke Lapangan Terbang Narita. Siti bersama rombongan selamat tiba di KLIA jam 7 malam.”
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2010 11:48 PM | Show all posts
http://www.myjica.net/modules/news/article.php?storyid=27

Penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza Tarudin begitu manis apabila mengenakan pakaian tradisional masyarakat Jepun, Kimono. Semuanya  ...
apang Post at 23-1-2010 22:59


taun ble????
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 12:14 PM | Show all posts
thn 2004.......
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 09:42 PM | Show all posts
rindunye nak tgk ct cantik cam dedulu camni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-1-2010 09:45 PM | Show all posts
kenapa video ni baru wujud kat youtube..

sedap sgt ct nyanyi
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 10:19 PM | Show all posts
saper kat sini ade album Melodi Kristal ??...yg instrumental punye album......dulu ade beli kaset..tp dah hilang ntah kemana..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2010 10:54 PM | Show all posts
saper kat sini ade album Melodi Kristal ??...yg instrumental punye album......dulu ade beli kaset..tp dah hilang ntah kemana..
pzan213 Post at 24-1-2010 22:19

dulu.. kawan iols ada beli.. iols dgr jer.. kitorang dgr sbeleum tido kat hostel haha
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2010 11:11 PM | Show all posts
dulu.. kawan iols ada beli.. iols dgr jer.. kitorang dgr sbeleum tido kat hostel haha
eddysheddy Post at 24-1-2010 22:54


dah jumpe dah linknye
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 07:54 AM | Show all posts
saper kat sini ade album Melodi Kristal ??...yg instrumental punye album......dulu ade beli kaset..tp dah hilang ntah kemana..
pzan213 Post at 24-1-2010 22:19


Dgr gak
ade muzik instrumental lagu BCB
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 08:15 AM | Show all posts
Dgr gak
ade muzik instrumental lagu BCB
dauswq Post at 25-1-2010 07:54


nape yg akuy donlod ni xde BCB...yg terbaru pon azimat cinta je..tp rase mmg xde kot bcb sbb album ni 2001...bcb taun bile??..
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2010 09:36 AM | Show all posts
BCB thn 2003
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by nabs at 19-3-2010 12:22

sorry silap
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:20 PM | Show all posts
14# nabs

sape ni nabs
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:20 PM | Show all posts
sedara ct ke tu nab?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2010 12:24 PM | Show all posts
sedara ct ke tu nab?
heisebeno Post at 19-3-2010 12:20

ada tokoh mcm sedara ct x
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:32 PM | Show all posts
nak jawapan jujur ke nab?
ke nak jawapan sedapkan hati u?
tapi rasanya ada tokoh jadik pengawas sekolah tu.
muka serius tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2010 12:37 PM | Show all posts
nak jawapan jujur ke nab?
ke nak jawapan sedapkan hati u?
tapi rasanya ada tokoh jadik pengawas sekolah tu.
muka serius tu.
heisebeno Post at 19-3-2010 12:32


kwn sek u ker?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 12:22 PM GMT+8 , Processed in 0.095102 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list