View: 11297|Reply: 68
|
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
[Copy link]
|
|
KESILAPAN KERAP WANITA TENTANG AURAT
Ketika ini, saya mengambilmasa sekitar satu jam untuk ke pejabat, memandu kereta dari Puchong keJalan Sultan Ismail. Setiap hari, laluan jalan pergi dan pulang iniakan mempamerkan kejahilan wanita Islam hari ini tentang penutupanaurat. Di manakah kesilapan penutupan aurat wanita hari ini ?. Jawabnyaseperti berikut :-
KESALAHAN PERTAMA : Aurat itu adalah memakai tudung sahaja.
KESALAHAN KEDUA : Bertudung tetapi ber‘T-Shirt' berlengan pendek.
KESALAHAN KETIGA : Bertudung tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.
KESALAHAN KEEMPAT : Bertudung tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan-kawasan mudah ‘menggoda'.
KESALAHAN KELIMA : Bertudung tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.
KESALAHAN KEENAM : Bertudung tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.
KESALAHAN KETUJUH : Bertudung tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah dadanya dari ditutupi kain tudung.
KESALAHAN KELAPAN : Bertudung tetapi dengan tudung yang amat nipis sehingga boleh diihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya.
Sebahagian wanita menyangkabahawa tutup aurat tu adalah tutup rambut sahaja. Ia adalah tidak tepatsama sekali. Asasnya adalah dari firman Allah SWT: ertinya :
"Hendaknya merekaitu melabuhkan tudungnya sampai ke dadanya, dan JANGANLAH KAMUMENDEDAHAKN AURAT DAN PERHIASAN KAMU KECUALI APA YANG TERZAHIR."(an-Nur: 31)
Pengertian khumur (tudung),iaitu semua alat yang dapat dipakai untuk menutup kepala. Sedang apayang disebut ‘juyub' kata jama' (bentuk plural) dari kata jaibun, yaitubelahan dada yang terbuka, tidak tertutup oleh pakaian/baju.
Setiap perempuan Islam wajibmenutup kepalanya dengan tudung dan bahagian dadanya termasuk jugaleher, sehingga semua tempat-tempat yang boleh membawa fitnah tertutupdari perkara yang memungkinkan dilihat oleh orang-orang yang jahathatinya.
Menurut Syeikh Dr YusofAl-Qaradawi yang dimaksud perhiasan perempuan dalam ayat itu pula,iaitu apa saja yang dipakai berhias dan untuk mempercantik tubuh, baikberbentuk ciptaan asli seperti wajah, rambut dan potongan tubuh,ataupun buatan seperti pakaian, perhiasan, make-up dan sebagainya.
Dalam ayat di atas Allahmemerintahkan kepada orang-orang perempuan supaya menyembunyikanperhiasan tersebut dan melarang untuk dinampak-nampakkan. Allah tidakmemberikan pengecualian, melainkan apa yang terzahir. Oleh karena itupara ulama kemudian berbeza pendapat tentang erti apa terzahir ituserta ukurannya.
Misalnya sahabat besar Nabiseperti Ibnu Abbas r.a, ia berkata dalam menafsirkan apa yang terzahiritu adalah : celak dan cincin.
Yang berpendapat seperti iniialah sahabat Anas Bin Malik. Justeru, harus dilihat celak dan cincinwanita, bererti boleh dilihatnya juga kedua tempatnya pemakaiannya,iaitu muka dan kedua tapak tangan. Demikianlah apa yang ditegaskan olehulama Tabien seperti Said bin Jubair, 'Atha', Auza'i dan lain-lain.
Bagaimanapun Ummul MukmininAisyah r.a, Qatadah dan lain-lain menisbatkan gelang sebagai perhiasanyang boleh dilihat. Dengan demikian, maka tempat letak gelang iaitu dipergelangan tangan adalah dibolehkan jika tiada fitnah. Tetapiberkenaan batasnya dari pergelangan sampai ke siku, masihdiperselisihkan. Seeloknya di jauhi dari mendedahkannya.
Menurut Syeikh Al-Qaradawijuga, ini tidak sama dengan make-up dan cat-cat yang biasa dipakai olehperempuan-perempuan zaman sekarang untuk memakai gincu dan bedak merahdi pipi serta kuku. Make-up ini semua termasuk berlebih-lebihan yangsangat tidak baik, yang tidak boleh dipakai kecuali di dalam rumah.Sebab perempuan-perempuan sekarang memakai itu semua di luar rumah,adalah untuk menarik perhatian laki-laki. Jadi jelas hukumnya adalahharam. |
|
|
|
|
|
|
|
Namun, kiranya sesempurna mungkin seorang muslimah harus bersungguh-sungguh untuk menyembunyikan perhiasannya, termasuk wajahnya itu sendiri kalau mungkin, demi menjaga meluasnya kerusakan dan banyaknya kefasikan di zaman kita sekarang ini. Lebih-lebih kalau perempuan tersebut mempunyai paras yang cantik yang sangat dikawatirkan akan menimbulkan fitnah.
