Berikut adalah beberapa adab mendengar azan yang perlu diketahui dan diamalkan ;
1. Masa azan dilaungkan, jangan kita berbual-bual, berborak atau bercakap-cakap. Apatah lagi nak bergurau senda dan bergelak ketawa!
2. Masa azan dilaungkan, tutuplah (OFF kan lah) semua radio, TV atau video yang sedang kita dengar/tengok. Atau, kalau dah degil sangat, setidak-tidaknya, tolong tutup suara (Mute) kannya.
3. Masa azan dilaungkan, jawablah seperti yang diajarkan oleh Islam.
Apabila kita dengar muazzin melaungkan ;
Allahu Akbar : maka kita kena jawab “Allahu Akbar”
Asyhadualla ilaaha illallah : maka jawabnya “Asyhadualla ilaaha illallah”
Asyhaduanna muhammadar rasulullah : maka jawabnya “Asyhaduanna muhammadar rasulullah”
Hayya’alassolah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Hayya’alalfalah : maka kita kena jawab “Laahaula wala quwwata illa billahil’aliyyil’aziim”
Laailaha illallah : maka kita kena menyahut “Laailaha illallah”
4. Apabila dah dengar azan, bersegeralah ke tempat azan diazankan untuk solat berjemaah. Dan bagi golongan wanita, bersegeralah menunaikan solat. Jangan dilengah-lengahkan solat hingga akhir waktu.
Begitulah 4 adab mendengar azan yang sempat saya kongsikan di sini. Apapun, yang penting bukannya berapa jumlah adab yang kita tahu atau ingat, tetapi adakah kita sudah mengamalkan ilmu yang kita tahu?? Itu persoalannya. Betul tak?
Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya Yang tidak Kita ketahui. Cuba Kita amati mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: ‘Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.’
Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang Kalimah Laungan Azan
Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan, banyak fadhilatnya . Jika lagu Kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak . Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah ‘Lailahaillallah. .’ yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan Syurga untuk mereka.
saya pulak slalu bukak astro 106 sblum azan....banyak zikir...dan anak saya akan kate "baby"...ala,kan azan kat astro tu mula2 dia ade tunjuk baby...hehehehehe
terima kasih butterfly.. memang nak tanya soalan azan subuh ... sebab ada tambahan sikit kan..
maaf nak tanya lagi soalan...
1) kenapa azan subuh ada tambahan ni yea?
2) iqa ...
hazel23 Post at 3-2-2010 14:21
1) waktu subuh kan sumer org masih tidur...jadi utk mengejutkan org dari tidur..ada la tambahan skit...solat lebih baik dari tidur...betulkan kalau salah..waktu azan yg lain kan kita dalam keadaan berjaga dan tidak tidur..
2) saya tak biasa iqamah dlm solat sunat..tak pasti..
mcm aku selalu ikut azan kat tv tu kasi anak aku dengar tapi tak la kuat slow je.....boleh ke tak??..ke elok jawab je..
joelerry Post at 3-2-2010 11:14
asal apa yg kita dengar tu azan dan masuk waktu...kita kena jawab...n doa skali...tp kadang2..tak sempat dok layan anak2 dok nangis...sampai tak leh nak fokus...
kekadang bila masuk waktu solat, multiple azan berkumandang dari multiple masjid dan surau bahana kemajuan teknologi zaman sekarang. So ramai yang bertanya, yang mana satu kena jawab?
Jawapannya:
Perkara ini bukanlah masalah besar kalau anda kerapsolat berjemaah di surau/masjid. Focuslah kepada azan yang paling dekat dengan tempat anda berada, dari masjid/surau yang paling dekat dengan rumah anda, atau yang anda sedang tujui untuk mengerjakan solat.
On another note, tentang iqamah bagi solat sunat:
Setahu saya solat sunat yang berjemaah seperti sunat gerhana, sunat hariraya tak ada iqamah tapi diganti oleh panggilan "As solatu jami'ah". Ini ada hadith kalau tak salah. Solat sunat sorang tak disyariatkan panggilan sebegitu.
antara di bincangkan ..azan ni berkumandang di setiap pelusuk dunia ..tanpa henti.... walau dimana berada... ssehingga la hari kiamat nanti.. non stop.
lagi satu yg diajar... terapi azan.....cari azan..d load kat mana2..pastu pasang..tutup lampu sekejap... dlm keadaan sunyi... dgr azan sambil pejamkan mata..hayati azan tu ..cuba lihat tidur mlm nanti jadik apa.
2. klu anak degil, nakal...azan kan kat anak tu... insyaAllah anak tak degil..
3. pagi2 pasang azan kat dlm keta... sblm pegi keje... akan ada ketennagan dlm diri.. InsyaAllah.
lama2 kita akan jatuh cinta dgn ALLAH melalui azan.
wallahualam.