View: 9278|Reply: 26
|
3000 tahun - pharaoh tutankhamun
[Copy link]
|
|
Misteri Tutankhamun akan didedah
| GAMBAR fail menunjukkan muka Firaun Tutankhamun.
|
KAHERAH - Hasil ujian asid deoxyribonucleic (DNA) diambil daripada mumia yang dipercayai Firaun Tutankhamun akan diumumkan pada 17 Februari ini, kata Ketua Antikuiti Mesir, Zahi Hawass kelmarin.
Makam firaun itu yang meninggal dunia lebih 3,000 tahun itu ditemui oleh ahli-ahli arkeologi British di Lembah Raja-Raja pada 1922.
Pada Ogos 2008, pihak berkuasa antikuiti itu menyatakan sampel DNA telah diambil daripada mumia Tutankhamun bagi menentukan sama ada firaun tersebut bapa kepada dua janin yang ditemui di dalam makamnya.
Tutankhamun menjadi firaun semasa berumur sembilan tahun dan punca kematiannya menjadi pertikaian ahli-ahli sejarah dengan sebahagian mereka menyatakan dia meninggal dunia disebabkan kecederaan pada satu kakinya.
Namun, beberapa ahli sejarah menyatakan dia dibunuh.
Teori yang mendakwa Tutankhamun dibunuh diperkukuhkan dengan fakta bahawa dia merupakan pemerintah terakhir daripada dinastinya.
Tutankhamun menjadi terkenal kerana penemuan harta karun di dalam makamnya termasuk topeng muka emas seberat 11 kilogram - AFP
interesting gak nak tahu pasal pharaoh tutankhamun yg femes ni ekkk!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Kan...... |
|
|
|
|
|
|
|
camne dorang tau DNA fingerprint tu tutankhamun punye? ade dalam ic tutankhamun tu ke? |
|
|
|
|
|
|
|
3# pawangBuaya
jawapan tu memerlukan firasat yang tinggi..amacam bleh ke pawang?? |
|
|
|
|
|
|
|
ala depa x kisah semua tu janji "penemuan" tu yg penting... cipta sejarah la beb... |
|
|
|
|
|
|
|
nanti TT update yer, menarik nih! |
|
|
|
|
|
|
|
tutankhamun ni yg harta dia terselamat dari di curi ni kan..
teringat lak, semua benda diawetkn tuk bekalan dia nih..
sampaikan ke roti pun depa awet..
roti ala2 mcm roti paun tu le.. tapi aku tak sure, roti cap gardenia ker hapa..
phewwww... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by a.ceCCo at 3-2-2010 15:04
aku teringat firaun hatshepsut yang tayang kat national geographic.. memang menarik tayangan yang dia buat tu. hatshepsut kan pompuan, so dia nak carik hatshepsut mana yg betul antara banyak2 mumia dalam muzium apetah kat negara arab tuh. boleh plak dia pegi bilik paling bawah, bilik paling atas la, bilik yang tersorok2 la. sekali rupa2nya firaun hatshepsut yang sbenar ada kat depan mata dia je.. lawak gak masa tu. penat2 diorang bukak bilik sana sini, rupa2nya mumia hatsheptsut yang betul yang diorang simpan terletak elok je kat rak pameran depan diorang..
lepas dah buat beberapa penapisan antara banyak2 mumia pompuan kat muzium tu (ada mumia muka tenang la, mumia menjerit la -the screaming mummy) then untuk meleraikan kekusutan untuk mencari hatshepsut yang sebenar, diorg buat ujian DNA. ambik dari tulang lutut tak silap- bahagian yang paling aktif DNA nya.. pastu diorang compare ngan DNA ayah hatshepsut kat tempat lain (masa tu dah kompem tu memang ayah hatshepsut).
sekali tu plak.. DNA ayah hatshepsut tu tak kuat la plak.. tak aktif sebab dah mati lama kot. so dia ambik conclusion, diorang gali balik kubur mumia siapa tah- tapi dalam keranda tu ada sebuah kotak kecik and ada sebatang gigi.. gigi tu memang hatshepsut sebenar yang punya. so diorang pun pegi compare kedudukan gigi antara banyak2 mumia pompuan tadi.. diorang xray tengkorak kepala diorang then matchkan dengan kedudukan gigi and serpihan2 gigi tu.. sekali tinggal satu je mumia yang betul2 match ngan kedudukan gigi yang patah tu. then, diorang ambik conclusion, itulah firaun hatshepsut yang sebenar.. mati disebabkan sakit gigi cuma tak dapat diubati sebab takde doktor gigi pakar waktu tu.. diorang rawat dengan cabut gigi tu dan simpan dalam kotak kecik (dalam keranda tu tadi) sedangkan diorang taktau, kalau dicabut gigi yang sakit tu, lagi la parah.. sebab tu firaun hatshepsut mati..