"Dan hendaknya mereka itu tidak menampak-nampakkan aurat dan perhiasannya kecuali terhadap suami atau ayahnya." (an-Nur: 31)
Kesemua jenis berpakaian yang disebut tadi adalah diharamkan secara sepakat seluruh Ulama Islam. Pengarahan ini tertuju kepada perempuan-perempuan mu'minah, dimana mereka dilarang keras membuka atau menampakkan perhiasannya yang seharusnya disembunyikan, misalnya: perhiasan telinga (anting-anting), perhiasan rambut (sanggul); perhiasan leher (rantai), perhiasan dada (belahan dadanya) dan perhiasan kaki (betis dan gelang kaki). Semuanya ini tidak boleh dinampakkan kepada laki-laki lain. Mereka hanya boleh melihat muka dan kedua tapak tangan yang memang ada rukhsah untuk dinampakkan.
Amat jelas dari dalil al-Quran dan al-Hadith bahawa Islam mengharamkan perempuan memakai pakaian yang membentuk dan nipis sehingga nampak kulitnya. Termasuk diantaranya ialah pakaian yang dapat menampakkan bahagian-bahagian tubuh, khususnya tempat-tempat yang membawa fitnah, seperti: buah dada, paha, dan sebagainya.
Dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Ada dua golongan dari ahli neraka yang belum pernah saya lihat keduanya itu: (l) Kaum yang membawa cambuk seperti ekor sapi yang mereka pakai buat memukul orang (penguasa yang kejam); (2) Perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepada perbuatan maksiat, rambutnya sebesar punuk unta. Mereka ini tidak akan boleh masuk syurga, serta tidak dapat akan mencium bau syurga, padahal bau syurga itu tercium sejauh perjalanan demikian dan demikian." (Riwayat Muslim)
Mereka dikatakan berpakaian, karena memang mereka itu melilitkan pakaian pada tubuhnya, tetapi pada hakikatnya pakaiannya itu tidak berfungsi menutup aurat, karena itu mereka dikatakan telanjang, karena pakaiannya terlalu tipis sehingga dapat memperlihatkan kulit tubuh, seperti kebanyakan pakaian perempuan sekarang ini. ( Al-Halal Wal Haram Fil Islam, Dr Yusof Al-Qaradawi)
‘Bukhtun' adalah salah satu macam daripada unta yang mempunyai kelasa (punuk) besar; rambut orang-orang perempuan seperti punuk unta tersebut karena rambutnya ditarik ke atas.
Disebalik keghaiban ini, seolah-olah Rasulullah melihat apa yang terjadi di zaman sekarang ini yang kini diwujudkan dalam bentuk dandanan rambut, dengan pelbagai macam bentuk dalam salon-salon kecantikan, lebih parah pula apabila kaum lelaki pula yang bekerja di salon seperti ini
Larangan Nipis
Saidatina Aisyah r.a meriwayatkan, saudaranya iaitu Asma' binti Abubakar pernah masuk di rumah Nabi dengan berpakaian jarang sehingga tampak kulitnya. Kemudian baginda SAW berpaling dan mengatakan:
"Hai Asma'! Sesungguhnya seorang perempuan apabila sudah haidh (cukup umurnya), tidak patut diperlihatkan tubuhnya itu, melainkan ini dan ini -- sambil ia menunjuk muka dan dua tapak tangannya." (Riwayat Abu Daud)
Walaupun terdapat perawi lemah dari hadis, tetapi diperkuat dengan hadis-hadis lain yang membolehkan melihat muka dan dua tapak tangan ketika diyakini tidak akan membawa fitnah.
Dr Yusof Al-Qaradawi menegaskan bahawa melihat secara normal kepada wanita atau lelaki, kepada selain aurat, selama tidak dilakukan dengan syahwat dan berulang-ulang, hukumnya adalah halal. (Al-Halal Wal Haram Fil Islam)
KESALAHAN KESEMBILAN : Bertudung tetapi menaiki motor sambil menayangkan betis sepanjang jalan.
Diriwayatkan dalam sebuah Hadith :-
يرحم الله المتسرولات
Ertinya : Allah sentiasa merahmati para wanita yang memakai seluar panjang (di sebelah dalamnya) (Riwayat Al-‘Uqayli, Dar Qutni dari Abu Hurairah, Musannaf Abd Razak, no 5043; Kanzul Ummal, no 41245) .
