CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2179|Reply: 8

PERTEMBUNGAN DUA ULAMA : QARADHAWI & ZUL KULIM.

[Copy link]
Post time 28-1-2010 02:18 AM | Show all posts |Read mode
PERTEMBUNGAN DUA ULAMA : QARADHAWI & ZUL KULIM.

Siapa yang tidak kenal Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Tokoh ulama dan pemikir Islam yang dikenali di dunia islam, juga dunia barat. Kehebatan beliau dalam mengupas isu-isu islam, tidak dinafikan. Sebarang fatwa yang dikeluarkan, sudah pasti memberi keuntungan kepada islam.

Disiplin ilmu yang beliau kemukakan, amat mengkagumkan. Lihatlah buku-buku karangan beliau yang masyhur-masyhur, seperti kitab At-taharah, Fiqh Awlawiyyat, Fiqh Aqalliyyat, Siyasah Syariiyyah dan sebagainya. Justeru, tidak hairan, beliau mendapat gelaran "Al-Imam Al-Wasati".

Dunia mengiktiraf kehebatan beliau. Pengiktirafan beliau sebagai ulama, bukan sekadar para ilmuan dalam Malaysia, bahkan ilmuan islam di dunia Islam yang hebat-hebat.

Justeru, ke'ulama'an Dr Yusuf Al-Qaradhawi tidak boleh dinafikan lagi.

Bak kata pepatah;
لا يعرف ذا فضل الا ذاوه
Maksudnya;"tidak mengenali orang yang mempunyai kelebihan, melainkan orang yang mempunyai kelebihan juga"

Adapun Zulkifli nordin seorang peguam islam yang mula dikenali sejak isu pemecatan Dato' Seri Anwar Ibrahim dari parti UMNO dan dari Timbalan perdana Menteri. Di mana sahaja ada isu mahkamah melibatkan Anwar Ibrahim ketika itu, pasti disitu wujud wajah yang bertubuhkan Zulkifli Nordin.

Dikatakan bahawa dahulu beliau pernah menjadi salah seorang YDP PAS di Bandar Tun Razak. Tidak diketahui setara mana kebenaran berita angin tersebut. Di maklumkan juga, beliau pernah diletakkan sebagai calon PAS untuk pilihanraya umum, tetapi majlis Syura menolak.

Apabila pilihanraya umum tahun 2008 bergema, Zulkifli Nordin semakin dikenali apabila beliau bertanding di parlimen kulim dan menang sebagai Ahli parlimen atas tiket parti Keadilan rakyat (PKR).

Beliau amat terserlah dalam banyak isu, terutama melibatkan isu islam dan melayu.

Pun begitu, kebelakangan ini, apabila tercetus isu kalimah Allah, kehadiran beliau mempertahankan pendapatnya semakin teserlah.

"Mereka ini bagi saya adalah Firaun Kecil . Dalam Isu Islam tidak ada kompromi apatah lagi soal kalimah Allah membabitkan soal akidah" ujar beliau dalam memperkatakan tentang isu kalimah Allah yang sedang hangat diperkatakan (sila Klik http://www.agendadaily.com/cmspr ... 0-175b7f90-dfc63fe7)

Isu kalimah Allah ini, sudah didebatkan dengan begitu hebat sekali. Berbagai pendapat dan hujjah telah dikemukakan, yang akhirnya Dr Yusuf Al-Qaradhawi mengeluarkan kenyataan pada 22 Januari yang lalu dengan kata beliau;

"Wahai saudaraku, Allah adalah Tuhan sekelian alam seluruhnya, Tuhan orang Islam dan Tuhan orang Kristian. Surah terakhir di dalam Al-Quran ada menyebut : ((Katakanlah! (wahai Muhammad) Aku berlindung dengan Tuhan sekelian manusia, Yang Menguasai sekelian manusia!))..bukan Tuhan orang Islam sahaja atau Tuhan Arab sahaja, atau Menguasai Arab sahaja ….) Kemudian beliau(Al-Qardhawi) bertanya: Oleh itu kenapakah perkara ini menimbulkan kemarahan wahai orang-orang (Islam) Malaysia? "

Persoalannya sekarang, siapa yang benar dalam isu kalimah Allah ini? Zul Kulim atau Dr Yusuf Al-Qaradhwi? Pening dibuatnya, apabila melihat pertembungan dua pendapat ulama besar ini.