camtu je, senang jek kan dia ambik conclusion?? menarik betul citer ni.. hahaha.. panjang tul aku citer.. so long..minat gile aku kat sejarah2 purba nie |
|
|
|
|
|
|
|
10# a.ceCCo
bukan firaun ni hebat ke dari segi sihir menyihir ni.. stakat sakit gigi, skali puh! je mesti hilang... |
|
|
|
|
|
|
|
haha..
firaun disembah n terletak kt tempat paling tinggi dlm organisasi sosial
dianggap sme taraf mcm tuhan tp mati psl saket gigi..
haish... |
|
|
|
|
|
|
|
ingat mati..ingat sakit..ingatlah saat kau sulit.. ingat ingat hidup cuma satu kali... |
|
|
|
|
|
|
|
11# joyahglam
cuba kau search 'the screaming mummy' kat google image.. lagi seram kottt |
|
|
|
|
|
|
|
12# pawangBuaya
hahaha.. tau takpe, macam pelik jerr |
|
|
|
|
|
|
|
citer lah lagik....
aku nak tau lbh pasai firaun nih |
|
|
|
|
|
|
|
17# sexyzangel
rajin2 la tengok historical channel kat astro tuh.. kadang2 kat net geo pun ada |
|
|
|
|
|
|
|
Firaun Tut anak sumbang mahram
GAMBAR fail menunjukkan wajah Firaun Tut yang dipamerkan di makamnya di Lembah Raja-Raja dekat Luxor, Mesir.
WASHINGTON - Sekumpulan penyelidik antarabangsa mendapati firaun terkenal, Tutankhamun atau lebih dikenali sebagai Firaun Tut memiliki kaki bengkok sebelah dan berjalan menggunakan tongkat, kata laporan kajian yang disiarkan semalam.
Penyelidik-penyelidik dari Mesir, Itali dan Jerman dalam kajian itu mendedahkan penemuan tersebut menerusi ujian genetik moden dan teknologi komputer bagi mengesan rahsia misteri Tut yang meninggal dunia semasa berusia 19 tahun.
Mereka mendapati Tut yang menduduki takhta selama sembilan tahun iaitu dari 1333 hingga 1324 Sebelum Masihi (SM) mati akibat penyakit malaria dan bukan disebabkan kes kemalangan, keracunan makanan atau sengaja dibunuh.
Hasil maklumat kromosom Y, penyelidik mendapati Akhenaten iaitu firaun kontroversi yang memerintah dari 1351 hingga 1334 Sebelum Masihi ialah bapa Tutankhamun.
Namun, ibu Tut ialah adik Akhenaten.
Ia menunjukkan bahawa Tut anak hasil hubungan sumbang mahram.
Penyelidik mendapati, tiada bukti Tutankhamun dan bapanya memiliki bentuk fizikal seperti wanita seperti gambaran yang terdapat pada kebanyakan artifak berusia 3,000 tahun. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Malaria punca kematian Tutankhamun
KAHERAH: Raja terkenal Mesir, Tutankhamun, menderita bibir sumbing dan kecacatan kaki sejak lahir yang memaksanya jalan dengan bertongkat sebelum meninggal dunia kerana masalah berpunca daripada patah kaki diburukkan dengan jangkitan malaria, menurut kajian paling menyeluruh terhadap mumia 'King Tut.'
Keputusan itu berdasarkan ujian DNA dan imbasan CT terhadap 16 mumia termasuk Tutankhamun dan anggota keluarganya selama dua tahun, kata penyelidik yang melakukan kajian itu dan menyiarkan penemuan mereka dalam artikel Jurnal Persatuan Perubatan Amerika.
Kajian itu juga menyatakan, bapa Tutankhamun berkemungkinan besar adalah Firaun Akhenaten yang cuba mengajak rakyatnya memuja satu Tuhan. Bagaimanapun, ibu ‘King Tut’ belum diketahui tetapi dianggap salah seorang daripada kakak Akhenaten yang belum dikenal pasti.
Tutankhamun menjadi firaun pada usia 10 tahun pada 1333 Sebelum Masehi. Dia hanya memerintah selama sembilan tahun. - AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|