Menurut Imam Mujahid, hadith ini berlaku di satu ketika ada seorang wanita jatuh dari kenderaannya sehingga terselak kainnya di hadapan Nabi dan para sahabat, maka dengan segera Nabi SAW memalingkan wajahnya, maka para sahabat berkata dia (wanita itu) memakai seluar. Lalu sebagai respond Rasulllah SAW memuji dan menyebut hadith di atas. ( Al-Bayan wa At-Ta'rif, Ibn Hamzah al-Husyani, 3/ 252, no 1831)
Berdasarkan dalil ini juga, bermakna Allah sentiasa melaknati wanita yang tiadk berseluar panjang (di sebelah dalamnya) semasa naik kenderaan. Demikian menurut kaedah Mafhum Mukhalafah di dalam ilmu Usul Fiqh.
KESALAHAN KESEPULUH : Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya tetapi memanja-manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki. Samada menyanyi mahupun bernasyid. Tiada dakwah yag sesuai buat wanita menerusi nyanyian kerana sesaat sahaj ia berada di atas pentas dengan pakaian canggihnya, seribu mata lelaki yang memandangnya..kita tidak tahu dimanakah mata lelaki itu memandang. Suaranya yang merdu juga membuatkan lelaki yang rosak hatinya akan dibuai nafsu, walaupun penasyid wanita itu sedang mendendangkan lagu ketuhanan.
Larangan ini datang dari Firman Allah SWT : "Janganlah perempuan-perempuan itu berlaku lemah dengan perkataannya, sebab akan menaruh harapan orang yang dalam hatinya ada penyakit." (al-Ahzab: 32) |
|
|
|
|
|
|
|
source
http://www.zaharuddin.net/content/view/288/99/
Ramai wanita islam mencebik(trutama yg mmebuka aurat)
ala...yg bertudung pun kaki mengumpat,makan rasuah,beromen,brzina dll.statement begitu samalah dgn kenyataan yahudi dan kafir memburukkan islam
contohnya islam agama keganasan
islam agama kolot dll...
membuka aurat adalah dosa besarrr,jgn ditambah dgn statement menjatuhkan islam dan boleh trkeluar dr agama islam walaupun nama islam. |
|
|
|
|
|
|
|
DON'T JUDGE A BOOK BY ITS COVER
Ungkapan ini kerap saya dengari, saya yakin anda juga mungkin kerap mendengarnya. Kata-kata dari wanita yang tidak menutup aurat yang sering mendakwa bahawa hatinya baik dan suci walaupun ia berpakaian seksi serta mendedahkan aurat.
"Orang wanita bertudung pun banyak yang jahat hari ini, berzina, khalwat dan macam-macam lagi" Katanya memberi buah fikirannya.
"Malah, kami juga baik, kami tak kacau orang, tak mengumpat dan buat benda-benda tak elok" tambah wanita ini lagi.
Benarkah hujjah mereka?. Benarkah penampilan luaran tidak terpakai di dalam Islam ?. Ada juga yang sudah semakin ‘advance' hujahnya lantas berhujjah dengan sebuah maksud hadith Nabi yang sohih iaitu :
"Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh, rupa luaran dan harta kamu, tetapi melihat kepada hati dan amalan kamu" (Riwayat Muslim)
Simpati bercampur kesal saya mendengar bagaimana terdapat orang yang sewenangnya berhujjah dengan hadith untuk menyokong nafsunya. Hanya digunakan Islam dalam hal yang selari dengan kehendaknya sahaja.
"Seorang pekerja yang dijumpai oleh majikannya sedang bermain ‘game' semasa waktu kerjanya sedangkan dokumen yang dipinta si boss masih tidak disiapkan, lalu si majikan berkata: "Macam mana kamu nak cemerlang dalam kerja kalau begini sikap kamu"
Lalu jawab si pekerja : " Saya luaran je nampak main ‘game' boss, tapi hati saya ikhlas dan saya kerja dengan cemerlang"
Adakah anda rasa si boss boleh menerima cakap pekerjanya itu ?. Adakah Allah SWT boleh mengganggap hati seseorang itu suci dan baik dengan melanggar perintahNya ?
Hakikatnya, sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :
"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim)
Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah ata selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.
Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu ‘that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.
Menghukum berdasarkan yang zahir ini bertepatan dengan had |
|
|
|
|
|
|
|
Berubahlah...
1.Ramai wanita menutup aurat tidak sempurna.
2.Buka urat dgn ipar duai.
3.Tutup aurat waktu kerja sahaja...waktu lain rambut mengerbanggg...
4.Menganggap buka aurat dosa kecil,hakikatnya dosa besarrr
5.Mengutuk penutup aurat dgn pelbagai kenyataan menghina islam...
Berubahlah wahai wanita islam...
Hidup hanya sementara.... |
|
|
|
|
|
|
|
Ada dua golongan penghuni neraka yang aku belum pernah melihatnya: Laki-laki
yang tangan mereka menggenggam cambuk yang mrip ekor sapi untk memukuli orang
lain dan wanita-wanita yang berpakaian namun telanjang dan berlenggak lenggok.