Sekian

Wallahu 'Alam
Al-Bakistani
[email protected]
http://g-82.blogspot.com/2010/01/pertembungan-dua-ulama-qaradhawi-zul.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 02:45 AM | Show all posts
Assalamualaikum..
saya hanya nak memberi pendapat.. mungkin boleh diterima, mungkin boleh ditolak..

Saya berpendapat dalam situasi ini, kite hanya perlu bertindak sebagai orang awam yang hanya mengikut ulama' dan orang yang ahli@berhak. Situasi ini bukan medan perbahasan kita (orang awam), kita orang yang mempunyai ilmu yang cetek dan tidak tahu selok belok tentang perkara yang dibincangkan oleh para ulama. jadi langkah terbaik kita adalah memilih pendapat yang mana menenangkan hati kita.

tidak layak bagi kita sebagai orang awam untuk meletakkan suatu tanggapan yang tidak sesuai kepada ulama'. jika bertembung pendapat di antara para ulama', maka kita tidak layak untuk menjadi orang tengah di antara mereka kerana taraf kita dengan meraka tidaklah sama. Mungkin boleh jadi pertembungan itu pada kaca mata kita iaitu orang yang mempunyai ilmu yang cetek, tapi tidak pada pandangan mereka (ulama'2 tersebut).

Dalam situasi ini, mungkin boleh kita harmonikan pendapat kedua2 ulama ini, jika kita mahu. pendapat syeikh kita, syeikh al-Qardhawi membolehkan kafir untuk menggunakan kalimah Allah kerana hakikatnya Allah tuhan sekelian alam, ini pada pokok asalnya. Tetapi kenapa perlu dihalangkan penggunaan oleh kafir Malaysia? Diharamkan ia kerana mereka bertujuan untuk mengelirukan akidah umat Islam di Malaysia, jadi untuk menyelamatkan akidah umat Islam, fatwa dikeluarkan mengikut keadaan. Jika kita orang awam tidak tahu bagaimana proses dikeluarkan fatwa maka tidak layak kita memberi pendpat melainkan mengikut pendapat2 ulama yang mana pendpat itu mungkin dapat menenangkan hati kita DAN tidak memaksa orang lain untuk mengikut pendpat yang kita pilih.. Setelah memilih, maka diamkanlah diri kerana kita orang yang cetek ilmu bukan dari kalangan yang layak untuk membahas.

Ini  hanya pendapat. mungkin betul, mungkin salah. pentingnya, berdoa kepada Allah moga ditunjukkan yang betul kerana hanya Dia yang mengetahuinya.

Wallahu Aa'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:23 AM | Show all posts
Aku tatau dari sudut agama/syariat boleh atau tidak penggunaan kalimah Allah oleh non-muslim.

Kalaulah (kena stress "kalau") boleh guna spt qardhawi kata, mungkin saja itu 'hukum dasar' yg mana boleh berubah mengikut keadaan. khinzir yg haram pun jadi halal dalam keadaan tertentu.

Dalam konteks Malaysia, mungkin saja jadi TAK BOLEH atas sebab2 tertentu.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:37 AM | Show all posts
Post Last Edit by alien7749 at 28-1-2010 08:38

Kalau tak tau hukum, jangan bagi pendapat sendiri. Ini berkenaan dengan Tauhid.

Majlis fatwa kenapa diam? Pejabat mufti pun diam.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 08:43 AM | Show all posts
Diam sebab tak cukup ilmu?
Diam sebab tak berani sebab isu sensitif?
Diam sebab takut mendahului political masters?

Apa2 pun, mereka ni tampak kurang wibawa.
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 10:27 AM | Show all posts
Zul Kulim ulamak?  Kau biar betul!  Senang ler macam ni nak letak title ulamak.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-1-2010 10:47 AM | Show all posts
aku diam sbb aku kurang ilmu
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 10:49 AM | Show all posts
biarlah org2 yg lebih berilmu dan berkuasa berhujah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-1-2010 10:59 AM | Show all posts
nak tanya, Al-Qaradhawi org mana? made in Malaysia?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 02:39 PM GMT+8 , Processed in 0.062752 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list