Kepalanya bergoyang-goyang bak punuk onta. Mereka itu tidak masuk surga dan
tidak pula mencium baunya. Padahal sesungguhnya bau surga itu bisa tercium dari
jarak sekian dan sekian." (HR. Muslim) |
|
|
|
|
|
|
|
lieliey mmg pakai tudung (labuh) dan lieliey rase sangat comfort malah seperti ade something yg menghalang lieliey utk membuat dosa...;)
statement yang ikhlas dari hati.... |
|
|
|
|
|
|
|
7# lieliey Alhamdulillah! |
|
|
|
|
|
|
|
bab2 aurat ni mmg aku tkan kan sgt dlm kluarga aku. sbb aku x nak jd suami dayus. takut oooo.. cium bau syurga pun x dpt ooo.. nak tgk? mimpi pun x dpt!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
disini lah beratnya t'jawab insan bernama lelaki. ayah, abang, suami, berkerja keraslah anda menjaga kluarga. termasuklah diri saya juga... |
|
|
|
|
|
|
|
tahniah saatcham!! atas dakwah ini. jika di dunia realiti pasti anda akan di benci oleh mereka2 yang menjadi mangsa fesyen terutamanya sekarang tgh gila "mem"fesyenkan tudung. masing2 nak ada tudung yang menunjukkan identiti diri. dah lari dari matlamat utama untuk menutup aurat.
kekadang rasa sedih, nak menangis pun ada.
ari tu baru aku terjumpa sorang makcik ni. pakai tudung, Alhamdulillah.... tapi sayang pakai baju kemeja T lengan pendek... dan paling sedih lak pakai seluar paras bawah skit pada kpala lutut... apa dia ingat aurat lelaki & p'puan tu sama ke!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
#realmael76..... tu bahana kalau belajar sekerat², amik ayat ikut sedap.... |
|
|
|
|
|
|
|
lieliey mmg pakai tudung (labuh) dan lieliey rase sangat comfort malah seperti ade something yg menghalang lieliey utk membuat dosa...;)
statement yang ikhlas dari hati....
lieliey Post at 24-1-2010 14:15
alhamdulillah...
sejak bile ye lieliey?
sblm ni lieliey camne?..penah ke tak bertudung labuh sblm ni ek? |
|
|
|
|
|
|
|
menutup aurat DENGAN SEMPURNA ialah menjaga maruah dan kehormatan seorang wanita. ianya meninggikan prestige dan nilai peribadi seorang wanita. bukan sahaja di mata sesama manusia, tetapi juga Tuhan.
kenapa harus merendahkan martabat sendiri serta memurahkan personal value dengan menutup aurat ala kadar / mendedahkannya (aurat tak sempurna sama macam bogel je sebenarnya)?
Menjaga sempurna aurat VS aurat sekerat/dedahdedah seperti sebuah istana dengan prasarana yang penuh privasi dan sistem security canggih VS rumah flat dinding lubang2.
bodoh, bebal dan bahlul lah orang yg duduk flat dinding brlubang yg tingkap pun tak cukup kain langsir sedangkan dia mampu dan boleh nak duduk kat istana yang indah, penuh ciri2 keselamatan yg mengutamakan privasi.
tapi hakikat malang hari ini, pompuan zaman sekarang lebih suka menarik perhatian org. Lebih suka mata tertumpu padanya. Lebih suka puji-pujian dari teman2 dan org keliling.
Riak, angkuh dan menjelekkan.
bukan ke lebih bagus 'menarik perhatian' Tuhan? |
|
|
|
|
|
|
|
saya quote kata² sorg member yg ske pakai seksi maxi nih "ala dorg bleh tgk je, bukan dapat pon" |
|
|
|
|
|
|
|
Bintang pun nak quote gak kata kata popular artis dan ramai orang yang marah ambik pot pasal diaorang berseksi ;
''noks kubur masing masing...''
|
|
|
|
|
|
|
|
nak je bisik kat tinge dorg² yang kate chengitu...
"ko mati sok, mandi, kafan, solat & tanam diri sendiri ye...." |
|
|
|
|
|
|
|
Tapi yang sebenarnya pompuan muda / remaja memang berkeinginan camtu la... suka menonjolkan diri, seksi atau perasan seksi... satu kepuasan...
Larangan agama tolak tepi. |
|
|
|
|
|
|
|
puas la malaikat sok dok seksa.... |
|
|
|
|
|
|
|
dorg tak kesian pada mak ayah ke? tak pon somi bagi yang dah kawen... tak pon sedara lelaki mereka... atau dorg mmg jenis tak kesah? |
|
|
|
|
|
|
| |
|